Sunday, April 28, 2013

JEALOUS???

gambar sekadai hiasan
Assalamualaikum...

Wah tajuk hari ni macam best jer kan hehehe...bukan apa menjadi wanita ni bukan mudah, tambah2 pula yg dah berkawin. Cemburu tu perlu ada dalam diri kita, walau pun sedikit. Macam mana profesionalnya kita tetap juga aura cemburu tu ada.

Cemburu pada rakan2 yg berjaya, cemburu pada kehidupan orang yg lebih baik dan juga cemburu pada suami hehehe...bukan apa takut juga manalah tahu kut2 suami ada MEM kat tempat lain pula kan...perasaan tu sure ada lah dalam kehidupan kita sehari-harian.

Tapi kena la kita ingat jangan sampai CEMBURU mengusai kita yer kawan2. Pada aku mudah jer, memang aku cemburu dengan rakan2 yg berjaya...tapi jangan la sampai cemburu itu membutakan erti sebuah persahabatan pula. Aku ni kalau cemburu pada mereka yang berjaya, aku pun akan tingkatkan usaha untuk sama2 bersaing secara sihat dan membina kejayaan sama dengan mereka, kalau lebih lagi bagus itu dah dikira BONUS hehehehe....

Aku pun kadangkala cemburu dengan kehidupan mereka yg lebih sempurna contohnya mereka yg mempunyai zuriat sendiri. Siapa yang tak cemburu kan...TIPU la kalau kata tak cemburu...jangan nak BOHONG kata "ala akak tak kisah pun..." huhuhu itu semua DUSTA belaka...:(

Tapi apa yang boleh aku buat, anak itu adalah zuriat yg di amanahkan oleh Allah, maka kena la bersangka baik dengan kurnian ILAHI...Allah tak menjanjikan yg setiap pasangan yg berkahwin itu PASTI akan mendapat zuriat, tp Allah sentiasa meminta umat Nya memohon dari Nya..maka ini bermakna aku dan suami adalah umat-umat2Nyayg dalam pemerhatian Nya...maka berusahalah, berdoalah dan bertawakalah pada Nya...kerana hanya Allah yg Maha Memberi...Subhanallah....

Cemburu yang seterusnya adalah cemburu tanda sayang. Bohong la pula kalau aku tak pernah merasai perasaan macam tu pada suami. Dah la suami aku ni seorang yang boleh dikatakan well known...tapi tak der la hebat macam PM pula kan hehehehe...bukan apa dah nama pun kerja for sure la dia akan bertemu dengan ramai orang dan adakalanya bertemu dengan wanita. Wanita2 yg dia jumpa tu lawa2 belaka hehehe...anak2 dara lagi tu hehehe...hati isteri mana yg tak gundah kan...

Tapi buat masa sekarang, kalau Encik Suami nak jumpa dengan kawan2 lama yg gendernya wanita aku mesti ada...pasti dia akan bawa aku la...so kira dia jujur la kan...:)Tapi apa pun cuak tu tetap ada hehehehe....

So dalam hal ni aku hanya mampu berdoa, jika suami ku hanya ditakdirkan untuk diriku sahaja, maka ia tetap milikku seorang di dunia ini, tapi jika ia sebaliknya aku PASRAH...bagi ku rahsia ALLAH tak siapa yg tahu.

Bukan apa aku ni dah la banyak kekurangannya, sampai sekarang masih tak mampu nak bagi zuriat pada suami, aku akui akan kelemahan ku. Jika bermadu itu memang ditakdirkan untuk diriku...apa kan daya...aku terima dengan hati yg terbuka. Cuma aku mohon agar aku IKHLAS dan berlapang dada menerimanya...

Tapi sekarang aku akan terus berusaha untuk menjadi seorang wanita yg di kasihi oleh suami ku...dan aku harap begitu juga sebaliknya dengan suami ku...Wahai Tuhan ku...kuatkanlah simpulan CINTA di hati kami...jauhilah kami dari segala kejahatan dan kemungkaran...kekalkanlah ikatan CINTA ini hingga ke Al-Jannah...AMMIIN.....

Friday, April 26, 2013

FAKTA KER AUTA

keratan akhbar
Assalamulaikum...

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...hehehehe..betul sangat la pepatah tu kan...Kalau tak gaduh lansung pun tak best juga...rumahtangga tak ada serinya.

Kami dulu pun rajin bergaduh, terutama masa aku dok kat KL dan suami aku pula masa tu kat Penang. Alahai setiap hari Rabu mesti kami akan gaduh true phone. Kadang2 tu hal remeh pun jd isu perbalahan kami. Aduhai penat Chek oiii...dah la tu habis kredit dok top up sebab gaduh huhuhu...membazir betuiiii :(

Yang kelakar tu sampai sekarang suami ku akan alergic dengan hari Rabu hahahahaha...lawak la cik abang aku ni. Sampaikan dekat hari pun dia takut. So apa yg akan dia buat, setiap hari Rabu dia akan masak, konon nak elak tak mau bagi aku naik angin la hehehehe...

Tapi sebaliknya la pula, bila dah tinggal sebumbung ni, ada tambahan hari, selain Rabu hari Jumaat pun kami akan gaduh hehehehe...so apa suami aku buat, setiap petang hari Jumaat dia akan ajar aku jalan2...shopping so aku tak cari la pasal dengan dia hahahaha...bijak kan cik abang aku hahahahaha....

Tapi hakikatnya aku akui dengan fakta tersebut. Bila terjadinya pergaduhan, kita semakin mengenali pasangan kita dan kasih sayang semakin erat. Contohnya, dalam kes kami ni, aku ni memang kuat merajuk maklum la anak tunggal manja terlebih, cik abang aku pun manja juga orangnya, tp cik abang aku ni lebih banyak bersabar berbanding aku. Aku ni nak org pujuk aku jer hehehehe...ini lah hasil didikan manja arwah mama dulu.

Tapi sekarang ni aku banyak mengalah, mengalah dari segi masa dan situasi. Kalau dulu aku tak kira tempat dan masa, kalau aku rasa tak puas hati kat situ juga aku hentam huhuhu...how bad habit...:(

Tapi sekarang ni aku semakin matang, aku banyak menggunakan bahasa tubuh untuk menunjukkan perasaan protes, selalunya aku akan berdiam. So hubby akan faham yang aku tak suka dengan sesuatu...so dia akan mula bertanya atau pun dia akan buka topik yg aku suka untuk berbincang...selalunya topik yg akan di bicara kan tentang anak2 buluss kami la hehehehe...bila tanya jer hal anak2 buluss...apa lagi titik keceriaan aku pun terpancar hehehehe...secara tak lansung segala ketidakpuasan hati akan lebur dengan sendirinya.

So bagi pendapat peribadi aku, boleh kalau nak bergaduh tapi berpada-pada lah...aku dah pernah bergaduh teruk...dah terlalu penat...so now biarlah kami gaduh dalam sepi hehehe...mana yg sikit2 tu buat2 tak nampak jer la...kalau nak tegur pun biar lah berhemah dan tidak menjatuhkan maruah pasangan..."TERIMALAH KELEMAHAN PASANGAN DENGAN HATI YANG IKHLAS...KERANA PASANGAN KITA JUGA MANUSIA BIASA...TIADA YANG SEMPURNA..."

Tuesday, April 23, 2013

BABY

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Comel tak baby kat atas tu...??? comel sangat2 kan korang...hish geram sungguh aku tengok rasa macam nak peluk tak nak lepas hehehehe...Subhanallah...itu la perasaan yang sering menggangu aku selama ni. Tapi nak buat macam mana kan semuanya datang dari Allah, sebagai umatnya aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal...Moga satu hari nanti my sweet day will come towards In Sha Allah...

Pagi tadi masa aku tengah mop lantai tiba aku tercium bau baby yg sangat kuat...macam bau baby baru lepas mandi tu, siap berbedak dan siap letak minyak yuyi cap limau lagi hehehehe...sweet kan bau tu hehehe...aku pun apa lagi tercari-cari la mana datangnya bau tu...mungkin datang dari rumah jiran yg selang 3 pintu dari rumah aku, bukan apa kakak tu ada baby kecik, may be la dia baru lepas mandikan baby dia ker...

So aku pun keluar la dari rumah, tercari-cari mana datangnya bau tadi..memang tak ada. So aku pun masuk semula ke dalam rumah, and sekali lagi bau tu datang menyucuk ke hidung. Memang kuat la bau tu....Tapi tak lama sekejap jer datangnya..lepas tu hilang...

Tersenyum aku seketika dengan kayu mop masih di tangan terduduk aku di sofa. Allah telah meminjamkan bau ahli Syurga buat ku seketika Alhamdulillah...Aku bersyukur kerana Allah mahu aku terbau baby yg memang aku idamkan selama ni. Alhamdulillah...itu sajalah ayat yg terpancul dari bibir ku. Aku bersyukur sangat2....Subhanallah...

Siapa yang tak nak baby kan...semuanya nak baby bila lepas berkahwin. Selaian memanjangkan keturunan ia juga pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Namun aku bersyukur kerana mempunyai suami yg tidak mendesak. Suami ku ni jenis cool aku yg mendesak selama ni hehehe...maklum la aku ni tak berapa nak sabar hahahaha...

Sebenar-benarnya di sudut hati ku yang paling dalam ni terselit satu keinginan yg sukar untuk aku lafazkan. Aku memang sangat2 teringin nak tengok wajah suami aku tersenyum gembira tatkala mendapat tahu yang diri aku ni mengadung...tp ianya masih belum terjadi...Allahuakbar...

Aku juga kadangkala teringin nak rasa betapa gembiranya bila dapat melihat kali pertama wajah anak kami yg baru dilahirkan dari rahim ku sendiri, dan aku tak sabar nak tengok macam mana wajah suami ku mengazan atau iqamatkan baby kami nanti...Subhanallah...betapa tingginya keinginan ku ini...Mungkin terlalu tinggi impian aku ini hinggakan Allah sukar nak mengkabulkan...Allahuakbar....Ampunkan aku Ya Allah...

Namun di dalam hati aku ni tersimpan satu kenyakinan yang amat tinggi bahawa satu hari nanti kami bakal menimang cahaya cinta kami sendiri...Itu lah yang selalu suami aku sebut..."In Sha Allah sayang, one day kita mesti dapat baby kita sendiri..." ayat tu tak pernah lekang dari bibir suami ku dan ia sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk aku terus berusaha dan berdoa...

Allah tak akan sesekali menghampakan permintaan hamba Nya... cuma sekarang ni aku ingin sekali tingkatkan keimanan ku dan takwa ku pada Yang Maha SATU...kerana bila dekat dengan Nya ketenangan itu dapat dinikmati selamanya...AMMIIN....

Monday, April 22, 2013

KU PILIH PERSAHABATAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Sekarang ni sana sini semua cerita tentang parti A lawan parti B, sana sini juga cerita tentang kisah politik, masing2 nak menang dan tunjuk hebat. Penuh FB aku dengan cerita macam tu, sampai kan rasa semak mata dibuatnya. Bukan aku menolak politik, aku tetap mengikuti perkembangan politik, tapi memadai lah untuk pengetahuan aku sendiri dan bukan untuk di hebahkan.

Cukuplah suami ku saja yang aktif dalam bidang ni, aku tak payah la nak tunjuk hebat, lagi pun itu bukan jiwa aku. Jiwa ku tersangat halus dan tak boleh di ceritakan pada orang. Dari aku kawan dengan suami sampai la bercinta dan kini dah 7 tahun berkahwin itu la minat dan impian dia...so sebagai isteri aku tetap menyokong apa yg dibuatnya olehnya, tapi dalam masa yang sama aku perhatikan juga, kalau tersangat menyimpang dari landasan agama tak mau la sokong hehehe....

Apa yg aku perhatikan kini, kawan baik pun sanggup putus kawan disebabkan politik. Itu memang tak sihat dari sudut pandangan aku. Secara peribadinya benda2 macam ni tak menunjukkan kematangan. Cubalah menjadi manusia yang matang, berkempen secara sihat dan tidak memijak parti lawan. Ini tak si dia fitnah si dia, si polan kata kat si polan...AHH!!! membosankan...!!!! Sebab tu aku kata benda ni semua bukan pilihan JIWA aku.

Baru2 ni masa aku ikut suami melawat orang sakit kat Hospital Kepala Batas, suami si sakit bagi tahu yg dia nak cadangkan aku untuk pegang satu jawatan bagi mewakili salah satu parti, Allahuakbar...tak nak lah aku...kalau korang cadangkan aku bukan kelas tuisyen ker atau kelas tadika ker nak la hehehehe....itu memang minat dan impian aku hehehehe...

Katanya lagi dalam tempoh 4 tahun kalau aku aktif sure aku boleh naik, suami aku memandang aku dengan wajah yg bermacam pertanyaan. Aku tahu dia pun tak suka aku berkecimpung dalam bidang macam ni, dia lebih kenal aku siapa selain arwah mama...suami aku tahu jiwa aku macam mana penuh dengan malankolik dan romantik wah!! ayat jiwang hahahahaha....

Aku juga ada sahabat baik dari zaman UiTM lagi, aku tahu dia dan familinya menyokong salah satu parti yg terkemuka di Malaysia dan dia juga tahu kami sekeluarga memilih parti apa...hehehehe...tp yg bestnya kami tak pernah berbicara soal politik bila berjumpa atau berchating. Sepanjang persahabatan kami belum pernah lagi topik perbincangan kami tentang isu politik. Alhamdulillah sehingga kini persahabatan kami masih kukuh dan jitu hehehehe....

So, di sini aku cuma nak bagi tahu tak payah la nak berkempen dekat aku, aku lebih suka dengan cara MISTERI ku. Lagi pun UNDI kita kan RAHSIA...my hubby pun tak tahu i pangkah sapa ok!!!! hehehehe...so tak payah la nak heboh satu dunia nak tunjuk hebat...tiada yg lebih hebat melainkan Allah SWT....

Cukup2 la aku pun dah penat tengok betapa bzznya my hubby tiap2 malam berkempen sana sini. Tapi aku tak kisah pun sebab itu memang kerja dan minat dia...sebagai isteri aku tetap menyokong apa yg suami aku buat janji tak buat perkara yg tak elok sudah...dari dia dok melepak kat dangdut dengan perempuan2 murahan lebih baik dia berkempen macam ni kan...

Apa pun prinsip aku tetap satu PERSAHABATAN lebih utama dari segalanya...PEACE NO WAR :D

Sunday, April 21, 2013

PERKONGSIAN ILMU

nasi lemak homemade
Assalamualaikum...

Pagi ni bangun jer dari tidur terus tekak rasa teringin nak makan nasi lemak, maklum la dah lama benar aku tak masak nasi lemak untuk sarapan. Bukan apanya sejak diet ni memang jarang amik makanan berunsur nasi sebagai sarapan. Tapi hari ni Chek langgar pantang la hehehehe....tak pa2 esok Chek diet semula yer.

Bila berdiet ni bukan kita tak boleh makan nasi lansung, tapi kena la amik dalam kuantiti yg kecil. Kadang2 tu kena la kita reward kat diri kita kerana kejayaan yang kita perolehi dari DISIPLIN dan SEMANGAT JITU yang kuat untuk menahan nafsu makan hehehehe....

Seminggu lepas memang aku tak diet pun, maklum la dengan sakit TONSIL nya so aku memerlukan makanan untuk amik ubat, so In Sha Allah minggu depan kena la diet semula. Mohon Allah permudahkan urusan ku untuk menjaga kesihatan diri Ammiin...

Ok kalau tengok pada tajuk besar aku tu tentang perkongsian ilmu. So aku nak juga la share something important untuk kita jadikan panduan dan amalan seharian... Ok kita mula dengan kelebihan Surah Al-Fatihah...

surah al-fatihah
MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA


Semoga kita semua dapat mengamalkan bersama yer...benda yang baik elok dikongsi bersama kan...pada yang dah tahu tu jadikan ia sebagai halwa mata ok...:)

Yang kedua aku nak berkongsi tentang kesihatan wanita, actually panduan ni aku khaskan untuk aku, maklum lah aku ni kan belum pernah merasa nikmat mengandung atau melahirkan anak. So panduan ni memang sesuai untuk aku bagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu...Semoga Allah akan merestui keinginan ku ini kelak In Sha Allah...jom kita tengok bersama apakah perkongsianya...

gambar sekadar hiasan
 
MENGAPA RAHIM AKAN MENJADI SEJUK?

Terdapat ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang sejuk mempengaruhi badan mereka. Ini memberi kesan kepada akil baligh, haid, dan kadang-kadang akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Sebagai contoh:

1) Duduk di atas lantai sejuk terlalu kerap (lantai terutama basah). Kesejukan yang datang melalui bawah ke abdomen. Ia adalah lebih mudah untuk abdomen terjejas oleh kesejukan dalam tempoh haid atau apabila seseorang itu letih

2) Sesetengah wanita memakai pakaian yang tidak menutup pusat dan pinggang di belakang, memakai selipar dan seluar pendek tidak kira apa cuaca seperti angin, sejuk dan lembap. Menurut Perubatan Tradisional Cina, saluran yang terletak di bahagian dalam kaki dan betis akhirnya akan membawa kepada kawasan abdomen dan menyebabkan kesukaran mengandung

3) Berenang semasa haid. Badan menjadi sensitif, perubahan sistem endokrin dan serviks akan terbuka dalam tempoh haid. Seseorang mudah mendapat selesema pada masa ini. Apabila wanita berenang pada masa ini, kesejukan akan masuk ke dalam rahim secara langsung atau tidak langsung

4) Sejuk dari hujan

5) Minuman sejuk terlalu banyak. Ini bukan sahaja tidak baik untuk tenaga perut, ia juga menyebabkan rahim sejuk. Begitu juga dengan ais krim dan makanan beku dari peti sejuk. Pengumpulan sejuk dalam rahim akan menyebabkan dysmenorrhoea, tempoh haid yang tidak teratur dan ia boleh membawa kepada kesukaran mengandung.


Ok lah thats all for today...semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat kita semua yer...

Salam sayang dari ku ADIOS!!! :)

Saturday, April 20, 2013

KASUT

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni saja jer nak bersantai cerita tentang kasut boleh macam tu hehehehehe...Bukan apa aku terbekenan la pula dengan kasut kaler pink ni...lawa tu...yg paling aku suka kat bahagian belakang tu..dah macam taman bunga la pula hehehe...berkepuk-kepuk bunga rosnya hehehehe....

Actually aku ni tak suka pun pakai kasut bertumit tinggi lagu ni, bukan apa kaki mudah sakit dan berasa lenguh. Lagipun dah tua2 ni mula la sakit pinggang semua hehehehehe....tua la sangat Uoollsss!!! :P

Seingat aku la kan, aku pakai kasut bertumit tinggi ni masa aku jadi pengantin dulu la dan itu la kali pertama dan kali terakhir aku pakai kasut tinggi hehehehe...Arwah mama yg belikan, satu kaler putih, yg tu mama kata pakai dengan gaun hehehe...wah siap ada gaun pengantin lagi, satu lagi kaler biru, itu pula pakai waktu majlis bertandang ke rumah mertua hehehe...maklum la tema biru tu hehehehe, lagi satu kaler hitam siap ada manik2 koran lagi hehehe...itu boleh guna di mana2 hehehehe...tp yg pastinya semua tu mama beli masa cheap sale jualan murah dan kebetulan kedai kasut tu dah nak tutup kira macam clerance stock gitu...semuanya dapat 50% discount hehehehe...jimat mak!!! :P

Lagi pun kalau ikutkan kesihatan pakai kasut tinggi ni tak elok kan...ada banyak kemudaratannya. Antara keburukkannya ialah :-

Penggunaan kasut tumit tinggi memberi impak negatif kepada kaki dan belakang. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat, seorang wanita yang menggunakan kasut tumit tinggi sekurang-kurangnya 3cm akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26%. Malahan, boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki dan juga menyebabkan kesakitan pada punggung.

 Selain itu, risiko kasut tumit tinggi juga adalah:


  • Punca rambut gugur
  • Kasu tumit berukuran 12.7cm boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit.

gambar sekadar hiasan

Ok la ini lah kasut yang menjadi pujaan hati ku hehehehe...aku suka sungguh dengan kasut jenis macam ni, lebih selesa dan comel hehehehe...tapi kalernya mesti la hitam, kalau boleh kena ada bunga sekuntum atau riben pun jadilah hehehehe...sah2!! memang kalah kanak2 ribena hehehehe....

Aku suka kasut macam ni sebab salah satunya sangat selesa dan memudahkan pergerakkan aku ni. Maklum la aku ni jalan dah la terkedek-kedek hehehe..kalau pakai kasut tinggi dah macam itik pulang petang pula jadinya hehehehe...

So conclusionnya ini lah aku, simple mimple tapi kemas hehehe...kekemasan tu penting yer...and yang paling utama tak der unsur2 tabaruj ok...In Sha Allah...:)

Thursday, April 18, 2013

BE YOURSELF

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Hari ni aku rasa semakin sihat Alhamdulillah, setelah hampir seminggu menangung azab akibat serangan tonsil. Aduhai memang satu pengalaman yang memeritkan. Dengan suami outstation, dengan sakit yg aku tanggung alahai memang mengajar aku erti sebuah ketabahan yang sangat bermakna. Pengalaman2 macam ni la yang sering membuatkan diri aku semakin matang seiring dengan usia yg menjangkau :)

Hari ni aku nak bebel tentang "Menjadi Diri Sendiri" atau in english we called it "Be Yourself". Kenapa aku nak cakap hal ni, sebabnya hanya satu sebagai manusia siapa yg tak nak cantik kan, tapi kadangkala kencantikkan di mata kita tu membawa dosa yang amat besar untuk si pemakai.

Maaf la, bukan aku nak kata orang yg melawa cantik tu berdosa..TIDAK sesekali sebenarnya. Menutup aurat tu WAJIB untuk semua wanita muslim yang akil balighnya. Tetapi apa yang aku tengok sekarang ni rata-rata wanita muslimah dah pandai berfesyen. Tak salah pun kalau ikut trend janji menutup aurat. Namun di sebaliknya aku ternampak akan erti TABARUJ dalam pemakaian mereka.

Aku bukan la ulamak yang hebat untuk bercakap benda2 macam ni, tapi di sudut pandangan mata aku sendiri, aku pun kurang selesa dengan benda2 macam ni sebenarnya. Bagi ku "Less is More..." itu dah memadai.

Itu dari sudut berfesyen, ada juga yg suka benda berjenama, tak salah pun kalau nak beli handbag RM500.00, RM1000.00 tapi biarlah bertempat dan mengukur baju di badan sendiri. Ini beg yg mahal digunakan untuk datang ke tempat kerja, sedangkan kerja kita tu tak memerlukan penggunaan beg macam tu. Peringatan untuk aku juga ni..Subhanallah....

Kononnya bila guna benda berjenama ni untuk jaga status dan tak kurang yg nak menunjuk dan juga melawan. Kalau si A pakai beg berharga RM500.00 si B pun kasi up terus handbag jd harga RM 700.00. Masing2 tak mau kalau...Aduhaiiiii....sedihnya....

Kalau dari sudut make up pula, pun ada juga yg nak melawan. Kalau Si A pakai make up jenama REVLON si B pun apa lagi nak melawan la..." Bibir aku ni tak boleh pakai la lipstik murah cepat merekah, tu yg kena pakai jenama Maybelline..." yg lawaknya sebutan pun tak berapa nak betul hehehehehe...perempuan...perempuan...!!!

Esok nya apa lagi masing2 datang office dengan bibir yg dah terjuih kemerahan dah macam bijik saga kalernya hehehehe....

So dari apa yg aku lihat di sekeliling ku, selagi kita bernama manusia kita pasti akan cuba menjadi diri orang lain dan kadangkala kita sendiri tak kenal siapa diri kita. Muhasabah lah diri kita, cari kekurangan dan perbaikinya bukan cari kelebihan untuk di show off kan...Subhanallah...

Sekadar renungan buat diri ku sendiri....BE MYSELF :)

Tuesday, April 16, 2013

BENGKAK TONSIL

ubat-ubat ku
Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari ketiga aku di serang tonsil. Subhanallah azabnya memang tak boleh nak cakap, sakit sungguh...nak telan air liur pun menitis air mata.

Kalau ikutkan aku dah rasa tak sedap badan pada petang hari Sabtu lagi, tapi aku ingat mungkin aku nak demam biasa jer. Lagipun waktu tu tekak aku tak berapa sakit sangat. Tapi bila malamnya aku dah rasa seram sejuk satu badan. Aku just telan panadol, ingat esok pagi ok la kut. Tapi tidak sebaliknya makin panas badan ni.

Tapi tu la kan aku ni jenis manusia yg tak "bela penyakit" bak kata orang utara, tak der bagi muka la kat penyakit aku ni. Dalam sakit2 ni aku boleh lagi basuh baju suami, mop lantai dan bagi anak2 buluss aku makan. So suami aku pun macam tak percaya la yang aku ni sakit tonsil. Kebetulan pula hari Ahad lepas dia ajak aku balik kampung aku. Apalagi hilang sakit tu sekejap...hehehe bukan la hilang tapi lupa la sekejap kesakitan yang ditanggung. Siapa tak seronok balik rumah kampung sendiri kan.

Petang Ahad tu macam biasa la suami ku memang sibuk dengan Pilihanraya yang akan datang ni, so dia keluar awal, aku pula dok rumah macam biasa la. Bila samapi jer malam aku dah mula menggeletar satu badan, nampaknya demam aku agak tinggi ni. meraung aku sorang2 kat rumah,macam2 aku merepek. Lepas telan panadol aku selimut dan terus tidur.

Esoknya hari Isnin kebetulan suami aku kena outstation ke Langkawi, alahai nak kena tinggal la aku ni huhuhu...tapi dia minta pergi lambat sebab nak bawa aku ke klinik dulu. So lepas aku buat kerja2 rumah dan bagi anak2 buluss makan kami pun ke Klnik 1 Malaysia. Aku hanya di beri panadol,ubat kahak dan juga ubat kumur, MA kat situ kata kalau boleh minta aku ke farmasi yang berdekatan untuk amik ubat antibiotik.

Mujur la farmasi kat rumah aku ni kenal dengan aku dan suami, so dia mahu menjual ubat antibiotik tersebut, bukan apa antibiotik ni ubat terkawal, takut salah guna pula kan. Sekali la di beri aku ubat surut bengkak dan sakit keronkong. Tapi sampai ke hari ini, kesakitan tu masih ada dan bengkak tu still membengkak.

So aku tengok la beberapa petua yg pernah aku buat dan kawan2 aku bagi. Salah satunya amik limau kasturi dan campurkan dengan madu. Waktu2 macam ni la madu pula habis dan limau pula tak der dalam stok simpanan.

Tadi aku keluar la kejap ke kedai berdekatan untuk beli limau dan madu, boleh pula tak jual dan limau pula habis. Cubaan betul ni. Tak per la esok aku akan ke sekolah, boleh la aku singgah kat Farmasi Han's di Kepala Batas.

Bila sakit2 macam ni mula la teringat kat arwah mama, dia akan masak bubur untuk aku. Semua kerja rumah dia akan buat, aku pula berehat jer. Dari aku kecik sampai la dah kawin mama sentiasa jaga aku. Bila mama dah tak ada dan kebetulan pula aku selalu jatuh sakit waktu suami outstation lagi la buat hati kecik aku ni bertambah sayu.

Aku tahu sakit ni penghapus dosa2 kecil. Sakit ini juga Kaffarah buat ku. Aku harap ini sebagai satu peringatan untuk aku jaga percakapan ku di masa akan datang. Kerana mulut badan binasa. Memang semenjak dua menjak ni aku berhati-hati dalam berkata-kata, tapi mungkin ada yg terlepas pandang. Biasa la kan aku ni manusia yg jahil sering melakukan kesilapan.

Moga Allah ampunkan dosa2 ku ini...Namun di sudut hati kecil ku, aku bersykur dalam sakit2 macam ni segala tanggungjawab dan amanah yg diberikan untuk ku dapat aku laksanakan walaupun belum tentu kesempurnaanya...

Subhanallah.....

Tuesday, April 9, 2013

PENULISAN

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak celoteh tentang penulisan. Actually aku memang minat menulis. Dari zaman kanak-kanak lagi aku suka mereka cerita yang bukan-bukan. Hehehehe....aku selalu berada di alam aku sendiri, dah macam ala "lala land"... by the way mungkin itu salah satu tabiat anak tunggal macam aku.

Semalam aku ada type kat profile tentang kebolehan dan kelebihan anggota keluarga sebelah arwah mama ku. Maklum la aku ni kenal famili sebelah mama jer, sebelah ayah uolss jangan tanya la yer memang aku tak tahu lansung.

Boleh dikatakan all my famili members memang terer la bab2 kraftangan ni. Aku pula keras tangan hehehehe...Bermula dengan arwah tok aku...Tok Milah namanya she the good tailor in kampung tau hehehe...arwah ni main jengkal-jengkal jer untuk ukur dalam buat baju ni. Aku ni jangan mimpi la bukan kata jengkal guna pembaris pun tak reti huhuhu...Tapi sayang tak der sorang pun anak arwah yang turun akan kelebihan ini.

Arwah mama pula terer bab2 masak memasak ni, kalau ada kenduri kawin kat kampung tu, lauk2 pengantin dia la buat, yang paling aku suka masak udang bersambal pergh!! memang marvelous uollss!!! Selain tu arwah mama juga terer bab mengait baju guna benang bulu kambing ni. Dulu zaman aku baby selalu la aku jd model mama, hehehehe...macam2 kaler tu mama kaitkan baju untuk aku. Sebelum jatuh sakit mama beli benang banyak sangat kaler hitam, aku tanya kenapa beli bayank sangat ni, she said that she want to make long skirt untuk aku...Tapi nak buat macam mana tak kesampaian. Aku tak pandai pun bab2 kait mengait ni, kait buah kat pokok pun FAIL hahahaha...

And then goes to my uncle Pak Long atau aku lebih senang called him Bapak. Bapak ni terer bab tukang menukang, kalau bab nak make over rumah he will do it, lega tak payah nak upah tukang rumah Indon. Tapi masa aku nak kawin dulu terpaksa la amik juga tukang Indon, maklum lah Bapak tak berapa nak sihat. Bapak banyak kali buat sampan and now dia jadi nelayan pula tau lepas pencen. So tak der la boring dok rumah kan. Kat halaman rumah selalunya orang akan parking kereta tapi rumah kampung aku kita orang parking sampan hehehehe...and lagi satu kebolehan bapak yang aku ingat, dia pandai buat pasu gantung dengan penyepit baju kayu. Memang marvelous kan :)

Pak Teh pula terer masak. Lepas pencen dia amik tender kantin kat salah sebuah kilang di Nibung Tebal. Memang sedap masakan Pak Teh, kira Pak Teh ni macam arwah mama, terer bab masak memasak ni. Satu lagi kebolehan Pak Teh, he loves drawing. Memang nampak real lukisan Pak Teh. Yang bestnya kalau pergi rumah Pak Teh sure dinding rumah dia akan ada lukisan, macam2 kaler pula tu hehehehe....Yang terkini Pak Teh suka VESPA, ala motor vespa tu, Dia juga terer baiki vespa. Pendek kata apa yang Pak Teh buat memang menjadi la.

Mak Cik aku yg kerja nurse tu pun ada kepandaian nya tersendiri, dia pandai jahit sulam and dan dia jual hasil kerja dia tu. Lagi satu dia terer buat kuah rojak dengan maruku. Kalau time raya ber tin-tin maruku dia jual tau. Pendek kata memang terbaik!!...Sekarang ni dia dah pencen, baru seminggu hehehhe...so dia buka kelas sulam kat dewan kampung aku tu. So para surirumah pi la belajaq dengan dia hehehe...hebat kan famili ku.

Mak Yah pula dulu pandai kait baju sejuk guna dua jarum. Memang cantik, aku pun ada dua helai hehehehe..selain tu dia pandai kait topi baby hehehe...Yang terkini dia sekarang pandai buat kotak tisu atau pun tempat letak telur dengan menggunakan manik. Memang cantik, macam2 bentuk dan saiz. Tapi satu jer dia ni, dia tak macam mak cik, dia tak nak menjual, dia buat lepas tu sedekah kat orang. Aku selalu kata minta dia jual. Bukan apa harga manik tu pun mahal tau uolss...harap2 lepas ni Mak Yah dengar la cakap aku ni :)

Pak Su atau aku panggil Acu Jan pula dia ni terer bab2 kraftangan. Dia boleh buat bunga dengan menggunakan straw, selain tu guna riben. Kalau time raya dia akan buat ketupat dengan riben. Ada satu ketika dia buat key chain dengan menggunakan riben. Itu pun sorang lagi, bukan nak guna kepandaian tu untuk make money...alahai Acu Jan ku sayang...

So 6 beradik ada 6 kepandaian. Aku pula tak pandai dalam hal2 macam tu. Semalam bila aku letak status macam tu ramai yg komen kata aku ni pandai menyanyi hahahahaha...iyer ker??? dah macam katak panggil hujan adalah hehehehe...

Tapi ramai yang kata aku pandai menulis...Ermm...Alhamdulillah kalau ianya betul. Aku harap dengan komen kawan2 di FB aku mampu menjadi penulis satu hari nanti In Sha Allah...Harap2 one day my dream will come true AMMIIN....

So kawan2 doakan semoga aku berjaya yer...CAIYOK!!

Sunday, April 7, 2013

TANGAN YANG MEMBERI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak bersua di blog yang cute ni...hehehehe...pearasan pulak aku ni kan...sowi hehehehe...

Hari aku just nak share something. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Memang ianya satu perbuatan yang baik, tapi kalau mulut pula mengungkit ianya akan menjadi tidak baik, malah akan jatuh riak dan tidak ikhlas.

Aku ingin menjadi seseorang yang mempunyai ciri-ciri tangan yang memberi. Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu pemberian aku tu di ketahui orang. Bukan apa nanti akan timbul fitnah di kemudian hari.

Aku selalu berangan nak jadi orang kaya, tapi bila aku berada dalam kelompok orang kaya, perasaan aku mula akan menjadi takut dan kurang selesa. Aku tak dapat merasai keseronokkan tersebut.

Maka baru aku sedar aku sebenarnya bukan mahu menjadi kaya, tetapi aku mahu menjadi seseorang yang mampu memberi kepada mereka yang memerlukan.

Niat aku hanya satu ingin menjadi manusia yang terbaik, aku tahu aku tak sempurna, serba serbi hidup dalam kekurangan. Tapi aku tetap berusaha untuk menjadi diri ku sendiri. Apa yang aku rasa aku nak buat akan aku laksanakan. Walaupun kadangkala keinginan aku tu tak nampak relevantnya.

Yang terbaru impian aku adalah untuk menjalankan perniagaan secara on line. Tapi bila diikutkan, aku bukan la nak jd kaya, tp niat utama aku nak bantu adik2 ipar ku menjana pendapatan sampingan mereka. Aku suka sangat SHARE something yang aku ada dengan mereka yang aku kasihi.

Dari dulu lagi aku selalu di buli dengan sikap perihatin aku ni. Walaupun ada sesetengah org menyatakan bahawa itu adalah KELEMAHAN ku, tapi bagi ku itu lah KELEBIHAN aku. Aku tak kisah kalau aku kena tipu atau dipermainkan, as long aku belajar dari kesilapan dan terus bangkit membina sebuah kenyakinan.

Doa ku kini hanya satu, semoga tangan aku ini tak henti memberi dan ianya dapat diteruskan hingga ke hujung nafas ku yang terakhir...In Sha Allah....