Wednesday, March 28, 2012

SELAMAT JALAN KECHIK KU

kechik dalam kenangan
Assalamualaikum...

Tanggal 22 Mac yg lepas, aku kehilangan seekor kucing yg kami berdua kasihi. Kechik nama di beri. Kucing ni baka dari kampung suami ku. Kechik ni memang kucing kesayangan suami ku. Dari kecik lagi suami ku menjaga Kechik hingga la sekarang.

Menurut suami ku, Kechik dilahirkan pada tahun 2003, masa tu aku dan suami baru jer berkenalan. Kini usia perkahwinan kami pun dah masuk 6 thn. So kira Kechik ni memang veteran betul la.

Kali ni Kechik betul2 jatuh sakit, kalau tidak Kechik selalu demam biasa2 jer. Kali ni memang sangat teruk. Tiba2 mulut nya bengkak dan bernanah. Dan yg sedih bila pecah bau busuk sangat2. Sian kat Kechik. Tapi aku tak pernah lupa untuk lap Kechik, belai dia memang kalau ikutkan bau busuk sangat kat dia.

Aku ni pelik sikit, dulu aku memang tak boleh dengan muntah ker atau benda2 kotor. Tapi lepas aku jaga mama yg sakit dulu, sekarang aku dah boleh terima semua tu dengan rasa tenang. Alhamdulillah satu peningkatan yg baik buat diri ku.

So pada pagi Kechik sebelum meninggal, aku duduk di sebelah Kechik aku belai dia, aku kata "Kechik terima kasih sebab sudi jaga abang Im masa kak Ct dok KL dulu, Kechik nanti jumpa Tok Mama kat syurga tau...kak Ct ngan abang Im sayang sangat kat Kechik"...sambil aku belai kepala dia...dalam tenat dan lemah Kechik buka mata pandang aku sambil bunyi "meoww...." lemah sangat2 bunyinya...

So masa aku kat sekolah lebih kurang jam 12.00 tengah hari suami call kata Kechik dah mati jam 10.00 masa suami balik amik barang kat rumah dan jasad Kechik di semadikan di kampung suami ku...di Tasek Gelugor.

Walaupun Kechik hanya la seekor kucing tapi bagi ku Kechik adalah a part of my famili and my life..."Rest In Peace Kechik ku ...."

Monday, March 26, 2012

MENU JUMAAT LEPAS

nasi ayam penyet

nasi lemak special
Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas kami singgah kat Sunway Carnival, saje jer cuci mata sambil cuci duit sekali hahahaha...Bukan apa aku ni teringin nak bershopping, tapi yg kelakarnya bukan aku yg bershooping pun, cik abang aku yg beria2 nyopping...adoiii penat mak ikut buntut laki mak tu hehehe....

So bila dah penat kita stop jap aktiviti nyopping tu kita makan la dulu. Pilih punya pilih alih2 layan kat Food Carnival jer la. Cik Abang I pilih nasi ayam penyet...alahai sian pula ayam tu terpenyet hehehe...aku pula nasi lemak special, tapi memang marvelous la rasanya. Nampaknya boleh la pi pekena lagi hehehe...:-)

Tapi kan masa kami dok menjamu selera ada la satu citer yg terjadi. Tokey kedai nasi ayam penyek ni tiba2 tanya kenapa kami amik gambar makanan dia tu, so hubby jawap la nak masuk dalam FB. Tiba2 terus dia keluarkan pamphlet pasal business on line apa tah. Adoii terbantut juga la selera kami ni huhuhuhu...

Bukan apa kami ni tak berapa nak minat soal MLM ni...Adoii nak buat macam mana, nasi pun banyak lagi dalam pinggan so layan jer la telinga ni...

Tapi apa pun aku rasa bangga la juga sebab ada juga orang melayu yg rajin berusaha, apa pun untuk kakak tu aku dan suami doakan semoga korang suami isteri sukses :-)

Adios!!

Monday, March 19, 2012

PASEMBOQ

rojak a.k.a pasembur
Assalamualaikum...

Hari ni saja jer nak celoteh sambil tu up date menu for tonight...menu tengah hari tak der la pula sebab makan kat sekolah tadi...tak der maknanya nak snap gambar kat menu kat sekolah, nanti apa pula kata cikgu2 kat situ...buang tebiat ker minah sekor ni hehehehe...nak makan amik gambar...biul ker apa hahahaha...:-)

So hari ni aku kena pergi sekolah sendiri...without my Mr.Hubby...so kena la keluar awal. Jam 6 aku dah mula jalan keluar dari kawasan perumahan ku. Alhamdulillah aku tak der la rasa takut. Walaupun suasana masa gulap gulito wooo!! :-)

Aku tak takut sebab ada pekerja2 Vietnam yg sedang tunggu bas kat tingkat bawah appartment aku ni, aku tak takut sebab ada sorang uncle yg berketurunan india akan bawa keluar anjing nya keluar gi 'membuang' hehehe, aku tak takut sebab ada 3 orang uncle cina yg akan berjogging...pendek kata jam 6 pagi tu memang dah ramai orang kat kawasan perumahan ku ni. Tapi orang melayu jer yg belum bangun Opsss!!! sensitif lol hehehehe....mereka semua masih di buai mimpi...:-)

Tapi satu jer yg aku ralat, aku tak boleh nak solat Subuh lagi...So bila aku sampai kat sekolah first thing yg aku buat ialah tunaikan kewajiban ku sebagai umatNya di dalam kelas. Lepas tu baru la aku mulakan kerja2 ku yg lain.

Kalau aku solat dulu sebelum keluar rumah memang tak sempat, silap2 aku sampai sekolah jam 8 pagi. So walaupun kerja aku ni "sangkut menyangkut" jer tapi aku mesti jaga dengan baik, sebab itu la amanah untuk aku tunaikan. Semoga Allah merahmati diri ku amin....

So berbalik dengan tajuk citer aku ni, tu dia gambar PASEMBOQ tu hehehehe...kalau kat KL dulu aku sebut ROJAK la. Tapi kadang2 tu terkeluar juga loghat Penang aku ni hehehehe...tapi kan mertua aku kata aku ni cakap Penang macam tak kena la...mungkin sebab aku ni duduk sebelah pulau dulu..lepas tu dok Shah Alam, lepas tu pi KL pula huhuhu....so cara percakapan kami agak lain sikit berbanding dengan org Penang sebelah Seberang Perai. Kadang2 suami aku sebut apa pun aku tak faham...jenuh dia dok gelak ahaksss....:-)

So tadi masa balik sekolah nampak ada orang jual, beli jer la. Lagi pun memang dah teringin nak makan plus malas masak. So Pasemboq in the house la malam ni :-)

Tapi sebenarnya aku teringat kan arwah mama, sebab mama suka sangat makan pasembur ni. Feveret arwah ni. Teringat aku masa duduk KL dulu. Mama pesankan aku pamsebur masa aku turun Pekan Bandar Tun Razak Cheras. So aku pun belikan. Aku tak tahu yg pasembur kat sana letak mee. So mama kata tak sedap la macam ni...sebab ada senkuang lepas tu letak mee. Esok aku cari lagi, kali aku turun KL pula. Alhamdulillah dapat la aku belikan macam mana yg mama mahukan. Mama nak kuah kacang, pedas dan mamak mari punya la hehehehe....

Apa pun doa ku semoga mama di tempatkan di kalangan org2 yg beriman Al-Fatihah buat bonda dan ayahda ku....amin....

Sunday, March 18, 2012

MENUS FOR TODAY

daging goreng lada sulah

nasi goreng tomyam mushroom

menu tengah hari ku

menu malam oats+nestum+hirisan pisang
Assalamualaikum...

Hari ni saya tinggal sorang2. Yer la kan dah semua tahu cik abang kat oversea :-(. So ingat2 mula2 tak nak masak just nak makan apa yg ada. Tapi pagi tadi bila cik abang call bagi pesanan suruh makan rasa terharu la pula.

Maka setelah berfikir dengan panjang maka nasi goreng tomyam mushroom dan juga daging goreng lada sulah in the house. Itu la menu makan tengah hari aku. Tapi sebenarnya itu menu merangkap sarapan sekali sebab aku tak sarapan pun pagi tadi...kira 2 in 1 la ni hehehehe...jimat beb :-)

So malam ni aku dilanda kemalasan yg melampau. So aku memang tak masak pun. Lagi pun rasa kenyang lagi...so amik oats + nestum sikit + hirisan pisang dan air panas...so itu la menu aku malam ni. Menu sihat ni...kenyang, cepat, mudah dan yg penting melawaskan hehehehehe....

So kawan2 SELAMAT MALAM :-)

Saturday, March 17, 2012

BOSAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hujung minggu yg agak membosankan bila suami tiada di sisi. Nak buat macam mana, minggu ni Hubby ke Vietnam, so kena la aku duduk rumah sorang2. Sedih, pilu, bosan, mengantuk semua ada la ni.

Entah la kenapa semenjak dua menjak ni aku akan rasa sedih sangat2 bila Im tak der kat rumah. Kalau dulu ok jer. Tapi sekarang ni aku makin tak boleh hadapi kalau dia tak der di sisi ku. Alahai macam org tengah kemaruk bercinta pun ada juga ni...

Tapi memang pun bila kita dah menjadi suami isteri, perasaan cinta tu kena ada sampai bila2, malah semakin hangat seperti baru berkahwin dulu2 hehehe...

Itu la yg aku alami sekarang ni. Kadang2 rasa macam tak boleh nak berengang sikit pun. Hubby aku pun macam tu juga, semalam sebelum nak bertolak ke KLIA, nampak sangat dia macam tak nak tinggalkan aku...aku pun sama juga.

Yang bestnya, dia tak kemas pun barang2 nak pergi...pukul 9.00 nak bertolak pukul 8.30 baru nak mengemas hehehehe....kelakar la Hubby aku tu.

Tapi insya Allah akan aku penuhi hujung minggu dan hari2 yg mendatang sehingga hari Selasa ini dengan perkara yg berfaedah demi mengelakkan diri aku dalam KEBOSANAN yg melampau...

Buat suami ku yg berada di Saigon Vietnam...Ayang sayang, rindu sangat2 kat Sayang...Miss U so much Honey...:-)

Friday, March 16, 2012

SESEKALI KU RASA TERINGIN

hp yg ada sekarang
yg ku idam2kan


yg ini pun teringin juga
Assalamualaikum...

Hari ni kita lari kejap dari citer bab makan. So aku nak citer apa yg aku inginkan sekarang ni...Kalau ikutkan macam2 aku nak...tapi yg ini kira memang tgh teringin...

Hp aku yg lama tu dok elok lagi. Aku ni bukan la jenis yg suka membazir. Tapi bila tiba2 perasaan teringin tu datang aku jadi keliru...adoiii, nampak sangat syaitan dah menggoda aku.

Aku memang dah jatuh hati dengan Samsung Galaxy Note, tapi bila di fikirkan semula aku ni bukan la sapa2. Maksud aku, aku ni bukan la bzz macam bisnes women tu. Aku ni suri rumah jer, kerja pun sangkut menyangkut jer. So aku pendamkan jer la hasrat nak pakai Samsung Galaxy Note tu. Simpan jer dulu hehehe...kalau ada rezeki nak juga merasa hahahaha....

Tapi keinginan yg paling ketara aku memang suka sangat dengan i Phone 4 tu. Entah la apa yg aku nak pun aku tak pasti. Sebab aku rasa macam cute sangat kalau wanita menggunakan nya. Nampak teratur, nampak elegant dan sangat bergaya. Tapi bila aku renungkan semula diri aku yg serba simple ni rasa macam tak sesuai la pula. So aku teruskan pendam keinginan ku ini.

Maka dengan itu aku istiharkan bahawa...aku hanya akan menggunakan Hp yg ada sekarang. Sebab aku sayang sangat ngan Hp tu...sebab Hp tu adalah hadiah aku untuk suami masa birthday dia yg ke 33 kalau tak salah...tapi servis telah bertukar tangan, bila Hubby guna BB so Hp tu di hadiahkan semula untuk aku...so moral of the story...apa yg kita miliki itu lah yg terbaik...:-)

Lagi pun hanya SESEKALI AKU RASA TERINGIN .... :-)

Thursday, March 15, 2012

DINNER AT KAPITAN

roti nan tandori

beriyani kambing claypot
Assalamualaikum....

Hari ni masih juga bab makan. Alahai memang dah datang dah semangat makan aku ni. Tak henti2 asyik exsposed citer makan. Harap2 korang jangan la muntah hijo pula tengok gambar2 makanan ni yer...just untuk menyeri blog aku yg semakin kusam ni.

Hari ni aku dari pagi sibuk dengan kursus kat Penang. So balik rumah dah pukul 5.30 petang. Lepas tu Cik Abang ajak keluar, katanya nak tukar duit. Maklum la esok Hubby nak ke Vietnam. Alahai kena tinggal lagi la aku nampaknya. And yg sedihnya hari Selasa baru balik lama tu huhuhu....

Maka dengan itu hari Isnin dan juga Selasa kena la aku naik bas untuk ke sekolah pagi2...Aduhai...lunyai juga la :-(

Tapi nak buat macam mana dah memang keja dia macam tu...redha jer la. So berbalik pada citer petang tadi. So lepas dah tukar dari Ringgit Malaysia ke Dong Vietnam, perut pun nyanyi la lagu dondang sayang. Apa lagi singgah la kat Kapitan kena dulu apa yg patut.

Cik Abang pilih nasi beriyani kambing claypot...aku pula setia dengan tandoori. Memang sedap, layan habis la. So jom la korang kita menjamu selera ok ADIOS!!

Wednesday, March 14, 2012

DINNER AT LA TEA GARDEN UNTUK KALI KE-2

maggie goreng special

bihun sarang burung
Assalamualaikum...

Masih dalam mood menu's hehehe...makan dan makan dan makan selagi terdaya :-)

Semalam aku dilanda mood nak bershopping, lawak betul la. Mujur la cik abang aku tak kisah, lagi pun cik abang aku ni memang kaki menyopping. Kalau korang nak tahu cik abang aku ni memang gilerss shopping dari aku. Dia ni suka shopping baju dan alatan gadget. Aku pula buku dan buku dan buku...hehehe...books worm la katakan ahaksss.....

So kebetulan memang cik abang nak cari travelling bag sebabnya hari Jummat ni, cik abang nak fly ke Vietnam la pula. Alahai kena tinggal lagi la nampaknya...sedih sungguh...nak ikut pun tak boleh maklum la hujung minggu hari bzz aku, mana ngan tusyennya, lepas tu cik abang akan pulang ke Malaysia hari Selasa...sah2 lah aku dah mula sesi persekolahan semula...tragis betul ni :-(

Yang kelakarnya aku yg beria2 nak shopping tapi cik abang yg membeli, aku pula just beli wet tisue untuk my cats. Alahai sedih tu...tapi yg penting bagi aku, aku dapat spent time together with my Hubby...itu yg paling utama :-)

So bila dah habis shopping terus kami singgah kat LA Tea Garden, special menu untuk semalam banyak betul salah satunya adalah bihun sarang burung tu la. Memang sedap. Aku pula just amik maggie goreng and added menus is chicken wings. Tapi chicken wings tu tak sempat nak snap maklum la dah terbang ke dalam perut.

Tapi semalam memang best sebab kami dilayan oleh tuan empunya kedai tersebut. Masa kami berdua asyik dok layan Tab and Pad, tiba2 dia datang menyapa tanya macam mana dengan makanan yg dihidangkan. So kami pun buat la pujian hehehe...tiba2 Hubby kata menu kami lagi satu belum sampai, so dia la yg serve kan untuk kami so sweet...

Aku bangga bila tengok orang melayu kita mampu berdiri setaraf dengan bangsa2 lain...semoga melayu akan terus berjaya sebagai bangsa yg disegani di seluruh dunia insya Allah :-)

Tuesday, March 13, 2012

MENU 3 HARI BERTURUT-TURUT

chicken chop

sedap ooo :-)

roti pita with salad

chicken chop with majerin rice

yummy :-)

mee bandung

udang fresh ni keluar dari laut

jom minum cappucino white coffee

jom cicah roti dengan kari ayam
Assalamualaikum...

Hari ni still citer bab makan, maklum la dah lama tak bercerita perihal makan2 ni. So dah ada peluang ni apa lagi citer la puas2 hehehe...

Ini kisah menu dari kami berdua 3 hari lepas. Bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad. Hari Jumaat lepas jer balik dari Tusyen A-Nice terus Mr. Hubby bawa dinner kat Kiosk Bertam. Macam biasa la kami singgah kat J Krust Pizza. Sampai sana tiba2 tekak teringin pula nak makan chicken chop. So chicken chop in the house hehehe...

Hubby pun chicken chop juga tapi yg ada side line. Hubby pilih nasi planta sebagai side line nya...memang layan betul la sedap tu yummy :-)

Hari Sabtu lepas, habis jer tusyen kat Pekan Darat, terus gi lunch kat Astaka Bagan Ajam berdekatan dengan Dewan Panorama. Memang selalu juga lepak kat situ. Kebetulan gerai yg kami selalu lepak ni gerai ibu kepada anak asuhan suami ku. So memang layanan tip top la hehehe...

Suami pilih nasi goreng ayam...aku pula mee badung perghh...memang sedap mee bandung tu kena pula udang fresh memang tersandaq la lepas makan hehehe...

Hari Ahad kami ada kenduri kawin pada sebelah siangnya. Malam pula kalau ikutkan suami ada meeting tapi sebab kesian nak tinggal kan aku sorang2 so meeting pun dia cancel hehehe...TQ sayang...

So kami pi lepak kat Old Town White Cofee di Seberang Jaya. Mulanya kami nak lepak kat Mc.D jer, tapi manusia punya la ramai terus tukar plan ...

So aku pilih roti cicah kuah kari ayam..memang sedap tu. Cik abang pula pilih wantan mee...so jom la korang nejoy cuci mata tengok menu2 yg lazat ni...ADIOS!!

Monday, March 12, 2012

TAT NASI AYAM

sos nya sedap sangat

jemput makan

dah terhidang tu

sup kaki ayam

mak cik gemokss ratah jer

penuh meja tu
Assalamualaikum...

3 Mac lepas, hari Sabtu masa aku ada gotong royong kat sekolah. Habis jer gotong royong Hubby datang jemput terus kami gi lunch kat TAT Nasi Ayam di Bertam. Tapi sedihnya aku dah keyang so aku ratah  jer la ayam tu, abang pula makan nasi dengan sup kaki ayam memang layan habis la :-)

Nasi nya memang lembut sangat2. Pendek kata memang perfect sungguh...sedap sangat2. For sure aku akan ke sana lagi. Tapi pastikan sebelum ke sana simpan perut dulu, biarkan kosong. Sebab memang rugi kalau dah kenyang pergi ke sana tau :-)

Si korang jom jemput makan ok :-)

Wednesday, March 7, 2012

HATI KU BERBUNGA RIANG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share something yg membuat kan aku tersenyum dan juga yg membuatkan aku rasa sihat dengar serta merta.. wah ayat tak ingat tu hehehe...

Bergini ceritanya, tengah hari tadi aku memang rasa kurang sihat sangat2. Badan2 rasa sakit, kepala rasa berat, hidung dah mula tersumba, tekak pula rasa kering, pendek kata semuanya serba tak kena. So aku memang down sangat kat sekolah tadi. Rasa macam nak pitam pun ada juga.

So masa pukul 2 ptg macam tu aku rasa macam Hubby on the way balik dari Outstation, tak jauh pun kat Taiping jer. Memang Hubby tak sms pun bagi tahu dia dah nak balik ker atau apa2 pun. Sms dia pagi tadi just wish morning kat aku, tanya aku dah sampai sekolah ker belum and wishing love untuk aku. So lepas tu memang dah tak der message pun.

Tapi hati aku ni terdetik yg Hubby memang on the way back home. So aku pun naik bas macam biasa nak balik rumah. Masa tu hujan renyai2...So bila sampai kat kawasan yg aku kena turun tu aku pun siapkan pegang payung maklum la hujan kan. Dah la aku ni tgh tak berapa nak sihat. So lepas aku turun aku nampak our's car...Ya Allah Amazing... apa yg aku jangkakan memang betul Hubby dah memang ada depan mata ku. Suprise! Suprise! hehehe...automatik wajah ku ceria, tersenyum lebar sampai ke telinga di buatnya dan yg paling best kepala yg berat terus hilang, hidung tersumbat pun dah lancar, badan yg sakit2 tadi terus OK... Masya Allah, nampak sangat aku demam rindukan suami ku.

Ya Allah Ya Tuhanku...sesungguhnya aku tak mampu lagi untuk berdiri sendirian tanpa "dia" di samping ku, aku benar kasih, sayang dan cintakan suami ku sepnuh hati ku. Teruskan tanam rasa cinta, hormat, kasih dan sayang diantara kami...panjang kan lah jodoh kami hingga ke Syurga Mu Ya Allah...sesungguhnya hanya Engkau yg Maha mendengar dan juga Maha mengetahui akan isi hati ku...Terima kasih Ya Allah di atas rasa cinta ini..amin....

Tuesday, March 6, 2012

BIRTHDAY ADAM AJWAD DI PRA DELIMA

dah mula berkumpul

jom nyanyi lagu birthday

semua tak sabar nak makan kek

jom potong kek
Assalamualaikum...

Hari ni aku gagahkan diri untuk up date blog, maklum la aku demam plus batuk yg teramat sangat. Ni pun mata dah mula layu sebab dah telan ubat ni.

Tapi semangat nak up date tu berkobar2 aku teruskan jua. Hari ni nak citer tentang kisah semalam. Dalam demam2 tu aku snap juga gambar2 anak2 asuhan ku. Bukan apa buat kenangan. Bulan ni bulan terakhir aku kat sekolah tu. So lepas ni aku kembali menjadi suri rumah sepenuh masa...:-)

Sebenarnya birthday Adam Ajwad ni pada 27 Februari hari tu....tapi tak sempat nak sambut. So layan jer la semalam :-)

Kek dia tu ada gambar BoBoi...dia ni memang fanatik dengan Boboi. Alahai datang sekolah asyik dok citer hal BoBoi. Apa pun semoga Adam Ajwad menjadi anak yg soleh dan dapat membanggakan ayah dan ibu yer sayang...Cikgu Ct sayang sangat kat Adam :-)

Sunday, March 4, 2012

SAYA SELESEMA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Saya demam selesema bermula dari semalam dan bawa ke hari ini. Bukan apa semenjak dua menjak ni saya selalu sangat kena hujan masa balik dari sekolah. Itu la degil sangat. Suami suruh bawa payung tak nak konon malas nak usung apa semua, sekarang bila dah demam padan muka aku huhuhuh...

Bila demam selesema ni, pasti akan ada batuk. Alahai itu la yg paling aku lemah. Sebab aku ni kalau batuk memang lambat betul nak baik. Tapi aku memang pantang minum air batu ni semua. Bila dah teringin tu minum la juga hehehe...tapi sikit ajer....:-)

Sekarng ni pun aku dah mula dok batuk depan pc ni adoiii perit sungguh rasa tekak ni. Aku amalkan minum madu dalam dua pagi ni. Bila minum madu terus tekak rasa lega, memang penawar kan madu ni.

Harap2 aku akan cepat2 sembuh. Sebab esok aku dah sekolah semula. Tak nak la nanti aku gi sekolah dok batuk demam depan anak2 asuhan ku...nanti ada pula yg berjangkit huhuhu...

So kawan2 doakan aku cepat sihat tau...TQ :-)