Tuesday, January 29, 2013

PERKONGSIAN PETUA

gambar sekada hiasan
Assalamualaikum...

Salam bahagia kawan2 ku di dunia maya, hari ni aku terjumpa satu petua yg senang dan mudah untuk kita amalkan demi menjaga kesihatan tubuh badan kita. Maklum la kita ni WANITA sure nak sentiasa cantik kan...Tapi bukan untuk cantik luaran tapi dari segi dalaman yer...kalau dalam tu cantik sure la kat luar pun cantik tak gitu...

Aku amik petua ni dari satu laman blog yg bernama Blog Tok Wan,  http://blogtokwan.blogspot.com .
So jom kita tengok petua2nya ok :)

Menghindari Penyakit

Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.


Menahan Nafas

Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.


Memulihkan Sakit Jantung

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.


Menghindarkan Sakit Jantung

Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.


Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.

Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.


Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin.


Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.


Telinga Dimasuki Air

Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.


Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid

Cara untuk mengatasinya ialah :-

Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.


Memerahkan Bibir

Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.


Rawatan Anak Demam Panas

Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.


Demam Panas

Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.


Apabila Terkena Air Panas

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.


Bawang Putih Bunuh Kutu

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.


Bengkak Akibat Terjatuh

Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.


Batuk

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.


Sakit Angin

Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.

Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.


Memulihkan Tenaga Lelaki

Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.

Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.


Mengubati Sakit Mulut

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.


Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit

Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.

Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.


Cairkan Lendir di Tekak

Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.


Daun Pucuk manis Ubat Pitam

Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.


Daun Sirih Ubat Kembung Perut

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.


Penawar Sakit Kepala

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :

Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.


Menambahkan Darah

Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.

Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.


Mengurangkan Tekanan

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.


Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.


Penawar Batu Karang

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.


Anak-anak Demam Berlarutan

Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.


Elak Keracunan Udang atau Ketam

Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.


Mententeramkan Jiwa

Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.


Gusi Berdarah

Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.

Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam.


Bibir Pecah Akibat Kepanasan

Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.


Hentikan Muntah

Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.


Hilangkan Rasa Pijar

Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.

Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.


Jadam Legakan Bengkak

Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.


Tersusuk Duri

Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.


Ruam

Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi .

Caranya ialah :-

Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.

Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.

Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.


Penawar Bisul

Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh.

Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.


Mencantikkan Kulit Bayi

Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.


Ketuat

Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.

Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.


Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih

Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.


Mengubat Kaki Terseliuh

Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.


Kurangkan Panas Badan Anak

Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.


Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.

Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.

Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.


Mabuk Kenderaan

Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.


Mandul

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.


Keputihan

Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.

Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.

Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.


Merawat Lebam Akibat Tercedera

Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.


Melegakan Cirit Birit

Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh 'o' pekat kemudian diminum.

Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain.

Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.


Sukar Buang Air Besar

Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari


Melegakan Sakit Akibat Terkepit

Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.


Melegakan Tekak Perit

Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.


Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.

Kerap duduk mengadap kiblat.

Makan lobak putih selalu.


Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi

Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.


Mencegah Penyakit Buasir

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.


Jika Terminum Racun

Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.


Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.


Mengatasi Mual Ketika Mengandung

Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.


Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.


Menghidap Barah Rahim

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.


Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak

Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.


Menghilangkan Angin

Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.


Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.


Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.


Mengubati Senggugut

Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.


Menyedapkan Suara

Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.


Merawat Hidung Berdarah

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.


Menyegarkan Badan

Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan.

Caranya :

Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya. Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi. Lalu digosokkan di dinding kemaluan.


Merawat Luka

Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.


Cengkam Kuku Yang Bernanah

Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.


Sakit Kuning

Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.


Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning

Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.


Kanak -kanak Sesak Nafas

Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.


Sesak Nafas

Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.


Berkudis

Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.


Senang Bersalin

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Selesema

Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali


Bayi Selesema

Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.


Bengkak Kaki Waktu Hamil

Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.


Resdung

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.


Suami Ketagih Rokok

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.


Menghapuskan Bulu Roma

Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.


Gastrik

Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.

Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.

Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.


Batu Karang

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.


Bengkak-bengkak di Badan

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.


Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak

Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.


Mengubati Kecacingan

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.


Cacing Kerawit

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari


Kurang Darah Akibat Kemalangan

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.


Telinga Dimasuki Serangga

Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.

Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.


Tercekik Tulang

Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.


Menggemukkan Binatang Peliharaan

Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.


Melawas Kencing

Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.

Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.


Mengubati Gelgata

Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.


Segarkan Saraf

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Lelah

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Sakit Disengat Lebah

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.


Berkhatan Cepat Sembuh

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.


Kejang Perut

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.


Penawar Kencing Manis

Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.


Petua Mengelakkan Barah

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas


So aku harap petua ini dapat membantu rakan2 semua sebagai rujukan OK...:)

Thursday, January 24, 2013

WASSATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

me and hubby

sedang berjalan memasuki kawasan bandar perda permatang pauh

alhamdulillah dah nak sampai

my lover

baru turun dari bas
Assalamualaikum....


Hari ni adalah hari junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, so aku dan suami pun tak lepaskan peluang untuk sama2 berarak bagi memperigati sirah Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kami berjalan hampir 4 km lebih. Syukur aku boleh mengahabiskannya tampa rasa penat. Tapi biasa la peluh tu bercerau bak kata suami aku hehehehe...

Aku bangun awal jam 5.00 pagi siapkan anak2 bulus aku tu sebelum aku bersiap diri. Baju2 semua dah ion sejak dari semalam lagi. Tahun ni aku minta kat suami nak turut serta Alhamdulillah suami aku izinkan. Maybe sebab tahun ni aku tak berkerja, tahun lepas aku berarak dengan anak2 kecik aku kat SK Bertam Indah jer la.

Jam 7.00 pagi kami dah terpacak di Kampung Paya Tok Akil iaitu kampung suami ku. Tapi bas yg kami nak naik tu datang dari Sungai Petani,tersesat pula driver bas tu cari jalan nak ke Tasek Gelugor. Apa lagi suami aku dan pak su nya pergi follow la bas tu hingga ke kampung. So jam 8.15 pagi, kami pun naik la bas.

Alhamdulillah masa kami sampai perarakan belum lagi dimulakan, kebetulan aku terjumpa pula dengan rakan sekolah lama Razak namanya. Dia yg dulu tegur aku, aku ni malu nak pandang maklum la semua lelaki, nanti kalau aku pandang lebih2 kata aku ni perasan lawa pula hehehehe...

So di pendekkan citer, kata cik abang kami akan berjalan dalam 3 km lebih, alih2 dah nak masuk 5 km kami berjalan. Alhamdulillah aku mampu lakukannya dengan baik Syukur pada Allah kerana memberi aku dan suami tenaga yg sangat2 baik...Alhamdulillah.

Kami dihidangkan dengan santapan rohani tentang isu2 semasa dan juga hala tuju Islam pada masa kini. Panel2 yg membincangkan juga hebat2 belaka. Selain tu kami juga dihidangkan dengan makanan yg sedap...nasi daging, sori la tak sempat amik gambar maklum la lapar tak sempat nak amik :)

So apa pun aku cuma nak kata kat sini, kita bukan penat berjalan semata2, tapi kita wajib menghayati akan pengorbanan nabi junjungan kita sewaktu baginda menyebarkan agama islam di tanah suci Mekah.

Semoga kita semua menjadi ummah milinium yg berjiwa kental dan sentiasa menghormati diantara satu sama lain, elakkan perpecahan satukan jiwa kita demi ISLAM yang SATU...Insya Allah....

Tuesday, January 22, 2013

CUBAAN PERTAMA - ASAM TUMIS MELAKA

asam tumis melaka
Assalamualaikum....

Hari ni hari pertama untuk aku lalui hidup sebagai wanita yg berusia 35 tahun. Entah kenapa aku excited dengan usia 35 ni. Excited aku bukan sebab nak enjoy atau hepi sangat2...tapi excited untuk aku mengubah sesuatu dalam diri aku yg selama ini nak sangat aku ubah. Harap2 Allah akan permudahkan segalanya ammiin....

Hari ni aku nak citer aku masak asam pedas tumis dari melaka. Aku dapat resepi dari sahabat baik ku siapa lagi kalau bukan Salmah. Actually my hubby memang suka makan asam pedas Melaka dan juga Johor. Tapi aku ni tak pandai nak masak. Kebetulan tadi tengah chat dengan Salmah, so tertanya pula bab resepi. So apa lagi Salmah just cakap macam tu jer, aku pula main ingat dalam kepala jer tak salin resepi pun...lepas chatting tu terus aku masuk dapur dan masak. Alhamdulillah nampak tu macam menjadi la juga. Rasanya sedap juga tapi tak der la sedap sangat pun...pedas sikit. Aku terlebih letak cili la tu hehehehe....

So petang tadi cik abang balik kerja dia request nak makan nasi goreng dengan asam tumis tu...so aku pun gorengkan lah nasi untuk dia dan panaskan asam tumis aku tu. Nampak berselera dia makan....tapi katanya "pedas sangat la sayang...kalau tak pedas mahu abang hirup..."

Alhamdulillah kira tercapai la hajat dia nak makan asam tumis macam tu. Dah lama dia minta aku buat, sampai kan minggu lepas dia belikan ikan merah sebab nak masak asam tumis tu. Alhamdulillah aku dapat juga hilangkan kempunan suami aku tu hehehehe....

Aku harap aku mampu jadi seorang suri rumah yg baik, aku nak berusaha menjadi seorang wanita yg dapat memberi kasih sayang dan perhatian sepenuhnya buat suami tercinta, hidup kita ni tak menentu, ada yang "pulang" menemui penciptanya awal, ada yg boleh bertahan sampai ke tua...So selagi ada peluang dan ruang aku tak nak sia-siakanya....

So cukup la setakat ni aku membebel, esok kalau ada lagi mood rajin aku celoteh lagi kat sini...Wassalam ;)

Monday, January 21, 2013

WELCOME 35

tq hubby for the lovely cake this year suprising me
Assalamualaikum...

Teringat pula masa aku kecik2 dulu, setiap kali birthday aku, mama pasti akan jd org pertama yg wish...tepat jam 12.00 malam dia akan kiss dahi aku, peluk aku macam baby walaupun masa tu aku dah besar gabak hehehehe...ada juga ketika aku buat2 tidur sebab nak tunggu kiss dari mama...

Bila aku dah belajar kat UiTM mama akan call tepat jam 12.00 untuk wishing me,kadang2 tu aku dah tertidur maklum la dok kolej, dok rumah sewa letih la dengan kelas, sambil gosok mata aku jawab call mama...air mata pun apa lagi menitis la nangis nak balik...tapi yg bestnya percayalah esok lusa sure mama akan sampai ke Shah Alam sambil bawa bekal macam2 kat aku...memang kenyang la aku dan kawan2 yg lain...

Bila aku dah kawin mama tetap buat benda yg sama, kiss aku peluk aku wish hari lahir untuk aku...mama tak pernah lupa setiap kali birthday aku...ada saja hadiah yg dia nak belikan untuk aku...kali terakhir mama belikan aku senaskhah Al-Quran, katanya ini hadiah terakhir darinya untuk ku....memang ia benar2 terakhir...Allahuakbar...sedih tak terkata....

Kini,tiada lagi ciuman tulus dari seorang ibu...tp aku yakin mama tetap dalam hati ku...semua yg terjadi adalah satu memori yg amat indah untuk aku pahat dalam hati ku...

Aku bersyukur kerana memiliki suami yg sangat memahami ku...dia pula yg menggantikan apa yg mama buat dulu...TQ sayang for make me happy...Semalam tepat jam 12.00 tengah malam hubby kiss dahi ku sambil ucap selamat hari lahir...Ya Allah air mata mula mengalir...mengalir kerana aku dapat rasakan kasih sayang yg tulus dari seorang suami buat isterinya...Alhamdulillah Allah mengurniakan kami dengan kasih sayang yg melimpah ruah...semoga kasih sayang ini akan terus kekal hingga ke hujung nafas kami insya Allah...

Apa pun aku harap dalam usia  35 tahun ini aku akan mendapat sesuatu yg dihajati, manalah tahu aku akan menjadi seorang ibu dengan izin dari Nya...Insya Allah...Aku juga berharap agar di usia 35 ini hidup aku akan lebih diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT ammiin.....

Sunday, January 20, 2013

AKU ADALAH AKU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bermain dengan emosi kejap, maklum la hari ni adalah hari terakhir untuk aku menikmati kehidupan ku yg berumur 34 tahun. Esok dah pun aku melangkah ke 35 tahun. Setahun lagi umur ku meningkat, tapi aku macam ni lah...seperti aku yg dulu, tak matang2 hehehehe...lagi macam budak2 adalah.

Tapi dalam sudut hati aku ni ada la juga rasa matang sikit, terutama dalam hal2 menguruskan rumahtangga. Aku dah mampu lakukan kerja2 rumah dengan sendiri dan juga perasaan ikhlas pun semakin menular dalam diri. Kalau tidak aku asyik memberontak. Maklum lah dulu semua kerja2 rumah tu arwah mama yg banyak buat, terutama dalam soal memasak dan menyapu. Aku memang tak suka sapu sampah. Tapi bila dah duduk rumah sendiri ni, semuanya aku lakukan dengan sendiri...Alhamdulillah itu kematangan yg paling ketara dalam hidup ku selama bergelar isteri.

Sepanjang aku berumur 34 tahun, aku banyak belajar erti sebuah pengorbanan antara suami dan isteri. Banyak kali aku ditinggalkan suami atas urusan kerja dan suami aku pula berat untuk meninggalkan aku. Mana taknya, aku kena pergi kerja sendiri, keluar dari rumah awal pagi dalam keadaan masih gelap dan kadangkala hujan ribut. Hati suami mana yg tak rasa gundah gulana kan...setiap jam pasti hp aku berbunyi, tak call sms, tak sms pun PM di FB. Itu lah rutin kami setiap kali suami aku outstation.

Waktu umur aku 34 tahun hubungan kekeluargaan semakin rapat dan erat. Terutama hubungan aku dan famili mertua, ini semua terjadi sewaktu ayah mertua ku jatu sakit sehingga lah arwah meninggalkan kami. Hubungan aku dengan mak mertua semakin erat, saling tak tumpah seperti anak ibu sendiri. Setiap kali aku cium dahi mak, hati pasti rasa sangat sebak sebab dulu arwah mama selalu cium dahi aku. Kini aku pula beri ciuman untuk mak mertua ku. Rasa kasih sayang kami itu semakin erat bila mak akan gengam erat jari jemari ku seakan tak mahu lepas. Ya Allah ini sesuatu yg amat indah dan amat membahagiakan untuk ku. Moga ikatan ini kekal hingga ke nafas yg terakhir.

Umur 34 tahun aku kehilangan ayah mertua tersayang. Aku hepi sangat masa mula2 kawin dulu, sebabnya aku dapat panggil ayah dengan rasa yg amat selesa. Kerana apa??? kerana aku rasa ayah mertua adalah ayah ku sendiri dan aku tak amik hak sesiapa atau tumpang hak sesiapa, walaupun hakikatnya aku berkongsi dengan ipar duai yg lain. Tapi aku hanya sempat memanggil ayah untuk 7 tahun sahaja. Itu pun sebetul-betulnya dalam 2 thn. Sebab sebelum2nya aku tak sempat nak menikmati kasih sayang ayah atas uruasan kerja dan duduk jauh.

Umur 34 juga aku dapat tahu yg aku akan mendapat adik ipar yg baru,walaupun Zulfadli hanya sepupu aku, tp aku sayang kan Zulfadli macam adik aku sendiri. Aku hepi sangat bila dapat tahu Zul akan bertunang. Alhamdulillah aku di jemput oleh bapak untuk hadir ke majlis pertunangannya....waktu tu aku terbayang wajah mama, alangkah indah kalau mama masih ada, tentu mama akan hepi sebab anak lelaki yg dia pelihara akan berkahwin tak lama lagi.

Ini merupakan tahun kedua aku sambut birthday tampa mama di sisi. Memang perit, memang pedih, tapi apa kan daya Allah lebih kasihkan mama dari kami di muka bumi ini...Insya Allah mama Ct yakin satu hari nanti kita pasti akan ketemu jua..Insya Allah...

Tadi tengah hari Mak Yah, Adik (Fazirah), Kak Mazidah dan anak2 nya datang bertandang ke rumah ku. walaupun sekejap tapi ia cukup membahagiakan aku. Mak Cik tak datang tapi Mak Cik bekalkan aku Nasi Beriyani Ikan...Subahanallah...memang touching...sebab dulu masa arwah mama ada, saban tahun arwah pasti akan masakkan aku nasi beriyani ikan setiap kali datangnya birthday aku. Tahun ni Mak Cik yang buat...alahai sebak tak terkata...tapi hakikatnya, walaupun aku kini anak yatim piatu, tapi kasih sayang dari ibu saudara dan ayah saudara tetap sama...mereka adalah keluarga dan anugerah buat ku yg paling berharga..Alhamdulillah, terima kasih Tuhan....Keluarga sebelah arwah babah tak terima kehadiran ku...so sauadara mara sebelah mama jer la pewaris yg aku ada selain suami dan ipar duai ku...

Aku mohon agara kasih sayang yg terbina ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa ku...Ya Allah aku bersyukur di atas kekuarangan yg telah Engkau berikan, kerana setiap kekurangan itu adalah KEKUATAN untuk ku...Alhamdulillah...Aku pasrah....

Thursday, January 17, 2013

DIET AT MY HOME



gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer tentang hasil usaha ku yg semakin nampak hasilnya...Alhamdulillah berkat kesabaran dan juga disiplin yg tinggi (actually tak berapa nak tinggi tentang bab disiplin tu hehehe...) dapat la juga aku mengurangkan berat badan aku ni. Memang belum mencapai berat yg ideal pun, tapi bila sedikit usaha itu menampakkan hasil memang la rasa hepi dan sangat2 berbaloi kan hehehe...:D

Aku tak mengamalkan sebarang supliment untuk kurus. Ubat2 kurus pun tak amik, just jaga pemakanan, nak kata jaga sangat pun idak la juga...Aku just kurangkan kuantiti makanan tu and makan bila lapar dan STOP sebelum kekeyangan...itu memang very2 IMPORTANT....Rasanya kalau aku lebih jaga bab makan dan lebih berdisiplin sure akan turun lagi berat badan aku ni kan hehehehe....CAIYOK!!! Insya Allah akan dilaksanankan nanti...tapi kena la start slow2 kan nanti terkejut pula badan aku ni...

So aku nak share la macam mana aku boleh diet ni hehehe...Sarapan pagi aku simple, just Cocoa Cologen dan juga biskut sayur kering tu...Kadang2 baru aku amik roti gardenia yg high fibre tu...Itu dah cukup membuatkan aku kenyang. Lagipun pagi adalah masa yg sangat bzz untuk aku. Aku akan bagi my anak2 buluss makan dan juga mop lantai...and basuh baju sidai baju, kalau ada rajin lebih sikit...mula la aku akan ubah kerusi meja...ala2 interior design gitu hehehe...itu kalau rajin la...Kalau tak habis jer kerja rumah aku just lepak tengok tv sambil beli my anak2 buluss...:) Itu pun terapi minda juga tu...bila kita asyik belai kucing2 ni nafsu makan tu akan berkurang tau...Tak caya cubalah nanti...:)

minuman pagi

sarapan wajib

sarapan alternatif
Selalunya dalam jam 3.00 petang sure aku akan rasa lapar...apa aku buat hehehe...aku just amik biskut oats dan juga plain water...air manis ni kalau kurang lagi bagus...tapi jangan la kurang lansung atak stop terus...Aku dah kena masa diet untuk kawin dulu...lansung aku tak amik air manis...sudahnya aku kena minum air gula...amik kau...sebab nak jalan pun tak larat..lansung tak ada tenaga...kena pula dengan bebanan yg di tanggung lagi bertambah buruk keadaan aku tu...Alhamdulillah cepat recover sebab aku cepat ke klinik...kalau tak mahu kena masuk wad isi air guna drip huhuhuhu....:(

kudap-kudapan ku

air kosong peneman setia ku

Ok bila petang sure la aku kena makan kan...sebab cik abang balik kena la aku masak...Kadang2 tu aku masakkan untuk cik abang jer..aku layan biskut atau pun kalau rajin aku buat sandwich tuna atau sandwich sardin atau pun telur. Minuman pula just plain water for me and plain tea untuk hubby...Kita nak diet jangan la kita ajak suami pun diet sekali...kesian kat dia, kalau dia nak diet atau tak nak makan lega la aku tak payah masak petang hehehehe....

my alternative dinner
Sebelum tidur aku akan pastikan minum minuman kesihatan aku hehehe..Sebenarnya aku minum madu dan cuka epal tu bukan untuk kurus tapi untuk penyakit sinus aku. Rupanya dalam masa yg sama ianya membantu mengurangkan berat badan aku ni...Alhamdulillah extra bonus tu...Harap2 Allah akan terus memberikan kesihatan yg baik untuk aku berbakti pada suami dan keluarga. Manalah lagu nanti aku boleh mengandung dengan mudah. Lagipun doktor ada juga nasihatkan aku untuk dapat kan berat badan seperti sebelum kawin...sekarang dah 64kg, so aku kena usaha lebih lagi untuk capai 55kg sekurang-kurang...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku...Insya Alah....

cuka epal
madu lebah
Akhir kalam...aku diet bukan untuk cantik atau untuk kurus semata-mata, tapi untuk menjaga tahap kesihatan ku yg semakin merundum sejak 2 thn lepas. Keadaan hormon aku pun tak menentu dan ia menyukarkan aku untuk mendapat baby...Semoga Allah permudahkan segala usaha aku ini untuk mendapatkan zuriat buat suami ku...aku tahu segalanya datang dari Allah...namun sebagai umatNya wajib kita berusaha, berdoa dan bertawakal...Semoga Allah perkenankan usaha murni  serta impian kami ini ammiin....

Monday, January 14, 2013

ULANGTAHUN PERSANDINGAN KE-7


loving u for ever
Assalamualaikum...

Hari ni aku jiwang sikit...hehehe...maklum la hari ni aku dan suami disandingkan di atas singgahsana buat kali pertama...dan biarlah ia juga kali terakhir buat kami berdua...Insya Allah...biarlah cinta yg dibina ini kekal bahagia selamanya...semoga ikatan yg kami bina atas dasar cinta ini diberkati Allah SWT ammiin...

14 Januari telah dipilih dan dipersetujui oleh kedua belah keluarga untuk sandingkan kami berdua. Maklum lah kami diijabkabulkan pada tanggal 24 November 2005. So ada lebih kurang sebulan untuk buat segala persiapan. Kami dinikahkan awal dari tarikh sanding sebab ayah saudara yg akan mewalikan aku tu nak tunaikan haji. So memang kena buat awal dari tarikh yg sepatutnya.

So arwah mama la orang yang paling hepi waktu tu. Segala persiapan semua arwah yg uruskan. Aku ni just pasang badan jer la hehehehe...dan yg bestnya mama juga sponser untuk aku buat facial dan mandi lulur...wah bahagianya hidup. Satu sen pun aku tak keluar. Soal pilih baju pun mama yg uruskan...Betapa mama hepi nak buat kenduri untuk aku. Nak kata besar sangat kenduri aku ni tak lah sangat...tak der la sampai WEDDING of the YEAR pula kan hehehehe...tapi itu lah impian seorang ibu untuk melihat anak tunggalnya mendirikan rumah tangga...

Mama selalu kata dulu arwah tok all out buat kenduri untuknya...so now dia pula nak buat kenduri untuk anak tunggalnya...wah so touching huhuhu...Insya Allah kalau aku pula di beri anak dan Allah panjang kan umur untuk tengok anak aku kawin, aku pun akan buat benda yg sama macam buat untuk anak aku kelak Insya Allah....

bilik pengantin ku di kediaman kami
Impian mama nak ke China untuk beli kelengkapan kawin aku tergendala gara2 sibuk dengan kerja. So masa mama ke Shah Alam melawat aku kat sana, ada pula jualan dari negara2 Asian di Kompleks PKNS, salah satu gerai tu dari negara China dan yg paling mama hepi sebab ada jual kain cadar buatan tangan. Biasa la mama aku ni tak boleh tengok kraftangan ni semua. Terutama emboidery jahitan sulaman tangan sure dia nak beli la...memang la mahal sebab bawa datang ke Malaysia kan...tapi sebab dah berkenan mama belikan juga...jenuh juga kami dua beranak bawa balik naik bas kat Puduraya...maklum lah kami tak der kereta hehehehe...

Semua kelengkapan mama buat sendiri, sampaikan ke bunga telur untuk tetamu pun mama buatkan juga..memang kreatif sungguh...Bunga telur mama start b dari bulan Jun lagi. Sebab memang rumit. Siap kena jahit bagai...entah dari mana datangnya idea aku pun tak tahu...tapi secara jujurnya mama aku memang sangat2 kreatif :).

bilik pengantin ku di kediaman yg kami sewa untuk majlis

Atas masalah yg tak dapat dielakkan mama telah menyewa sebuah rumah banglo TLDM di Jalan Akuarium Gelugor. So mama buat lagi satu bilik pengantin untuk kami. Kali ni kain cadar tu mama jahit sendiri. Bunga kat kain cadar tu mama kait...kata mama itu bungan carnation. Bayangkan korang mama kait bunga tu sekuntum2 sebelum di jahit ke atas kain cadar dan sarung bantal...adoiii...memang rumit sangat2 kerjanya. Tapi demi anak tersayang arwah buatkan juga...Ya Allah...sampai mati aku tak kan jumpa semula mama yg sebaik arwah...Aku amat bertuah kerana menjadi anak mama...Subhanallah...

Begitu juga dengan pelamin, mama nak buat sendiri juga...tapi atas sebab2 tertentu mama serahkan pada ibu saudara dan saudara terdekat mama...memang tak menghampakan, walaupun tak hebat mana tapi mama hasil tangan org2 yg kasihkan aku ianya menjadi sangat indah di pandangan mata ku...Tema kami yg berwarna pink dan putih menjadi semakin berseri dengan sentuhan dari saudara mara terdekat...Alhamdulillah...

Aku juga merupakan cucu pertama yg melangkah ke alam perkahwinan, insya Allah selepas ini ramai lagi yg akan menyusul. Famili Tok Milah dengan Tok Ba tak ramai...aku hanya ada famili sebelah mama, sebelah ayah tak perlu ka korang tahu...sebab aku pun tak tahu hehehehe...Walaupun sepanjang majlis aku di temani linangan air mata tapi kini setiap yg terjadi aku jadikan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan di masa hadapan...semoga Allah sentiasa bersama kami berdua bagi meniti kebahagian yg abadi insya Allah...

Terima kasih Ya Allah kerana kami masih boleh menghitung tarikh2 keramat buat kami berdua...semoga ikatan cinta kami ini akan terus di berkati hingga ke hujung nyawa dan juga ke Al-Jannah...Engkau panjang kanlah umur kami, berikanlah kami kesihatan yang baik, kurniakanlah kami anak2 yg soleh dan tetapkan iman kami dalam melayari bahtera cinta ini hingga ke penghujungnya...Segala kebaikan hanya dari Mu Ya Allah...dan yang kurang baik itu adalah dari kelemahan kami...Ammiin.....

Sunday, January 13, 2013

PUASA SUNAT ISNIN & KHAMIS

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Hari ni aku nak share something dengan rakan2 blog sekalian tentang kelebihan puasa sunat Isnin dan sunat Khamis. Tahun ini aku memang berazam nak tingkatkan amal ibadat ku, yer la kan umur dah makin meningkat, ajal maut pun dah makin menghampiri kita so apa salahnya nya kalau kita tambah amal ibadat kita...buat bekalan di alam sana kelak...

Tapi bukan la niat aku nak riak atau takabur dengan apa yg aku buat...Actually aku pun tak der la buat selalu...kalau aku raa mampu dan sihat memang aku akan minta izin dengan suami untuk berpuasa pada esok harinya. Kalau suami tak izin aku tak buat pun. Memang wajib seorang isteri meminta izin pada suaminya untuk melakukan ibadah...walau pun dia tahu yg suaminya pasti akan mengizinkannya tp tetap kena tanya tau....

Di sini aku ada something nak share tentang izin mengizinkan ni yer..:-

Dua hadis sahih sebagai nas:

1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.

2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan.


So berbalik pada isu utama iaitu tentang puasa sunat ni yer. Puasa mengajar kita untuk tingkatkan kesabaran dan juga ketabahan seseorang. Selain itu ia membantu meningkatkan tahap kesihatan kita dan mendisiplinkan diri kita.

gambar sekadar hiasan

Di sini aku nak share tentang kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis yer..:-

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

"Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Dulu aku ada kemusykilan tentang lafaz niat puasa sunat Isnin Khamis ni...punya la cari cara nak lafaz niat puasa dalam bahasa arab...tp arwah mama kata boleh jer lafaz niat dalam bahasa melayu kerana Allah itu Maha Mengetahui...So di sini aku sertakan soalan yg telah diutarakan oleh seorang insan yg punyai masalah yg sama macam aku...:-

Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Soalan:

Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?


Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu.
Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".
So aku harap apa yg aku share kat sini sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 yg ingin menambah saham di akhirat..JOM, AYUH!! kita mencari pahala buat bekalan di "sana" Wassalam...:)

Friday, January 11, 2013

MINUMAN BERKHASIAT

cuka epal
Assalamualaikum....

Dah hampir semingg lebih aku tak up date blog, maklum la bzz sungguh..hehehe..bzz melayan anak2 buluss aku tu la...Sejak aku ada kat rumah ni, anak2 buluss aku ni makin manja malah makin mengada-ngada la pula hehehe...nak buat macam mana kan...mama depa ada kat rumah :)

Ok hari ni aku nak citer sikit pasal minuman kesihatan yg aku sedang amalkan kini, dah nak setahun juga la aku amalkan minuman berkhasiat ni. Aku amik cuka epal dan juga madu dicampur dan dibancuh dengan air suam...aku minum di waktu pagi dan sebelum tidur. Memang ada perubahan terutama dari segi minor astma aku ni. Selain itu ini lah ubat batuk aku sekarang ni. Kalau aku batuk jer memang ini la penawarnya dengan izin Allah juga....

Aku juga rasa bertambah sihat dan bertenaga. Alhamdulillah dapat la aku buat kerja2 rumah tampa merungut...kalau tidak menenah telinga kucing aku dengar aku dok bebel hehehehe....

Di sini aku nak share something tentang khasiat cuka epal..:-

- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.

- Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.

- Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.

- Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.

- Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.

- Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.


(ihsan dari  http://lovekiwiyumichi.blogspot.com)

cuka epal dan madu
Ini baru sebahagian nya jer... banyak lagi khasiat yg terkandung dalam cuka epal ni sebenarnya. Tapi aku tak amik cuka epal secara bersendirian, maksud aku aku campurkan ia dengan madu. Rasanya bertambah sedap tau korang...aku selalu buat air minuman harian aku. Ia juga bagus untuk perjalanan darah kita.

Ini antara khasiat cuka yg dicampur dengan madu :-

 • Ia dapat membantu kita untuk menjernihkan darah, meleraikan paras kalori dan gula secara efisien agar badan kita sanggup mengelakkan penyakit darah tinggi.

• Melindungi organ hati anda daripada keracunan arak dan merangsang fungsi organ hati.

• Ia dapat mempergiatkan metabolisme organ-organ internal badan kita, menghapuskan elemen toksik (racun) dan sembelit (konstipasi).

• Ia dapat mengelakkan halitosis atau nafas yagn busuk yang disebabkan oleh kumuhan asid gaster (perut) yang berlebihan.

• Ia dapat mengalir keluar deposit lemak dan mengurangkan berat badan yang berlebihan dengan sekaligusnya.


(ihsan dari :-  http://jmekruss.blogspot.com)

So kawan2 apa tunggu lagi jom kita amalkan cara hidup yg sihat dan menyihatkan. Mudahan-mudahan kita terhindar dari penyakit-penyakit yang merbahaya Insya Allah...kata orang mencegah lebih baik dari mengubati kan...
Wassallam..... 

Thursday, January 3, 2013

HIASAN DUNIA

wanita ibarat bunga yang cantik
Assalamualaikum....

Wanita itu Hiasan Dunia....betul kan...hehehe...siapa tak nak cantik kan...Wanita dan Kecantikkan tak dapat di pisahkan. Kebetulan sekarang ni fesyen muslimah makin mengambil tempat. Macam2 fesyen tudung ada kat luar sana. Pilih jer yg bersesuain...tentu cantik kan...:)

Tapi tu la, kadang2 kita silap...kita berhias tak kena pada tempatnya. Bukan aku ni cemburu dengan wanita lain di luar sana, tapi aku rasa terpanggil untuk meluahkan pendapat aku. Ini satu pengajaran buat aku juga sebagai wanita yg dah bersuami.

Aku pernah tengok situsi macam ni kat rumah kakak angkat aku...bukan apa aku adalah pergi ke rumahnya...tapi masa tu aku tak kawin pun lagi...anak dara gitu...Aku tengok mak dia walaupun dah tua tetap berlipstik kat rumah, lepas tu pakai baju kurung macam nak pergi kenduri...memang lawa tu...Kemudian aku ke rumah kakak kepada kakak angkat aku tu...pun sama bersolek sakan...memang best la dia orang ni...

Kalau nak ke Pekan pun dia orang bersiap juga...kira pendek kata sentiasa cantik la...bila malam jer aku nampak dia orang ni berkain batik dan Tshirt. Itu pun rambut di ikat rapi..cuma tak der la lipstick dah hehehe....

Kini bila aku pula berumahtangga, aku teringin juga nak buat macam tu...tp tu la kadang2 kita ni mudah lupa. Rasa malas la...rasa tak selesa la konon...macam2 hal kan...bayak songeh la katakan hehehehe....tapi kalau ikut hukumnya memang kita kena berhias untuk suami jer kan...Bukan la maksud aku kalau kita keluar dari rumah kita selekeh tak payah bersiap....tapi tak salah kalau kita berpakaian cantik di rumah mahupun di luar rumah. Cuma yang paling penting jaga aurat kita...Betul kan...:)

Aku ada something nak share tentang isu ini...:-

Berdandanlah untuk suamimu -dan lakukanlah hal ini karena mengharap pahala dari Allah- sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Pakailah parfum, celak, dan baju yang terbaik untuk menyambut kedatangan suamimu. Hiburlah suamimu sehingga meringankan kepenatan, sakit, musibah, dan kesedihannya.”

Aku pernah juga dengar kata2 dari seorang Ustaz..."Orang perempuan ni kalau dah ada anak selalu pakai baju kelawar jer, bedak selempung, rambut kusut masai, bau pun hamis....tp sebelum kawin minyak wangi satu botol..." hahahaha...lawak kan....tapi itu lah hakikatnya...Aku pun pernah buat macam tu juga walau pun aku belum ada anak....:(

suami yang baik selayaknya mendapat isteri yg solehah

Ini lagi satu petikan yg aku dapat dari bacaan aku di internet...:-

Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: “Jika seorang perempuan itu mempunyai suami, disunatkan baginya berinai pada semua masa, kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”. Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.

So di tahun baru ini, apa kata kita mulakan sesuatu yg baik...dapat pahala tu...kalau tak mulakan sekarang bila lagi...mana lah tahu umur kita ni tak panjang...So sebelum kita di jemput pulang mari kita bermuhasabah diri, berubuat kebaikan demi keharmonian rumah tangga...mudah-mudahan cinta aku dan suami makin bertambah erat...

I LOVE U SAYANG...:)

Wednesday, January 2, 2013

1st ENTRI DI TAHUN 2013

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Finally kita dah pun melangkah ke tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu, ramai orang2 yg kita kasihi juga telah pergi meninggalkan kita, kita???? bila masanya dah tiba kita juga akan pergi meninggalkan alam yg serba sementara ini....

Tahun 2010 dan tahun 2012 banyak mengajar aku erti sebuah KETABAHAN, bukan calang2 orang yg mampu hadapinya...aku pun tak kata aku ni hebat malah aku punyai KELEMAHAN yg terlalu banyak, namun Allah telah pinjamkan aku dengan KEKUATAN yg sangat luar biasa, hinggakan aku begitu tenang menghadapinya...itu secara luaran tapi dalaman ku terlalu lemah dan tak mampu aku described dengan kata2 kerana tiada ayat yg mampu aku gunakan untuk mengambarkan rasa isi hati aku ni..

Sebagai manusia yg beragama ISLAM, aku wajib percaya akan QADA dan QADAR dari Allah, walau perit, walau sedih itu semua ujian dari Yang Maha Kuasa. Sebagai hambanya wajib kita berlapang dada dan redha akan ketentuan dariNya yang SATU.

Aku harap di tahun 2013 ini, ada kenangan manis buat aku dan suami kecapi, impian kami untuk memiliki cahayamata mohon di perkenankan...tapi jika sebaliknya aku tahu Allah masih mahu menguji kami dan masih mahu mendengar doa dan ritihan hati kami, aku redha Ya Allah.

Selain itu aku juga berazam untuk menjadi isteri yg solehah buat suami tercinta. Jika memang ditakdiran tahun ini aku tak bekerja dan menjadi PERMAISURI sepenuh masa aku redha Ya Allah, dah itu ketentuan buat diriku dan aku tak akan memberontak seperti di tahun2 yg sebelumnya. Ini kerana aku ingin selalu bersama suami setiap masa dan ketika.

Aku dah terlepas banyak peluang untuk bersama suami, dari awal perkahwinan kami hingga la kini, masa untuk berdua tu amat terhad dengan kekangan waktu bekerja dan juga hal2 luar yg lain.

So ini lah peluang untuk aku cover semula apa yg tertinggal dahulu, moga Allah akan permudahkan segala impian ku ini...Insya Allah. 

Maka aku harap di tahun 2013 ini ada sinar yg menanti buat kami berdua, mohon Allah permudah dan murahkan lah rezeki kami suami isteri dan kurniakan kami CAHAYA KEBAHAGIAN seperti pasangan suami isteri yang lain...AMMIIN.........