Tuesday, October 14, 2014

MINAH OII MINAH

minah ngok ngek
Assalamualaikum wbk ...

Hari ni aku nak story sikit tentang cat yg datang bertandang kat rumah aku since bulan Ramadhan yang lalu. Sampai sekarang dia ni dah jadi regular customer aku.

So bila dah selalu sangat datang bertandang aku pun letak la nama dia Mina, lagi pun dia ni betina ...
Masa mula2 si Minah ni datang dia tengah pregnant, so memang tak sampai hati la bila tengok dia dalam keadaan memboyot tu minta makan. Kebetulan pula masa tu aku tengah nak hantar hubby ke luar pintu, sambil bersalam dengan hubby, dia kata ...

"Sayang, bagi la kucing tu makan nanti yer ..."

Aku angguk jer la, lagi pun memang time tu time anak2 buluss aku makan pun. So aku pun share la juga nasik anak2 buluss aku tu dengan si Minah ni.

Masa berlalu dengan pantas, so Minah pun dah bersalin, rutin harian dia tetap sama, dia akan datang waktu anak2 buluss aku ni makan. Macam mana dia tahu erk ??
Pelik juga, dia duduk kat tingkat bawah, tapi bila time anak2 buluss aku makan sure dia akan mengiaw tanda dia dah sampai ...

Itu lah hikmahnya kan ... Hanya Allah saja yang tahu nilai kehebatan ini. So bila anak2 dia dah besar dia pun bawa anak2 dia tu naik ke rumah aku huhuhu ... tengok la wajah anak2 dia comelll sangat2 tau :)

anak2 minah
Tapi tu la sekarang anak2 Minah semua dah tak ada, mula2 yg warna hitam tu hilang, lepas tu aku terjumpa yg kelabu tu pula mati kat tong sampah, kena langgar barangkali dan yg last sekali si Moyen tu tiba2 hilang ...
Ini lah pic si Moyen yg tengah tidur sebelum beberapa hari dia nak hilang ...

moyen tidur depan rumah ku
So lepas anak2 dia semua dah tak ada, adalah dekat seminggu dia tak naik ke rumah aku, ingatkan dia dah kena buang, maklum la ada sorang uncle tu dia memang marahkan Minah, katanya ...

"Ini kucing manyak jahat, belak lata tempat ooo ..."

Tapi masalahnya Minah tak pula membuang kat rumah aku ni. So aku pun tak der la nak marahkan dia. So aku just biarkan jer la apa yg Minah nak buat,tapi selalunya dia akan tidur jer pun ....tak pun dia akan jadi "JAGA" kat depan rumah kami hehehe ... rasa special la pula, rumah org lain mana ada "jaga" rumah kami yg tersangkut ni siap ada "jaga" tu hehehehe ....

minah jaga
minah dengan anak2 nya
Tapi Minah ni ada bad habbit, dia suka tangkap burung. Macam2 jenis burung dia bawa balik letak depan pintu rumah aku. Aduhai macam nak luruh jantung aku dibuatnya. Ada sekali tu dia bawa balik burung merbah yg masih hidup, tp dah nyawa2 ikan la pun huhuhu ... Aku pun apa lagi terus jerit kat my hubby minta dia datang angkat kan burung tu ... aku siap sapu minyak gamat lagi ...

Tapi malang sekali dalam beberapa minit burung tu pun mati. Aku pun amik la burung tu bagi kat Minah. Tapi dia tak makan pun ...

Dah tiga tiga kali dia buat "supprise gift" kat aku ... Alahai memang tak boleh blah la Minah ni huhuhu ... Aku siap warnig kat dia kalau bawa balik burung lagi aku tak nak kawan dengan dia lagi huhuhu ...

dia bawa geng pulak dah

minah and comot
Hari ni Minah bawa mai geng pulak dah, aku memang kenal dengan si Comot ni. Sebab aku selalu bawa makanan turun bila setiap kali buang sampah kat tong sampah besar. Comot ni memang penunggu tong sampah pun kat bawah tu. Entah mimpi apa hari ni dia ikut si Minah naik ke rumah aku.

So aku pun bagi la je la makanan yg masih ada lebih kat dalam rumah ni. Kita kongsi apa yg ada la yer Nak oiii !!!
Elok jer aku tengah upload pic masuk dalam FB tertiba aku dengar lagi sekor kucing pula berbunyi, rupanya ada lagi sekor warna hitam pula naik, aku tak sempat la nak snap pic ... maklum la kucing jalanan ni bila kita dekat dia lari huhuhu ...

Dulu Minah pun macam tu juga, bila di dekati dia akan lari tapi sekarang tidak lagi. Makin manja ada la. Setiap pagi dia akan cium kasut suami ku, cium kaki suami ku (dah macam filem hindustan la pula hehehe ..) sebelum suami pi kerja.

So inilah kisah tentang si Minah Ngok Ngek hehehe ...
Sampai ketemu lagi ...
Wassalam :)

Sunday, October 12, 2014

PERMATA SURI (PRODUK CNI)

permata suri
Assalamualaikum wbk ...

Hari ni I rajin nak update blog I yg tercomel ni (perasan la pulak :P)
Ok la hari ni I nak celoteh tentang produk yg sekarang I tgh amik, actually dulu pun I pernah amik juga masa arwah mama masih ada, lg pun my mom dulu dealer CNI. So memang every month arwah akan belikan untuk aku.

Tapi tu la masa tu aku tak berapa nak concern sangat pasal kesihatan ni semua. Sekarang bila arwah dah tak ada baru la terhegeh-hegeh nak minum semula, so kena la beli sendiri. Tapi mujur la mak cik aku (adik arwah) pun jadi dealer CNI juga, dapat la aku harga murah sikit kan hehehe ...

Ok aku dah amik Permata Suri dah seminggu, hasilnya badan terasa ringan and aktif pula dalam buat2 kerja rumah ni. Nak kata penat sangat tu tidak la tp rasa ok la, may be masih baru kut, tak per kita cuba tengok dalam tempoh sebulan pula macam mana hasil nya .. :)

Ok disini aku nak share beberapa kebaikkan yg terdapat dalam produk Permata Suri ni yer ...
Aku pun share info ni dari one of the blog tentang produk CNI ni ...
http://permatasuricni.blogspot.com/2008/09/cni-permata-suri.html

permata suri keluaran cni


Kandungan
Manjakani
• Tanin - mengecutkan otot bahagian faraj dan menegangkan otot
• Mengawal rembesan lendir
• Mengawal keputihan
• Melambatkan proses penuaan
• Anti bakteria dan kulat – hilangkan bau yang tidak enak
Jarum Emas
• Anti radang – memulihkan luka, bengkak pada faraj dan bibir faraj selepas
hubungan kelamin
• Tonik perut – Bantu penghadaman dan penyerapan nutrien dan
pembuangan toksin
• Pelancaran kitaran haid
Daun Sireh
• Anti bakteria dan anti kulat – mengharumkan
• Pembuangan angin
Kurma
• Kandungan nutrien yang tinggi – meningkatkan kadar metabolisme
• Bekalan tenaga serta merta
• Kaya dengan serat
Madu lebah
• Bekalan tenaga fizikal serta merta
• Kandungan nutrien yang tinggi – kesihatan kulit dan peredaran darah
Jintan Hitam
• Merangsang sistem imun
• Mencerdaskan minda
• Melancarkan peredaran darah
• Membuang angin
Halban
• Merangsang penghasilan hormon wanita – membantu dalam kitaran haid
• Melancarkan sistem peredaran darah
• Menguatkan otot dan sendi
Kacip Fatimah
• Mengurangkan masalah Pre Menstrul Syndrom (PMS) dan haid
• Menegang dan mengecutkan otot
• Membantu dalam masalah/ penyakit kelamin
Akar Serapat
• Kuasa pemulihan luka/ tenaga
• Menegangkan otot

Spesifikasi: 330ml/ botol
Fungsi khusus:
Ø Menegang dan mengecutkan otot di bahagian faraj, perut dan payu dara
Ø Mengeratkan hubungan kelamin
Ø Membantu dalam proses penyembuhan luka selepas hubungan kelamin
Ø Melancarkan kitaran haid dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan haid seperti PMS dan senggugut.
Ø Mengurangkan masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak diingini

Fungsi umum:
Ø Meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan jangkitan
Ø Melancarkan peredaran darah
Ø Pembentukan bentuk badan yang sempurna
Ø Pembuangan toksin dan angin tubuh
Ø Mengatasi masalah bau badan
Ø Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan

Tanda-tanda yang mungkin hadir pada peringkat permulaan pengambilan:

Ø Badan terasa panas (selepas 30 – 45 minit pengambilan)
Ø Untuk pesakit asma, jantung akan terasa berdebar-debar selepas pengambilan
Ø Buasir menjadi kecut dan kelihatan pengeluaran lebihan darah semasa pembuangan air besar
Ø Badan terasa ringan
Ø Bertenaga dan tidah letih
Ø Bau air kencing tengik pada permulaan dan kembali normal selepas 3 hari pengambilan
Ø Air kencing menjadi kekuningan dan berbuih (selepas 3 6 jam)

Perhatian:

1. Tidak sesuai untuk wanita hamil dan kedatangan haid.
2. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada mengadakan hubungan
kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan.
3. Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini.
4. Simpan di peti sejuk selepas dibuka.

Saranan Pengambilan:

Minum 2 sudu besar dengan segelas air, 2 kali sehari

Saranan Tambahan:

Minum banyak air sepanjang pengambilan produk ini.
                                                                                                                                                                                




Ok la, hope lepas ni aku boleh up date semula kesan dari pengambilan produk CNI ni yer, harap2 kesannya positif la kan hehehe ...
Mana la tahu lepas ni aku jadi cantik persis Aiswarya Rai ker kan hehehehe ....




Wassalam ....

Thursday, September 18, 2014

BILA SESEKALI TERASA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ....

Salam penuh kasih sayang dari ku untuk semua rakan2 blogger. Ok hari ni aku nak celoteh something about myself lately ni.

Entah la kenapa semenjak dua tiga menjak ni aku kerap rasa bosan terutama bila semua kerja2 rumah siap di buat dengan tip top nya hehehehe ....Perasan la tu kan :P

Time tu mula la rasa macam nak kerja semula. Aduhaiiii ....
Macam tu la kalau tertiba rasa BOSAN kat rumah. Nak ajak si kecik Lola tu main dia pun dah tak larat nak main lompat2 dengan aku huhuhu ... lagi pun Lola dah besar, asyik nak berkepit dengan Abam Citam dia jer hehehe ... nak tawin2 la tu :P

Aku pernah suarakan hal ni kat my hubby, macam biasa la jawapan dia "OK" ... tp kalau dia kata "OK" tampa memandang ke wajah ku, itu bermakna "OK" tak bernoktah huhuhu ... means "NO" in silent huhuhu ...

Aku bukan nak minta kerja hebat2 pun, just kerja biasa2 jer. Contohnya jadi Cikgu Tadika ker, jadi Kerani kat syarikat mana2 ker atau full time Tuition Teacher. At least aku boleh balik awal dan ada masa untuk tumpukan pada rumahtangga pula kan.

Bukan tak nak minta kerja yg hebat2 dan yg mengikut spesikasi kelayakkan ku, tp semua yg aku dapat mesti di luar kawasan. Tak kan nak tinggalkan hubby lagi, NO WAY OK !!!
Lagipun kami dah ada rumah kat sini, so better la kerja area2 sini jer kan.

Tengok la macam mana, kalau dapat full green light dari Encik Suami boleh la aku kerja semula, kalau tak maknanya teruskan kerja2 yg ada sekarang ni.

By the way tahun depan aku ada perancangan yg lebih hebat untuk kelas tuisyen aku tu. Aku nak buat lagi satu kelas untuk sekolah menengah pula. Lagi pun ada permintaan dari org sekitar. So boleh la tumpukan sepenuh perhatian untuk kelas tuisyen aku tu.

Kelas tarian pun sama, kalau khidmat aku masih di perlukan, aku akan upgrade my skill untuk lebih mantap. Aku nak buat kelas lakonan pula. Just basic acting untuk anak2 pra sekolah, boleh la kan. Lakonan simple2 jer pun. Bayaran pun kasi up la sikit kan :P

Aku ni tak pandai nak menjual barang on line ke apa, tapi aku lebih suka tumpukan bisnes perkhidmatan. Aku lebih suka buat bisnes secara lansung macam tu. Lagi pun bila jadi guru tuisyen ni aku lebih allert dengan pekembangan dunia pendidikan sekarang ni.

Contohnya macam PT3, mula2 tu agak kurang faham, tapi bila tengok buku2 latihan mereka aku mula faham dan menguasainya, lagi pun aku ada ramai kawan2 yg berkhidmat sebagai guru, so boleh la kami share info sikit2 kan :)

Harap2 tahun depan kalau ada rezeki boleh la aku dapat kerja di kawasan sekitar kami ni, kalau tak nampak nya terus la aku bertakhta di Istana Hinggap (AIMCT Crib) sebagai permaiSURI RUMAH hehehehe ... :)

Wassalam ...
Adios !!

Wednesday, September 17, 2014

PETUA KEJELITAAN

new homemade masker
Assalamualaikum wbk ...

Salam sayang dari saya buat kalian semua ...
Amboi mukadimah macam retiss kan hehehe ... perasan la pula kan :P

Ok today I nak kongsi sikit tentang petua kejelitaan I hahahahaha !!! POYO jer kan bunyi nya hahahaha :P
Jangan MAREEEE !!!!

Ok serius !! macam ni bulan lepas I ada tengok kat youtube cara2 buat masker sendiri kat rumah. Bukan kedekut yer hehehe .. tapi JIMAT OK !! :)

So cari punya cari maka dapat la satu tips untuk serikan wajah yg kusam, kering dan berjeragat. Mula2 tu rasa takut la juga, mana lah tahu tiba2 muka I yg putih ni tukar jadi kaler kuning huhuhu .. Naya Cheq :(

So I just cuba sikit dulu, and yg paling kelakar tu I pakai tak sampai 10 minit lepas tu capet2 basuh sebab takut muka jd kuning. Tapi rupanya tak, sebab kita dah masukkan dengan madu dan susu so benda tu jadi natural.

So I cuba lagi esok nya, kali ni 20 minit baru cuci. Alhamdulillah result makin ok ni hehehehe ...
Maka dengan itu every morning without miss I mesti sapu masker home made I ni.
Oh yer kalau nak resul yg baik better bilas dengan menggunakan span dan air suam. Memang sangat2 menyegarkan wajah and yg paling best wajah akan menjadi kemerah-merahan ... hehehehe comeiii tau :P
Lagi pun memang my dream pun nak kulit wajah yg sihat dan bersinar "trenggggg!!!! ada kadabra!!! " :D

So kalau la ada orang nak cuba I 200% recommended ok!! Memang sangat2 berbaloi, lagi pun menyihat kan dan tak membahayakan sebab no chemical ok !!

Bukan tak boleh nak pakai produk2 yg terjual di pasaran tu,kalau kita yakin dengan kualiti dan keberkesanan nya why not kalau mencuba, lagi pun ok jer kalau sesuai dengan kulit wajah kita kan ...

Tapi I ni tak pakai sebab satunya I tak pandai buat pilihan, yang kedua bila tak kerja dok rumah jer ni kenalah berjimat cermat kan, kesian cik abang I dok cari rezeki, I pulak dok perabih duit dia hish!!! cannot be, cannot be !!! Ketiganya sebab my hubby memang tak izinkan I pakai produk2 yg tak tahu akan asal usulnya and yg paling penting dia memang tak izinkan I dekatkan diri dengan produk2 yg berlambak di pasaran tu. Katanya ada side effect .... So I redha jer la ....

Oh yer I nak belanja sekeping picture I yg diambil semalam .... ramai yg kata nampak kulit wajah I segar hehehe ... bukan nak perasan tapi nak kongsi tips yg berkesan ... Wahh!! ayat tak hengat huhuhu ....

hehehe ... belanja sekeping :P
Ok yer ini picture yg tak edit yer, lagi pun hp cap ayam I tak der pun nak 360 bagai hehehe ... so inilah hasilnya setelah sebulan menggunakan masker homemade ...

Ok cara2 nak buat masker ni senang jer tau ... just amik satu sudu teh serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bagus), lepas tu letak sesudu teh madu and lepas tu letak pula sesudu teh susu segar, kalau tak der susu segar boleh juga letak yogurt atau kalau tak der juga susu serbuk pun ok juga hehehehe .... Lepas tu mix dengan sedikit air (kalau guna susu serbuk la yer).
Pastikan wajah anda kering yer, kemudian sapu dengan menggunakan berus, tp I guna tangan jer pun, jangan risau gerenti tak kuning.

Kesan pertama yg I nampak ialah jerawat cepat mengecut, biasa la kita ni org perempuan sebulan sekali mesti terbit jerawat tu sebelum cuti2 malaysia ... so kali ni jerawat yg tumbuh tu tak sempat nak mekar dah pun layu hehehehe ... and one more important things is wajah menjadi lembap, lembut dan anjal ... itu yg paling best hehehe ... makin seronok la cik abang I cubit pipi I hehehe ... katanya lebut macam kuih pau hehehehe .... :P

So kawan2 I just share apa yg I dah lalui, hope lepas ni Uolsss cuba la pula yer, mana la tahu lebih cun dan muda kan :)
Kalau ada tersalah cakap tu I mohon ampun dan maaf yer, maklum la terlalu excited bercerita sampai lupa adab dan susila berblog hehehe ...

So jumpa lagi di lain entri ...
Wassalam ...
ADIOS !!!

Thursday, July 10, 2014

GAZA DI BEDIL LAGI

sayunya hati ini 
Assalamualaikum wbk ...

Salam Ramadhan 1435h. Hari ni dah masuk hari ke 12 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah Syukur pada Allah diatas limpah kurnia Mu kepada kami umat2 Mu di Malaysia.

Namun hati kami diruntun pilu bila melihat kawan2 seagama kami yg sedang di zalimi oleh rejim Zionis laknatullah ...

Subhanallah ...
Allahuakbar ...

Sayunya hati ku Ya Allah bilamana melihat gambar2 anak kecil yg tak berdosa mati bergelimpangan. Apalah dosa mereka ??? Apalah salah mereka ??? sehingga puak2 jahanam ini sanggup membunuh orang2 yg tak berdosa ini ...

Dalam banyak2 gambar yg dipost di wall FB, gambar anak diacu senapang (gambar seperti diatas) ini benar2 meruntun jiwa ku. Sebak tak terkata hanya Allah yg tahu. Kaki seolah2 ingin melangkah  ke sana untuk menyelamatkan anak tersebut, tangan rasa ingin mengapai mendukung anak itu lari sejauh yg boleh ...

Subhanallah ....
Peritnya Ya Allah !!!

Tapi apa pun aku hanya mampu berdoa agar saudara seIslam ku selamat di bumi Gaza ....
Lindungilah mereka Ya Allah ....

Kepada yg Syahid Syurga tertinggi tempat kalian ....

Al-Fatihah ....

#PrayForGAZA
#savepalestin

Thursday, May 29, 2014

ANAK-ANAK CILIK KU BUAT PERSEMBAHAN

me and all my cilikss

peace !!
Assalamualaikum ....

Salam sayang buat semua pembaca blog dan blogger2 sekalian. Alahai macam la blog aku ni glamer sangat kan hehehe...

Ok aku nak story tentang hari Selasa yang lepas. Macam ni cerita nya, anak2 cilik aku akan membuat persembahan pertama mereka pada hari tersebut. Baju pun amik mana yg ada, maklum la baju yg sebenarnya belum siap huhuhu ...

Anak2 cilik aku akan buat persembahan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBI. Dia orang ni persembahan yg pertama tau...kira2 macam opening event gitu..Aduhai kecut juga perut aku ni.

Dah la tu semuanya bilangan pelajar yg akan menari sepatutnya 12 orang, alih2 sorang tak datang and lagi sorang tak nak menari huhuhu..aduhai last minute tu huhuhu...

So aku redha jer la redah apa yg ada hehehe...akhirnya Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Syukur sangat hehehe...

KEMANGKATAN SULTAN PERAK

kemangkatan sultan perak yang ke 34

pertabalan sultan perak yg baharu sultan perak yang ke 35
Hari ini seluruh rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya berasa sedih dengan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Perak, iaitu Sultan Azlan Shah. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.38 minit tengah hari semalam (28 Mei 2014) bersamaan 28 Rejab di IJN Kuala Lumpur.

Sebelum majlis pemakaman, pertabalan sultan Perak yang baharu telah diadakan. Raja Nazrin Shah telah dipilih untuk menggantikan tempat Almarhum ayahanda baginda. Maka kini Perak telah mendapat Sultan yang baharu bagi meneruskan legasi kesultanan melayu di negeri Perak.

DAULAT TUANKU !!!

Friday, May 2, 2014

1 MAY - LABOR DAY & 1 REJAB


gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ...

Salam sayang  buat semua rakan2 yang sudi menjengah ke laman blog I yang tak seberapa ini. Merendah diri la pula I ni kan Uolss hehehe...biasa lah I memang dah sejak azali rendah so bila merendah diri alamatnya lagi rendah la jawab nya hehehe... sampaikan orang tak nampak I pun hehehe :)

Ok la semalam kita semua sambut 1 Mei kan, so semua yang berkarja pasti la bercuti kan, orang2 macam I ni tak der la pula nak bercuti apa semua. Dah memang sah2 tiap2 hari ada kat rumah, kerja pun kerja kat rumah kan.

So macam biasa la, hubby I kalau hari bercuti mula la dia melingkar macam ular kekeyangan hehehe...sesekali nak berehat katanya. So aku pun iyer kan jer la. Bangun jer pagi seperti biasa  aku akan mop lantai,bagi makan naka2 buluss dan kemas rumah apa yg patut (walaupun hakikatnya semua dah terkemas tp akan kemas semula juga hehehe...). Elok jer aku masuk bilik semula nak amik kain baju untuk mendobi hubby bersuara,

"Tak payah cuci baju la hari ni, cuaca mendung tu..." Iyer betul juga memang semalam cuaca kat Butterworth agak mendung jer. Dia bersuara lagi ...

"Hari ni kan 1 Mei, hari Pekerja, rehat jer la ..." Katanya sambil tersenyum ...

Aku pun anggukkan jer la. Tiba2 dia kata ...

"Keluarkan ayam, hari ni kita makan menu ala Thai la..."

Hish, biar betul... aku baru jer nak buat breakfast terus terdiam. So lepas dia bersiap apa semua Chef masuk dapur la semalam. Maka terhasil la menu Tom Yam Campur, Ayam Kicap Ibu hehehehe...(sebab guna sos ABC) dan juga nasi beras wangi siam.(guna beras siam yang aku dapat masa bawa budak2 tarian ke Satun tahun lepas)

Jam 11.30 pagi kami dah mula brunch hehehe.. (breakfast plus lunch). Habis jer makan semua mata dah layu la...aku macam biasa la belek2 talipon momei aku tu, hubby pula layan ipad dia. Jam 12.30 aku terlelap sekejap, kebetulan pula time tu hujan renyai2. Lebih kurang 20 minit aku terjaga semula. Begitu juga dengan hubby, lepas jer solat Zuhur hubby sambung tidur semula, aku pula layan novel (layan la konon, masuk muka surat kedua terus rasa boring ...)

Aku bangun lipat baju yg baru diangkat dari ampaian, selesai semua dah jam 3 petang. So apa lagi layan la my feveret drama "Temptation of a Wife" Philippine version,  cerita yg diadaptasi dari drama Korea.

Jam 4 ptg aku dah mula sibuk bagi makan anak2 buluss and mop lantai sekali lagi. Lepas tu solat Asar and hubby sekali lagi masuk ke dapur. Kali ni dia masak nasi goreng untuk menu dinner kami.

Alhamdulillah aku dapat la juga merasa nikmat CUTI dari memasak sempena Hari Pekerja. Dalam kekurangan ku Allah titipkan seseorang untuk menyempurnakan ku Alhamdulillah ...

gambar sekadar hiasan
Kalau ikutkan aku nak puasa semalam, tapi bila fikirkan suami ada kat rumah kena la aku raikan suami. Aku tahu kalau aku minta izin nak berpuasa sure dia izinkan, tapi aku fikir banyak masa lagi. Elok la aku raikan suami yg sedang berehat di rumah.

Dalam kita mengejar pahala jangan sesekali kita lupa pahala yg sedia ada. Lagipun ini puasa sunat bukan wajib lagi kan. Nanti bila dah masuk Ramadhan kita berpuasa sebulan la kan ...

Apa pun itu lah resepi kebahagian kami. Walau tak sehebat mana tapi ia cukup membahagiakan aku. Ini Keluarga Kecil ku. Ini Syurga Dunia ku. In Shaa Allah aku mohon agar kebahagian ini kekal hingga ke Al-Jannah ... AMMIIN ...

Salam Rejab untuk semua ...

Wassalam ...


Saturday, April 26, 2014

PEMANTAPAN ILMU

buku panduan kursus haji dan umrah
Assalamualaikum wbk ...

Hari ni just nak celoteh tentang kursus haji dan umrah yang diadakan pada setiap hari Sabtu jam 9 pagi di Masjid Jamek Pekan Darat. Kursus bermula pada awal bulan April ini. Memang best sangat, sebab nya kelas2 tuisyen aku sebelah dengan masjid dan berada dalam kawasan masjid so memang setiap ceramah kita orang dengar clear la kan hehehehe... Alhamdulillah.

Anak2 murid tuisyen ku pun dah pandai sebut "Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak ..."

Terutama si kenit dua orang murid pra sekolah. Dah semakin petah menyebutnya. Siap dengan doa naik kenderaan dan doa bermusafir, Alhamdulillah feeling bleesed sangat2 :)

Tadi masa time budak2 aku rehat berhenti makan, Pak Su ahli qariah masjid yg juga merangkap suami kepada Ustazah Munirah (pengetua sekolah KAFA) datang menyapa ku, dia tanya kut2 la kursus haji ini menggangu proses pembelajaran aku, tp yg kelakar nya anak2 murid aku spontan menjawab "tak la Tok Su kami suka" hehehehe...bagus betul la anak2 murid aku ni hehehehe...aku siap ada supporter tu :D

Dah kebetulan Pak Su datang aku pun amik kesempatan minta tolong Pak Su belikan buku panduan Kursus Haji dan Umrah yang memanng di jual oleh Ustaz yg sedang bagi ceramah. Kebetulan memang dah hampir 4 minggu aku dengar Ustaz tu dok announce kata masih ada stok buku untuk rujukan. Tapi aku kata la juga, kalau tak cukup Pak Su jangan la beli sebab kesian pula pada orang2 yg lebih memerlukan hehehehe...

Selang beberapa jam Pak Su datang semula sambil membawa senaskhah buku untuk ku, Alhamdulillah ada juga rezeki aku kan hehehe...gembira bukan kepalang hati ku, kalau arwah mama ada mesti arwah mama suka. Arwah memang suka kumpul buku2 ilmiah macam ni :)

Isi kandungan buku tersebut juga elok untuk di jadikan rujukan sebab semuanya dibuat secara note dan peta minda. So memang mudah faham dan tak boring :)

Elok jer dapat buku tu anak2 murid ku yg lebih2 nak baca, aku biarkan jer la, masing2 sibuk dok cerita tentang Baitullah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi,Hajaratul Aswad dan sebagai nya. Tiba2 aku pun bersuara, "doa anak2 kecil sebaya kamu ni Allah akan kabulkan, so kamu kena la berdoa banyak2 supaya kamu boleh k sana kelak".

Aku sambung lagi ...

"Ada satu kisah, seorang budak perempuan yang mulutnya sentiasa menyebut nak ke Makkah,kalau ada orang sedekahkan duit untuk nya dia akan masukkan dalam poket baju kedah arwah tok nya, dan bila tok dia tanya nak buat apa dengan duit ni, dia akan sebut nak pi Makkah la, dan yg bestnya bila duit tu dah cukup akhirnya budak tu dapat menunaikan haji ada usia 13 tahun."

"Cikgu kenal ker dengan budak tu??" Tanya Muzaffar anak murid ku ..
"Kenal" , jawab ku ringkas.

"Siapa2??, adik beradik cikgu Siti ka???" Tanya Aufa ...

Sambil tersenyum aku menjawab "Cikgu la budak tu ..."

Dengan wajah terkejut dia orang tersenyum gembira dan yg bestnya masing2 menadah2 tangan sambil berdoa nak menunaikan fardhu Haji di Tanah Suci Makkah ... AMMIIN ....

Kabulkan doa2 anak kecil ini wahai Tuhan sebagaimana Engkau telah mengkabulkan doa ku dahulu ... AMMIIN ....

Apa2 pun aku just nak cakap tak semua orang akan mendapat panggilan rindu dari Allah, tp sebaik2nya mulakan berdoa dari sekarang semoga keinginan dan impian kita untuk ke sana di permudahkan Allah dan di lindungi perjalanan nya ... kerana aku telah un bergelar Hjh.dalam usia 13 thn, tiada apa yg mustahil dalam hidup ini. Perancanngan Allah jua yg terbaik ... itu lah aku Hjh,Siti Azlina binti Abdul Aziz ....

Wassalam .. :)

Friday, April 25, 2014

GULAI OH KARI

gambar sekadar hiasan cilok dari mr.google
Assalamualaikum wbk ..

Yess!!! hari ni awal pula aku update blog, maklum la petang nanti aga bzz and ada hal kat luar. Mesti membawa sampai ke malam. Hehehehe...macam bzz sangat la aku ni kan dah kalah menteri dalam negeri lagak nya :P

Ok la aku just nak share la kan, dulu aku ni memang failed bab2 masak kari atau gulai ni. Memang gagal habis la. Kalau aku pergi kedai makan pun aku memang tak akan amik lauk gulai ni, macam aku tak berapa suka la nak makan gulai. Tp kalau arwah mama yg masak memang aku makan, tapi yang pasti ikan atau ayam dalam kari tu kena la di gorengkan dulu. Kalau tak aku akan kata hanyir la, busuk la macam2 lagi la huhuhu...cerewet sungguh minah gemokss ni hehehehe...

So bila mama dah meninggal aku memang totally out dalam bab2 nak masak kari memang ketegori GAGAL giler la huhuhu...mujur la Allah anugerahkan aku suami yg terer masak,
"kalau tak makan kedai la kita sampai ke tua kan sayang" hehehehehe ....

Ok tahun lepas 2013 bermula la episod baru dalam hidup ku, aku fully housewife,kalau keluar kerja pun hari Rabu dan Sabtu jer, itu pun untuk ajar kelas tarian dan kelas tuisyen. So thn lepas aku memang banyak belajar masak dari my hubby, bukan apa bila hubby masuk dapur I akan jadi assistant dia plus merangkap mak cik cleaner hehehehe ....

So setiap kali dia masak aku akan tengok dan lama2 aku rasa nak mencuba. Cubaan pertama memang agak biasa la, rempah kari kurang masak and so on, asam terkurang la, santan terlebih dan macam2 lagi la. So I keep learning and never give up.

Thn ni secara jujurnya masakan kari or gulai dah semakin ok, nak kata mantap tu idak la lagi kan...but I keep practicing till become perfect hehehehe...angan2 tu mau lebih OK!!!

So macam hari ni our main menu for lunch is Kari Ikan hehehe...nama ikan jangan tanya still tak dapat nak ingat. Aduhai, bila la gamaknya aku nak kenal ikan2 di pasar tu yer...kalau ikan tu boleh cakap dah lama dia kata "aku kenal ko, tp ko tak kenal2 aku juga hehehehe..." Apa pun solute tu my hubby dia memang terer semua nama ikan...kalau dia cakap nama ikan tu boleh buat aku ternganga la juga, maklum la ada jenis2 ikan yg memang aku tak pernah dengar lansung nama nya :)

So apa pun yg pasti "Practice make Perfect" kan ... Aku memang tak pandai masak macam wanita2 lain tapi aku rajin ke dapur untuk mencuba resepi2 yg ada. Wish me luck yer Uolss !! :)

Wassalam... (Salam Jumaat buat semua)

Thursday, April 24, 2014

DI SERANG MIGRAIN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ...

Alhamdulillah dapat lagi aku mengupdate blog tercomel aku ni, bukan apa pagi tadi aku di serang migrain yg boleh dikatakan teruk la juga, ingat nak habis umur dah huhuhu ... Mana tak nya mata lansung tak boleh buka, tekak rasa loya, kaki tangan semua jadi sejuk dan seluruh badan terasa sangat2 lemah. Kebetulan pula aku datang period, so memang lagi lemah la dibuatnya.

Pada awalnya aku memang tak nak amik panadol, bukan apa aku ni pelik sikit, kalau datang period telan panadol automatik my period blood boleh STOP immediately ...dah la aku ni baru jer on period semula, so agak gementar la jugak nak amik panadol. Tapi masalahnya sakit kepala aku menjadi-jadi la pula huhuhu... memang dah tak boleh berkompromi :(

So lepas jer aku mop lantai, kemas rumah ala kadar dan bagi makan semua anak2 buluss aku pun mandi dan nak amik sarapan. Masalah la pula aku memang tak larat nak prepare breakfast, so aku just amik air buah durian belanda and minum, but tetap tak boleh nak telan. So aku nekad amik panadol without breakfast ... Tawakkal tu Allallah ....

Lepas jer telan panadol aku cuba pejam mata erat2 tak nak buka mata sebab memang pening sangat2. Macam biasa la kalau aku sakit my two cats Angah and Gurgirl pasti akan temankan aku plus si kenit Baby Lola. Deme ni kalau aku sakit memang susah hati, maklum la deme sayang aku hehehe... aku kan mama deme hehehehe...

So kebetulan pula masa aku mula nak pejam mata tu hujan pulak turun, so sekali lagi aku bangkit pergi rapatkan tingkap apa semua and sambung tidur semula. Errmm...dapat la aku pejamkan mata buat seketika dalam sejam lebih. Lepas tu aku terjaga tengok jam dah pukul 12 tengah hari, perut pun mula berkeroncong. Sakit kepala ada la sikit2 masih bersisa. Tp perut dah lapar kan nak tak nak kena la juga bangkit masak. So aku just prepare something simple for brunch.

Elok jer habis makan hubby balik, aku tahu dia sure baca status aku kat Fb. Aku ada la ngomel cakap sakit kepala apa semua. Kalau ikutkan masa sakit tadi aku memang nak call dia,tapi I think I handle it by myself. Memang rumah kami dekat dengan kolej tempat kerja dia, tapi aku tak boleh la ajar diri aku semua nak depend on him kan, mana yg aku boleh handle aku buat jer la sendiri.

Apa pun aku bersyukur pada Allah kerana di beri seorang suami yang sangat2 penyayang dan perihatin. Alhamdulillah aku bahagia...Aku bahagia dengan cara ku sendiri. Cara kami mungkin berbeza dengan yang lain. Kasih sayang kami dikongsi dengan anak2 buluss kami, unik kan :)

Lepas jer habis rasa sakit kepala aku tu hilang, apa lagi aktiviti mendobi tetap dijalankan walaupun dah agak lewat. Sementara aku nak tengok cerita "Temptation of a Wife" kat TV3 sempat la juga aku dobi baju2 my hubby. Alhamdulillah Allah tetap melindungi ku.

Tapi itu lah kan sakit tu KIFARAH, apa pun aku tetap redha da bersyukur kerana aku masih di beri peluang untuk merasai KESAKITAN.... Alhamdulillah ....

Tuesday, April 22, 2014

WANITA SOLEHAH

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ...

Wanita Solehah... itu lah impian ku yang sebenarnya dan impian semua wanita2 lain di luar sana. Menjadi seorang Muslimat dan Mukminat yang sejati adalah dambaan setiap kaum Hawa.

Aku seorang wanita yang serba kekurangan, aku masih belum mampu melahirkan zuriat buat suami ku, mungkin belum sampai waktnya atau mungkin usaha ku belum cukup hebat. Subhanallah memang perit bila menjadi seorang wanita yang yang serba kekurangan. Kekurangan dari segi memberi zuriat dan segalanya.

Namun di sudut hati ku, aku inginkan perubahan dalam diri dan juga amal ibadah ku. Aku mahu menambah ilmu agama dengan sebaik-baiknya. Menjaga adab pakaian dan tutur bahasa serta menjaga harta dam maruah suami tercinta.

"Tugas seorang istri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman: "Wanita shalihah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ini beberapa sifat istri yang solehah iaitu:

a. Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.

b. Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat: wanita-wanita yang taat
d. Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat: wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132)

Semoga aku juga tergolong dalam golongan mereka yang beramal soleh dan sentiasa belajar untuk menjadi isteri SOLEHAH buat suami ku ... In Shaa Allah ...

Monday, April 21, 2014

PERUBAHAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ....

Salam sayang buat semua sahabat handai dan saudara mara ku. Walaupun saudara mara jarang masuk ke blog aku  atau dengan kata lain mereka tak tahu pun kewujudan blog aku ni hehehe...maklum la low profile la kata kan. Bukan apa aku ni memang suka menulis, so banyak medium yg aku luahkan isi hati ku. So blogspot ni salah satu medium untuk aku berleter la kan :)

Ok berbalik kepada tajuk asal ku iaitu PERUBAHAN. Perubahan aku sekarang ni secara perlahan. Aku mulakan dengan berdikit-dikit. In Shaa Allah semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah buat ku. Secara jujurnya aku teringin nak pakai tudung labuh dan berjubah. Tapi belum jua aku laksanakan. Bagi ku yg penting perubahan secara dalaman di utamakan. Apa pun amal ibadah ku mestilah diutamakan...

Tapi kadangkala perubahan kita ini sering disalah ertikan oleh sebilangan orang. Ada yang mengutuk ada yang tak boleh terima dengan perubahan yg dibuat. Tapi tak kurang juga yang memberi sokongan. Semoga apa yang sedang aku usahakan ini di berkati Allah SWT AMMIIN...

Bila kita hendak berubah kekuatan mental amatlah di perlukan. Perubahan bukan lah untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya sehingga ke hujung nyawa. Amalan yg dibuat bukanlah untuk di pertontonkan, tapi tak salah jika kita sama2 mengajak kawan2 ke arah kebaikan...sama2 belajar kata orang kan :)

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...limpah kurniakan lah inayaah Mu buat ku, Agar aku lebih tenang dalam melalui perubahan ku ini, Walaupun ianya satu perubahan yg kecil namun ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar...
Wahai Tuhan ku, kuatkan lah hati ku, tabahkanlah jiwa ku tulikan telinga ku dengan kata2 umpatan nista manusia...jangan pula Engkau berbolak balik kan hati ku dengan perubahan yg aku lakukan ini, teruslah memberi bimbingan Mu pada ku Ya Allah Azza Wajjala ... Ammiin .."

Wassalam ...

Saturday, April 19, 2014

SABAR

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak meng UPDATE blog tersayang aku ni. Nak kata bzz tu tak der la sangat tapi entah lah kekangan masa membataskan aktiviti mengarang aku ni. Tapi kalau ikutkan idea tu memang mecurah-curah, tapi tu la bila ada banyak idea masa pula tak mengizinkan huhuhu...pendek kata memang bzz la konon2 hehehe...

Tajuk aku hari ni tentang SABAR. Aku dan SABAR memang tak dapat pisahkan. Bukan la aku nak kata aku ni baik sangat pun tapi apa yg aku tengok dari aku kecik sampai la sekarang ni macam2 cabaran dan dugaan aku terima dan semuanya aku dapat lalui dengan SABAR.

Walaupun ada ketikanya aku hampir2 tewas, tapi aku dapat bangkit semula demi mereka yg aku kasihi. Bagi ku saudara mara, sepupu sepapat dan ipar duai adalah kekuatan dan harta buat ku. Walau apa pun terjadi aku tak akan mengalah dan tak akan sesekali marah. Bagi ku KASIH SAYANG itu ada kuasanya dan KASIH SAYANG ku tak akan sesekali berpenghujung ...

KASIH SAYANG itu terlalu indah buat ku. Aku dilahirkan ke dunia dengan penuh KASIH SAYANG an aku percaya kita semua wujud di dunia ini dengan hasil KASIH SAYANG. Walaupun keluarga ku bukan lah sebuah keluarga yang sempurna, tetapi ia amat bermakna buat ku. Di sebalik pahit sebenarnya ia penuh dengan kemanisan yg tak dapat aku gambar kan. Ia terlalu UNIK untuk ku luahkan.

Dalam kekurangan diriku ada kelebihan yg aku sendiri tak mampu ungkaikan. Biar pahit, biar penuh dengan hasad dengki tapi itu lah hakikatnya erti KASIH SAYANG kami. Bagi ku SABAR itu adalah kunci sebuah KEDAMAIAN.

gambar sekadar hiasan
Apa yang aku perlu tanamkan dalam hati kini hanya satu Bersangka Baik lah dengan ALLAH ... Allah tak akan sesekali menduga kita dengan dugaan yg berat dan yg tak mampu kita pikul. Segalanya mengikut kemampuan kita sendiri. Subhanallah Maha Suci Allah, sesungguhnya tiada daya upaya ku untuk memikul nya sorang2...titipkan rasa SABAR dan kuatkan hati ku ini Wahai Tuhan Azza Wajjala ....

"Jika manis, Allah mengajarku erti Syukur,
Jika pahit, Allah mengajarku erti SABAR,
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal,
Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap),
Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada) ....

Waalahualam ...

Friday, March 14, 2014

BAPAK PERGI BUAT SELAMANYA

ayah dan ibu saudara ku ; dari kiri bapak (pak long),mak cik,mak yah dan pak teh
Assalamualaikum...

Entri kali ini agak menyedihkan di mana aku baru kehilangan ayah saudara yang ku panggil "BAPAK". Hari ini genap lah seminggu bapak pergi meninggalkan kami di dunia ini.

Bapak meninggal pada 7 hb Mac jam 5.20 minit pagi di hari Jumaat yang mulia. Bapak menghembuskan nafas yang terkahir di Hospital Besar Pulau Pinang di Ward C6.

Sayu sungguh hati ku Ya Allah. Air mata tak dapat di bendung lagi. Namun apa kan daya, Allah lebih kasihkan bapak dan di jemputnya bapak pulang menemui Nya yang SATU...Allahuakbar!!

Bapak meninggalkan 3 orang anak seorang isteri, seorang menantu dan juga seorang cucu. Tapi sayang arwah tak sempat nak tengok cucunya. Maklum la masih dalam pantang. Kebetulan pula cucu arwah dilahirkan sama dengan tarikh lahir ku..Subhanallah...perancangan Allah itu indah...setiap kejadian itu pasti ada cerita di sebaliknya...Wallahuallam...

Sekarang arwah mama dah ada peneman. Jenazah bapak di semadikan bersebelahan dengan pusara arwah mama. Subhanallah sayu sungguh Ya Allah...

Namun sebagai umat Mu yg redha dengan segala qada dan qadar aku pasrah menerimanya...Sampaikan salam rindu ku pada sekalian arwah...tempatkan lah mereka semua di Syurga Mu yang tertinggi...

Al-Fatihah ...


Thursday, February 27, 2014

LOBAK PUTIH

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum wbk ...

Dah lama juga aku tak update blog tercomel aku ni hehehehe...comel la sangat kan hehehehe...Ok la hari ni aku nak cerita tentang perihal lobak putih. Bukan apa lately ni aku dan suami memang rajin betul makan nasi berulamkan lobak putih. Dengar kata lobak putih ni banyak khasiat nya kan hehehe...

Dulu masa zaman remaja...sekarang pun remaja juga tapi remaja purba la kan hehehe...arwah mama aku rajin betul buat masak lemak lobak putih...tapi aku memang tak makan la...bukan apa bau jer dah tengit huhuhu...memang tak mampu nak telan oiiii!!!!

Tak pun arwah tok aku akan buat ulam, potong lobak putih tu bulat2 dan rendam dengan air garam. So bila nak makan nasi amik la sikit2 buat ulam cicah dengan sambal belacan and sekali lagi memang aku tak makan huhuhu...

Arwah tok dengan arwah mama selalu kata lobak putih ni baik untuk cuci organ dalaman manusia terutama lawaskan buang air kecil kita. Kalau ada yg mengalami masalah kencing kotor memang elok la makan lobak putih ni.

So semalam aku browse di beberapa blog tentang kebaikan dan khasiat lobak putih ini, antaranya :-

1) Memperbanyakkan susu ibu
2) Mengubati penyakit gout
3) Melancarkan peredaran darah
4) Menurunkan kadar kolestrol
5) Melambatkan kedutan pada kulit wajah
6) Baik untuk sistem penghadaman
7) Mengurangkan masalah sembelit
8) Menurunkan kadar gula dalam darah
9) Baik untuk pesakit batu karang ( melawaskan sistem perkumuhan badan terutama dalam membuang air kecil)

Selain itu lobak putih juga kaya dengan pelbagai vitamin. Kalau org batuk2 pun elok juga amalkan jus lobak putih ni, tapi secara jujurnya aku belum pernah cuba lagi la kan hehehe...tapi  pendek kata memang lobak putih ni baik untuk kesihatan badan kita la Uolss!!!

Lagipun macam2 resepi kita boleh buat dengan lobak putih ni tau, antaranya buat sup. Ada yg buat sup ayam dengan lobak putih, tapi aku kat rumah rajin juga masak meesuah letak lobak putih..memang sedap ooo!!!

So kawan2 nanti kalau ada lagi cerita I celoteh kat sini lagi OK!!
Wassalam....

Tuesday, January 21, 2014

MY 36th BIRTHDAY

my 36 birthday cake tq hubby
Assalamualaikum...

Today is my 36th birthday...tua dah Mak Jemah hehehe...Semoga Allah berikan kesihatan yg baik untuk aku teruskan sisa2 kehidupan dengan suami tercinta.

Pejam celik pejam celik tup tup usia aku dah pun beranjak ke 36 tahun. Ini tahun ke tiga aku sambut tanpa arwah bonda di sisi. Subhanallah...kalau ikutkan rasa hati mahu aku jerit RINDU pada mama. Tapi apa kan daya aku masih waras dan masih ada iman...maka ku hadiahkan Al-Fatihah buat arwah mama dan arwah abah kerana melahirkan aku ke dunia ini. Tanpa mereka tiada lah aku di dunia ini.

Bila bercakap soal impian, tiada apa yg aku impikan sebenarnya melainkan inpian aku untuk bergelar UMI. Aku teringin sangat nak menimang cahayamata ku sendiri. Aku teringin sangat nak manjakan anak ku sendiri, aku teringin sangat nak jaga anak ku sendiri.

Sebelum ni aku banyak menumpang kasih anak2 sedara, yer memang tak kisah pun, tp di sudut hati aku yg paling dalam aku ingin sangat bergelar UMI untuk zuriat ku sendiri...semoga tahun 2014 Allah perkenankan permintaan dan doa ku AMMIIN....

Selain tu cita2 aku hanya ingin menjadi muslimat yg sejati, yg menjaga aurat dan solat serta menjadi isteri yg sentiasa disayangi suami. Telinga aku ni terngiang-ngiang kata2 suami ku,kalau la aku mengandung katanya dia akan sayang aku lebih dari yg sekarang...tapi sekarang pun dia sayang juga hehehe....

By the way aku nak juga share berita gembira, my cousin Pali and wife dia Muna baru jer timang cahayamata pertama mereka tengah hari tadi. Alhamdulillah nampaknya baby Gurgirl la hehehehe....yg paling best baby tu share birth date dengan I YES!!! my junior la tu hehehehe....Nanti kita potong kek sama2 dengan Aunty Ct ok...:)

Allah dah kabulkan doa ku sebenarnya, masa mula2 Muna disahkan pregnant aku ada berborak dengan Muna dalam FB, aku tanya bila agaknya tarikh deliver...katanya pertengahan bulan Januari, terus aku cakap "Mesti sama dengan birth date kak Ct" hehehe...tak sangka pula Allah kabulkan Alhamdulillah...ini lah kebetulan yg sangat2 mengujakan aku...Syukur sangat2 Ya Allah...

One more things, actually aku rasa blessed sangat2 dari semalam...Allah masih memberi peluang dan ruang untuk aku menikmati erti hidup sebagai seorang wanita...setahun lebih aku merasa kehilangan dan semalam Alhamdulillah aku nikmatinya kembali...ini hadiah dari Allah yg sangat2 berharga buat ku, semoga ianya akan terus kekal seperti sediakala Ammiin...

So akhir kalam...aku hanya ingin berbicara dari hati...

"Mama, hari ni birthday Ct yang ke 36 tahun...Terima kasih mama kerana melahirkan Ct ke dunia ini, mama banyak mengajar Ct erti sebuah kehidupan yg sebenarnya,kehilangan mama banyak mengajar Ct erti sebuah pengorbanan dan kesabaran, walaupun Ct sebatang kara tapi Ct tak pernah sunyi kerana Ct masih di kelilingi dengan org2 yg kasih dan sayang kan Ct,walaupun kadangkala ada yg cuba menikam Ct tapi Allah sentiasa melindungi Ct...Mama, doa Ct tak pernah putus untuk mama walau sesaat pun...pejam mata pun bibir Ct tetap menyebut nama mama...kerana mama adalah wanita tercantik dalam hidup Ct....I LOVE U Mama.....SELAMAT HARI LAHIR HJH.SITI AZLINA BINTI ABDUL AZIZ

Wassalam....

Monday, January 6, 2014

RIAK

gambar sekadar hiasan
Asslamualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari ke enam kita berada di tahun 2014. Entah la dapat ke kita habiskan tahun 2014 ini dengan kesihatan yg baik??? Bukan apa sekarang ni macam2 benda boleh jadi,macam2 hal boleh berlaku. Tapi apa pun yg penting kita kena banyak berdoa dan berusaha menjaga kesihatan dan keselamatan diri...tapi jika ajal kita dah sampai maka bersedialah kita...kerana sebaik baik perancangan adalah dari Yang Maha ESA jua...

Maka dengan itu tak perlu la kita RIAK dengan manusia lain. Tak ke mana pun. Lagipun buat apa nak riak sangat, apa yg kita dapat ni pun atas izin Allah jua. Jangan nak perasan kata ia semua hasil usaha kita semata-mata.

Iyer!! mungkin betul kita kata kita penat berusaha selama ni, tapi ingat lah kalau usaha saja tampa izin Allah tak akan menjadi jugak kan...Allah boleh amik apa yg kita miliki dengan sekelip mata saja. So tak payah la nak belagak hebat.

Apa yg aku paling sedih, dari pemerhatian aku manusia yg kaya dan semakin kaya ini sentiasa rasa tak cukup. Mereka nak dan nak lagi, dan ada yg sampai pijak memijak demi mencapai impian yang sementara. Ingatlah hidup ni pun sekejap jer...sampai masa kita akan "pulang" ke sana jua...harta yg melimpah bukan boleh masuk kubur pun...

Lagi satu apa yg aku perhatikan, manusia yg semakin kaya ni semakin hari semakin lantang bersuar, komplain itu tak cukup la, ini tak cukup la, macam2 hal lagi...berbanding dengan manusia yg hidup sederhana tak der pula aku dengar mereka ni merungut, malah dalam kekurangan mereka jelas terpampang kebahagian.

Aku cakap bukan untuk mengkritik sesiapa, tapi atas dasar rasa tanggungjawab dan terkilan dengan segelintir sikap manusia yg hidup bertuan kan NAFSU.

Apa pun pesanan dan peringatan ini khusus untuk diri ku yg khilaf...Hidup lah dengan cara sederhana In Shaa Allah percayalah kenikmatan hidup yg sebenar akan jelas dinikmati...

Wallahualam!!!

Thursday, January 2, 2014

WELCOME 2014

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Dah lama benar aku tak menjenguk ke blog comel aku ni, bzz sangat. Macam2 hal yg terjadi lately ni. Sampaikan kadang2 tu tak menang tangan nak menepis. Tapi apa pun aku bersykur kerana Allah masih membenarkan aku bernafas di bumi yg serba sementara ini.

Aku bukan insan yg terbaik, tapi di tahun 2014 ni aku ingin menjadi manusia yg baik. Baik dari segi tutur kata dan adab pekerti. Harap2 nya Allah perkenankanlah azam ku ini.

Aku ingin menjaga tutur bicara ku. Maklum la aku ni jenis outspoken,kadang2 aku terlupa ada yg terluka hatinya gara2 mendengar tutur bicara ku. Mohon Allah kawal lidah ku dari berkata dan mengumpat nista tentang orang lain.

2014 adalah tahun yg agak mencabar, awal2 lagi aku diduga dari segi fizikal dan mental. Namun Alhamdulillah berkat doa dan izin dari Allah aku dapat mengawal rasa amarah dan terkilan ku ini dan Alhamdulillah kami berdua dapat atasinya dengan penuh rasa kasih sayang antara suami isteri. Semoga di masa yg akan datang jika kami diduga lagi dengan masalah2 yg hebat situasi ini akan terus diguna pakai In Shaa Allah...

Apa pun doa ku ini hanya satu semoga tahun 2014 memberi kebahagian yg berlipat ganda buat kami suami isteri AMMIIN.....