daulat tuanku |
Assalamualaikum...
Hari ni seluruh rakyat Malaysia bercuti sempena sambutan Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri yg ke 14. Hari ni aku dan suami pun bersenang lenang la kat rumah. Tapi tu la, kesihatan aku yg kurang ni telah membawa aku untuk mengadap Tuan Doktor la juga. So lepas jer kami berdua bershopping kat pasar (beli ikan untuk cats dan juga barang2 basah untuk stok makan kami) Hubby pun bawa la aku ke klinik. Macam biasa la, aku ni kalau batuk memang susah nak baik. Malah doktor kata dah dijangkiti kuman. Mujur la tak melarat lagi. Maklum la baru 2 hari ni aku alami batuk yg agak keras dari biasa hehehe...ada pula batuk keras yer Uollsss :-)
So sebelum balik kami berdua singgah BRUNCH dulu kat Astaka Dewan Panaroma di Bagan Ajam. Aku amik nasik goreng, cik abang aku pula mee goreng. Maaf la tiada pula gambar makanan kali ni, maklum la tgh lapar la beb hehehe....:-)
So bila dah sampai rumah, hari ni Cik Abang mengambil tugas di dapur, manakala aku pula sibuk mendobi. So masak memasak semua Cik Abang la buat..hehehe...and hari ni menu spesial dari dia, Tom Yam Ikan Naga...wah sedap sungguh...sekali lagi sori la yer aku tak sempat nak amik gambar maklum lah sedap sangat hehehehe....
So lepas masak, kami tak terus makan pun, kan masih kenyang, so just simpan untuk dinner nanti. So aku pun dah amik ubat and mata pun dah sleepy la kan. So lepas Zuhur aku dan suami pun tertidur...tiba2...jeng..jeng..jeng...!!!
Tiba2 aku rasa katil kami bergoyang dengan kuat sangat. Aku yg dalam keadaan mamai ingatkan kut cat aku melompat...tapi bila ingat semula cat aku sekor pun tak masuk bilik. So aku buka mata...hish...pening la pula...ni mesti sebab ubat batuk fikir ku lagi. Tapi bila gegaran makin kuat, aku jadi semakin takut...terus aku kejutkan Hubby di sebelah...Hubby yang bangun dalam keadaan mamai terpandang air dalam botol bersebelahan dengan katil, katanya "Earthquake la Sayang..." aku pun apa lagi terbeliak biji mata terkejut...terus lompat dari katil lari keluar rumah...kat luar memang dah ramaui jiran2 yg berbangsa Cina keluar...Hubby aku pun sama lari adoiii panik seketika.
Gegaran yg kami rasa tu memang kuat dan lama la juga. Dalam 2 minit tu la. Katanya bacaan gegaran tersebut dalam 8.9 skala rechtor. Memang menakutkan aku...Suami pula bertalu2 dapat call dari sedara mara dia dan juga kawan2. Semua bertanya kesahihan...nak ketawa la pula aku, Encik Suami tiba2 jd kaunter pertanyaan hahahaha....sabar la yer sayang :-)
So dalam beberapa jam kemudian gegaran kedua pula menyusul. Kali ni bacaan nya 8.6 skala rechtor. Kuat juga tu. Tapi kali kedua ni aku tak der la rasa gegaran cuma pening....I feel like geddy sangat2...terduduk juga la aku kat sofa...tapi Mr.Hubby tak perasan sebab dia tgh sibuk siapkan menu dinner kami. Masa tu kalau tak salah dalam jam 6.58 petang macam tu la.
gambar sekadar hiasan |
Mak cik kata ok tak der apa2...Tapi aku mohon pada Allah agar semuanya berada dalam keadaan selamat. Risau juga la kan...benda2 macam ni memang dah pernah terjadi. Tahun 2004 yg meragut jutaan nyawa manusia di seluruh dunia. Ya Allah lindungi lah kami Ya Allah...
Dengar kata Penang Bridge pun di tutup seketika, begitu juga dengan perkhidmatan feri. Dan dijangka Tsunami akan melanda Penang dalam jam 9.11 minit malam waktu tempatan.
Tapi dalam beberapa minit tadi aku dengar berita yg mengatakan amaran Tsunami telah di tarik balik. Alhamdulillah Allah masih melindungi kita semua...maka marilah kita bersujud Sykur pada Nya kerana masih memberi peluang untuk kita semua menikmati kehidupan di muka bumi ini...Subahanallah....
No comments:
Post a Comment