Friday, April 29, 2011

MENU DARI DAPUR KU

Assalamualaikum,
Hari ni baru la aku ada mood nak up date blog. Bukannya sebab aku malas tapi letih aku melayan broad band yg lembap tahap cipan ni...Tapi nak buat macam mana kan...dan boring kat rumah so ku layan kan juga broad band ku tu walaupun lembap bak kura2 lagak nya :-)

Ok entry kali ni aku nak bawa korang singgah ke dapur ku...hehehe..macam la hebat sangat masakan aku ni, tapi ini la yg mampu aku lakukan setakat ni, may be next time aku buat menu yg lebih canggih dari sekarang ni :-). Aku ni kalau bab masak memasak ni masih di tahap sekolah tadika lagi la...Bukan aku tak pandai lansung tapi kira suam2 kuku jer la hehehe...

Dulu kalau aku nak makan apa2 sure arwah bonda yg akan masakkan, walaupun aku dah bersuami waktu tu. So sekarang pandai ke tak aku tetap kena buat juga. Kalau aku tak buat siapa lagi yg nak buat kan untuk aku kan hehehe...kadang tu malu la juga sebab suami ku ni pandai bab2 masak memasak ni...Kalau korang nak tahu aku banyak belajar memasak dari mr.hubby. Terima kasih yer sayang sebab sudi mengajar isteri mu ini ... wah ayat pancing gitu .. :-).

So, jom kita tengok apa yg aku masak sepanjang minggu ni...hehehe...:-)

kari udang&buncis,telur dadar,ulam timun cicah budu
Menu ni aku masak Jumaat lepas, kalau tak salah 22hb April lepas. Kami berdua teringin benar nak makan budu...tapi di sebab kan lapar tak sempat la nak buat ikan bakar apa semua. So yg ni jer la yang sempat aku masakkan. Menu nya udang masak kari dengan kacang buncis, telur dadar, ulam timun cicah budu. Jadi ore kelate la demo hari tuh...:-)

sup daging,buncis goreng dgn telur, ikan masin
Ini pula menu hari Isnin 25 April lepas. Aku masak sup daging, lepas tu goreng kacang buncis dengan telur dan dah lama aku tak makan ikan kering belah ni. So dah teringin tahap cipan kan, so goreng la juga, walaupun hidung ku tgh gatal bangat ni hehehehe...resdung la tu beb...:-). Suami aku memang suka makan masakan bersup ni.

bubur jagung
Menu untuk hari Selasa pula, kami tak makan nasi sebab suami nak ajak keluar makan malam nanti. So aku buat bubur jagung jer la. Mulanya nak letak susu ideal, tapi cari punya cari tak der la pula...nampak nya letak santan la. Tapi tak boleh banyak2 santan nya, kolestrol tu...tapi memang sedap. Masalah nya bubur ni tak habis pun kami makan petang tu. Jadi seperti biasa di masukkan ke dalam peti sejuk, esok nya bila di keluarkan dah jadi ais krim jagung, apa lagi berebut2 la kami berdua makan sedap tu...thumbs up :-).

tom yam campur
ayam goreng kunyit
Menu hari Rabu ala thai la pula, yg tak der nya cuma telur bungkus hehehe sebab tak tahu nak buat bungkusan nya :-)... jujur ni, aku tak malu mengaku kelemahan ku...wah berani bercakap benar lagi. So menu aku tom yam campur, yg banyak nya sayur dalam tom yam aku ni. daging plus ayam...memang sedap hehehe..sebab dah lama tak makan tom yam tu yg kata sedap tu. Lepas tu ayam goreng kunyit ni aku ikut resepi suami ku, tapi tu la, tak jadi sangat macam suami ku masak...huhuhu...nanti kena belajar lagi ni cayok ct !!

spagheti cendawan
Menu hari Khamis ala western la pula, aku masak spagheti la...bukan apa semalam dah makan nasi kan. So petang ni makan spagheti pula. Menu yg korang semua tengok ni aku masak waktu petang, kira waktu dinner kami la. Kami berdua amik dinner jam 6.00 petang. Paling lewat pun 6.30 petang. Bukan apa malas nak makan malam ni, perut cepat sebu la pula...susah nak tidur nanti...lagi pun demi kesihatan juga kan hehehe..kena la kita beringat sebelum sakit yer tak kawan2...:-)

sambal udang,terung goreng tempura,daging goreng brokoli black pepper
Ok ini la menu aku tengah hari ni...Jumaat 29 Mei 2011. Menu ni makan tengah hari yer, sebab mr.hubby ku balik lunch kat rumah. Boleh dikatakan semua menu2 ku simple2 belaka. Maklum la kami ni berdua jer kat rumah. Kalau masak banyak nanti tak habis la pula..dah jadi membazir pula kan...:-)

cucur sardin di cicah dengan sos cili
Ini menu tambahan. Kalai tak salah aku buat cucur sardin ni hari Khamis minggu lepas. Aku amik dari salah satu resepi di blog juga hehehe...sharing is caring right my friend...sedap juga. Nanti boleh la aku buat lagi hehehe...

So setakat ini sajalah menu yg dapat aku kongsikan bersama rakan2. Insya Allah nantikan entry aku yg seterusnya..semua nya tentang diri aku dan tentang kebaikan kita bersama...jumpa lagi Wassalam...:-)

Tuesday, April 26, 2011

7 PERKARA MEMBUATKAN ANDA BERMOTIVASI WAKTU PAGI

Assalamualaikum,

Hari ni kita nak bincang tentang 7 perkara yang membuatkan anda bermotivasi di waktu pagi. Bukan apa biasa la kan, kalau kita ni nak bangun pagi2 memang liat betul kan. Lagi satu mood kita waktu pagi memang macam singa kadang2 la hehehe...So jom kita tengok beberapa perkara yg boleh membuatkan anda termasuk saya bermotivasi di waktu pagi hari :-)

1. Bersyukur

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yg terbaik hari ini, lebih baik dari yg kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yg anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel2 motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka e-mail, baca suratkhabar, baca gosip2 mahupun join sesi mengumpat bersama kawan2. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi

Ikuti sesi2 motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr. Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi2 motivasi pendek ini. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah

Bila anda mula punch card nakmasuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yg membuat anda lalai, mengantuk macam tak cukup "cas bateri" saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yg anda lakukan mendapat keberkatan.

5. Set Target Kemajuan Diri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yg kita nak capai hari tu. Betul tak? Mulai hari ini, ubah sikap anda. set target apa yg anda mahu capai, lagi bagus bila kita set kan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yg nak anda ulangkaji, berapa buah buku yg anda nak baca dalam minggu ini, berapa soalan yg nak ditanya kepada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yg anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yg anda nak dapat dari bisnes anda. Set juga apa yg nak anda pelajari dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yg nak anda siapkan dan set limit masa anda menyiapkan segalanya. Jika anda seorang suri rumah seperti saya, set juga masa untuk anda mengemas rumah, memasak, dan membasuh, serta masa untuk anda rehatkan diri :-). Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari lihat warna2 cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ini aku dah test sendiri, nampak nya berkesan :-). Dekatkan diri dengan benda2 berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.

Lepaskan segala yg dulu2. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Andai emosi2 negatif ini bersarang di hati, (walaupun sedikit) ia akan mengahalang motivasi. Lebih teruk anda menjadi orang yg berfikiran negatif. Anda hanya akan nampak kesalahan dan kesilapan orang dalam setiap sudut pandang. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

So ini la ketujuh2 perkara yg dapat membantu kita berfikiran positif dan bermotivasi di waktu pagi. Cuba la amalkan yer, mudah2 an berkesan :-).

Sunday, April 24, 2011

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum sahabat2 bloger sekalian,

Ok hari ni aku nak citer sikit tentang kelebihan untuk para suami dan isteri...:-). Aku baca artikel ni dari diari muslimah aku la. Aku juga ada dengar tentang kelebihan tidur berbantal kan lengan suami ni dari mulut pakar motivasi dan juga penceramah salah seorangnya ialah Dato. Ustazah Siti Nurbayah dan suami nya Ustaz Akhshah dalam rancangan "Semanis Kurma" yg di hoskan oleh mereka berdua setiap hari Khamis jam 10.00 malam di TV9 Di Hati Ku...:-)Tapi aku tak ingat la pula slot yg mana yer....hehehe...

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira2 45% sahaja isteri yg tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 thn berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yg  masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 thn usia perkahwinan (harap2 nya termasuk kami berdua hehehe...)

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yg dirembes dari ketiak lelaki / suami boleh mengaktifkan hormon wanita / isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Kira ini adalah salah satu terapi yang senang dan mudah di dapati di sekeliling kita hehehe...yg dah berkahwin la yer...yg belum sabar, tunggu dulu :-). Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki / suami datang dari celahan ketiak hehehe....dimana kelenjar phero paling aktif. So kalau suami anda bau busuk jgn la marah, bagus untuk ketenangan kita para isteri tau hehehe....:-)

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal2 anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yg cukup rileks dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. Pengalaman ini hanya perempuan sahaja yg tahu betapa asyik dan rileks nya. Jangan la anda ketawa pula sebab ini adalah FAKTA ...tak caya?? Serius, percayalah sebab aku memang selalu buat macam tu hehehe...nanti para isteri jgn lupa tau buat hehehe...yg belum bergelar isteri sabaq sat nooo :-)

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yg tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur...:-).

Dan peringatan juga untuk para lelaki / suami, jangan lah shave atau cukur ketiak anda togel pula hehehe....biarkan sedikit atau trim sikit aje, bukan apa bulu2 itu yg merupakan ejen penyebar bau phero yg disenangi wanita / isteri. So wahai sahabat bloger ku yg dah bergelar isteri jom ramai2 kita praktikkan sesuatu yg dapat mendamaikan jiwa kita, sesuatu terapi yg sangat membahagiakan kita... Buat tau jgn tak buat nanti rugi :-)...i love u all ...

Thursday, April 21, 2011

CITER MAKAN LAGI

tgh ready nak mamam hehehe...
hish tengok tu punya la kempunan
ni baru la sopan sikit kan :-)
long coney yummy
curly combo cedap tu :-)
macho nachos marvelous
Assalamualaikum,

Hari ni kita citer bab makan lagi yer hehehe...biasa la aku ni kan suka makan. Kali ni aku nak citer betapa aku teringin bangat nak makan A&W ni...hish sampai termimpi-mimpi la di buat nya. Setelah pujuk dan terus memujuk akhirnya mr.hubby bawa juga la aku makan A&W. Bukan apa katanya takut nanti aku kempunan la pula. Hehehe...memang kempunan tahap gaban pun hahaha....

sup tulang
Masa balik dari makan2 kat A&W tu kami singgah pula makan sup. Tapi  kami amik semangkuk jer. Aku dah kenyang la, tapi mr.hubby teringin pula nak makan sup tulang ni. Aku share jer ngan hubby, lagi pun sharing is caring kan :-)...Sup ni memang pekat, kira cukup la segala rempah ratus nya hehehe...lagi pun kebetulan malam yg kami makan sup ni memang hujan. Memang menyelerakan la jadinya :-). Sup ni di jual di gerai area Bagan Ajam ni jer, dah dekat dengan rumah kami la :-).

sate daging 20 cucuk tu
kuah kacang nya memang sedap

laici kang kegemaran ku
Tanggal 12 April, kami keluar makan2 kat AIDYS Cafe yg terletak di area Telok Air Tawar. Kalau sampai situ sure aku akan order laici kang kegemaran ku. Bukan apa kacang tanah nya tu memang rangup sedap betul la. Lepas tu pula banyak rencah dan bahan dalam laici kang ni..memang tak rugi la kalau order :-). Sebenarnya kami meraikan pra hari lahir suami ku yg jatuh pada keeseokannya 13 April. Apa lagi makan time la....Sate kat sini pun sedap, kalau kami datang sini sure kami akan amik sate daging 20 cucuk, memang wajib la :-).

kami order minuman yg sama teh ais
menu mr.hubby char ko teow
ini menu aku maggi goreng
Jumaat lepas, waktu kami balik dari Econsave (lepas beli barang dapur), tiba2 lapar la pula. So kami singgah makan kat area pantai Bagan Ajam. Saja nak cuba kat gerai makan baru. So aku pilih menu maggi goreng dan hubby pula pilih char ko teow. Er... boleh tahan sedap nya. Tapi dah nama pun lapar kan, kayu batu depan mata pun bedal hehehe....Kami makan dalam suasana yg romantik la juga. Mana tak nya waktu tu dah nak senja...dah la tu kawasan tepi pantai, angin sepoi2 bahasa tu, romantik nya :-).

satu milk choc dan satu lagi latte
sate goreng
chicken pop corn
Ok, kali ni citer hari Ahad lepas. Masa tu dah dekat pukul 9.00 malam. Tiba2 hubby ajak keluar minum. Pada mulanya, ya betul nak minum alih2 dah jadi makan dan minum la pula hehehe....Kami pilih ice blended. Manakala makanan kami share, tapi dua menu hehehe...satu sate goreng dan lagi sati chicken pop corn. Yang bestnya chicken pop corn tu di cicah dengan sos mushroom ala chicken chop. Memang sedap. Lokasinya macam biasa la tempat lepak kami kat Robina Corner. Jemput makan kawan2 :-).

kuih muih untuk minum petang
popia goreng dan kuih tako
Yang ni pula menu kami minum petang pada hari Isnin lepas. Kebetulan hari tu mr.hubby ku bercuti. So kami beli kuih kat area Bagan Ajam. Macam2 kuih ada. Tak terpilih di buat nya. Memang sedap2 belaka. Yang menjadi kegemaran ku ialah kuih popia goreng nya. Memang sangat sedap. Tiga2 aku habis kan hehehe...buruk lantak betul la ct oiii.....:-)

chicken wings
kuah pasta
pasta
pasta is ready to mamam
Hari Selasa lepas memang malas nak makan nasi. So aku masak pasta jer la. Kebetulan pula hari tu masa gi Giant ada beli chicken wings yg telah di perap. So balik goreng jer la. Erm..sesekali tukar selera ke western memang sedap kan hehehe...jemput makan kawan2 :-)

So itu la saja kisah makan aku kali ini. Nanti kalau ada lagi kisah pasal makan, sure aku akan kongsi dengan kawan2 yer...Kalau teringin tu jgn la malu2 pergi cari di kedai yg berdekatan atau pun masak sendiri :-) Wassalam...:-)

Wednesday, April 20, 2011

KESAN MINUM AIS


Assalamualaikum,

Salam sayang untuk semua rakan2 blog ku. Hari ni artikel yg ku dapat bukan la 100% dari ku, tapi dari rakan ku di FB. So aku cuma share mana yg patut jer. Kalau di lihat pada tajuk, semua sudah sedia maklum apa yg akan aku bicarakan pada hari ini. Aku ni pun giler minum ais juga hehehe...kalau tak dapat rasa macam nak pitam hehehe...

Tapi lepas baca artikel ni, aku terus bertekad akan minum air suam jer lepas ni huhuhu...demi kesihatan aku juga kan...Ini la nama nya pengorbanan yer tak :-).
Jom kita tengok dan baca artikel ni dulu, lepas tu baru la aku buat beberapa kesimpulan yer :-).

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi. Kesan Minum AIS.  
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas.  Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.  Kita tidak akan kehilangan apa-apa, malah  akan mendapat faedah dari amalan ini.    

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak  yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.  Jalan terbaik, adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.    

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.  

Baca ini, ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.    
Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! 

Maka dengan itu, mari lah kita sama2 mengatakan TIDAK PADA AIS :-). Bukan la tak boleh minum lansung, tapi sekali sekala boleh kut hehehe...Tapi aku secara personal akan berhenti dari munum air yg berais. Mulai hari ini, waktu ini, saat ini aku dah berazam akan terus berjihad melawan nafsu minum ais :-) insya Allah...

Tuesday, April 19, 2011

SIHAT SECARA SEMULAJADI

Assalamulaikum,

Hari ni aku nak berkongsi tentang tips kesihatan secara semulajadi. Tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menjadi sihat. Semua nya ada di sekeliling kita. Jom kita tengok apa yg ada yer :-). Oh yer hampir terlupa pula, tips ni aku dapat dari majalah kegemaran ku juga la, Majalah Rapi masih dalam keluaran yg sama iaitu 1 November 2009, bilangan 127.


 Jangan Gunakan Ketuhar Ketika HAMIL.

Adalah sukar untuk mempercayai fakta ini tetapi tidak salah jika anda mengambil langkah berjaga-jaga. Semasa hamil, elak daripada memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik terhadap janin yg sedang anda kandung. Ini lebih merbahaya jika ketuhar itu sudah lama atau salah digunakan. Menerusi satu kajian yg dijalankan, radiasi elektromagnetik yg ada pada ketuhar ini akan merosakkan embrio sehingga membawa kepada masalah keguguran. Berhati-hatilah menggunakan ketuhar jika anda sedang hamil.


Tukar Warna Bilik Tidur Anda

Anda mengalami masalah sukar tidur? Sebelum mencuba pelbagai ubat-ubatan, anda boleh menukar suasana bilik tidur anad terlebih dahulu. Cat bilik dengan warna yg gelap dan pasanglah cadar dan langsir yg berwarna gelap. Kalau berkemampuan, pasanglah penghawa dingin. Semua ini membantu untuk anda tidur dengan lebih lancar.

Beli Pengisar Jus Sendiri Untuk Lebih Sihat

Peruntukkan wang untuk membeli mesin pengisar yg berkualiti. Ini memudahkan anda untuk menghasilkan sendiri jus buah-buahan. Perlu diingat, penyediaan jus sendiri adalah jauh lebih baik daripada membeli yg sudah tersedia di pasaran. Jus sangat banyak kebaikannya pada kita. Antara lain, jus membantu kita mendapat pelbagai khasiat dengan cepat dan mudah. Bahkan ia juga melancarkan sistem perkumuhan.


Hidulah Lemon Untuk Meningkatkan Semangat Anda

Para saintis berjaya membuktikan bahwa bau lemon yg segar dan harum mampu meningkatkan "mood" anda. Keharuman lemon ini mampu meransang serotonin, hormon yg meransang rasa bahagia dan dalam masa yg sama mengurangkan paras "norepinephrine", hormon yg mengundang tekanan.


Bersolat Untuk Ketenangan Hati

Bagi kita yg beragama Islam, lakukan lah solat tahajjud pada waktu malam jika hati anda tidak tenteram. Gerakkan dalam solat dan juga kesunyian suasana malam membuatkan anda mampu lebih fokus dan bertenang. Dalam hanya 15 minit, anda mampu memperlahankan emosi yg tidak stabil sambil bermohon kepada - Nya. Secara tidak lansung, aturan nafas juga menjadi lebih lancar. Manakala bagi mereka yg bukan beragama Islam, anda boleh amalkan meditasi. Tindakan mendiamkan diri selama beberapa ketika mampu membuatkan anda lebih aman.


Susukanlah Bayi Anda Dengan Susu Ibu

Merujuk kepada penyelidik, ibu yg memberikan bayi mereka minum susu formula di dalam botol sebenarnya hanya akan menambah risiko kepada bayi tersebut. Risiko ini terjadi kerana susu formula lazim nya mengandungi konsentrasi yg sangat tinggi. Hal ini bertambah buruk jika ibu sering menukar-nukar jenama susu dan mengubah jadual penyusuan bayi. Antara masalah yg bakal timbul ialah obesiti dan sebagainya. DEmi mengelakkan semua ini, susuilah bayi dengan susu anda sendiri.


Luangkan Hujung Minggu Untuk Berehat

Lihat kalendar anda dan pilih lah satu hari pada hujung minggu untuk anda berehat. Pastikan anda tiada sebarang komitment pada hari itu. Cuba usahakan agar anda betul2 berehat di rumah sepanjang hari. Ini membantu anda untuk mendapatkan hari yg lebih bertenaga pada minggu berikutnya.


Rehatkan Fikiran Dengan Makanan Tinggi Protien

Tahukah anda, makanan yg tinggi protien mengandungi asid amino "tryptophan", iaitu tubuh menghasilkan bahan kimia untuk tidur lena. Hendak lebih mudah, makan lah sedikit biskut oat dan minumlah segelas susu panas sebelum tidur. Khasiat protien y terkandung di dalam makanan ini membuatkan anda dapat tidur dengan lebih mudah dan fikiran juga dapat direhatkan.

So, diharap rakan2 semua dapat mengaplikasikan semua tips ini demi kesihatan diri kita...ingat lah bahawa "DIRI KITA BEGITU BERMAKNA" :-)

Sunday, April 17, 2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum,

Hari ni saja jer aku nak berkongsi luahan hati, tapi bukan la sesuatu yang negatif tapi lebih kepada positif :-).Kalau di tengok pada tajuk tu wah macam la hebat ... tapi hakikatnya tak der la hebat mana pun kan ... Aku nak bercerita tentang kehidupan yang aku lalui sehari-hari sejak dua menjak ini.

Betul kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Sehari kenal masih tak berapa nak mesra kan, tapi kalau dah masuk 4 bulan kenal sure semakin mesra. Begitu la juga dengan diri ku sejak dua menjak ini. Aku sekarang dengan rasmi nya menjadi "SURI RUMAH SEPENUH MASA". Memang pada mula nya aku sangat2 tak selesa, tapi lama kelamaan ia menjadi sangat serasi dengan diri ku. Kalau dulu aku asyik memberontak nak kerja, tapi sekarang perasaan berontak tu semakin pudar...hehehe...kenapa yer???

Semakin hari aku semakin selesa dengan kehidupan baru ku ini. Aku rasa semakin tenang dan semakin bahagia di samping suami tercinta. Kalau dulu masa zaman kerja, masing2 penat dan cepat pula nak naik angin hehehe...aku la tu :-), tapi sekarang aku boleh berkongsi dan mendengar segala masalah suami ku dengan sangat tenang ... wah...ini satu pembaharuan bagi ku...

Selain itu, masa aku juga sangat2 fleksibel dan tak membebankan. Aku rasa nak basuh baju, pukul berapa pun tak per, tak perlu terkejar-kejar masa. Soal makan minum suami ku pula semakin teratur...kalau tidak nak masak pun rasa macam beban la pula hehehe...itu aku kata aku la kan...Dan yang paling ketara aku kini semakin rajin hahaha...dulu bukan tak rajin tapi cepat penat. Sekarang tidak lagi, aku semakin enjoy dengan kehidupan baru ku.

Aku juga dah boleh masak beberapa masakan yg dulu aku tak tahu pun macam mana nak masak. Sejak kehilangan bonda tercinta, aku semakin matang dan bijak melakukan kerja2 rumah yg kadangkala aku tak pernah pun buat. Maklum la aku ni anak tunggal, bila nak buat jer, mesti arwah mama akan kata "tak payah la cek, pi rehat, mama kan ada"...tapi sekarang semua tu dah tak akan aku dengar lagi...aku bangkit dan lakukan semua nya sendiri.

Kalau korang semua nak tahu, aku memang tak suka sapu sampah...kerja yg paling aku benci. Kini bukan setakat sapu sampah mop lantai pun sehari  3 kali. Terlebih rajin la pula huhuhu...Bukan apa rumah aku ni di huni oleh kucing2 juga, so kebersihan mesti lah di utamakan :-)...

Satu lagi kerja yg paling aku tak suka ialah, melipat baju...wah benci giler siut dengan kerja tu...malas tau...tapi kini semua nya aku boleh buat dengan sempurna siap boleh menyanyi lagi tu sambil melipat baju kira2 macam enjoy la kan hehehe...

Aku juga ada jadual kerja ku sendiri, dan yg paling best aku juga ada sediakan KPI (key performance indicator) untuk setiap kerja yang aku buat di rumah ni. Contohnya, seperti basuh baju suami, aku akan pastikan baju rumah dan baju kerja nya tak bercampur, sidai pun asing2 hehehe...bukan apa kalau letak kat luar baju kerja tu akan luntur. Cukup bulan aku akan cek warna baju tu luntur ke tak..kalau suami ku kata luntur bermakna KPI aku gagal...kalau tak kira KPI aku ok la :-)...

Secara kesimpulan yg boleh aku buat ialah, apa saja kerja yg kita buat mesti la datang dari hati yang ikhlas. Kalau datang dari perasaan terpaksa, maka semua kerja yg kita buat itu menjadi satu bebanan untuk kita. Jika datang dari rasa tanggungjawab dan ditambah pula dengan rasa ikhlas, maka semua kerja susah akan menjadi mudah akhirnya :-)

Kini, aku hanya fokus pada kerjaya yg aku sandang sekarang ni, walau pun tak nampak pay slip nya di dunia, namun di akhirat jua kita mendapat segala hitung nya...Apa yg aku ada sekarang ni akan aku hargainya...jika selepas ini aku bekerja jua...kerja hakiki ku ini tetap menjadi keutamaan ku...kerana aku semakin sayang dengan kerjaya ku sebagai SURI RUMAH ALAF BARU :-).

Friday, April 15, 2011

BUAH TIN KAYA KHASIAT, SERIBU MANFAAT

buah tin
Assalamualaikum,

Hari ni aku nak berkongsi sesuatu berita yang sangat baik untuk semua para bloger. Tadi petang sedang aku membaca malajah kesukaan ku iaitu Malajah Rapi (tapi ini bacaan ulangan sebenarnya hehehe...) Keluaran 1 November 2009 Bil. 127. Aku terasa nak jer berkongsi tentang betapa besar nya khasiat buah tin dalam kehidupan kita sehari-harian. Sebenarnya buah tin selalu kita dapat bila ada orang atau saudara mara kita yang baru pulang dari menunaikan haji atau umrah. Aku ni selalu juga la dapat, tapi aku mesti suka makan buah kurma, kismis atau kacang cerdik hehehe....tapi kalau buah tin aku tak nak makan maklum la keras sikit kan...So sekarang ni aku dah tahu akan kelebihan nya sure aku akan makan banyak2 buah tin hehehe...Jom kawan2 kita tengok apa khasiat nya buah tin kepada kita umat manusia ok...:-)

Sabda Nabi Muhammad SAW: Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Syurga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya. (Hadis Riwayat Abu Darba;Suyuti).

Di antara tumbuhan yg terdapat dalam Al-Quran ialah madu, tin dan zaitun, kurma serta 'habbah as-sauda'. Nama buah tin juga tercantum di dalam al-Quran di samping buah zaitun. Ia juga dikenali dengan nama Ara atau'Figs', ia bukan berasal dari Malaysia tetapi dari negara Arab.

Rasanya yg manis, berwarna kehijauan (buah tin muda) dan apabila matang warna kulit berubah menjadi ungu kehitaman. Buah tin yg muda sering dijadikan sebagai sayur dalam masakan daging dan buah tin tua dan matang sangat lazat sebagai pencuci mulut, dijadikan jus, manisan kering dan lain2.

buah tin yg di keringkan
Banyaknya Khasiat

Beberapa kajian dan penelitian yg dilakukan tentang buah tin akan khasiat dan keistimewaan nya. Antaranya ialah:-
  • Kajian dari California Fig Nutritional Information - buah tin mengandungi serat yg tinggi. Di mana, setiap 100gm buah tin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).
  • Kajian yg disiarkan di Qatar - buah tin ini kaya dengan kalsium dan potasium yg mengandungi zat benzaldehyde amat baik untuk melawan sel2 kanser.
  • Website Cancer Foundation - kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan  benzaldehyde terbukti sgt berkesan dalam melawan kanser.
  • Jabatan Pertanian Amerika Syarikat - buah tin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.
  • Pakar kesihatan - dengan mengambil buah tin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.
  • Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey - ia membuktikan buah tin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yg mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol - sesuai untuk mereka yg mengidap penyakit diabetes.
  • Prof. J.A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat - setiap 100gm buah tin mengandungi vitamin A (9.76IU), vitamin C (0.68mg), kalsium(133.0g) dan zat besi(3.07mg). Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga dan memelihara kesihatan dalam tubuh kita.
  • Pengarah Institut Pencegahan Penyakit, George Washington University Medical Centre (Dr. Oliver Alabaster) - mengatakan jika seseorang itu mengambil buah tin, beerti ia telah mengambil makanan yg menjamin kesihatannya dalam jangka masa yg panjang.
  • Lembaga Penasihat Buah Tin (California Fig Advisory Board) - ia mengatakan bahawa buah tin sbg 'Nature's most nearly perfect fruit' iaitu buah yg hampir mencapai kesempurnaan secara keseluruhan.
  • Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah - buah tin dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa serta langkah pencegahan untuk melawan racun dalam tubuh kita.
buah tin muda dan juga yg masak
Ingat ...

Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :-
  • mengelak daripada bahan2 keracunan
  • melicinkan tekak dan dada
  • mencuci hati dan jantung
  • membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Ada Lagi... 

Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-

  • penyakit buasir
  • sakit2 dan bengkak badan
  • batuk yg berpanjangan
  • melawaskan kencing
Berita Baik !

Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.

Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.

Riwayat dari Abu Zar r.a :-

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

So, sahabat ku sekalian, marilah kita sama2 mendapat faedah dan manfaat dari berita ini. Rupanya penawar yg kita cari ada di depan mata. Jangan sesekali kita abaikan apa yg kita ada. Mencegah lebih baik dari mengubati..renung2x kan :-)

Thursday, April 14, 2011

CERITERA 13 APRIL 2011

Assalamualaikum,
13 April 2011, merupakan tarikh yang bermakna buat kami terutama nya buat suami ku tercinta...biasa la birthday my hubby hehehe....dah besar pun mr.hubby aku ni hehehe...tahun ni birthday dia yg ke 34 thn...Insya Allah semoga mr.hubby aku lebih sihat, sukses dan sentiasa hidup bahagia di bawah lindungan Nya amin...

wajah birthday man :-)
ini pula wajah isteri tercinta birthday man :-)
So, lepas balik kerja, mr.hubby ajak aku keluar gi makan2...lokasinya rahsia katanya hehehe...rupanya destinasi di tuju adalah ke Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Erm...rupanya mr.hubby teringin nak makan kat Restaurant The Manhattan Fish Market. So kami pun order la apa yang patut...tapi tak nak makan heavy sangat, sebab nak tengok wayang pula lepas tu hehehe...:-)

our dessert brownies
ini pula air minuman aku iced peach tea

ini pula minuman hubby citrus mint
  
cty mushroom

quad delight
Erm...dah kenyang dah hehehe...so kami pi shopping kejap kat FOS...beli la apa yang patut hehehe...macam biasa la mr.hubby sure nak beli baju, tapi semalam terbalik aku pula yg beria-ia nak beli baju hahaha....so apa lagi shopping time :-)

ada isi dalam beg ni tau :-)
tengok tu baju aku jer yang banyak :-)
So lepas shopping, kami pun gi beli tiket wayang hehehe...nak tengok cerita Rio, ala citer burung kakak tua yg warna biru tu :-)Best la citer tu, aku syorkan gi la tengok, kalau 3D lagi layan beb...:-)

RIO the best
Tapi masalah nya, tiket kami jam 9.55 malam...masa gi beli jam 8.30...mak aii lambat lagi la pula...So apa kata kami cuci mata jap...mr.hubby masuk kedai Reject Shop aku pula biasa la masuk Popular Bookstore...Tapi sebab minggu lepas dah beli novel, so semalam cuci mata jer la. Sambil2 tu kami berposing la hehehe...

tengok mr.hubby dah tukar baju baru

aku tetap sama sweet hahaha...
Habis nonton RIO, kami lapar la pula, so sebelum balik jom singgah kat Kassim Mustafa Nasi Kandar ... ini kira super la...makan tengah malam. Aku teringin pula nak cuba katiow goreng, mr.hubby pilih roti telur. Tapi gambar roti telur tak sempat la nak snap, sebab hubby dah habis kan hehehe...lapar benar la tu :-)

teh o panas dan katiuw goreng mamak
So, itu la citer kami berdua pada 13 April 2011. Walaupun tak der la menarik mana pun, tapi teringin juga aku nak share saat2 indah kami meraikan ulang tahun mr.hubby yang ke 34 ini dengan semua rakan2 ku di alam cyber. Jadi, aku harap kalian semua enjoy dengan hidangan menu yg aku sempat snap ni yer...Wassalam :-)