gambar sekadar hiasan |
Hari ni aku nak share something dengan rakan2 blog sekalian tentang kelebihan puasa sunat Isnin dan sunat Khamis. Tahun ini aku memang berazam nak tingkatkan amal ibadat ku, yer la kan umur dah makin meningkat, ajal maut pun dah makin menghampiri kita so apa salahnya nya kalau kita tambah amal ibadat kita...buat bekalan di alam sana kelak...
Tapi bukan la niat aku nak riak atau takabur dengan apa yg aku buat...Actually aku pun tak der la buat selalu...kalau aku raa mampu dan sihat memang aku akan minta izin dengan suami untuk berpuasa pada esok harinya. Kalau suami tak izin aku tak buat pun. Memang wajib seorang isteri meminta izin pada suaminya untuk melakukan ibadah...walau pun dia tahu yg suaminya pasti akan mengizinkannya tp tetap kena tanya tau....
Di sini aku ada something nak share tentang izin mengizinkan ni yer..:-
Dua hadis sahih sebagai nas:
1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.
2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan.
So berbalik pada isu utama iaitu tentang puasa sunat ni yer. Puasa mengajar kita untuk tingkatkan kesabaran dan juga ketabahan seseorang. Selain itu ia membantu meningkatkan tahap kesihatan kita dan mendisiplinkan diri kita.
gambar sekadar hiasan |
Di sini aku nak share tentang kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis yer..:-
Dari
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal
dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada
tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku
dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
"Hari
itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya
aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan
al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Dulu aku ada kemusykilan tentang lafaz niat puasa sunat Isnin Khamis ni...punya la cari cara nak lafaz niat puasa dalam bahasa arab...tp arwah mama kata boleh jer lafaz niat dalam bahasa melayu kerana Allah itu Maha Mengetahui...So di sini aku sertakan soalan yg telah diutarakan oleh seorang insan yg punyai masalah yg sama macam aku...:-
Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?
Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu. Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".

So aku harap apa yg aku share kat sini sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 yg ingin menambah saham di akhirat..JOM, AYUH!! kita mencari pahala buat bekalan di "sana" Wassalam...:)
3 comments:
alhamdulillah,,semoga amal ibadah kta dterima oleh Allah s.w.t ,,,amin
Alhamdulillah...semoga kita semua istiqomah...aamiin
Alhamdulillah...semoga kita semua istiqomah...aamiin
Post a Comment