Sunday, November 25, 2012

ANNIVERSARY KE-7

bahagiakan lah cinta kami hingga ke syurga
Assalamualaikum...

Semalam 24 November 2012 maka genaplah usia perkahwinan kami yg ke - 7 tahun. Rasa macam mimpi jer aku dah bergelar isteri selama 7 tahun. Banyak onak dan ranjau yg telah kami berdua tempuhi demi memiliki sebuah kebahagian yg sejati. Namun aku sedar banyak lagi dugaan yg mendatang yang mesti kami berdua sedia untuk melaluinya...Semoga Allah sentiasa memelihara hati dan cinta kami ini hingga ke Al-Jannah Insya Allah...

Sebenarnya 24 hb November merupakan tarikh kami dijabkabulkan sebagai suami isteri. Manakala kenduri kendaranya pula telah diadakan pada bulan Januari di tahun yg berbeza.

Banyak dugaan yg terjadi pada ku pada tarikh tersebut, dugaan yg sangat2 mematangkan ku sebagai seorang wanita serta sebagai manusia yg sebenarnya.

Orang lain menikah disusuli dengan senyum tawa, tapi berlainan dengan diriku...aku pula sentiasa di temani dengan air mata. Mujur aku diamanahkan seorang lelaki yang sangat2 penyabar dan jujur serta ikhlas menerima ku sebagai permaisuri di hatinya.

Ada juga yg kelakar di sebalik tarikh ini...masa kami berdua nak amik surat nikah boleh pula Tuan Qadi yg nikahkan kami letak tarikh 23 November sebagai tarikh pernikahan kami. Tentu ada hikmah di sebalik semua kejadian ini...Di sebalik sendu sedan ku ada mereak yg membantu memberi sokongan dan dorongan agar aku bisa menjadi isteri yg terbaik suami ku yg di cintai.

Namun di sudut hati ku yg paling dalam aku sedikit pun tak berdendam pada mereka2 yg telah menyakitkan hati ku, hati suami ku dan juga hati arwah mama ku. Aku anggap ini semua sebagai satu kekuatan untuk aku terus melangkah melalui cabaran dan dugaan yang bakal mendatang kelak.

Buat suami ku yg dicintai saudara Ibrahim bin Nordin, tiada lafaz yg dapat ku ungkapkan selain menyatakan bahawa aku amat menyintai mu setulus hati ku...pada mu kini ku berteduh kasih, kepada mu kini ku menumpang kasih, semoga kita berdua dapat menghabiskan sisa2 hidup bersama2 di temani anak2 yg comel, bijak dan soleh serta solehah...Engkau lah jantung hati ku selamanya...

Wahai Tuhan satukan lah hati kami hingga ke Al-Jannah...ammiin....

Thursday, November 22, 2012

BELAGAK KAH AKU????

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Hari ni awal pula aku up date blog, maklum la petang nanti aku nak masak sebab hari ni aku berpuasa Sunat Khamis. Semoga puasa sunat ku di terima Allah SWT ammiin...

Tapi aku nak juga buat luahan perasaan kat sini. Nak kata citer ni lawak pun iyer juga, nak kata sedih pun iyer la juga. Ketawa sebab aku ramalan yg dibuat dan sedih sebab fitnah yg di taburkan...

Begini ceritanya, semalam one of my friend dari sekolah yg aku kerja tempoh hari call, saja nak borak kosong maklum lah dah lama tak jumpa hehehe walaupun baru dua minggu hahahaha...tengok betapa akrabnya kami...:)

Sembang punya sembang, borak punya borak tiba2 keluar la citer tentang sorang staff baru yg datang ke sekolah tu. Dia akan berkerja di pra sekolah yg aku bertugas dulu la. Nak dijadikan cerita aku terlupa nak tanggalkan profile peribadi aku yg terlekat kat dinding kelas. So si hamba Allah ni pun baca, lepas baca profile aku tu dia dah buat komen...Korang nak tahu apa komennya...hehehehe...

Dia kata kat kawan aku "Mesti dia tu BELAGAK kan..." sambil mencebik bibir kata kawan aku tu hahahaha...nak pecah perut juga la aku ketawa. Katanya lagi, "Selalunya orang yg ada master ni BELAGAK..." Dia masih tekankan perkataan BELAGAK itu...

Terus kawan aku jawab "Aih...tak aihhh....dia tak lagu tu, dia baik sangat...tak tau la pula dengan orang lain macam mana, tapi dengan saya kak ni baik..."

Erm...terkilan juga aku dengar pada mulanya...bukan apa si dia ni tak pernah sekali pun jumpa dengan aku apatah lagi berbual...terus dia boleh judge aku sebegitu rupa. Wahai insan yg baru hadir ke SKBI, jangan lah judge seseorang itu dengan hanya pandang pada sehelai kertas yg terlekat di dinding...Aduhai...manusia yg bernama melayu macam ni la...penuh dengan PhD...

Aku pun tak kata aku ni baik, mulia macam malaikat...tapi sepanjang aku berada di SKBI rasanya aku dah terlalu humble. Kalau aku berlagak buat apa lah aku buang masa kerja kat situ...aku kan ada MASTER so aku boleh kerja lagi baik dari itu MUCH2 BETTER THAN THAT...OK!!!

Aku juga tak kata aku ni tak belagak, sometimes yes!! aku terpaksa bertindak macam orang belagak sebab aku terlalu banyak bertolak ansur sepanjang aku bertugas kat situ and aku tak pernah sekali pun marah atau komplain walaupun maruah aku kadang2 dipijak2 oleh mereka yg terlalu BAIK!!!!

Anyway, kata2 si dia tu tak sedikit pun meracun hidup ku, cuma aku terkilan dengan mulutnya tanpa kenal siapa aku terus membuat andaian sedemikian rupa, Insya Allah one day we will met togenther and for that moment aku harap dia kenal WHO IS SITI AZLINA in the reality...

Aku teringat kata2 arwah mama, "Kalau orang tak suka kat Chek, Chek jangan marah, tapi Chek balas dengan kasih sayang, Insya Allah dari benci akan datang rasa sayang...lepas tu banyak2 zikir Ya Rahman, YA Rahim...Insya Allah...mesti depa jatuh kasih kat Chek..."

Aku terima segala kata2 manusia tadi dengan berlapang dada...insya Allah aku akan perbaiki segala kelemahan ku, aku kena bermuhasabah diri, mungkin betul kata manusia tadi...so aku akan berubah ke arah yg lebih baik...pada manusia yg kata tu aku ucapkan terima kasih kerana bijak menilai dan menilik aku dengan hanya sekadar memandang sekeping kertas yg di lekat di dinding...TQ :)

PEACE NO WAR :D

Wednesday, November 21, 2012

DUA-DUA PILIHAN HATI

logo blogspot

logo facebook

Assalamualaikum...

Hari aku nak share something about my feeling...hehehe...nampak macam feeling yang tak berapa nak ok la pula. Maklum lah JIWA KACAU hehehehe...Tapi tak per aku just nak share kenapa aku suka berFB dan juga berBLOG.

Simple jer citernya, aku ni memang suka menceceh, aku juga suka bermadah, aku pula suka menulis diary...so aku gabungkan kesemuanya dan satukan dalam FB dan juga Blog. Sebab di sini aku dapat ramai kawan. So aku tak der la rasa sunyi sangat2.

Sejak mama meninggal aku rasa hidup sangat kosong, tiada teman untuk aku berbual. Dulu setiap hari aku akan call mama untuk berborak. Entah apa2 yg kami borakkan, tapi itu lah resepi keakraban kami. Dalam sehari mahu 10 kali aku call mama. Masa zaman kat UiTM dulu boleh aku call mama guna kad phone tu...sehari satu kad...secara puratanya sehari RM 10.00 duit aku habis. Tapi aku tak pernah rasa rugi sebab sebab dapat berborak dengan mama...tenang jer rasa jiwa ni.

Bila masuk zaman kerja pun sama juga, aku akan call mama berjam2 untuk berborak...macam2 hal yg kami bincangkan...hehehe...kadang2 tu sampai panas telinga dibuatnya.

Tetapi bila mama dah tak ada dalam hidup ku, aku rasa sangat sunyi. Suami ku bukan la jenis suka berborak kosong. Nak kata tak lansung tu tipu la pula, ada masa dia ok ada masa dia tak terlayan dengan karenah aku ni. So aku pun mula la aktif dengan Blog dan juga FB.

Tapi aku tak der la sampai salah gunakan kepercayaan suami ku itu. Aku tak der la nak buat benda2 yg dilarang dan persahabatan aku di dunia maya ni masih ada batas2nya...terutama dari segi aurat dan percakapan. Bukan apa takut ada hati yang tersinggung. Tak salah kalau kita menjaga percakapan kita tu...jangan terlalu biadap bila meletakkan komen dan juga jangan terlalu penyibuk dengan perihal orang.

Tapi kadang2 aku rasa terkilang dengan segelintir masyarakat sekarang, kalau komen tu mesti ada bahasa2 kesat. Lepas tu kalau tak puas hati mula maki hamun orang dalam Blog atau FB. Kalau yer pun tak puas hati dan luah kan perasaan jaga lah bahasa kita tu...bahasa melambangkan keperibadian seseorang individu. Bukan tak boleh tegur, tapi tegurlah secara berhemah jangan nak serbu tak tentu pasal, pesanan untuk aku juga ni hehehe...:)

Dulu aku suka sangat tulis diary, hampir 20 buah buku diary yg aku tulis dan masih dalam simpanan ku. Kini sejak aku aktif dalam Blog aku dah beralih ke dunia cyber. Ini lah diary ku. Tapi tak semua aku boleh luahkan di sini, masih bertapis la kan hehehehe...

Tapi untill now diary aku masih juga menulisnya. Kerana bagi ku "mata pena itu umpama hati yg berbicara". Banyak suka duka yg telah aku coret dan lakarkan. Bukan untuk tontonan, tapi cukup sekadar luahan perasaan.

Ubat STRESS gy paling mujarab adalah dengan menulis apa yg di rasa. Jangan pendam di dalam hati kerana ia kelak akan meracun diri. Selain itu jangan lupa solat dan berdoa pada Yang Maha Esa, kerana itu adalah kaunter aduan yg paling berkesan insya Allah...

Aku mula berFB dan berBLOG secara aktif sejak tahun lepas dan ini merupakan tahun kedua bagi ku untuk meraikan hasil luahan hati aku ni.

Kepada rakan2 BLOG dan juga FB aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku terus berkarya dengan luahan hati...aku bukan nak bermusuh tapi aku cuma nak berkawan.

Jika ada tersalah cakap, terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, kerana aku adalah manusia biasa yg tak akan pernah lari dari membuat sebarang kesilapan...sesungguhnya yg Khilaf tu datang dari diri ku dan yg Terbaik tu adalah dari Allah...

Wassalam...:)


Tuesday, November 20, 2012

YA ALLAH SEMBUHKAN AYAH MERTUA KU

ayah mertua ku sedang di dialisis
Assalamualaikum...

Lama juga aku tak up date blog kan...nak buat macam mana lepas balik dari KL terus kami terima berita yang kurang baik di mana ayah mertua ku di masukkan ke Hospital Kulim akibat penat. Lagipun ayah memang sedang sakit pun, hampir 6 tahun ayah kena penyakit buah pinggang...dan memang ayah buat dialisis selang sehari, tapi semenjak dua menjak ni, ayah selalu penat dan tak boleh tidur malam, kalau tidur pun dia akan tidur sambil duduk, so keadaan ayah memang sangat2 lemah.

Ayah dimasukkan ke wad pada hari Khamis lepas, hari tu kami berdua baru jer balik dari Petaling Jaya KL dengan Pak Ndak dan Mak Ndak. Nak dijadikan cerita kami singgah ke Pulau Aman kejap konon nak makan mee udang, sampai jer kat sana terus aku terbaca status adik ipar ku Masliana yg kata ayah di admitted di Hospital Kulim. So terpaksa la kami melawat esok hari.

So esoknya kami bergegas ke Hospital Kulim tengok ayah, masa tu keadaan ayah masih tak berapa nak stabil. Namun pada keesokkan harinya ayah nampak dah ok sikit ... dan selera makan pun bertambah. Hati aku rasa lega bila nampak wajah ayah dah kembali jernih, tapi tu la kat hidung masih terpasang oksigen. Sebabnya ayah masih bernafas tercungap-cungap.

Tapi semalam hari Isnin ayah mengamuk nak balik rumah, maklum lah dah 4 malam kat hospital jadi ayah rasa bosan dan dia minta nak balik juga. Mengamuk juga la ayah di buatnya....kesian ayah. Lagipun keadaan hospital yang sesak dengan pesakit membuatkan keadaan ayah bertambah rimas. Korang tahu kat kawasan tengah wad tu pun ada 3 buah katil tambahan. Ramai sungguh orang sakit musim2 cuti sekolah ni. So doktor pun terpaksa la melepaskan ayah pulang walaupun hakikatnya hari ni ayah kena cuci darah kat hospital.

So semalam kami berdua balik kampung lepas membeli barang dapur kat Billion Seberang Jaya, sebab kak ipar aku bagi tahu kata ayah dah balik rumah. So bila sampai aku tengok ayah masih tidur sambil duduk. Memang nampak tak selesa sangat, ayah memang tidur macam tu sebelum dimasukkan ke hospital tempoh hari.

So tiba2 suami ku bersuara, "Ayang, kalau kita amik katil arwah mama boleh tak?"

Aku pun jawap la boleh, aku terus call Mak Cik aku kat kampung, and Alhamdulillah Mak Cik setuju nak bagi pinjam. So suami aku ke Penang dengan sepupu dia menaiki lori sepupu suami aku tu la. Lagipun katil kat rumah tu tak der siapa pun yg guna. Katil tu katil hospital yg kami semua beli masa arwah mama sakit dulu. Bukan apa katil tu kan boleh adjust bagi naik sikit so ayah tak der la rasa penat sangat bila tidur terlentang.

Lebih kurang 2 jam lebih macam tu suami aku pun sampai la dengan bawa katil sekali. Ayah memang nampak lemah sangat. Aku pula bila nampak jer katil tu hati jadi semakin sayu, rindukan arwah mama. Dengan adanya katil tu aku harap ayah akan bertambah selesa dan sihat...insya Allah...

Hati aku berbisik semalam bila tengok famili suami ku yg berebut2 nak jaga ayah. Bertuah sungguh ayah mertuaku punyai anak yg ramai. Boleh bergilir menjaga ayah, tak macam aku dua tahun yg lepas sorang2 menjaga mama di hospital. Tapi aku redha itu ketentuan yg Allah berikan untuk ku. Aku tak boleh nak bergilir macam dia orang semua, aku ni anak tunggal walau penat macam mana pun tanggungjawab itu tetap aku kena pikul hingga ke akhirnya.

Tapi aku percaya setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Aku telah di beri Allah untuk berbakti kepada arwah mama hingga ke hujung nyawanya. Setiap kejadian itu ada pengajaranya. Aku harap sangat ipar duai ku dapat mengejar pahala dunia ini dengan seikhlasnya. Tak semua Allah berikan peluang sebegini untuk berbakti pada ayah dan ibu di saat2 mereka memerlukan kita. Di sinilah Allah nak uji solah atau tolehnya kita sebagai anak. Ini lah peranan seorang anak yg sebenar-benarnya.

Namun walau apa sekalipun aku doakan semoga ayah akan bertambah sihat insyaAllah....Kami semua sangat kasihkan ayah hingga ke hujung nyawa kami...


Monday, November 12, 2012

KAU YANG TERINDAH

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari aku ni citer sikit tentang apa yg kami suami isteri berbual dalam kereta sewaktu nak balik dari SHOPPING semalam. Bukan apa ada something yg aku nak share di sini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi itu la sebuah realiti kehidupan dalam setiap pasangan suami isteri.

So begini ceritanya, masa dalam kereta aku mulakan bicara..."Sayang latelly ni kan kita beli barang semuanya banyak warna putih kan, macam nak mati la pula hehehe..."
Suami ku pun menjawap..."Kalau la nak mati abang nak mati dulu, so lepas ni Ayang boleh la jadi janda kaya..." sambil tersenyum...

Aku pun apa lagi terus menjawap, bukan korang tak tahu aku ni kalau bab jawap menjawap nombor satu, orang kata satu aku jawap sepuluh hehehe...itu la yg selalu arwah mama marah aku...:)

"Abang ni, orang bukan nak jadi janda kaya, alah..tak nak la Ayang la mati dulu, Ayang tak boleh survive kalau Abang tak ada, dah la tak kerja mana ada income nanti..." kata ku dengan muncung sedepa :).

Suami ku pula menjawap, "Ala, Ayang tak payah kerja pun, rumah dah jadi milik Ayang, duit insuran dah banyak so duduk rumah jer la, rumah sewa pun ada..." katanya sambil ketawa menyakat aku...

Aku pun jawa lagi..."Tak mau, Ayang nak Abang juga2...buat apa kaya tapi kasih sayang tak der...Ayang nak mati dulu..." Jawap ku sambil tahan air mata...Maklum la aku ni kan SENSITIPPP!!!!

Suami ku masih terus menyakat aku katanya..."Ala tak pa la, Ayang kan selalu kata Abang tak sayang Ayang, so biar lah Abang mati dulu..." sambil tersenyum...

Korang tahu apa jadi aku terus meraung menangis jerit dalam kereta "Tak mau!!!...semua orang nak tinggal CT...sapa pun tak mau jaga CT dah huhuhuuu....." dah macam pompuan gila dah aku ni hahahahaha...

Suami aku lagi menyakat, bukan nak pujuk "JAMES BOND" betuiii la :(

Dia kata, "Ayang kan selalu kata tak bahagia hidup dengan Abang, nak apa semua tak dapat...kita tak boleh nak semua benda dalam sekelip mata sayang oiii...Abang ni sayang Ayang hanya Tuhan saja yang tahu..." Adoiii luruh jantung aku di buatnya...Biasa la aku ni kalau mengamuk habis semua benda aku ungkit...nak buat macam mana kan dah nama pun POMPUAN huhuhuu....Lagi la aku bertambah sedih huhuhuu...makin kuat la aku meraung huhuhu...

Tiba2 jari jemari ku disentuh oleh Encik Suami...(mujur masa tu trafic light...) so, bila dah kena sentuh tu aku pun tiba2 rasa lega...so apa lagi aku peluk la lengan suami ku sambil dia drive kereta pulang ke "Mahligai Sangkut" kami berdua...(mujur kereta auto hehehe...)

Moral of the story korang jangan la jadi macam aku  ni, selalu saja sakitkan hati suami sedangkan suami aku sikit pun tak pernah komplain apa yg aku buat walaupun aku ni banyak sungguh kelemahannya...huhuhuuu...sedih tau...:( Lain kali aku tak mau la cakap pasal mati dengan suami ku...sebab aku masih tak mampu melalui kehidupan ku tanpa dia di sisi...sebab DIA ADALAH YANG TERINDAH BUAT KU...selain mama SUAMI ku adalah anugerah yg terbaik untuk ku...Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah di atas amanah yang telah Engkau berikan kepada ku ini...Insya Allah akan aku jaga suami ku ini sebaik mungkin...mengikut kemampuan dan begitu juga sebaliknya aku harap suami ku juga mampu menjaga diri ku seperti mana dia menjaga dirinya sendiri...Doakan kebahagian kami hingga ke Al-Jannah...ammiin...

Wednesday, November 7, 2012

ANAK

anak adalah anugerah terindah buat pasangan yg berkahwin
Assalamualaikum...

Hari ni awal pula aku up date blog kesayangan aku ni. Tadi masa aku dok lipat baju yg berbukit macam Bukit Bendera tu...(tak habis pun malam nanti sambung pula hehehe...) aku menonton sebuah rancangan dokumentasi berbahasa tamil kat TV2 kisah tentang kemandulan di kalangan wanita. Tersentap juga hati ini. Walaupun aku tak faham tapi aku tetap juga menonton...nasib baik ada subtitles kat bawah tu...

Kisah kemandulan kali banyak berkisah dari pihak wanita. Wanita adalah golongan yang banyak berfikir. Aku tak terkecuali. Aku tahu aku memang seorang yg suka berfikir. Kadangkala hal tu tak der la remeh mana pun tapi aku akan put in my minds...aku akan cuba fikirkan cara penyelesaiannya...sedangkan bukan tugas aku pun untuk menyelesaikannya...Pendek kata aku ni memang trouble solver la konon hahaha...

Ok berbalik dengan kisah ini tadi, ada satu pasangan yg berkahwin hampir 3 tahun masih tak punyai anak, so pasangan ini berjumpa dengan doktor dan doktor mendapat dia mempunyai masalah hormon dan katanya hormon terbahagi kepada 2 iaitu Hormon Haid dan juga Hormon Telur. Dia iaitu wanita tadi mempunyai masalah Hormon Telur dimana bilangan telurnya berkurangan. So dia di beri ubat untuk menambah bilangan telur serta menstabilkan hormon telur tersebut. Dengan izin Allah wanita tadi di dapati mengandung.

anak adalah cahayahati ibu dan bapa

Selain itu doktor itu memberitahu faktor psikologi mempengaruhi pemikiran seseorang wanita apabila ada saudara terdekat yg meninggal dunia, stress bila mencari pekerjaan,tekanan dari pertanyaan org sekeliling tentang permasalahan anak dan sebagainya. Selalunya masalah seperti ini terjadi apabila salah satu urat yg dipanggil Pitutuari yg ada dalam otak manusia mengawal hormon tersebut, and I belived I'm the one of them. Memang aku akui sejak arwah mama meninggal pemikiran aku semakin runsing kerana masalah rindu yg kadangkala tak dapat di bendung. Betul kata suami ku, aku kadangkala ada masalah kemurungan. Ada masa aku talkative ada masa dan ketika aku sangat2 diam...

Doktor tu kata lagi selalunya masalah seperti ini akan di rujuk kepada bahagian Psikitarit. Bukan kerana ia gila atau sebagainya tapi ia adalah untuk seseorang individu itu meluahkan apa yg di rasa. Selain itu seseorang wanita yg mengalami masalah seperti di sebut tadi hendaklah sentiasa berada di khalayak ramai maksudnya dia tak boleh bersendirian, membuat kerja2 amal dan sentiasa ada bersama kanak2 bagi menghilangkan rasa stress yg dialaminya.

kenangan mengusik jiwa
So start from today aku nak ubah cara pemikiran ku, aku akan lebih positif dan aku harap suami aku juga dapat membentu aku untuk sentiasa berfikiran positif. Selain dari usaha aku juga akan lebih menjaga kesihatan diri sebab kata salah seorang doktor dari perubatan alternatif tadi, hanya kita yang mampu mengubah cara pemikiran kita dan bantuan dari sekeliling dapat menguatkan semangat seseorang wanita itu untuk menjadi seorang IBU...Insya Allah ammiin....

Tuesday, November 6, 2012

ASTHMA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share something tentang penyakit asthma. Aku rasa aku dah ada simptom2 nya...harap2 aku tak der la dalam golongan yg kronik...:(

Tanda-tanda dan simptom penyakit asma adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan (minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.
 
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  1. pernafasan yang pendek
  2. sakit-sakit dada
  3. sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  4. bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  5. batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
  1. serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  2. kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)
dapatkan nasihat doktor anda untuk kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.Jika serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk dimasukkan ke rawatan kecemasan.

Bila aku baca petikan ini aku ketegorikan Asthma aku dalam ketegori minor. Tapi aku akan tetap ubati supaya tidak sampai ke tahap severe...Insya Allah mohon Allah permudahkan segala urusan pengubatan ku dan juga memberi aku kesihatan yg baik...AMMIIN....

Monday, November 5, 2012

ALL IN ONE ENTRIES


 SAMBUT BIRTHDAH ALYA BALQISH


birthday girl
alya dan aneesa
pak dengan alya aunty pula dengan aneesa

Assalamualaikum...

Hari ni kita mulakan citer dengan kisah Alya anak buah ku yang sangat bertuah. Hari Jumaat lepas birthday Alya yang ke 5 tahun. Kalau la aku ada anak sure anak sulung aku dah berumur sama macam Alya, tapi ap boleh buat belum rezeki kami berdua nak timang baby. Insya Allah mana lah tahu thn depan aku dan suami boleh jadi papa dan mama kan...doak2 yer kawan2...aku harap sangat2 ni :)

So malam hari Jumaat tu Alya call suami aku yg tengah berdinner dengan kawan2 sekolah nya...Alya kata "Pak Lah hari ni birthday Alya, Alya nak i-pad boleh" hehehe...sweet kan..alahai i-pad tu mahal la sayang oiii kalau murah sepuluh aunty boleh belikan tau hehehe...ini lah dinamakan anak2 zaman cyber.

So pada keesokkan harinya iaitu Sabtu, kami pun bawa la Alya, Anessa dan juga mama dia orang makan2 kat KFC, saja je nak bagi birthday girl ni hepi...So ini lah hasilnya...comel kan anak2 buah ku :)


TERAPI MINDA DI QUEENSBAY PENANG

donut

feveret cik abang ni

my feveret tiramisu

yummy !!

tag line yg menarik

Ini pula kisah pada hari Ahad yg lepas, semalam jer la hehehe 4 November. Kononya cik abang nak ajak aku ke Sungai Petani,tiba2 aku teringat yg mak cik aku minta aku pulang sekejap sebab ada benda yg nak aku tanda tangan. So kami pun amik keputusan balik Penang la kejap. So alang2 dah sampai Penang, kami pun terapi minda la hehehe...aku dah lama tak shopping (iyer la tu hehehe...) konon nya nak WINDOW SHOPPING alih2 dah jadi DOOR SHOPPING hehehe what to do hehehe...

So seba kami dah kenyang maklum la sarapan nasi ayam pagi tu, so aku layan minum jer la. Cik abang layan la juga donut hehehe...kemaruk betul bila tengok donut ni kan konon2 pencuci mulut la tu hehehe...

Tapi secara personally aku suka DONUT BIG APPLE lagi...lebih lembut moist and yummy terutamanya TIRAMISU...feveret tu :)

So hari Ahad adalah hari kami menternak lemak hehehe...Balik tu kami singgah Econsave beli barang dapur, lepas tu cik abang nampak ikan siakap, so balik rumah jadilah ikan siakap stim dengan limau...Alhamdulillah kenyang sudah kami hari Ahad lepas :)

ikan siakap stim dengan limau
nasi ayam hainan
NASI DAGING AIR ASAM

nasi daging

air asam
pencuci mulut
jemput makan
Hari ni aku puasa sunat Isnin, maklum la lama tak buat...dah macam budak nakal pun ada aku ni, masa kerja tak boleh nak puasa maklum la penat berlari dengan anak2 kecik tu semua hehehe...Bila dah duduk rumah semula ni boleh la berpuasa kan.

So, malam Isnin tu aku minta izin la kat Cik Abang kata nak berpuasa and dia izinkan, lepas tu katanya "esok abang masak nasi daging kat ayang ok!!" Berbunga riang hati aku ni tau wink..wink..wink..ada rama2 berterbangan dalam hati aku hehehe...

So hari ni aku macam biasa la siapkan semua kerja aku, and bila cik abang balik terus dia salin baju and masuk ke dapur masak untuk aku...Aromanya memikat hati ku...Adoii sabar jer la habis pahala puasa aku ni tau hehehe...

So apa pun nasi daging ni dah selamat landing ke dalam perut ku, buat suami tercinta aku nak ucapkan "I LOVE U SO MUCH...U ARE THE GREAT HUSBAND IM MY LIFE..." Alhamdulillah...TQ ALLAH :)

Thursday, November 1, 2012

BACK TO NORMAL

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ini 1 November maka dengan rasminya aku "Back To Normal" means that aku dah kembali menjadi PERMAISURI kat RUMAH..ala kira SURI RUMAH la senang citer hehehe...

Alhamdulillah tahun ni tahun kedua aku dipanggil berkhidmat di Sekolah Bertam Indah Kepala Batas. Tapi kali ni lama betul dari 12 Januari aku berkhidmat kat sana sampai la semalam 31 Oktober 2012. Apa pun aku bersyukur Allah sentiasa membuka peluang dan ruang untuk memberi khidmat ku kepada masyarakat...

Bila dah kembali jadi suri rumah semula ni macam biasa la rutin hidup aku pun totally berubah la. Tapi yg pasti kesibukkan tu akan berkurangan dan aku dapat buat kerja2 rumah dengan tenang...Tak perlu la nak kelam kabut sangat...Maklum la kejar masa...aku ni bukan apa time tidur tu penting bagi aku...aku mesti kena tidur 6 jam setiap malam...kalau tidak mula la kepala tu jadi GELONG :(

So hari pertama ni aku just buat kerja basic jer dulu kat rumah, ala baru nak warm up la katakan hehehe...so hari ni aku cuci toilet, lagipun hari ni aku ada tetamu, Bapak ngan Aunty datang hantar kek masa my Bro aku bertunang last week...

Aku masak Mee Rebus Tulang...Alhamdulillah sedap la pula hehehe....angkat bakul sendiri la pula Uols hehehe, jangan marah la yer...habis dah tak der siapa nak puji so aku puji sendiri jer la :D

mee rebus tulang
Alhamdulillah Bapak ngan Aunty makan banyak la juga...bukan la sedap sangat pun...tapi mungkin lapar la kan sebab aku ni masak punya la lembap jenuh Bapak ngan Aunty tunggu tau hehehe..SORI hehehe...Kalau arwah mama aku masak sure lagi sedap...Alahai syahdu pula tiba2.

Masa makan tadi aku jsut borak2 kosong, lepas habis makan Aunty tanya kat Bapak sedap tak aku masak...Bapak kata sedap...lepas tu Aunty tanya "sapa masak?" Bapak kata "Anak sulung la yg masak..."Aduhai touching sungguh hati aku, sayu pilu semua bersilih ganti...Syukur Ya Allah masih ada yg sayangkan aku...

Aku selalu rasa yg aku ni sebatang kara, yer la kan, mama ngan abah dah ada, famili sebelah abah pun tak berapa nak terima aku, yang aku ada kini suami tempat bermanja dan famili mertua untuk aku berteduh kasih...Harap2 kasih sayang yang Allah titipkan dalam mereka untuk aku akan terus kekal hingga selamanya Ammiin....

So aku harap semoga aktiviti harian aku lepas ni akan bertambah sukses...dan penyakit BOSAN aku tu tak der la menular dengan meluas hehehehe...ADIOS!!