roti nan tandori |
beriyani kambing claypot |
Hari ni masih juga bab makan. Alahai memang dah datang dah semangat makan aku ni. Tak henti2 asyik exsposed citer makan. Harap2 korang jangan la muntah hijo pula tengok gambar2 makanan ni yer...just untuk menyeri blog aku yg semakin kusam ni.
Hari ni aku dari pagi sibuk dengan kursus kat Penang. So balik rumah dah pukul 5.30 petang. Lepas tu Cik Abang ajak keluar, katanya nak tukar duit. Maklum la esok Hubby nak ke Vietnam. Alahai kena tinggal lagi la aku nampaknya. And yg sedihnya hari Selasa baru balik lama tu huhuhu....
Maka dengan itu hari Isnin dan juga Selasa kena la aku naik bas untuk ke sekolah pagi2...Aduhai...lunyai juga la :-(
Tapi nak buat macam mana dah memang keja dia macam tu...redha jer la. So berbalik pada citer petang tadi. So lepas dah tukar dari Ringgit Malaysia ke Dong Vietnam, perut pun nyanyi la lagu dondang sayang. Apa lagi singgah la kat Kapitan kena dulu apa yg patut.
Cik Abang pilih nasi beriyani kambing claypot...aku pula setia dengan tandoori. Memang sedap, layan habis la. So jom la korang kita menjamu selera ok ADIOS!!
2 comments:
my alltime favourite!!1arggghhh...laparnyeee.....0____0
jom la makan :-)
Post a Comment