Tuesday, January 31, 2012

STILL IN PAIN

gambar sekadar hiasan tp memang sakit kat bahagian tu pun :-(
Assalamualaikum...

Salam manis dari aku untuk korang semua. Kaki aku hari ni masih dalam keadaan yg sangat2 sakit. Memang makin berdenyut la dibuatnya. Tapi aku ni tetap aktif macam biasa, macam tak der apa2 yg berlaku kat kaki aku ni.

Bila aku duduk nak bangun nanti punya la susah....rasa nak nangis pun ada sebab menahan sakit. Tapi bila dah berjalan lama sikit dah ok tak berapa nak sakit, bila duduk semula nanti jadi la sakit tu bila bangun nanti...DUGAAN betul ni ...

Tapi kan bila ada aktiviti dengan anak2 asuhan aku boleh pula aku melompat macam tak sakit hehehe...hebat betul penangan anak2 ini. Aku rasa terus hilang rasa sakit tu. Ya Allah terima kasih kerana memberi aku penawar yg sangat indah...:-)

Aku harap esok akan berkurangan la sikit sakit kaki aku ni...boleh aku lompat skipping lagi...kali ni nak cuba buat 400 pula hehehe :-)

Monday, January 30, 2012

SKIPPING

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam aku tak keluar gi Power Walk sebab cuaca mendung...bukan apa takut tak sempat sampai rumah aku yg lencun basah dek hujan huhuhu...so aku amik keputusan skipping jer la kat dalam rumah sambil di temani oleh trainers2 aku yg 12 ekor itu :-)

Aku kalau ikutkan nak buat 500 skip, tapi tak boleh la, faktor umur la katakan heheheh....so dapat la aku buat 300 skip jer. Itu pun setiap 20 kali aku rest jalan2 dua tiga tapak sambung semula...memang penat, dan yg paling best tu basah gila baju ngan peluh wah hebat betul ni :-)

Tapi hari ni urat2 di kaki aku semua dah menegang...so aku terpaksa rest untuk hari ini...tapi petang tadi aku just buat senaman ringan iaitu twist...aku guna jer twister yg arwah mama belikan tu...so i just twist on the twister la petang tadi...tapi keluar la juga peluh hehehe...may be esok kalau aku sempat, Insya Allah aku nak keluar gi power walk.

Aku harap sangat semoga rutin sihat aku ini, akan terus kekal sampai bila2. Aku dan suami memang tgh workout untuk menjaga kesihatan kami yg kebelakangan ini semakin merundum...Harapan aku hanya satu semoga segala usaha kami ini akan membuah kan hasil yg lumayan Insya Allah...amin... :-)

Sunday, January 29, 2012

CUCI - CUCI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam hari Ahad yer semua...kejap jer dah hari Ahad. Esok mula la sesi persekolahan dan aku pun mula la bekerja. Maka sebab itu la aku dengan rasminya hari ni buat kerja2 mencuci kat rumah ni. Maklum la nanti minggu depan kalau dah penat kerja rumah tak terbuat la pula...

Aku ni ada satu habit yg agak pelik la juga. Sebelum aku keluar meninggalkan rumah tak kira kemana pun samaada ke tempat kerja atau shopping mesti aku nak rumah aku dalam keadaan baik dan tersusun. Sanggup aku bangun awal semata2 untuk pastikan semuanya dilaksanakan dengan baik dan teratur. Kalau tidak nanti masa kat sekolah mula la dok pikir itu ini. Itu la habit yg memenatkan aku sebenarnya.

Setiap hari aku akan bangun pukul 5 pagi untuk mengemop lantai dan memberi cats ku makan, sebelum aku bersiap ke sekolah. Itu la rutin aku setiap hari. Sehari 2 kali aku mop lantai...maklum lah duduk ngan cats kebersihan kena la kita jaga kan...tapi jaga2 pun kena juga alahan habuk huhuhuhu...sabar jer la...COBAANNNN!!!

So jom la kawan2 kita mencuci rumah hari ni. Nanti bila rumah dah bersih kita juga yg rasa selesa kan...Lets the Cleaning Party is begin hahahaha...:-)

Saturday, January 28, 2012

POWER WALK

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah apa yg aku teringin nak buat dalam tahun ni telah terlaksana jua...Syukur sangat2...Semangat ini bermula dari semalam sewaktu aku berjalan pulang dari kelas tusyen di Telok Air Tawar Indah...kira dekat setengah jam la juga aku berjalan dari sana ke rumah...

Kebetulan pula tengah hari tadi waktu aku dan adik ipar balik dari Tusyen kat Pekan Darat tiba2 motor adik ipar ku tayarnya pancit. So dia tinggalkan aku sekejap untuk baiki tayar...tapi aku teruskan berjalan...hampir 25 minit aku berjalan dari tempat aku ditinggalkan ke kedai yg membaiki motor adik ipar ku. So kejadian tengah hari tadi sekali lagi telah menyuntik semangat untuk aku ber power walk pada petang ni.

Dan petang ini secara rasminya aku telah mula mengamalkan cara hidup sihat...moga niat aku ini dapat diteruskan sampai bila2 insya Allah.

Tadi masa aku tgh bersiap nak ber power walk macam2 dalam kepala otak aku ni, takut anjing kejar la, takut kereta banyak la hish semua tu perasaan yg nak menjatuhkan semangat ku...tapi aku tetap kuatkan semangat untuk buang rasa pelik2 tu sebab aku nak sihat kan tubuh badan ku. Bukan apa aku ni memang la penakut sebab aku kan kena ragut 2 kali...so fobia tu tetap ada...

Tapi masa aku keluar tadi rupanya ramai org yg berpower walk macam aku...tapi semuanya uncle2 cina la...so aku tak der la rasa takut...lepas tu di telinga aku ni terpasang mp4 sambil2 tu dengar la surah2 yg boleh menguatkan semangat kita tu hehehe....So suasana bersenam kita tu akan lebih enjoy :-)

So kesimpulannya...aku harap sangat aku dapat lakukan aktiviti riadah ni setiap hari...jadual harian aku akan bertukar mulai minggu depan...Moga aku dan suami akan lebih sihat dan yg penting kami dapat menikmati kebahagian kami dengan lebih selesa amin....:-)

Friday, January 27, 2012

HOME ALONE

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Erm...hari ni saya nak bagi tahu yg saya kena tinggal sorang2 kat rumah tapi nak kata sorang2 tu macam menipu la pula..sebab ada lagi 12 cats yg setia menunggu aku di sisi...

Encik Suami ke KL ada meeting kat sana, so hari Ahad baru balik. Mujur hari ni aku cuti...tapi tusyen still on. So sat lagi dalam pukul 3.30 aku kena gerak la ke Tusyen Centre naik bas huhuhu...balik nanti pun kena naik bas juga huhuhu...alahai buat2 sedih la konon. Aku ni kan Permaisuri Bas hahahaha...tu la dah nama pun penakut nak drive itu la kenderaan yg aku ada...:-)

Esok pula Encik Suami dah call adik dia untuk pick up aku dari rumah ker tempat tusyen...So esok aku nak merepit la ngan adik ipar ku tu hehehe...

Bila tinggal sorang2 ni aku mula la rasa sunyi..sepi sangat2 rasanya...nak masak pun malas, nak makan pun malas...ni pun tgh minum oats jer...erm...kalau lama2 macam ni rasanya kurus aku :-)

Kurus la sangat tak der maknanya...bila cik abang balik mula makan macam setahun tak jumpa makanan hahahaha...nak kurus apa kebendanya huhuhu...

Tapi bila aku home alone ni...aku selalu sibukkan diri dengan kerja2 rumah. Hari ni aku dah mendobi...esok pun still nak mendobi..basuh sarung kusyen dan sarung bantal...lepas tu ingat nak kemas rumah sikit...maklum la sejak mula kerja ni rumah berselerak adoii...penat la juga...

Tapi walaubagaimanapun...aku harap semoga perjalanan suami ku selamat, segala urusan nya di sana juga sukses dan yg penting dia kembali ke pangkuan dengan selamat amin...I Miss U Sayang... :-)

Thursday, January 26, 2012

LAYAN ROJAK & ABC MIX FRUIT DI QUEENSBAY PENANG

abc mix fruit

rojak and abc

rojak buah
Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas lepas balik dari kenduri kami singgah GH (General Hospital) nak melawat orang kampung Hubby yg excident Jumaat lepas. Tapi masa kami sampai, pesakit masih berada di dalam bilik ICU. So kami just jumpa suami mangsa, kata suaminya isteri dia dah sedar...tapi masih dalam kawalan rapi.

Dengar kata isterinya tu dilanggar lari. Waktu tu isteri dia on the way nak pergi amik anak perempuan mereka yg duduk di asrama sekolah Bakti Tasek Gelugor, sekolah aku mengajar dulu. Sedih la..masa kejadian tu si isteri bawa anak kecilnya yg berada dalam raga motor. Tapi Allah pelihara anak kecil yg baru berusia 1 thn 8 bulan. Tapi apa pun kami berdua harap sangat2 si mangsa akan pulih seperti sediakala...amin...

So lepas kami balik dari GH terus singgah kat Queensbay, bukan apa suami aku teringin nak makan ABC mix fruit dan juga rojak...lagi pun dah lama tak lepak kat situ...and aku pula nak beli something untuk diri sendiri sempena birthday aku hari Sabtu lepas hehehe...:-)

Sampai jer aku dan suami tercari2 kedai yg menjual rojak ni, bukan apa takut tutup...maklum la hari raya cina la katakan...so tengok2 YES!! dia buka la hehehe...so ini la yg kami order...rojak buah yg sangat sedap dan juga ABC mix fruit...macam2 buah ada tu...tapi memang berbaloi dengan harga yg tawarkan...

So kalau sesiapa yg singgah Penang jom ke Queensbay tingkat atas food market..:-)

Tuesday, January 24, 2012

PICNIC AT PANTAI MERDEKA AND TANJUNG DAWAI

alya and aneesa
alya
aneesa
aunty ct
pak lah
one happy famili
suasana kat tanjung dawai
shopping ikan bilis jap
Assalamualaikum...

Adoii letih sungguh hari ni. Mana tak nya aku baru balik dari berpicnic dengan famili adik ipar ku. Lagi pun aku dan suami memang dah rindu sangat dengan Alya dan Aneesa. Dia orang ni anak buah terpilih hahahaha...bukan apa dari kecik memang dah rapat so bila dalam sebulan tu tak jumpa mula la rasa rindu. Lagi pun sekarang ni Alya dah mula sekolah tadika. So masa nak jumpa tu agak terhad.

Setiap kali aku tengok Alya aku pesti akan teringat...kalau la aku ada baby sure dah umur sama ngan Alya. Tapi tu la belum rezeki aku...aku pasti akan terus berusaha, berdoa, bertawakal dan menunggu...Aku yakin Allah pasti tak akan menghampakan aku dan suami.

Hari ni kami picnic kat Pantai Merdeka. Aku just goreng bihun ala singapore tu...tapi cuma aku letak udang kering...adik ipar aku pula goreng mee. Ermmm..memang layan betul la :-)

Alya ngan Aneesa punya la seronok mandi sampai sejuk. Encik suami dgn suami adik ipar ku pula konon nak memancing...alih2 tak menjadi layan anak2 ni mandi manda. Aku pula ngan adik ipar macam biasa la chit chat la sambil menguyah makan hahahaha....

Lepas saja makan2, kami pun tiba2 rasa nak ke Tanjung Dawai. So macam biasa bayar sorang RM 2 naik la bot laju tu...memang best...sampai sana borong ikan bilis, ikan masin dan sedikit asam :-)

Tangan aku ni dah berbelang hitam akibat sunburn...adoiii...bila la nak ok nanti...tapi apa pun aku memang hepi sebab dapat bercuti dengan famili hehehe..walaupun tak jauh tapi ia cukup mengembirakan aku dan suami...insya Allah next time kita bercuti tempat lain pula :-)

Monday, January 23, 2012

AKSI KECHIK QUEEN IN THIS HOUSE

nak baca novel jap

ala malas la pula

nak baca juga la

alamak ngantuk la pula

tapi citer best ni
Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2 bloger sekalian...hari ni aku nak celoteh tentang my cat...Kechik namanya...dia ni Queen in this house...bukan apa nya sebab dia la yg paling tua pun kira chif qadam la hahahaha....

Semalam masa aku nak baca novel tiba2 Mr.Hubby amik cermin mata aku letak kat Kechik...so apa lagi terus aku pun dapat idea nak buat something kat Kechik..so jadilah satu story tentang Kechik...sweetkan :-)

Kechik ni kucing kesayang my hubby...amik dari kampung hubby ni...Kechik wujud sebelum kami kawin lagi...kata Hubby masa kami dok falling in love hehehe Kechik dah ada..lama betul kan...

Kami pun dah masuk 6 thn berkahwin...so Kechik ni dah lebih dari 6 thn la umurnya kan :-)....Kechik ni ada habitnya...lepas makan sure nak masuk dalam bilik...sama ada bilik kami atau pun pun bilik tamu. Dia tak akan tidur dengan anak cucu dia kat luar tu hehehehe...dah macam one big family pun hahahaha...

Gigi Kechik pun dah banyak yg tercabut...maklum lah dah tua kan...tapi kira veteran ni hehehe...so apa pun kami sayang sangat ngan cats kami...ini la buah hati kami buat masa sekarang...kalau kami ada anak nanti pun cats kami tetap kami pelihara...sebab mereka telah menceriakan hidup kami berdua...:-) TQ Allah...di atas kasih sayang yg sungguh unik ini...

Sunday, January 22, 2012

PRE BIRTHDAY DINNER AT SHUSHI KING

mak cik gemoks berposing

mr.sponser

menu's

my lover

model kicap hehehe

chopstick

iced lemon honey tea

udon mee

menus

sedap tu

sweet rice

tempura

tempura sos

soup

birthday girl
Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, habis jer dari kelas tusyen, suami datang jemput aku terus ke Hospital Seberang Jaya. Rupanya X Boss Hubby jatuh sakit, terkena serangan jantung. Tapi Alhamdulillah beliau selamat...dan kini dalam proses pemulihan untuk kembali normal. Mungkin lepas ni beliau kena masukkan kamera untuk chek bahagian mana yg blocking.

Actually X Boss Hubby ni juga merangkap guru Hubby masa di Sekolah Al-Irsyad dulu. So dia orang ni memang rapat dah macam ayah ngan anak lagi...sweet kan...apa pun kami berdua harap semoga Tuan Haji Mizal akan kembali sihat amin...

Ok lepas jer habis sesi melawat pesakit, Mr.Hubby tiba2 tanya "Sayang nak makan malam ni?" Aku just pandang Hubby and senyum..entah lah tak tahu nak makan apa sebenarnya...So aku tengok macam biasa Mr.Hubby mula belok ke Sunway Carnival Mall YES!! sure nak lepak situ...Aku suka hehehe...

Kami berdua pusing2 dalam kompleks tapi tak tahu nak kemana...aku pula just follow jer hehehe...Tiba2 aku dengar Hubby cakap "shushi king kat tingkat atas kan..." aku angguk jer la...rupanya Hubby ajak makan kat situ hehehe...kalau nak ikutkan kami ni lansung tak pernah makan kat Shushi King...

So bila masuk jer dah terasa macam kat negara Jepun tu hehehe...moshi2 hehe dapat ucapan permulaan dari semua kakitangan di situ..kemudian kami mula dilayan dengan ramah sekali...lagu2 pun lagu2 jepun tu...memang akan rasa seolah2 di negara Matahari Naik tu la hehehe...

Memang pada mulanya aku tak nak makan nasi, tapi tak tahu nak pilih apa sebenarnya, so bila tengok menu takut pula nak order yg tak reti nak makan, tak pasal2 membazir nanti...so aku just pilih sweet rice...memang sweet and memang nice tastenya...

So far kami memang enjoy sangat layan dinner kat situ..may be next time boleh singgah lagi hehehe..:-)

Saturday, January 21, 2012

TODAY IS MY BIRTHDAY

Assalamualaikum...


Today is my birthday…Syukur Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk menghirup udara segar dari bumi Mu ini. Usia ku dah menginjak ker angka 34 tahun..dan ini merupakan tahun kedua aku sambut tanpa bonda di sisi. Ya Allah memang perit…namun aku tetap tersenyum sebab aku masih ada insan2 yg memerlukan senyuman ku, iaitu suamiku, saudara mara ku, sahabat handai ku dan kawan2 seperjuangan ku.

Kalau ikutkan hati …aku tak mahu pun ingat tarikh lahir aku ini, sebab sebelum2 ni, setiap jam 12 tengah malam arwah mama akan call aku wish selamat hari lahir dan doa2 nya membuatkan aku sentiasa diberkati. Sebelum kawin mama selalu akan cium dahi aku ucap selamat hari lahir tepat jam 12 malam. Tapi kini semuanya hanya mimpi…tiada lagi ciuman panas dari bibir seorang ibu…dan aku juga kehilangan doa2 dari seorang ibu.

Ya Allah aku mohon pada Mu..berkatilah hidupku, tetapkan lah iman ku, jadikan lah aku hambaMu yg bertakwa, kuatkan lah hati ku dengan semua bencana yg menimpa, tabahkanlah diriku dengan segala dugaan mendatang, matangkan lah diri ku untuk mentadbir diri dan keluarga ku, kurniakan lah aku dan suami cahayahati kami bagi pengikat kasih sayang kami berdua, jadikanlah aku isteri yg solehah dan anak yg soleh…dan jika sampai ajalku kembalikan lah aku dalam keimanan dan tempatkan lah aku bersama bonda dan ayahanda ku…aku rindu sangat dengan mereka…amin…

Friday, January 20, 2012

CAKE BIRTHDAY DARI STUDENTS DI TUSYEN CENTRE

kek untuk ku

ini la anak2 murid ku

diyana,habsah,hasniza dan iffah
Assalamualaikum...

Hari ni lepas balik kerja dari SKBI, terus aku ke Tusyen Anice pula. Belum sempat lepas lelah dah kena mengajar, tapi tu la...walau pun aku penat tapi bila tengok wajah anak2 didik ku ni, terus hilang penat. Macam tu la agaknya bila ibu bapa penat balik kerja tapi lepas tengok wajah anak terus hilang penat...:-)

So bila lepas semua kelas...tiba2 4 orang ni datang bawa kek...wah suprise tu...Ya Allah terharu betul. Tak terkata aku..tapi ini semua kurniaan Allah...Allah nak aku hepi. Walaupun hakikatnya aku tak nak sambut birthday aku ni...aku rindukan mama...tapi Allah berikan aku pengubat luka...terima kasih Tuhan...

Untuk anak2 murid ku...terima kasih banyak2...ia betul2 buat hati saya terharu...I love uolsss :-)

Thursday, January 19, 2012

AKTIVITI MAIN WATER COLOUR

alia zulaiqa

aneesa

danish
Assalamualaikum....

Hari Selasa lepas kami bermain cop2 jari dengan water colour...bukan main seronok lagi anak2 asuhan aku ni shiok la tu hehehe...

Tapi Alhamdulillah masing2 faham dengan arahan. Mereka menggunakan jari untuk mengecop di atasa gambar tangan mereka sendiri. Kanak2 ni kalau faham araha maknanya dia sangat cerdik. Tapi ada juga yg perlukan bimbingan.

Alia dan Aneesa berumur 5 tahun. Alia ni manja maklum lah anak bungsu. Aneesa pula kalau buat kerja sangat cermat dan dia dulu pernah belajar di PERMATA. So semua hasil kerjanya sangat2 baik dan dapat menerima semua arahan dengan mudah.

Danish 6 tahun, walau pun nakal tapi Danish ni pandai. Dia selalu faham arahan dan sentiasa nak tengok hasil kerjanya habis cepat hehehe...

Aku memang hepi bila berada dalam lingkungan mereka...Bahagia sangat rasanya bila bersama anak2 kecil ini..Insya Allah satu hari nanti aku juga mampu memilikinya seorang insya Allah...

Wednesday, January 18, 2012

MENU ORG KENA MIGRAIN

ayam goreng kicap menu 17 januari

menu 17 januari

menu 16 januari telur goreng mata dengan ikan bilis goreng cili padi perah limau

menu 16 januari roti tu untuk cik abang yg tengah diet
Assalamualaikum...

16 Januari lepas ku di serang migrain punya la sakit tak tahan. So aku tahu aku kena makan nasi juga2 walau pun sikit. Tekak ni pula adoii rasa loya tak boleh nak makan. Apa yg aku kena buat ilaha aku kena potong buah oren dulu makan lepas tu bila dah hilang loya baru la aku boleh bangun masak.

Cik abang aku pula sejak ada hobi baru ni tiap2 petang gi cycling. Tapi hari Isnin lepas dia macam tak nak pergi takut aku jatuh ke apa ker...tapi aku kata pergi lah kawan2 dok tunggu...nanti terbantut pula hobi dia tu kan hehehe...lagi pun aku tak nak manjakan sangat sakit migrain aku ni dan aku tgh elak dari amik panadol.

So bila dah makan oren tu rasa lega la sikit...aku ni bukan apa bila lewat makan nasi mula la migrain. So aku just goreng ikan bilis letak cili padi dan bawang...lepas tu perah asam limau sikit. Goreng telur mata sebijik. Nasi pula panas2 letak kicap fuhhh...sedap tu beb bila sesekali layan menu simple tapi sedap ni.

So 17hb semalam aku kepenatan...macam biasa pening kepala...tapi masih boleh dikawal. So aku pun goreng ayam buat masak kicap. Aku makan ngan nasi tapi cik abang layan ngan roti oatmeal....maklum lah dia tengah diet la katakan hehehe...

Apa pun korang jom layan menu simple aku ni...ini menu pemalas namanya atau pun menu org kena migrain :-)

Monday, January 16, 2012

JUST AN EDITING

me at the wall

me in the frame

my faces

with my lover

her i am

my beloved

me and u always together
Assalamualaikum...

Hari ni saya letih sangat...so I just put some editing picture in this entry. Bukan apa dah lama edit tapi tak pernah display pun...:-)

So pada yg sudi tengok TQ banyak2...pada yg dah jemu tengok tutup mata jer la yer :-)