Friday, September 16, 2011

SO SAD

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...salam sayang kepada semua rakan2 blog ku...

Hari ni mood aku sedikit tergangu...Kalau boleh nak aku luahkan kesemuanya di sini, tapi itu tak mungkin terjadi sebab aku tak akan melukakan hati sesiapa. Biarlah aku saja yang terluka, biarlah aku saja menangung derita. Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi, sebab aku memang sering menyusahkan orang di sekeliling ku.

Diri ku banyak kelemahan dari kekuatan. Aku ingat aku mampu berdiri sengan sendiri walau pun aku lemah. Ternyata aku tetap menyusahkan kehidupan orang lain. Aku ni penakut, lemah semangat, takut bersuara dan banyak lagi la kelemahan aku. Sebab tu la aku sering ditindas, di pijak dan di dera perasaan.

Dari kecik sampai la dah dewasa hidup aku sering di coret mimpi sedih. Aku tak macam orang lain punyai famili yg sempurna. Dari umur 8 bulan aku dah hidup sebagai anak yg kehilangan ayahnya...bukan kerana kematian tapi penceraian. Aku tak kenal kasih sayang seorang ayah. Tapi Aku bersyukur aku mampu menyebut "bapak" pada ayah sedara ku. Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku menikmatinya walau pun sekadar menumpang.

Aku bersyukur dalam kesedihan aku dapat juga menikmati alam perkahwinan, walau pun banyak cabaran dan dugaan Syukur aku dapat memiliki seorang suami yg bakal melindungi ku. Aku juga dapat memanggil panggilan "ayah" kepada ayah mertua ku. Terima kasih Tuhan atas limpah kurniaNya...

Setelah ibu ku tiada aku semakin dihimpit derita, derita jiwa yg sukar ku luahkan. Namun aku redha kerana aku tahu setiap penderitaan yg diberi oleh Allah adalah mengikut kemampuan ku...Aku akan selalu bersangka baik dengan Allah kerana Alla sentiasa ada bersama orang yg SABAR....

SABAR itu la perkataan atau perasaan yg sedang aku pelajari. Aku mohon pada Allah agar kesabaran ini kekal dalam hidup ku malah makin bercambah dalam jiwa ku...Aku Redha Ya Allah...:-)

2 comments:

SayangSal said...

wat bersabar sahabatku.....ku mengerti perasaan mu.....aku pun insan yang penuh kelemahan...hari nie...aku diduga lagi..dengan penyakit baru tau....suspek hypertension......tadi g hospital bp aku 146...ya allah...tingginya....patut la...kepala asyik ding dong2...ya allah..kau sembuhkan la kesihatan ku kembali...

Siti Azlina Abdul Aziz said...

aku ni pun rasanya high blood juga ni...sejak dua tiga hari ni aku banyak berfikir...entah lah aku semakin di duga dengan pelbagai persoalan...moga aku dapat menerimanya dengan berlapang dada...insya Allah...