Sunday, April 29, 2012

CLOTHES FOLDER


clothes folder

Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua blogger...hari ni aku nak story something yg insteresting untuk di kongsi bersama. Cuba uollss tengok gambar atas tu. Apa bendanya yer?? jeng...jeng...jeng...ini lah namanya CLOTHES FOLDER, atau nama melayunya ALAT LIPAT BAJU hehehehe....

Alat ni cik abang I beli hari Jumaat lepas. Memang best la uolss...bukan apa lipatan baju kita akan bertambah kemas dan juga cepat. Nampak macam biasa jer kan...tapi bila baju kita siap di lipat ia nya memang luar biasa. Uoolss nak tahu kenapa, sebabnya baju kita berada dalam size lipatan yg sama dan ianya memang nampak sangat2 KEMAS.

Dua minggu lepas memang Hubby ada cakap kata dia order on line alat untuk lipat baju. Aku ketawakan Hubby, iyer la kan...mana ada alat yg boleh lipat baju..aku kata "Sayang beli robot ker" hehehe....sabar jer la kan aku ni...isteri nakal tu :-)

So bila Hubby bawa balik Jumaat lepas and dia buat demo aku rasa admire untuk mencuba. So now is my turn memang layan...and baju2 kami berada dalam keadaan yg sangat2 tersusun dalam almari.

So aku jadi semakin rajin nak melipat baju sekarang ni...kalau sebelum ni aku la PEMALAS nak lipat baju hehehe...so jom la Uollss kita guna clothes folder ni yer :-)

Tuesday, April 24, 2012

HOBI LAMA KEMBALI SEMULA

diari untuk tahun 2012
Assalamualaikum...

Comei tak diari kat atas tu? hehehehe...itu la my new diary. Saja jer nak promote. Bukan apa dah lama benar rasanya terhenti menulis diari, ini semua gara2 terlalu asyik layan blog dengan FB ahaksss....:-)

Sejak akhir2 ini, aku memang perlukan satu medium untuk aku luahkan segala isi hati ku. Bukan aku tak boleh luah kat blog atau FB, tapi ia terlalu personel buat diri ku. Better aku luahkan dalam diari aku yg comeii ini.

Pada mulanya aku beli diari ni memang plain jer kulit depannya tu. So rasa bosan la pula kan...jadi aku amik keputusan untuk deco sikit hehehe...aku beli beberapa keping sticker and lekat la. So taraaaa....ini la hasilnya. Korang belum tengok dalamnya lagi...lagi banyak sticker yg aku lekat...hehehe...tiba2 jd kreatif la pula...:-)

So sekarang koleksi diari ku semakin bertambah. Ini la rahsia anak tunggal. Banyak luahan hati di coretkan dalam diari. Tapi aktiviti ini jd slow lepas aku kawin...mungkin dah ada pendengar setia. Tapi akutetap tulis juga, sebab aku juga perlukan privasi dan tak semua masalah yg kita hadapi dapat kita share dengan yg tersayang.

Selain dari mengadu dengan Yang Maha SATU...ini la medium kedua untuk aku realesekan masalah yg ada...apa pun wish me luck...bukan apa jenuh juga kalau nak mengarang hehehe...maklum lah hampir setahun juga lah aku tinggal penulisan diari ni :-)

Saturday, April 21, 2012

CERITERA SEMALAM DAN JUGA HARI NI

tea time ayuh...:-)

my menu ayam penyet gitu

lamb chop pilihan cik abang
Assalamualaikum...

Semalam lepas jer balik dari kelas tusyen cik abang datang jemput macam selalu la kan hehehe...memang dari semalam cik abang dok cakap nak makan satay...So kami pun pada mulanya nak singgah kat Sungai Puyu. Alih2 satay belum di bakar lagi...kesian la cik abang aku tu..kempunan la dia...

So fikir punya fikir, alih2 cik abang kata jom la kita makan kat LA Tea Garden. Untuk hilang kan rasa kempunan tu dia pun order la lamb chop. Aku pula memang tgh lapar nasi, kebetulan menu spesel semalam ialah ayam penyet. Apa lg jom la makan.

Boleh tahan la rasanya...tapi cik abang kata lamb chop kat Robina Corner sedap lagi. Tapi presentation menu kat LA Tea Garden memang superm...:-)maklum la kat sini kan cook like a chef hehehehe...

So itu kisah semalam dengan menu2s nya hehehe...

jom berinai hehehe...

Malam ni aku tinggal sorang2 kat rumah,maklum la cik abang dah mula bzz meeting and meeting. So untuk elak diri aku dari kebosanan apa lagi jom buat aktiviti sikit hahahaha...kalau ikutkan banyak kerja rumah nak di buat ni, tp tu la kan mood RAJIN tu tak datang2 lagi. Harap2 esok MOOD tu datang la yer...:-)

So malam ni apa lagi tempek inai la jawapnya. Tapi kan inai ni bertahan seminggu jer di jari. Di kuku pun cepat jer akan pudar. Tak macam inai yg original. So sebab dah kempunan nak pakai layan kan jer la :-)

Aku ni memang suka pakai inai, bukan apa nampak cantik jer jari kita bila berinai hehehe...nampak sweet kan. Cik Abang pun suka hehehe...bila suami kita suka kena la kita buat selalu kan..pahala tu :-)

So itu jer la citer yg ada untuk hari ni dan semalam...kita tunggu pula esok citer apa yer :-) ADIOS!!

Thursday, April 19, 2012

AKTIVITI MAIN PASIR

aktiviti menyapu gam

tu dia depa beratur

disiplin kan

setiap kerja di wakili 2 orang

sempat lagi tengok kamera

kumpulan yg nak cepat habis

tempek jer pasir

cermat sungguh

jom tempek pasir

peace yo!!
Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak citer tentang anak2 asuhan ku. Maklum lah dah lama tak berceloteh pasal dia orang ni...Tapi apa pun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus bermanja dengan dia orang..Alhamdulillah....

Kebetulan hari ni ada aktiviti seni. So kebetulan pula tema minggu ni PASIR. Apa lagi...jom kita main pasir la :-).

Anak2 asuhan ku ni apa lagi shiok la dapat main pasir kan. Tapi sebelum tu kena sapu gam dulu kat gambar yg telah di sediakan...macam2 hal terjadi. Ada yg takut2 nak sapu gam, ada juga yg terlebih berani...sampai penuh sugar paper tu dengan gam aduyaiiii...sabar jer la anak2 oiiii...Alih2 cikgu la yg kena habiskan.

Tapi ada juga yg ada bakat dengan seni. Buat kerja dengan cermat dan bersih. Itu dah pasti dapat "A" hehehe...

So jom la korang tengok gambar2 yg cute ini, dapat juga hilangkan rasa STRESS :-) layannnnn....

Tuesday, April 17, 2012

MADU

madu a.k.a honey
Assalamualaikum...

Jom citer pasal madu a.k.a honey...tp jangan pula korang salah tambah yer nanti silap2 jd BERMADU la pula hehehehe...alahai bab tu rasanya aku belum kuat nak hadapinya lagi dan harap2 ianya tak akan terjadi....insya Allah mudah-mudahan.

Ok la berbalik pada tajuk kita hari ni, aku nak celoteh tentang madu. Minggu lepas memang minggu yg amat memeritkan bagi ku. Mana taknya 3 malam berturut aku tak dapat tidur sebab asyik batuk. Bila pejam mata jer tekak dah mula gatal. Kahak pula dah bertukar warna. Adoi perit sungguh rasa tetak ni...Gatal nya tak dapat nak digambarkan...rasa macam nak operate jer tekak tu cuci buang semua kahak yg ada huhuhuhu....

Setiap kali aku batuk suami pasti akan gosok belakang ku...supaya aku rasa lega...tidur pun berbantal lengan suami...bukan apa, aku ni kalau sakit kuat merengek...manja tu lebih dari biasa...kira tahap LUAR BIASA la ni hehehehe...:-)

Sampai la satu malam, iaitu malam ketiga aku batuk teruk sangat sampai muntah dan terkencing...so suami bangun dalam gelap...kalau tak salah masa tu jam 2.30 pagi waktu tu...dia ke dapur bancuhkan aku air bercampur madu dalam satu thumbler. Adoii banyak tu nak habiskan...dalam samar2 tu dia hulurkan thumbler tu sambil kata "selawat 7 kali yer Sayang..." sambil usap kepala ku. Menitis air mata ku sebab selama ni kalau aku sakit arwah mama yg berjaga untuk take care aku...kini servis beralih tangan...tanggung jawab tu semua suami ku yg pikul...TQ Allah di atas kurniaan ini...Syukur Alhamdulillah.

Aku amik masa juga la nak minum sampai habis...kalau tak salah dekat pukul 4.00 pagi baru air tu habis di minum. Setiap kali minum aku akan selawat mohon pada Allah agar kesakitan ku ini dapat dikurangkan...Bila habis aku terus tertidur di atas lengan suami.

Esoknya aku bangun, tekak rasa lega..batuk pula dah mula longgar dan kahak pun dah tak thick sangat, warna pun dah kurang...Syukur Ya Allah...

So disini aku nak share something yg aku rasa important untuk di kongsi bersama tentang KHASIAT MADU:-

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Sunday, April 15, 2012

BERCUTI AT BAYU MAS BATU FERINGGHI PENANG

alya balqish in action
anessa pula dengan mr.hubby ku
suasana di bayu mas apartment
Assalamualaikum....

Mood aku masih dalam kegembiraan maklum la baru balik dari Cuti-Cuti Malaysia hehehehe...Tapi kali ni kami bukan berdua tapi berenam...wah ramai kan tu yg best tu. Kalau ikutkan nak bawa lagi dua adik ipar ku yg masih solo tu...tapi masing2 ada tugas la pula. Yang sorang kena kerja luar kawasan, yg sorang lagi tgh nak exam so nanti2 la Kak Ct bawa Uoollss jalan2 pula yer...bawa bertenang hehehehe...

Kenapa berenam? hehehe...kami buat jemputan khas untuk famili adik ipar ku, lagi pun kami dah rindu sangat kat anak2 buah tersayang iaitu Alya dan Aneesa.

Kami dah buat reservation awal seminggu. Lagi pun ia untuk meraikan birthday Mr. Hubby...so lets make it happening hehehehe...lagi ramai lagi shiok kan :-)

Kami sampai dalam pukul 2.45 petang...so dalam jam 3.30 petang adik ipar dan famili pula sampai...So bila sampai terus terjah ke kolam renang, main air betul anak2 buah aku tu...tapi aku memang terhibur sangat2 dengan keletah kedua2nya...hilang semua rasa STRESS yg melanda.

Malam nya kami bershopping kat Tesco Tanjung Pinang. Konon nak lepak kat Mc.D tapi anak2 buah semua dah layu matanya...so balik apartment jer la. Tapi bila balik terus mata dah buntang...adoiii...bukan apa layan citer Upin Ipin kat iPad Pak Lah dia orang...Adoiii jenuh pula dok pujuk suruh tidur. So aku umpan kata esok nak mandi laut baru la keduanya tidur.

So esok pagi Alya bangun awal sebab nak gi beach hehehe...adik pula nak mandi air masin katanya hehehe...so tepat jam 10.00 kami pun berjalan kaki ke beach. So apa lagi bercanda di tepian pantai la anak2 buah aku tu hehehehe...bukan main seronok lagi mereka berdua tu tau. Tepat jam 11.30 kami pulang ke apartment, anak2 buah aku sambung pula mandi kat kolam, alahai memang mandi sakan la anak2 kecik aku tu hehehe...

So jam 1.00 tengah hari kami pun check out. Famili adik ipar ku balik rumah terus sebab anak2 buah aku tu dah kepenatan...kami berdua lepak kat Gurney la pula hehehe...biasa la cuci mata maa...:-)

Aku sempat la rembat sebuah lagi novel kat MpH Bookstore...Hubby aku pula macam biasa rembat seluar jeans kat FOS...masing2 ada tempat kesukaan tersendiri...:-p

So kawan2 ini la percutian yg best untuk aku...sebab kami dapat bercuti dengan anak2 buah tersayang...insya Allah next coming vacation pasti lebih happening :-)

Friday, April 13, 2012

BIRTHDAY HUBBY YG KE 35

chicken chop
lagsana
chesse cake
oreo chesse cake
Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua rakan2 ku di blog dan juga mereka2 yg sudi singgah untuk menjadi silent readers di blog ku...I LOVE UOLSS la :-)

Sebelum kita citer bab birthday aku nak berkongsi masalah kejap ngan korang semua. Aku ni mengalami batuk yg teruk sangat2. Dah dua malam berturut2 aku tak dapat tidur dengan nyeyak. So mata aku dah merah macam mata garfield...itu pun ada hati nak up date blog juga2...

Hari ni hari paling indah buat suami ku. Kerana hari ni hari lahir suami ku yg ke 35 hehehe..sweet 35 tu UOLLSS :-)

So balik dari tusyen tadi terus Hubby bawa aku gi dinner kat Secret Recepie. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...Tapi tu aku ni dalam keadaan yg sangat2 tak selesa, mana taknya BATUK kuat sungguh...dah sakit urat otak aku ni tau...bergegar la tu...:-(

Akibat aku keletihan tak boleh tidur, so aku terlupa nak wish birtday kat Hubby pagi2 tadi..sian Hubby...

Sampai sekolah dalam jam 9.00 pagi aku tengok hp ada sms dari Hubby...dia wish akan terus kecapi kebahagian dengan aku hingga ke syurga, Masya Allah bahagia nya aku...Ya Allah perkenankan lah permintaan suami ku itu.

So sempena hari lahir suami ku yg tercinta...atau aku selalu sebut CINTAHATIKU...aku harap dan berdoa agar suami ku tercinta beroleh kesihatan yg baik, berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak...dan yg utama, semoga segala cita2 nya akan terlaksana jua amin...

I LOVE U SO MUCH HONEY...:-)

Thursday, April 12, 2012

IKAN NAGA MASAK ALA PAPRIK

ikan naga masak paprik
Assalamulaikum...

Hari ni aku memang keletihan, mana tak semalam aku tak dapat tidur dengan nyeyak sebab bila aku pejam mata aku rasa macam bergoncang and yg paling tragis aku batuk...so bila dah start batuk memang susah la nak stop huhuhu...

Jam 4.00 pagi baru la mata aku terlelap...jam 5 pagi dah kena bangun...tapi sebab aku pening sangat2...so aku lelap kejap mata ini untuk setengah jam...so pagi ni 5.30 baru la aku bangun buat keja2 rumah sebelum aku bersiap nak ke sekolah.

Bila balik petang aku dah kepenatan. Mana nak mendobi lagi, mengemop lantai lagi, nak masak lagi...tapi aku tak pernah mengeluh...cuma kepenatan membuatkan aktiviti aku terbatas.

So tadi masa aku nak mendobi, suami aku terus masuk ke dapur...rasanya minggu ni tiap2 hari dia masuk dapur. Alahai sweetnya. Hilang rasa penat timbul pula rasa kasih yg semakin melimpah ruah hehehe...TQ Allah di atasa rasa cinta ini.

So, aku teruskan dengan kerja2 hakiki aku. Hubby pula berperang kat dapur dengan menu barunya ni. So terjadi la Ikan Naga Masak Ala Paprik. Sangat sedap...memang suami ku pakar dalam bab2 masak ni. Aku pula pakar dalam bab2 makan hehehehe...

Teringat dulu masa sebelum kawin...kalau tak salah dalam sebulan sebelum majlis akad nikah aku, mama kata dia risau sangat sebab aku ni dah la tak padai masak. Masa tu arwah mama tak tahu yg suami aku ni terer bab masak, aku pun tak tahu juga...so bila dah duduk serumah baru la aku tahu yg suami aku ni terer bab masak memasak ni. Syukur Ya Allah...tapi aku pula terer dalam bab kemas mengemas ni hehehe..tpi nasib la korang kalau aku mengemas memang tak jumpa dah barang korang sebab semuanya aku masukkan dalam tong sampah hehehehehe...padan muka :-)

So korang, hari ni ini lah coretan aku. Just nak share apa yg aku miliki. Sesuatu yg sangat2 bnerharga yg dimanahkan Allah untuk aku dan begitu juga sebalik nya yg diamanhakan Allah buat suami ku..Semoga kebahagian yg baru kami nikmati ini kekal hingga ke Syurga Mu amin...:-)

Wednesday, April 11, 2012

HARI PERTABALAN VS EARTHQUAKE TODAY

daulat tuanku

Assalamualaikum...

Hari ni seluruh rakyat Malaysia bercuti sempena sambutan Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri yg ke 14. Hari ni aku dan suami pun bersenang lenang la kat rumah. Tapi tu la, kesihatan aku yg kurang ni telah membawa aku untuk mengadap Tuan Doktor la juga. So lepas jer kami berdua bershopping kat pasar (beli ikan untuk cats dan juga barang2 basah untuk stok makan kami) Hubby pun bawa la aku ke klinik. Macam biasa la, aku ni kalau batuk memang susah nak baik. Malah doktor kata dah dijangkiti kuman. Mujur la tak melarat lagi. Maklum la baru 2 hari ni aku alami batuk yg agak keras dari biasa hehehe...ada pula batuk keras yer Uollsss :-)

So sebelum balik kami berdua singgah BRUNCH dulu kat Astaka Dewan Panaroma di Bagan Ajam. Aku amik nasik goreng, cik abang aku pula mee goreng. Maaf la tiada pula gambar makanan kali ni, maklum la tgh lapar la beb hehehe....:-)

So bila dah sampai rumah, hari ni Cik Abang mengambil tugas di dapur, manakala aku pula sibuk mendobi. So masak memasak semua Cik Abang la buat..hehehe...and hari ni menu spesial dari dia, Tom Yam Ikan Naga...wah sedap sungguh...sekali lagi sori la yer aku tak sempat nak amik gambar maklum lah sedap sangat hehehehe....

So lepas masak, kami tak terus makan pun, kan masih kenyang, so just simpan untuk dinner nanti. So aku pun dah amik ubat and mata pun dah sleepy la kan. So lepas Zuhur aku dan suami pun tertidur...tiba2...jeng..jeng..jeng...!!!

gambar sekadar hiasan

Tiba2 aku rasa katil kami bergoyang dengan kuat sangat. Aku yg dalam keadaan mamai ingatkan kut cat aku melompat...tapi bila ingat semula cat aku sekor pun tak masuk bilik. So aku buka mata...hish...pening la pula...ni mesti sebab ubat batuk fikir ku lagi. Tapi bila gegaran makin kuat, aku jadi semakin takut...terus aku kejutkan Hubby di sebelah...Hubby yang bangun dalam keadaan mamai terpandang air dalam botol bersebelahan dengan katil, katanya "Earthquake la Sayang..." aku pun apa lagi terbeliak biji mata terkejut...terus lompat dari katil lari keluar rumah...kat luar memang dah ramaui jiran2 yg berbangsa Cina keluar...Hubby aku pun sama lari adoiii panik seketika.

Gegaran yg kami rasa tu memang kuat dan lama la juga. Dalam 2 minit tu la. Katanya bacaan gegaran tersebut dalam 8.9 skala rechtor. Memang menakutkan aku...Suami pula bertalu2 dapat call dari sedara mara dia dan juga kawan2. Semua bertanya kesahihan...nak ketawa la pula aku, Encik Suami tiba2 jd kaunter pertanyaan hahahaha....sabar la yer sayang :-)

So dalam beberapa jam kemudian gegaran kedua pula menyusul. Kali ni bacaan nya 8.6 skala rechtor. Kuat juga tu. Tapi kali kedua ni aku tak der la rasa gegaran cuma pening....I feel like geddy sangat2...terduduk juga la aku kat sofa...tapi Mr.Hubby tak perasan sebab dia tgh sibuk siapkan menu dinner kami. Masa tu kalau tak salah dalam jam 6.58 petang macam tu la.

gambar sekadar hiasan
Dan seketika bila Hubby buka FB katanya amaran Tsunami di keluarkan. So memang panik la, aku terus call mak cik dan mak yah kat kampung. Tanya keadaan mereka, maklum la rumah kami tu dekat dengan Penang Bridge. Risau la juga kan.

Mak cik kata ok tak der apa2...Tapi aku mohon pada Allah agar semuanya berada dalam keadaan selamat. Risau juga la kan...benda2 macam ni memang dah pernah terjadi. Tahun 2004 yg meragut jutaan nyawa manusia di seluruh dunia. Ya Allah lindungi lah kami Ya Allah...


suasana gempa bumi di bandar acheh

Dengar kata Penang Bridge pun di tutup seketika, begitu juga dengan perkhidmatan feri. Dan dijangka Tsunami akan melanda Penang dalam jam 9.11 minit malam waktu tempatan.

Tapi dalam beberapa minit tadi aku dengar berita yg mengatakan amaran Tsunami telah di tarik balik. Alhamdulillah Allah masih melindungi kita semua...maka marilah kita bersujud Sykur pada Nya kerana masih memberi peluang untuk kita semua menikmati kehidupan di muka bumi ini...Subahanallah....

Sunday, April 8, 2012

SHOPPING TIME

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer apa yg terjadi pada diri ku semalam hehehe....dari bulan lepas lagi aku rasa nak berSHOPING tapi tak SHOPPING2 pun huhuhuhu...bila aku ke Shopping Complex jer aku jadi blurrr tak tahu nak beli apa. Tapi bila balik rumah gatai tangan ni rasa nak Shopping...aduhai wanita sabar jer la.

Yang best nya bulan lepas bila aku kata nak SHOPPING alih2 cik abang aku yg berSHOPPING lawak sungguh...setiap minggu kami lepak kat Sunway Carnival Mall, setiap minggu juga la cik abang aku akan beli baju...cam no tu hehehe...cer citer sikit hahaha...

Tapi semalam aku betul2 berSHOPPING. Tapi cara yg berhemah la hehehe...Iyer la tu kan ahaksss...:-)

Kebetulan handbang aku rosak...ala handbang RM29.90 jer...bukan apa handbang tu la yg paling aku selesa bawa gi kerja, dengan besarnya, luasnya, banyak pintu gitu hehehe...pendek kata hampir setahun lebih juga al aku guna semalam pula tercabut zipnya. So aku pun pergi la beli handbag baru. Yang kelakarnya aku tetap amik handbang yg berharga RM29.90...best kan....setia sungguh...

Dan yg paling best aku siap amik dua lagi...berlainan jenis dan di kedai yg berbeza tapi harga tetap RM29.90. Itu la yg paling aku selesa. Aku ni bukan jenis yg penting kan jenama atau penampilan. Yang penting untuk aku ialah KESELESAAN. Ada handbang yg mahal cik abang belikan dan yg aku belikan pun ada...tapi aku dah set kat minds aku yg handbang tu aku akan guna bila ada big event atau pun kenduri. So kalau setakat gi kerja ni memadai lah dengan RM 29.90 tu :-)

So selain tu perkara WAJIB yg aku akan SHOPPING ialah BUKU. So bila masuk Popular Bookstore tak lengkap kalau tak membeli. So aku pun rembat dua buah buku. Satu buku motivasi dan satu lagi novel hasil nukilan Ahadiat Akashah yg bertajuk Hanya Tiga Hari. So secara keseluruhan total up aku berSHOPPING semalam tak sampai pun RM 100.00...Cayalah :-)

So lepas aktiviti SHOPPING kami berdua SUPPER kat Mc.D Seberang Jaya. Aktiviti melepak kami sampai pukul 12.00 tengah malam. Sambil borak2 citer kisah2 cinta kami dulu, bergelak ketawa bersama sedar2 tak sedar dah pun pukul 12.00 lebih. And kebetulan pula hari Jumaat depan adalah birthday my Hubby. So Hubby buat reservation on line apartment kat Batu Feringhi Penang untuk satu malam for us. Tapi kebetulan apartment tu ada dua bilik, so kami buat undangan kat famili adik ipar ku. So dapat la nanti kami bercuti dengan anak2 buah kami yg tersayang iatu Alya dan Aneesa...:-)

So ini la my story for today...harap jgn la jemu membaca celoteh aku ni. Aku ni memang suka celoteh pun hehehe...so Gnite everyone...:-)

Friday, April 6, 2012

DINNER AT TEO CHEW FAMOUS CENDOL BAGAN AJAM

mee jawa special
mee kari ala chinese
ABC special ni
ice lemon tea
Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua rakan2 di blog...Wah ayat pertama macam berlagak jer bunyinya. Bukan apa macam la blog aku ni famous sangat ahaksss.. Ditimpa perasaan la pula aku ni. Nak buat macam mana kan dah nama pun perempuan LAGAK tu kena la ada hehehehe....sabar jer la Kak Jenab oiiii....:-)

Hari ni aku nak share citer tentang menu kami malam ni. Memang sedap la UOLSS terangkat giler dengan Mee Jawanya...Cik Abang I layan Mee Kari. Bukan apa Mee Jawa I tu lengkap dengan pedasnya, masam nya, kepekatan kuahnya fuhhh!! memang MARVELOUS la :-) So korang nanti kalau ada yg terlalu kat area ni jom la singgah. Bukan apa sebab sedap so kena la share kan :-)

Restoren ni ada banyak cawangan. Bermula dengan kereta roda tiga meniaga di sekitar Penang Road di Penang Island, kini mampu berdiri megah dengan beberapa cawangan Restoren yg semakin maju, salah satunya dekat ngan rumah aku la di Bagan Ajam Butterworth.

Mula2 aku masuk Restoren ni pada awal pembukaannya rasa takut la juga maklum la nama Cina, lepas tu tak der la pekerja melayu atau pelanggan melayu yg masuk, tapi sijil HALAL terlekat di dinding. Aku dan suami masuk la juga sebab teringin nak makan cendol special huhuhu...

So kini Restoren ni dah semakin maju, kebanyakkan staf kat situ melayu, dan yg bestnya berbilang bangsa yg makan kat situ. So boleh la kita menjamu selera kat di situ tanpa WAS2 hehehehe...

So kawan2, kalau ada yg terlalu atau tersesat di area Bagan Ajam ni, jom la singgah pasti anda akan berpuas hati...SELAMAT MENJAMU MATA yer :-)

Tuesday, April 3, 2012

PRE HONEYMOON

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni baru la ada mood nak up date blog. Kalau tidak asyik bertangguh jer niat nak up date tu. Entah la sekarang ni makin malas pula jadinya. Bukan apa akibat kekangan masa yg agak melampau sekarang ni...So kena lah tunggu Mr. MOOD tu datang dengan rela hati tanpa di paksa hehehehe...

Hari ni just nak berkongsi apa yg aku rasa selepas pulang dari PRE HONEYMOON minggu lepas ahakssss gataiii...mood gatai gitu hahahahaha....Masya Allah...boleh pula ada mood gatai hahaha...

Macam ni citernya, minggu lepas aku diserang selesema yg agak teruk la juga. So memang aku tak larat2 sangat2...dalam masa yg sama aku STRESS dengan tempat kerja aku ni. Aku STRESS dengan org sekeliling. Bab kerja tu tak der la STRESS pun hehehe...cuma aku agak marah dengan beberapa org sekeliling ku. Bukan marah apa UOLSS...aku marah sebab amanah yg diberi tak dibuat dengan sebaik mungkin. Kalau dah tak faham bertanya jgn buat2 pandai tapi satu haram pun tak tahu...kan..kan..kan..aku dah mula bunga2 marah tu :-)

Nka dijadikan cerita, STRESS aku tu telah membuatkan aku jd sangat2 lemah, kebetulan pula tgh selesema lagi bertambah sakit aku jadinya. So Mr.Hubby yg sangat perihatin telah membantu membuat beberapa kerja rumah yg sebelum ni di bawah seliaan aku hehehe..dah macam keja kilang pula dah :-)

Bermula dari hari Khamis, Jumaat dan Sabtu aku memang lemah sangat2. Balik kerja aku mandi terus tidur...aku tak lalu makan, buat keja rumah pun aku dah tak sanggup. So hari Sabtu kebetulan aku ada LDP kat sekolah, so balik dari sekolah sekali lagi aku tidur tanpa makan, mungkin suami aku tak sanggup lagi tengok keadaan aku yg sedemikian, so di bisikkan kat telinga aku, "Yang, jom kita pi bercuti kat Penang..."

Aku yg dalam keadaan separuh sedar, tersenyum...maklum la Penang hehehehe...dekat sangat...tapi bila di fikirkan semula aku ni memang la duduk kat Penang, tapi jarang sekali nak menginap di Hotel2 kat Penang tu...So aku pun bangun siap2...lagi pun semua keja rumah cik abang dah buat hehehehe...lega aihhhh....seronok juga sakit ni...sebab ada org manjakan kita alahai...:-)

So masa dalam feri Hubby terus buat booking on line...Alhamdulillah...percutiaan bidan terjun PRE HONEYMOON kami menjadi...Kalau ikutkan Hubby dia nak ajak gi Hatyai, tapi sebab aku ada sekolah tak jadi...tapi korang mujur la tak pergi...Hari Ahad lepas Hatyai kena BOM!!

Yang sedihnya tempat yg kena BOM tu tempat kami lepak masa pi Hatyai tahun lepas. Syukur Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk kami menikmati hidup di dunia ini.

penang pearl of orient
So kawan2 aku just nak share apa yg aku feeling, hehehe...so kalau tak suka jgn baca tau...bukan apa takut nanti timbul fitnah la pula. Aku ni memang macam ni...kalau boleh semuanya aku nak citer kat dalam blog ni. Kalau org nak kata aku syok sendiri pun aku akui...memang pun hehehehe...nak buat macam mana kan...aku ni memang di lahirkan macam tu redha jer la UOLLSS :-)

ADIOS!!