Wednesday, February 29, 2012

YUSRY + LISA SURIHANI

yusry and lisa
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat pengakuan yg aku memang minat giler kat Lisa Surihani. Sebab pertama dia ni pandai. Amik jurusan undang2 la katakan...terpelajar gitu. Sebab tu la aku minat giler...sebab aku pun minat bidang undang2 tapi tak kesampain..dapat belajar undang2 buku2 jer hahahaha....

Secondly aku minat Lisa sebab dia memang tersangat cantik. Kelembutan wajahnya buatkan aku rasa keikhlasan hatinya. Dia ni jenis tak cover cun pun, tak sombong dan tak belagak.

Secara jujurnya aku juga minat kat Erra Fazira, sebab Erra cantik kan hehehe...dan aku memang tak sangka yg org2 yg aku minat ni milik dan pernah di miliki Encik Yusry kita ni hehehehe...sweet betul la.

Tadi masa aku tengok majlis akad nikah mereka berdua di Era TV kat Youtube, aku rasa sebak sebab kata2 Yusry tu ada keikhlasannya. Nampak sangat yg dia dulu amat mencintai Erra, dan selepas bercerai pintu hatinya telah tertutup dan kemunculan Lisa telah membuka semula perasaan cinta tersebut..Alhamdulillah. Apa pun aku bangga sebab Erra dah temui kebahagian nya bersama suami Engku Emran dan anak comelnya Alysa dan kini Yusry pula membina kebahagian di samping Lisa Surihani...Allhamdulillah.

sweet couple
Ya Allah limpah kan kebahagian kepada kedua pasangan mempelai ini hingga ke Syurga. Jauhkan mereka dari umpatan nista dan fitnah yg beraja. Jadikan mereka pasangan yg penuh kasih sayang...kurniakan mereka anak2 yg soleh dan solehah...semoga ikatan perkahwinan mereka ini mendapat sejuta kerahmatan dan keberkatan dari Mu amin...

Tuesday, February 28, 2012

AKU KESAL

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat luahan perasaan tentang seseorang yg aku hormat dan kadangkala menjadi rujukan ku jika aku dilanda masalah. Tapi kini rasa hormat ku seakan pudar.

Dia seorang muslimah yg baik di mata ku. Seorang yg warak di pandangan ku tiba2 boleh bertukar menjadi seorang yg riak dan membuat keputusan dengan membuta tuli tanpa usul periksa. Aku betul2 kesal.

Aku pernah membantu dia menyelesaikan sesuatu yg penting dalam hidupnya. Aku ikhlas...tak pernah aku minta sebarang ganjaran. Tapi bila dia bersikap un profesional macam ni aku jadi kesal yg teramat sangat. Jangan kita masukkan atau campur adukkan perasaan dengan kerjaya kita. Memang akan punah akhirnya.

Dia dan kawannya sangat tidak berhati perut...tidak ada perikemanusian dari pandangan mata ku. Benda yg senang pun tak mahu bertolak ansur, sedangkan aku dah berkorban masa untuk mereka. Kini aku tahu siapa kawan siapa lawan...sebab bukan mudah kita nak mencari kawan yg sejati pada zaman sekarang ni, ramai yg bermuka2.

Pada seseorang yg aku hormati itu moga Allah membuka pintu hatinya dan menyucikan hatinya dari segala hasad dan dengki. Berpijak lah di bumi nyata keluarkan diri dari EGO yg besar itu. Siapa lah kita di Allah...beringatlah sebelum tersungkur...Subahanallah....

Saturday, February 25, 2012

JOM GOSOK GIGI

anak2 asuhan ku khusuk mendengar nurse dok ajar cara betul gosok gigi
nomeinya dia orang ni tau
tengok la aksi mereka cute sungguh
daniel, danish, suffi dan humairah leka mengosok gigi
aksi mimi, adlina, amyrah, fazliana dan juga afiq
Assalamualaikum...

Hari ni aku masukkan gambar2 yg di snap pada hari Khamis lepas. Maklum la bzz sungguh sampai terlupa nak letak gambar2 cute ni kat dalam blog. Hari kisah anak2 asuhan ku belajar menggosok gigi dengan cara yg betul. Memang cute la dia orang ni. Ada juga yg takut nampak nurse datang...mula buat muka sedih nak nangis alahai anak2 oii :-)

Masa nurse tu datang dia orang baru habis makan. So memang on the right timing la kan hehehe...Ada yg panggil kat nurse tu doktor, ada yg panggil cikgu...suka hati korang la anak2 oiii janji korang hepi.

Masa dapat berus gigi tu punya la seronok nak gisok gigi. Macam2 karenah dia orang buat..ada yg dah gosok siap2...alahai tunggu la kejap anak oiii...tak pasal2 kena letak ubat gigi semula. Ada juga yg buat2 takut konon nurse tu datang nak cabut gigi di orang semua hahahaha..kelakar la :-)

Tapi apa pun semua nya sukses...teringat pula zaman aku belajar kat tadika dulu...macam ni la rupanya...tapi aku ni ketegori penakut. Nampak jer kelibat org pakai baju putih aku dah nangis...Nampak pintu klinik pun dah melalak...hahahaha...harap2 anak2 aku nanti jgn la ikut jejak aku. Tapi sekarang aku la paling berani ke klinik gigi tak takut lansung...tapi hospital tu ada gerun la sikit...:-)

So jom kita jaga kesihatan mulut kita macam anak2 asuhan ku ni yer :-)

Friday, February 24, 2012

LOKASI DINNER KAMI HARI NI

gelas besar food court
memang besar pun gelasnya satu jus tembika dan satu lagi jus pure durian belanda
bakso
hokkien mee
kepak ayam bakar
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak story tempat makan yg kami singgah petang tadi. Tapi sebelum tu kami singgah beli barang2 dapur dulu..tapi kali ni kami singgah beli barang2 tu semua kat kedai PERNAMA kat TUDM Butterworth...murah2 tu. Kami sempat la amik beras 2 kampit, milo, jus sunquick, tepung, kicap dan macam2 lagi la...punya la banyak barang baru RM 50 lebih macam tu. Lega hahahaha....biasa lah pengguna berhemah la katakan.

PERNAMA ni akan buat jualan dua tiga kali juga la dalam setahun. Bila di orang buat macam ni, boleh la orang luar gi tumpang membeli sama. Kalau tiak terbuka untuk kakitangan TUDM jer. Kira beruntung juga aku duduk kat area ni hehehe...

So lepas jer shopping, kami nak singgah makan2 la dulu...biasa la aktiviti wajib setiap hari Jumaat...lepas balik tusyen aku mesti kena follow Hubby yg kadangkala buat suprise kat aku heheh so sweet kan :-)

So kami singgah la kat Gelas Besar Food Court area Permatang Pauh. Not bad, gerai2 yg menarik, pelbagai aneka makanan...just pilih mana yg suka. Aku just pilih bakso, Hubby pula hokkien mee, menu tambahan kami kepak ayam bakar...memang amrvelous sedap tu :-)

Kat sini speciallity nya ialah air minuman, semuanya dalam gelas yg besar2. Aku pilih jus tembika gelas sederhana jer...Encik hubby pula pilih jus pure durian belanda dalam gelas yg bis size...tapi memang layan...sedap tu...

So kalau ada sesiapa yg singgah area situ jom la pekena apa yg patut hehehe...selamat mencuba nanti yer :-)

Thursday, February 23, 2012

SENTUHAN MU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak felling romantik sikit hehehe...tapi rasanya tiap saat memang dah romantik pun ahaksss...:-). Sebenarnya macam ni. Semalam aku di sekolah dan macam biasa setiap pagi sms masuk dari cik abang kata "love u sayang. abang sayang sangat2 kat ayang dan harap kita sabar hadapi segala dugaan ini..." Nak kata dugaan besar tu idak lah..macam biasa la mulut2 laser orang sekeliling yg dok tanya soal anak kat kami. Itu la dugaan nya...

So aku pun just balas kata "Insya Allah, I miss ur touch sayang...". Jangan fikir ke lain pula yer hehehe...means that aku rindukan sokongan, dorongan my Hubby tu jer hehehehe....So macam biasa kami balik rumah dan borak macam2, and semalam juga my Hubby cooked lovely dinner for us and it seems like macam baru jer semalam kita orang bernikah...sweet gilersss....:-)

So, pagi tadi...masa dalam kereta on the my Hubby send me to school, tiba2 aku terdengar lagu Yuna "Ku Petik Bintang" memang nice song...aku dah jatuh hati dengan lagu tu. So masa tengah2 feeling tu...tiba2 jari jemari ku di gengam oleh Hubby without any words. Alahai rasa syahdu sangat, dan menitik air mata ku buat seketika. Menitik kerana perasaan bahagia menyelebungi hidup kami. Syukur Ya Allah...

Sesekali bila my Hubby buat tindakan romantik memang so touching...Sebabnya Hubby aku ni bukannya jiwang sepajang masa macam aku ni hehehehe...so once dia dah romantik memang lentok aku cair tu hahahaha....

So aku just nak share my feeling today...seharian aku tersenyum..sebab aku rasa diri sangat dihargai...Ini bukan la kali pertama aku feeling macam ni...dah banyak kali pun...tapi ini la kali pertama aku nak share dalam cyber diaries aku ni.

Siapa kata lelaki melayu tak romantik? siapa kata watak Seth Tan lakonan Aaron dalam Nora Elena itu taj wujud? siapa kata watak Haris dalam Ombak Rindu itu dah pupus...pendek kata ia masih wujud jika kita tahu menghargai pasangan kita.

Aku harap kasih sayang kami ini akan terus mekar dan terus mewangi...Namun...aku tak akan sesekali lupa untuk membajai, menyiram dan sentiasa membelai agar ianya tidak akan layu...insya Allah...terima kasih Allah di atas rasa cinta dan sayang ini...Aku amat menghargainya...amin...:-)

Wednesday, February 22, 2012

AIR TANGAN SUAMI KU

pasta perisa tom yam pedas berapi
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak story la tentang masakan oleh suami tercinta. Hari Isnin lepas pun cik abang aku masak juga...dia masak beef steak dan aku pula buat sup sayur campur mushroom. Semalam kami layan dinner kat luar sebab aku ada appoitment dengan dentist.

So petang tadi masa aku dok berehat kat bilik, Hubby kata tolong keluarkan daging cincang dari dalam peti sejuk tu. Aku dah faham, kalau Hubby minta keluarkan maknanya aku goyang kaki la malam ni hehehe....nikmat sungguh.

So lepas aku mop lantai, bagi cats semua mamam, so cik abang aku pun keluar la dari bilik dan dah bersedia nak masak. Rupanya malam ni dia nak masak pasta. So aku pula apa lagi layan kartun kat Tv la hehehe...

So masa dia masak pasti dia akan panggil aku.."Ayang, cili kering ada tak?"..."Ayang buat teh sat"..."Ayang carrot kat mana", Ayang itu Ayang ini...macam2 lagi la hehehe...memang itu la selalu akan terjadi. Mujur la ruang tamu dengan dapur sebelah menyebelah...alahai rumah kami ni kecik jer...rumah tersangkut la katakan...apa pun ini lah syurga kami berdua :-)

So last sekali aku dengar "Ayang, jom makan dah siap ni...." alahai sweet kan...itu la anugerah yg paling indah aku terima. Dulu masa zaman belajar aku selalu juga dengar ayat seakan2 macam tu tapi dari mulur arwah bonda ku..."Chek, mai kaih...dah siap ni...jom makan..." tapi sekarang ayat yg sama aku terima dari suami pula. Indah sungguh anugerah Allah buat aku. Terima kasih yg tak terhingga.

berbalik pada menu ni, memang sedap, tapi ada pedas sikit lol...berair mata aku menahan pedas. Guna cili serbuk Thai...alahai memang berapi tu...

So kawan2...kalau nak resepi jgn tanya saya, sebab ini bukan dari air tangan saya hehehe....ADIOS!!

Monday, February 20, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

gambar aku bersama arwah mama tercinta
Assalamualaikum...

Hari ni 20 Februari adalah tarikh yg selalu aku nantikan setiap tahun sebelum arwah bonda ku pergi. Sebab tarikh hari ni merupakan hari lahir arwah bonda ku tercinta. Saban tahun pasti aku akan wish peluk cium kat arwah. Cuma tahun lepas dan tahun ni aku wish dengan cara lain iaitu sedekahkan Surah Yasiin buat arwah...semoga sedekahkan itu sampai buat arwah mama tercinta.

Kalau mama masih hidup hari ni genap la usia mama 62 tahun...tapi mama dah meninggal kan aku di usia 60 tahun. Memang aku sedih, namun apa kan daya itu sudah suratannya. Aku memang takut bila mama akan meninggalkan aku...Aku pernah kata kat suami..."kalau mama tak der ayang boleh jadi gila"... tapi suami aku banyak memujuk supaya aku lebih cekal dalam hadapi semua dugaan ini.

Yang paling aku sedih dan terharu suami aku sanggup memberi keizinan buat aku terus menjaga mama sewaktu mama dalam kesakitan tanpa aku hiraukan lansung hal makan minum suami ku. Itu la pengorbanan besar dari suami buat aku yg bergelar anak tunggal.

Memang perit sewaktu aku menjaga arwah di GH Penang. 4 bulan aku berkampung di wad Hematologi tak pulang2...puasa di situ, raya pun di situ. Sebelum tu aku dah berkampung juga di wad Neorosurgeri...tapi dalam dua minggu, lepas tu keluar. lepas tu masuk balik on and off macam tu la.

Tapi itu la pengalaman yg paling manis buat ku. Aku tak akan dapat menikmatinya lagi. Aku ni seorang yang sangat penakut, tapi kini aku menjadi manusia yg berani menghadai cabaran hidup.

Ya Allah Ya Tuhanku...Cucurilah rahmat ke atas roh bonda ku...tempatkan la arwah di kalangan org2 yg beriman dan letakkan lah arwah di Syurga Mu Ya Allah...sesungguhnya aku amat mencintai ibu ku Ya Allah...SELAMAT HARI LAHIR MAMA, nantikan ct di sana yer...insya Allah...

Sunday, February 19, 2012

LUNCH AT BLACK CANYON JUSCO PERDA

buah hati ku
pasta with tom yam
mak cik gemokss in action
spagheti
chicken grilled
Assalamualaikum...

Hari ni kami berdua tak bzz...terutama nya Encik Suami yg memang tak bzz so apa lagi kita orang decide untuk keluar dating la hari ni.

Kami memang teringin nak makan kat Black Canyon ni...tapi selalu tak berkesempatan sebab ramai sangat orang. So kali ni tengok ada lagi tempat kosong so apa lagi serbu jer la. Memang makanan kat sini sedap2 belaka. Macam Pasta Tom Yam tu memang rasa manis masamnya kira complete la. Ayam Grilled tu pun sedap...sehingga menjilat jari la :-).

Encik suami makan spagheti...memang sedap la makanan kat sini ala Thai gitu...kena dengan selera kita orang asia hehehe...nanti nak singgah lagi la :-)

Thursday, February 16, 2012

GURU TARIAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Bulan Februari ni memang aku penat sikit, sebab aku ada extra work. Aku dilantik sebagai GURU TARIAN la pula. So aku kena ajar 3 buah kelas pra di SKBI.

Pra Berlian aku pilih lagu Desa Tercinta nyanyian Nora, Pra Mutiara aku pilih lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia dan Pra Delima aku pilih lagu dikir Puteri nyanyian Noraniza Idris. Memang mencabar la juga. Sebab bukan mudah nak bentuk anak2 yg berumur 5 dan 6 thn ni ikut step kita. Jadi tentera wataniah juga la ku dok jerit bagi arahan alahai penat tu...:-(

Kelas Pra Delima iaitu kelas aku sendiri kelas tarian pada hari Selasa, manakala kelas Pra Mutiara hari Rabu dan Pra Berlian hari Khamis. So memang jadual aku pack sangat2. Bila balik dah tertiarap aku dibuatnya. Walau pun sejam jer tapi rasa macam berjam2 lamanya.

Tapi kan bila aku dapat lihat perkembangan anak2 asuhan ku yg dah boleh tunjuk step yg baik aku rasa bangga sangat2...rasa penat terus hilang...aku hepi sangat bila semuanya berjalan dengan lancar. Apa pun doakan aku berjaya membuat anak2 ini bijak dalam semua bidang. Mungkin lepas ni coral speaking pula aduhai...memang mencabar bila bersama anak2 kecil ni tau :-)

Wednesday, February 15, 2012

MAULIDUL RASUL DI SKBI

gaya si kecil menyambut Maulidul Rasul
comei kan anak asuhan ku alia zulaiqa
berarak sampai ke masjid area bertam

perarakan bakal dimulakan
bergambar bersama puan guru besar dan pk hem serta rakan2 guru ku

Assalamualaikum...

Salam Maulidul Rasul...Tanggal 10 Februari lepas iaitu hari Jumaat, sekolah SKBI mengadakan sambutan Maulidul Rasul. So kami pun tak lepaskan peluang untuk sama2 meraikannya. Nak bagi anak2 kecil ni faham akan erti Maulidul Rasul...kami membawa mereka sama2 berjalan sekitar kawasan Bertam. Tapi sekejap ajer...sampai area Masjid Bertam kami pusing semula.

Tapi sebelum pusing semula tu, kami sempat la mengabadikan gambar kami semua di Masjid tersebut. Yang bestnya tok bilal pun seronok siap amik gambar anak2 kecil ini berposing kat masjid. Subhanallah...meriah sungguh suasananya.

Masa kami semua selawat ramai2, si kecil ni pun turut berselawat...Alhamdulillah...bila anak2 di pupuk dengan ilmu agama pasti hidupnya akan terpelihara Insya Allah...

Semoga nanti bila aku ada anak, aku juga akan ajar ilmu agama dan terapkan kehidupan secara islam buat anak2 ku insya Allah...:-)

Tuesday, February 14, 2012

DINNER AT LA TEA GARDEN

suasana kampung yg mendamaikan
lady greea tea
char ho fan
mak cik gemoksss sibuk nak berposing
cinta hati saya
suasana malam di LA Tea Garden
suka sangat tengok rumah kampung ni
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer tentang tempat lepak baru hehehe...not bad makanan kat sini sedap. Masakan pun ala Chef gitu. Konsep Open Kitchen...suasana pun menarik dan ada unsur romantik dan privacy...sangat best...

Tapi sebelum tu aku nak citer la sikit, macam mana kami boleh terjebak dan terjumpa tempat lepak baru ni. Petang tadi lepas balik dari sekolah, aku tanya la Hubby nak makan apa..katanya goreng ayam udah la. So aku pun keluarkan ayam dari peti sejuk. Kebetulan ayam tu belum di siang...so lepas mop lantai and bagi my cats makan aku nak mula masak la.

Tiba2 Cik Abang keluar dari bilik terus jer datang ke arah ku cakap.."Kita dinner kat luar jer la sayang..." Alahai tersenyum simpul aku dibuatnya. Bukan apa HORAYYY tak payah masak hehehehe...

So, aku pun bersiap la nak gi makan kat luar...mula2 hajat hati nak ke tempat lain. Tiba2 mata cik abang aku ni terpandang something new kat sebelah kanan jalan. So dia pun berhenti la...and memang tak mengecewakan...Suasana tempat yg menarik serta makanan yg sedap...insya Allah pasti kami akan sampai lagi.

Aku memang suka bila tengok orang melayu kita mampu membuka kedai makan sebegini. Memang membanggakan aku. Tukang masak pun muda lagi...pelayan pun muda2 belaka. Harap2 kedai ini akan terus maju dan sukses..amin.. :-)

So kalau korang singgah Butterworth, jom la ke LA Tea Garden :-)

Saturday, February 11, 2012

MATA KU KENYIT LA PULA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni dan semalam memang hari penat aku. So hari ni mata kiri aku mula kenyit tak henti2 dari petang tadi sampai la sekarang. Memang aku rasa rimas, tapi nak buat macam mana kan dah nak kenyit.

So tadi aku cuba la cari info dalam Google...kenapa mata kita berkenyit dan sebab2nya. So dapat lah aku jawapannya...tapi ini bukan jawapan kuno dolu kala yer...Tapi ini jawapan secara saintifik tau.

Terdapat beberapa info yang menarik . Nama saintifik utk penyakit nih adalah "myokymia". Mengikut kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Ia amat berkait rapat dengan stress , fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Ada pulak orang kata , symptom nih sebab kurang vitamin .

So itu lah jawapan saintifiknya. Maka kini aku ketahui la kenapa setiap hari Sabtu atau Jumaat mata aku mesti kenyit. Sebab utamanya aku memang penat sangat2...stress tu ada la juga...stress dengan kerja la tu..Tidur pun memang kurang..so itu lah sebab utamanya kenapa mata aku kenyit. Kalau bab minum kopi tu rasa nya tak der la pula. Sebab kat rumah ni kopi pun dah habis hehehehe...

So apa pun...aku mesti kena banyak berehat la lepas ni...:-)

Thursday, February 9, 2012

NEW GADGET AGAIN

icloud ipad
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer gadget baru lagi. Hujung tahun lepas dah beli MyTab...itu kira hadiah anniversary untuk kami berdua...So hari ni Encik Suami beli ipad pula. Hadiah untuk apa pula kali ni yer...tapi tadi masa borak2 kosong Encik Suami kata ini untuk kami berdua juga...bukan apa senang kalau aku nak layan FB kat mana2 nanti..katanya la...

Tapi aku kan ada MyTab...so aku rasa ipad ni better untuk Hubby la. So kalau ada masa kita tukar la gadget yer sayang hehehehe...ayat pancing tu :-)

Memang teknologi banyak membantu kita dalam menyelesaikan kerja2 harian...dan ia ia juga membantu dari mengisi masa BOSAN aku ni. Maklum lah aku ni memang selalu jer sunyi...bosan tu memang lagi la selalu...so MyTab dan ipad ni membantu aku berinteraksi dengan lebih dekat dengan kawan2 cyber aku. Aku suka sangat :-)

Tapi kan ayat suami aku yg paling aku touching tadi..."Abang, kalau boleh nak fulfill kan semua permintaan ayang, yg penting ayang bahagia..." Masya Allah sweetnya...terima kasih Allah di atas kurniaan Mu yang sangat besar untuk diri ku yg serba KEKURANGAN ini.

Ya Allah walau secanggih mana pun teknologi yg ada...itu sekadar membantu memudahkan interaksi kami berdua...yg paling utama untuk kami adalah persefahaman...moga 6 thn bersama akan lebih mengeratkan kami dan menyatukan hati kami hingga ke Syurga AMIN....

Monday, February 6, 2012

AIR

air penting untuk manusia

Assalamualaikum...

Semalam aku terpandang sesuatu yg interesting untuk aku share dengan kawan2 di blog. Something important for our health...isu tentang air yg kita minum. Air sangat penting dalam tubuh badan kita...so jom kita tengok tips2 yg berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita seharian...meh :-)


MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.


7 KEPENTINGAN AIR TERHADAP KESIHATAN TUBUH BADAN

Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih. Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air.

Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stress.


Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stress.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi. Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

ADAKAH ANDA MINUM AIR DENGAN CUKUP?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah..

Sunday, February 5, 2012

KUNYIT

kunyit hidup
Assalamualaikum...

Tadi tengah hari kami berdua lunch kat Gerai Gulai Kawah kawasan Sungai Dua Butterworth. Kat situ makanan memang semua sedap2. Dah la tu banyak betul pilihannya. Kalau cakap bab lauk pauk memang syurga betul la...Kalau tak salah juga Gerai Gulai Kawah ni pernah masuk dalam rancangan apa tah kat ASTRO. Ulam2an pula punya la banyak tak terpilih nak makan tau :-)

So salah satu menu ulam yg suami aku amikkan adalah kunyit hidup ni la. Dia amik dua ketul satu untuk dia dan satu lagi untuk aku. Katanya makan nanti awet muda hehehe...so aku pun mula la makan...rasa macam buah pelam la pula hehehe....So malam ni bila sendawa rasa macam makan buah pelam...memang bagus betul la khasiatnya...tolak angin tu :-)

Jom kita tengok beberapa khasiat dari KUNYIT HIDUP ni yer kawan2 :-)

Khasiat Kunyit

Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Melancarkan Perjalanan Darah

1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan

Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit

Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata .. insyaallah akan reda.


Khasiat Kunyit

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut.

Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu pada tubuh akan membantu menghaluskan kulit.

Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.

Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia.

Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.

Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

So jom kawan2 kita menjaga kesihatan kita sambil mengekalkan kecantikkan kita hehehe....

Thursday, February 2, 2012

JOM BERDOA

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share something dalam blog..aku dapat doa ni dari wall FB ku...jom kita amalkan semoga kita tenang dalam melayari bahtera rumahtangga kita...Bukan apa kadangkala bahtera tu dilanda ribut dan badai, kadangkala bahtera tu tenang di air...dan ada juga ketika kemudi2 kecil yg datang menggangu...itu semua asam garam sesebuah rumahtangga...Maka tak salah kalau kita amalkan demi kebahagian hidup berasama insya Allah...


Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga


رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan
Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.

Wednesday, February 1, 2012

REDHA SEORANG SUAMI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share something...something yg important buat aku yg bergelar seorang ister kepada seorang suami. Ini adalah pengajaran buat diri ku.

Aku memang seorang wanita yg dulunya berkerjaya. Serba serbi lengkap....aku punyai pendapatan sendiri, punyai pangkat dan juga kedudukan. Tapi aku tetap rasa akan kehilangan. Lepas kawin 3 minggu aku mendapat tawaran kerja di KL. Tanpa banyak berbincang dengan suami yg baru dinikahi 3 minggu aku dah buat keputusan untuk bekerja di KL, tetapi suami memberi syarat dengan membawa arwah mama sekali.

Setahun kerja aku masih leka dengan keseronokkan, masuk dua tahun aku makin selesa dengan apa yg aku miliki, tapi aku mula rasa kehilangan. Masuk tahun ketiga aku telah ditimpa musibah, ada yg memfitnah aku. Keadaan aku semakin goyah, rasa rindu pada suami semakin menebal, tapi aku tahu suami ku tak akan sesekali duduk di KL. So aku amik kepuitusan untuk berhenti pada tahun keempat.

Bila balik ke Penang, aku mula tension sebab tak kerja. Aku mula membebel dengan suami yg aku sangat2 BOSAN. Maklum lah kami belum ada anak, so tahap kebosanan aku semakin hari semakin memuncak. Boleh dikatakan tiap2 hari aku komplen ngan suami yg aku ni BOSAN. So masuk tahun seterusnya aku dapat kerja di sebuah sekolah sebagai guru ganti (GSTT) selama setahun. 6 bulan pertama semuanya baik masuk bulan kedua aku kena musibah juga berupa fitnah.

Tapi aku masih belum tersedar dari mimpi. So tahun 2010 aku tak bekerja sebab jaga arwah mama yg jatuh sakit. Memang banyak sungguh dugaan yg aku tempuhi dalam tahun tersebut. Tapi waktu tu aku dapat hadapinya dengan sangat tenang...walau sebesar mana pun dugaan tapi aku masih boleh handle dengan senyuman sampai la arwah mama meninggalkan aku.

2011 aku dapat kerja di sebuah sekolah di area Bertam. Tapi itu cuma 4 bulan. 3 bulan pertama semuanya ok. Masuk bulan seterusnya aku sekali lagi diuji dengan fitnah. Aku terus berfikir, kenapa ianya terjadi lagi. Ini semua berlaku setelah aku berkahwin.Sebab masa zaman anak dara aku memang bekerja tapi tak pernah la kena cubaan sehebat macam tu.

So hari ni segalanya terjawap apabila petang tadi suami ku memberitahu yg dia memang tak mahu aku berkerja. Memang dari kami sebelum kawin suami ku selalu kata lepas kawin nanti aku tak payah kerja, duduk rumah sebab katanya itu tanggungjawab dia. Tapi aku mahu meringankan beban suami itu saja. Rupanya aku masih salah. Jika suami tak redha dengan apa yg kita buat pasti kita akan sentiasa dilanda masalah dan dugaan.

Cuma tahun 2010 aku rasa sgt2 tenang walaupun aku memang sangat2 penat jaga mama yg koma, duduk di hospital sepanjang hampir 5 bulan tak balik2. Dengan karenah macam2 tp aku masih mampu tersenyum kerana waktu itu aku benar2 mendapat KEREDHAAN suami ku...

Ya Allah, ampunilah aku, aku tahu aku banyak buat silap...aku abaikan suami ku tanpa di sedari...kini aku adalah milik suami ku...dan Allah dah berikan aku seorang suami yg sangat2 baik, penyayang, penyabar dan sangat cintakan aku...Ya Allah ampunilah aku Ya Allah...aku banyak dosa...Kini aku tahu apa yg aku buat mesti mendapat KEREDHAAN yg sebenar2 nya dari suami ku...

I LOVE U SO MUCH SAYANG....