Monday, October 31, 2011

KAWAN BARU KAMI

aku bergambar bersama adeq
Assalamualaikum...

Salam hari Isnin. Aku nak citer sikit pasal hari Sabtu yg lepas. Aku dan suami ke Queensbay nak tengok citer "The Lion King 3D Animation". Kami ke sana sebab tayangan hanya ada kat panggung wayang di Queensbay sahaja. Kebetulan pula waktu tayangan yg tinggal hanya lah jam 10.00 malam. Mahu tak mahu kami tunggu la kat sana. Dah la petang tu hujan lebat, tapi di sebab kan keinginan isteri yg nak tengok juga2 citer tu si suami turutkan saja...alahai sweetnya...suami sapa la tu kan hahahaha....:-)

Sesampai kami kat sana macam biasa la suami ku sure akan cari kedai kegemarannya apa lagi kalau bukan FOS :-). Tiba2 aku ternampak seseorang yg rasanya aku kenal. Bukan apa kami berdua pernah jumpa dengan insan istimewa ini masa bulan puasa yg lalu. Masa tu kami berbuka puasa kat RasaMas Sunway. Dengan secepat kilat ingatan ku kembali, so aku pun cakap ngan Hubby "sayang, rasanya i kenal la baby tu..." Terus my Hubby toleh, dan Hubby pun tersu gi tegur ibu anak istimewa ini. Apa lagi kami berpeluk sakan la. Yg anehnya macam dah lama kenal pula mesranya.

So Hubby tinggal kan aku dengan ibunya. Aku pun tanya nama ibu anak istimewa ini. Adura katanya...dia membahasakan dirinya Kakak, tapi aku yakin umur kami mungkin sebaya. Setelah lama berborak betul la kami sebaya, dan ternyata aku la kakak :-) sebab aku lahir bulan Januari.

Berbalik pada cerita anak istimewa ini, anak ini masa lahir kedunia normal, tapi bila umur 5 thn dia disyaki mempunyai ketumbuhan dalam otak. Terus aku teringatkan arwah mama ku. Kami panggilnya dengan nama ADEQ. Dia terlalu istimewa di mataku. Kalau kita senyum dia akan seronok sangat2. Dan rasanya aku pernah citer hal anak ini dalam FB aku kat bahagian notes ...

Kebetulan pula Sabtu lepas adalah hari lahir Adeq yang ke 9 thn. Adeq tak boleh bercakap dan tak boleh berjalan. Memang sedih...tapi ibunya sangat tabah. Dan untuk pengetahuan korang ibunya juga adalah single parets. Alahai syahdunya...Apa pun aku harap kawan2 marilah kita mendoakan akan kesihatan anak istimewa ini...sesunguhnya Adeq sangat2 istimewa di mata kami berdua..Buat ibunya Adura, ini la dugaan untuk kita...aku kagum dengan ketabahan ibu muda ini...:-)Semoga Allah lindungi keluarga ini amin...

BATUK VS BERSIN

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum dan salam kasih mesra dari ku di Butterworth...

Hari ni aku nak bagi tahu yg aku dah dapat sakit baru....Masya Allah banyak betul dosa aku, sebab tu la di beri bermacam penyakit...syukur Ya Allah...

Aku akan terus think positif menerima semua penyakit yg datang kepadaku. Bukan apa kalau kita bersangka buruk maka akan bertambah sakit la kita jadinya...so aku kena set kat minds bahawa setiap penyakit itu adalah kifarah di atas dosa2 ku....Ampunkan aku Ya Allah...

Aku terkena flu dan juga batuk. Kalau ikutkan aku memang tak suka batuk ni...sebab kalau dah terkena susah nak baik...lepas tu akan membuatkan aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Aku selalu akan rasa dizzy bila terkena batuk. Alahai, memang tak selesa sangat. Dalam mulut ku kena selalu ada gula2 pelega batuk. Kalau tidak alahai memang tak tahan berdentum dentum bunyinya bila aku batuk...:-(

Tapi apa pun...aku akan segera ubati batuk dan bersin ku ini supaya tak mudarat...insya Allah...setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MATI...Wassalam...

Sunday, October 30, 2011

MENU ALA SIZZLING

mee sizzling menu aku
ku tiew black pepper sizzling menu hubby
Assalamualaikum...salam sayang buat semua blogger sekalian...

Hari Jumaat 28 Oktober lepas kami berdua layan menu ala sizzling jer. Bukan apa tadi masa tengah2 lepak tunggu Hubby Chubby balik kerja tiba2 berbunyi sms dari hp ku...yang berbunyi macam ni "I love u sayang, jap lagi ayang bersiap tau, lepas abang balik kerja kita gi ronda2" hehehehe...apa lagi senyum sampai ke telinga la aku dibuatnya. Bukan apa tak payah fikir nak masak apa petang nanti :-).

Tema kami berdua pada hari tersebut ialah PINK hehehe..pinky, winky la kami hari tu hehehehe....Sebenarnya kalau ikutkan kami nak gi beli barang dapur jer, tapi perut dah berkeroncong terus makan. Kami singgah kat Pasific....Hubby kata lama dah kita tak terjah Pasific ... tu yg ronda kat sana semalam.

So far menu sizzling kat situ not bad. Sedap juga...sebab kuahnya sizzling pekat dan ada rasa. Ada sesetengah tempat tu, kuah sizzling tu akan cair dan tawar sangat. Mula2 konon nak amik menu claypot, tapi rasanya macam baru jer makan claypot, sebab tu la aku pilih sizzling juga. Selalunya citarasa kami selalunya sama, sebab tu la kami jd sepasang suami isteri hehehehe....

So jom la korang, kita layan menu sizzling malam ni :-).

Thursday, October 27, 2011

HARI CUCI SEDUNIA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...salam sayang dari ku yg bernama Siti Azlina :-)

Ok la semalam hari Rabu bersamaan dengan Hari Raya Deepavali aku dan suami jalan2 di sekitar Taiping dan Kuala Kangsar. Biasa la sekolah Hubby buat rombongan Che Kiah hehehehe....Hubby bawa anak2 asuhannya jalan2 hehehe...apa lagi aku pun kena la ikutkan :-).

So semalam dah puas jalan2 so hari ni hari CUCI SEDUNIA la pula. Aku nak clean the house hehehehe...Maklum la dah hampir 3 minggu aku tak clean the house :-). So dah cuti kan hari ni, amik kesempatan la...apa lagi...cargas :-). Kebetulan pula mood rajin tengan ada, buatnya dia hilang baru padan muka aku huhuhuh....

Mula2 aku kemas ruang tamu, kemudian beralih ke bilik belakang..bilik tu aku kemas khas buat cats ku..so boleh la cats ku lepak kat dalam bilik tu...:-). So aku berehat sebentar beri laluan kepada waktu solat Zuhur. Setelah selesai aku ke bilik tamu pula. Alhamdulilla selesai sudah...sekarang tiba giliran bilik kami berdua pula...alahai sweetnya bila nak kemas bilik kami heheheh....nak semarakkan lagi la rasa cinta kat dalam bilik tu...Bukan apa bilik utama ni penting, khas buat kami untuk berehat la kan :-)

So akhir sekali dapur, kat dapur ni kemas biasa2 jer..sebab tak banyak yg perlu dikemaskan...so jom la kita join kemas rumah hehehehe...:-)

Wednesday, October 26, 2011

BROADBAND BUAT HAL

my broad band
Assalamulaikum...

Hari ni aku nak mengomel sikit pasal broadband aku ni. Entah hantu mana la yg ganggu broandband aku ni dekat sepupuh hari aku dok layan kelepmbapannya. Banyak aktiviti ku tergendala. Terutamanya dalam bab mengupdate blog aku tersayang ni.

Tapi hari ni aku tengok ok la pula...dah elok aku menyumpah seranah tiba2 dah ok hehehehe....rasanya dia orang tgh upgrade kan lagi mutu perkhidmatan sebab tu la jadi lembap kut heheheh...think positif :-).

Ataupun keadaan cuaca yg tak menentu telah membuatkan broadband aku buat hal...banyak spekulasi ni. So far aku guna broadband DiGi ni tak der masalah. Memang hebat dan berkualiti. Ini broadband aku yg kedua. Yang pertama tu terminated hehehe....dibatalkan atas sebab2 tertentu.

So harapnya broadband aku akan kembali ok sebab aku ada banyak benda nak story mory ni hehehe...so kebetulan minggu ni ada perayaan yg di sambut oleh kawan2 kita yg beragama Hindu...aku nak mengucapkan Selamat Hari Diwali....dan kepada kawan2 yg bercuti Happy Holiday...jom kita pi jalan2 :-) Adios !!

Monday, October 24, 2011

MAHIR JAWI

Assalamualaikum...salam sayang...rindu la pula sebab dah lama tak up date....:-)

Hari ni baru ada kesempatan nak up date blog. Bukan apa Broad band aku tu buat hal la pula, terus aku pun jadi malas nak up date. Line broad band aku tu jd lembap. Aku pun tak tahu kenapa...

Ok hari ni aku nak citer tentang kisah ku pada hari Jumaat yg lepas, di mana aku merasa malu dengan diri aku sendiri sebab aku tak mampu membaca tulisan JAWI dengan lancar. Ini semua terjadi sewaktu aku menjaga kelas 5 Zamrud yg menjawap kertas soalan Pendidikan Islam. Merangkak-rangkak aku membaca JAWI ...malu la pula...

Tapi tak boleh nak salahkan aku juga, sewaktu aku belajar di sekolah rendah dan menengah dulu, tulisan JAWI tak begitu penting, malah kami boleh menjawap soalan menggunakan bahasa RUMI. Maka aku banyak menggunakan bahasa rumi. Memang soalan di tulis dalam Dwi Bahasa, tapi aku tetap akan menjawap dalam bahasa RUMI.

So sebagai langkah permulaan, aku telah memilih buku "Mastika" untuk aku jadikan sebagai sumber pembelajaran ku. Terkedek2 juga la aku membacanya. Tapi syukur alhamdulillah aku dapat juga habiskan artikel tersebut walau pun hampir 2 jam aku membacanya.

Insya Allah mudah-mudahan niat aku ni akan di berkati Allah...Insya Allah :-)

majalah mastika menjadi bahan rujukan ku
artikel pertama menjadi bahan bacaan ku

tajuk artikel pertama ku "kenapa perlu ada papan tanda itu?"

Thursday, October 20, 2011

SOALAN DALAM SOALAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :-)

Hari ni aku nak citer tentang kisah aku di sekolah. Begini ceritanya, setiap pagi jam 10.00 pagi sure aku akan gi kanting untuk makan. Sebab sekarang ni aku dah tak boleh lewatkan waktu makan. Sebab aku dah kena serang ngan gastrik huhuhu....tragisnya...Tapi pagi ni agak awal la pula, aku gi kantik pukul 9.00 pagi...awal satu jam gitu.

Nak dijadikan cerita, dalam pantry makan guru tu yg ada semuanya guru lelaki. Tapi aku memang tak peduli pun sebab aku nak makan. Kalau tak makan nanti sakit pula perut aku ni. Kebetulan ada nasi goreng feveret tu, so aku pun gi amik nasi goreng dan sedikit ko tiew goreng.

So masa nak duduk tu aku amik la surat khabar KOSMO, tengah baca sorang cikgu tanya..."Cikgu Azlina ada anak berapa?" Aku senyum belum sempat jawap Kak Milah Tokey Kantin sekolah kami yg jawap. "Tak dak lagi cikgu Shukor oii..." sambungnya lagi..."Hangpa ni asyik dok tanya Cikgu Azlina pasai pa? dari minggu lepas Kak tengok hangpa dok tanya dia...Hangpa ni nak tau dia kawin ka dak kut" hahahaha...semua pakat gelak dalam bilik pantry tu.

Jawap sorang ustaz yg masih bujang "Pandai pun Kak Milah ni, macam tau2 jer maksud kami" hahahaha....lawak la...Patut la minggu lepas dia orang ni asyik dok tanya aku. Aku memang jawap kata tak der anak. Rupanya dia orang ingat yg aku ni tak kawin lagi huhuhuhu....so tadi aku pun explain la yg aku ni dah kawin 5 thn. Lepas tu dia orang tanya la pula, umur berapa? Alahai dah tua pun aku jawap...yg syoknya pakat dok teka...23 ka? 25 ka ? 30 ka? hehehehe....lawak sungguh...aku tak jawap pun aku senyum ada la.

So sekarang aku dah tahu kenapa la dia orang ni asyik dok tanya soalan rupanya ada soalan di sebalik soalan rupanya hehehehe...sabar jer la Pak Meon oiii :-)

Wednesday, October 19, 2011

ALAHAI SAKIT PERUT LA PULA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum salam sayang di hari Rabu :-)

Semalam citer aku sakit kaki. Hari ni citer sakit perut la pula. Tapi kaki still sakit lo huhuhu...Sakit perut ni aku rasa dah dua hari, tapi hari ni makin ketara la pula. Senak giler perut aku. Macam ada ribut Lanina dah ni huhuhu....

So tadi lepas balik dari sekolah aku terus ke klinik. Selalunya kat klinik tu ada doktor perempuan, tapi kali ini pekerja kat klinik tu bagi tau "Kak hari ni doktor lelaki tau"...aku terdiam la juga, tapi di sebabkan kesakitan yg aku tanggung ni dah tak tertahan, aku kata tak per la, lelaki pun lelaki la janji aku dapat ubat.

Masa aku pergi tu memang tak der orang, so bila nama aku dipanggil aku terus masuk, alahai muda lagi la pula doktor tu, tapi bila dah sakit ni hilang la rasa malu tu semua. Aku bagi tahu kat dia yg aku sakit kaki. Lepas tu aku cakap tangan kiri aku lenguh, lepas tu aku bagi tau lagi yg perut aku macam ada puting beliung dok berputar. Dan lepas tu aku bagi tahu something important...tak boleh la bagi tau kat sini tuttttt :-).

So doktor tu pun cek la tekanan darah aku, normal katanya 129/80. So aku kata la aku nak cek untuk kencing manis pula, so dia minta aku datang on Saturday. Just for checking. Tapi aku kena la puasa 6 jam mula dari malam.

Tapi apa pun aku harap sangat semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. Aku tak boleh berjalan banyak, berdiri terlalu lama dan kalau boleh solat pun kena duduk. Lagi satu aku kena pakai kasut tebal kat rumah...Mudah-mudahan semuanya akan kembali normal...Amin..:-)

Tuesday, October 18, 2011

SAKIT KAKI KU

bahagian kaki ku yg sakit (gambar ini hanya hiasan)
Assalamualaikum...salam hari Selasa.

Hari ni aku nak celoteh tentang kaki ku yg sakit la pula. Dah nak masuk 3 hari aku sakit kaki. Aku sakit kat bahagian yg di tunjuk dalam gambar di atas. Aduhai nak pijak punya la sakit. Rasa macam nak nangis jer bila berjalan. Tapi dah nama pun kerja kan kena la berjalan juga.

Tambahan minggu ni minggu exam kat sekolah apa lagi tak der kerja lain la aku mengatur dari satu kelas ke satu kelas...Alahai perit sungguh rasanya. Aku pun tak tahu apakah puncanya. Kalau sakit bahagian tumit bermakna berat badan kita bertambah. Tapi kalau kat bahagian atas ni apa pula yer? Tapi berat badan aku tak bertambah pun huhuhuu....

Bila aku sampai sekolah aku jalan terjenket2 si murid2 aku akan bertanya "Teacher Azlina sakit kaki ka? tak baik2 lagi ka?" Hish perihatin sungguh anak2 murid aku ni. Lepas tu ramai la yg akan offer diri nak bawa beg la, nak bawa buku la...bahagianya hidup. Tapi aku pula ada satu sikap, aku tak kan bagi anak2 murid aku bawa barang aku, sebab aku rasa aku datang ke sini untuk mengajar mereka, so mereka adalah pelanggan aku hehehehe....wah cikgu bercakap macam org meniaga la pula :-).

Tapi sekarang sakit kaki aku semakin berkurang, aku mengurut sendiri. Tadi Tokey kedai koperasi kata urat aku bersimpul, sejuk katanya. So aku kena la urut perlahan2. Masa aku mengurut tu pasti aku akan sendawa. Kira badan aku ni penuh dengan angin kus2 la yer hehehehe...

Gelak tu gelak la juga, tapi sakit tu memang sakit. Harapnya lepas ni sakit kaki aku ni akan berakhir...Insya Allah...doakan yer kawan2 :-).

Monday, October 17, 2011

MATAHARI KU

Assalamualaikum...salam sehangat matahari untuk korang semua...

Hari ni aku nak celoteh citer tentang matahari...kenapa yer matahari...sebabnya matahari banyak memberi kesan dalam hidup ku. Ada kesan yg OK dan ada yg TAK OK :-(.

Kita mulakan dengan yg baik dulu la yer...kesan OK nya ialah...matahari dapat mengeringkan baju yg aku sidai...Maklum la mesin basuh aku rosak kat bahagian keringnya..so memang susah la kalau baju tak dikeringkan dulu. Bukan apa akan lambat la proses peghidratan airnya. Wah tiba2 ada ayat sains la pula :-).

Citer yg tak OK nya ialah aku ni memang sensitif dengan matahari. Bila terlalu lama terdedah dengan matahari mula la migrain ku datang menyerang, bila dah kena serang satu kerja pun tak jadi. So untuk membuatkan kesakitan itu kurang aku kena banyak minum air suam. Kalau boleh aku cuba untuk elakkan amik panadol. Sebab terlalu banyak panadol pun tak elok kan. Selain tu aku akan cepat2 cari benda makanan yg masam, so asam boi tu sentiasa ada kat rumah. Lepas tu aku akan pejamkan mata untuk seketika...relaks....lepas tu insya Allah akan ok la sikit.

Aku memang alergic sangat2 dengan matahari. Masa kecik dulu kalau panas sikit sure kena serang dengan ruam, kulit aku memang sensitif dengan panas. So sebelum keluar aku mesti kena pakai losyen baby johnson. Kalau tidak memang la akan beruam la badan aku huhuhuu.....

Tapi apa pun...aku tetap sayangkan matahari ku...kerana tanpa matahari kita semua akan kegelapan...:-)

Sunday, October 16, 2011

MENU HARI AHAD

nasi lemak kopi o
kopi ais minuman pilihan hubby
roti telur bakar menu pilihan aku
Assalamualaikum,

Salam sayang yer kawan2...Pagi ni kami bersarapan kat tempat biasa iatu di Bagan Ajam. Kami memang selalu layan menu kat sini. Bukan apa semuanya kena dengan selera dan tekak kami berdua. Orang2 yg menjual kat sini pula kalau menjual tak der la kira untung semata, tapi kepuasan pelanggan diutamakan hehehe...kadang2 tu aku rasa macam tak berbaloi, yer la kan makanan yg dihidang punya la banyak tapi harga murah...sangat berpatutan. Sebab tu la kami selalu layan kat sini..sedap pula tu :-)

Menu pilihan aku pagi ni hanya lah kopi o panas dan juga roti telur bakar. Memang kalau aku datang ke sini, ini la menu pilihan hati ku :-).Suami tersayang pula nasi lemak 2 bungkus dengan kopi ais...memang layan lah :-).

menu tengah hari kami berdua home made ni :-)
Ini pula gambar menu tengah hari kami berdua. Ini hasil masakan kami berdua tau. Bila dua resepi digabungkang menjadi satu, dimasak pula dengan bergotong royong antara suami dan isteri fuhhh....memang sedap hehehe...sebab nya penuh dengan rasa kasih sayang serta keikhlasan .. wah ayat jiwang gitu uolss :-).
So tengah hari ni kami layan mee rebus tulang rusuk jer la ... selamat menjamu selera yer korang...:-)

Saturday, October 15, 2011

DATING AT GURNEY DRIVE

air longan spesel
rojak best
kerang rebus
siput duri a.k.a siput bintang
gambar isi siput bintang
lepas makan bersantai kat tepi laut pula
dah kenyang dah jom balik
Assalamualaikum...

Semalam hari Jumaat Hubby Chubby ajak aku dating kat Gurney Drive hehehe...alahai romantiknya. Sesekali layan jiwang memang best. Mulanya kami nak gi tengok wayang, tapi alih2 Hubby kata teringin nak lepak kat tepi pantai. So terus la kami naik feri ke Pulau Pinang.

Kalau ikutkan aku ni memang tak berapa nak sihat. Tapi Hubby dah ajak terus jadi bersemangat. Hebat betul pukulan cinta hahahaha....lagi pun dah lama tak keluar malam lebih2 lagi dating kat tepi pantai :-)

So lepas shoping kat Gurney Plaza, terus gi 'Yam Cha' kat Padang Kota Lama...memang layan beb...terutama menu kerang rebus dan juga siput bintang atau nama panggilan aku siput duri. Kerang tu memang puas hati la sepinggan RM5 tapi isi memang besar2. Kami nak order kali kedua terus dah habis...sold out betul la menu kat situ...

So kepada sesiapa yg datang Penang Island jom singgah ke Gurney Drive pekena pasembuq a.k.a Rojak Mamak...memang layann....:-)

Thursday, October 13, 2011

MENU KU SEMINGGU

Assalamualaikum...salam sayang dari ku :-)

Hari ni aku nak citer makan2 la hehehe...Menu aku selama 4 hari pada minggu ini menjadi topik cerita kita pada entry kali ni.

Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur ku kerana aku masih boleh masak walaupun aku bekerja. Sebab beberapa bulan lepas aku memang tak larat nak masak bila balik dari kerja. Tapi kali ni aku jadi rajin la pula hehehe...itu perubahan baik kan. Lagi satu perubahan ku yg paling ketara, aku dapat up date blog aku setiap hari amazing hehehehe...hebat tu :-)...TQ Allah sebab berikan kudrat untuk aku teruskan kerja2 aku di dunia ini...Ini satu kenikmatan yg terindah buat diri ku, terutama bila aku dapat masak untuk suami tercinta...Alhamdulillah...

MENU HARI ISNIN

sup tulang rusuk
sambal udang petai
ikan kembung goreng garing
Memandang kan aku puasa sunat Isnin so kena la aku berbuka puasa dengan nasi. Maklum la masa sahur aku minum susu anlene jer. So ini la menunya...Sedap betul la sambal petai dengan udang tu. Sebab kali ni aku letak sedikit belacan dan juga santan. Alhamdulillah kenyang sudah kami di hari Isnin lepas.


MENU HARI SELASA

bihun tom yam
Menu hari Selasa simple, cepat, mudah, ringkas, kenyang dan sedap heheehe...sedap la juga kan. Nanti kalau kata sedap lebih2 perasan la pula aku nanti. Lagi pun dah lama tak makan bihun tom yam, itu sebab la aku masak untuk dijadikan menu pada hari Selasa kami berdua :-)


MENU HARI RABU

ko tiew goreng telur mata
Rasa macam dah lama tak makan ko tiew goreng, itu la yg masak untuk menu hari Rabu. Aku letak sedikit ikan bilis sebagai penambah rasa. Memang sedap la korang. Udang pun aku masukkan juga. Ikan bilis tu aku tumbuk sikit bagi pecah2. So bila kita makan akan terasa la ikan bilis tu...alahai sedap la pula. Nanti nak buat lagi :-).

MENU HARI KHAMIS

ko tiew sup ayam berherba

Menu hari ni aku mencari kelainan. So aku buat sup ayam ala cina. Aku rebuskan ayam dulu, kemudian masukkan bawang putih dan sedikit bawang merah. Kemudian aku buat tumis darat pula...letak lada hitam dengan bawang putih dan bawang merah. Dan yg bestnya aku masukkan mix herb ke dalam sup ni. Memang rasa macam sup ala cina. Boleh tolak angin ni korang memang best. Kemudian sambal nya aku tumis cili boh dan letakkan sedikit tau chu masin sebagai penambah rasa dan sedikit gula sebagai penyedap rasa...layann beb :-)

So korang ini la diantara menu aku untuk minggu ini...Jumpa lagi esok yer :-)

Wednesday, October 12, 2011

SLEEPY NYA....

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum kawan2 blog ku sekalian....

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yg sudi singgah ke blog aku ni...Insya Allah setakat ni aku dapat up date blog aku setiap hari. Walaupun sibuk ngan kerja hehehe...kerja ganti-gantian jer hehehe...tapi aku dapat juga luangkan masa untuk berkarya ahaksss....perasan la pula...bukan berkarya tapi lebih kepada merepek dan membebel hahaha... di blog aku ni :-)

Hari ni aku nak citer tentang aku yg sleepy huhuhu...dari pagi tadi aku bangun tidur sampai la sekarang mata aku memang berat nak angkat..alahai ngantuk giler...Mula2 tu aku fikir la juga kenapa...Rupanya punca mengantuk tu datang dari ubat yg aku amik malam semalam. Aku ni alahan dengan habuk so habis gatal hidung dan muka aku ni. So aku amik la ubat alahan tu untuk kurangkan kegatalan di wajah aku ni. Masa beli semalam kat farmasi, jurujual tu ada la kata yg ubat ni akan mengantuk...tapi katanya depends pada ketahanan si pesakit...So kira aku ni tak tahan la yer huhuhuhu....

So nak dijadikan cerita, aku sampai kat sekolah memang dalam keadaan khayal, macam ada kat lala land gitu...alahai malas betul nak buka mata...Tiba2 aku teringat yg aku tak pakai minyak wangi lagi...Masa tu aku ada kat tapak perhimpunan. Sebab aku bertugas minggu ni. Tiba2 sorang kakak yg jaga Pusat Sumber Sekolah datang tegur aku "Cikgu sakit tangan ker?" Aku buka mata pandang la kakak tu...aku pandang dengan wajah hairan. Kakak tu cakap sambil tunjuk tangan aku...Masya Allah aku bukan nya sapu minyak wangi kat pergelangan tangan tapi au sapu minyak cap kapak...nak bersembur ketawa aku, tapi aku kawal...aku cuma angguk kan jer...konon pergelangan tangan aku ni memang sakit hahahahaha...

So lepas jer perhimpunan aku masuk toilet bantai gelak kat diri sendiri...Lega, hilang rasa ngantuk aku ni semua hahahaha....So lepas ni kalau aku nak amik apa2 dari beg make sure mata aku terbuka. Kalau tidak gini la jadinya...Alahai sleepnya :-)

Tuesday, October 11, 2011

SOFIYYA SLOT AKASIA TV3

banner sofiyya
Assalamulaikum wahai rakan2 ku sekalian...:-)

Hari ni aku nak citer tentang drama yg sedang rancak di tayangkan di TV3. Memang mendapat sambutan hangat dari penonton tau...katanya dah capai sejuta penonton yg tonton drama ni...hebat kan...:-)

Ermm..apa kata kita tengok sedikit Sinopsis tentang drama ini yer...:-

Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara.

Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara. Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam Drama Soffiya, drama baru di Slot Akasia tv3.
banner rasmi soffiya
Ok itu la serba sedikit ringkasan atak sinopsis dari drama Sofiyya ini. Citer ni memang layann habis la. Aku ni kan peminat Tiz Zaqyah...so mesti aku akan tonton kalau ada pelakon pujaan aku ni hehehe....Masa mula aku layan citer ni, aku memang emosi habis bila tengok watak JAHAT bapa si soffiya ni....angin satu badan aku jadinya...JEBON punya bapak...:-(

Tapi kan korang aku selalu layan drama ni kat Tonton.com jer...sebab kalau kat TV selalu tak sempat la. Lagi pun waktu tu aku tengah sibuk kat dapur. Lepas tu dah nak solat pula. So aku amik keputusan akan menonton kat Tonton jer la.

So kawan2 jom kita sama2 ikuti kisah hidup Soffiya di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis hanya di TV3 ... Layannnnn...:-)

Monday, October 10, 2011

ANAK ARTIS PUJAAN KU COMEIIII NYA...

comel kan baby ni
ini la wajah anak erra fazira
Assalamualaikum...

Hari-hari aku tengok gambar2 anak Erra Fazira ni tau. Entah la comeii sungguh la budak kecik ni :-). Ini sedikit info tentang puteri kesayangan Erra ni yer...:-

Pada Mac 2009 Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Alessya. Pun begitu, kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.

Bila setiap kali aku pandang wajah Aleesya aku rasa macam dok tengok Erra Fazira, sebijik kan korang muka anak Erra ni dengan ibunya. Tapi kat mulut tu ada iras mulut ayahnya hehehe...

Aku memang minat giler Erra Fazira ni. Citer yg paling aku suka ialah "Soalnya Hati" alahai sweet sungguh Erra masa tu. Sebab natural Beauty. Tapi citer yg paling sedih pula citer "Pasrah" la huhuhuh....sayu sungguh...

So korang jom la kita tatap wajah Aleesya ni ni yer comeiiinya :-)

Sunday, October 9, 2011

CITER MAKAN

Assalamualaikum...salam Hari Ahad yer kawan :-)

Ok hari ni nak citer pasal makan la yer. Banyak sangat citer lain sebelum ni...Bukan apa sebelum ni entri aku banyak bebelan. So sempena hari Ahad yg tenang ini kita layan citer makan la pula :-)

Kita mula citer dengan gambar menu dari hari ke hari. Bukan apa minggu ni aku agak rajin sikit hehehe....bukan apa bila tengok Hubby Chubby aku makan rasa hapi sangat. Sebab iyer la kan air tangan sendiri...so makin bertambah la kasih sayang kami nanti kan Aminnnnn.....:-)

menu makan malam hari rabu
Hari Rabu lepas hari kami jadi orang arab lah...ahlan wa sahlan hehehe...bukan apa roti pita tu dah lama beli tapi tak bakar2 pun. So aku amik keputusan untuk bakarkan roti pita dan cicah dengan sambal ikan sardin...sedap wooooo....sehingga menjilat jari uolss :-)

menu makan malam hari khamis
Kalau hari Rabu jadi arabic, so hari Khamis jadi mat saleh la pula, masakan ala western gitu :-). Saja jer nak ubah selera. Lagipun kebetulan perasa carbonara tu memang ada, nanti kalau tak masak expired pula makanan tu...tak nak la membazir kan. Kebetulan pula Hubby request ... so sebagai isteri yg mithali ops...perasan la pula...hehehe...aku kena la ikut perintah suami kan :-) so layan la yer korang gambar menu kami ni hehehe spagheti carbonara ala ct :-)


menu makan malam hari jumaat
Hari Jumaat ni kembali jadi orang melayu, lidah melayu la katakan hehehehe....Pada mulanya kami nak dinner kat luar, tapi hari Jumaat lepas kan hari mula aku bekerja so agak penat, petang tu aku terlelap masa Pembentangan Budget 2012. Hubby pula terlalu asyik dok layan pembentangan tersebut, sedar2 dah lewat. So aku amik keputusan masak jer la...wow isteri yg perihatin ia dapat menjimatkan kos kami pada hari tersebut...bijak sungguh :-). So menu nya nasi goreng cili padi bersama telur mata dan ayam goreng KFC :-).

menu makan malam aku hari sabtu
menu makan malam suami ku hari sabtu
Hari Sabtu hari aku cuti masak hehehe...Hubby ajak keluar. Aku pun teringin nak minum teh tarik sebenarnya. So kami singgah kat Restoren Nasi Kandar Jamil Bagan Ajam. Cara penrniagaan nya macam stail lama. Dia orang buka gerai depan restoren tu...memang klasik la. So aku order pasembur manakala suami ku murtabak daging...Memang kenyang sungguh...sedap tu thumbs up :-)

menu minum petang merangkap makan malam hari ahad
Ok hari ni menu kami simple. Bukan apa masing2 masih kenyang sebab tengah hari tadi kami balik Penang kejap. Balik my hometown hehehe....tak boleh kata balik kampung sebab Hubby kata kampung aku bukan macam kampung tapi macam bandar hahahaha...ikut suka dia la :-). Lagi pun tadi kami hadiri kenduri kekah anak jiran aku kat kampung tu. So memang kenyang maklum la nasi minyak tu huhuhu...so petang ni layan cucur udang + ibu kentang dan air teh sabah...fuhh memang layannn....Alhamdulillah dah kenyang pun :-)

So korang semoga enjoy layan gambar makanan kat blog aku ...Adios!! :-)

Saturday, October 8, 2011

KAMERA KAMI

kamera baru ku

kamera Hubby
Assalamualaikum...salam sayang dari ku untuk semua :-)

Ok hari ni aku nak citer tentang kamera baru kami berdua iaitu kamera aku dan kamera Hubby ku. Kamera ni hadiah dari Hubby Chubby ku.Kamera Hubby pula hadiah dari ku hehehe...kira tukar2 gitu sweet kan korang. Kamera lama kami hilang sebenarnya, hilang kena curi huhuhu...sedih betul. Masa tu Hubby gi Medan, dia terlupa nak simpankan kemera BenQ kami tu dalam beg lugage, dia terletak dalam beg sandang jer...so bila sampai rumah baru la Hubby sedar yg kamera BenQ kami tu dah hilang.

So raya puasa lepas, masa kami dok shopping baju raya, tiba2 Hubby kata nak beli kamera la. So aku ni ikut kan ajer. Maklum la dah orang nak menyoping aku memang suka pun hahahaha....

Hubby dah jatuh hati dengan kamera lain sebenarnya. Tapi kalau ikutkan hatinya dua2 dia suka. Setelah berfikir panjang Hubby kata "kita amik dua sekali la sayang hehehe..." I like that statement hahahaha....

So Hubby kata for me dia bayar dan untuk dia aku la yg bayar hish...macam bagi hantaran kawin la pula :-). Tapi akhirnya Hubby yg bayar untuk keduanya sebab katanya this is for present .. alahai sweetnya ... kalau Hubby aku tiba2 romantik memang sweet pun hahahaha....

Yang bestnya untuk kamera aku Hubby yg pilihkan warna, dan untuk kamera Hubby aku pula yg pilihkan warna. Sampai kan jurujual perempuan cina tu kata "aiya abang lu olang banyak lomantik lo hehehe...."

Kalau ikutkan hati kami ni memang nak amik kamera besar tu ...yg DSLR tu tapi faham2 la kan kita ni bukan kaya pun...duit pun tak kering lagi kat dalam bank tu hahahaha....:-)

So Hubby aku pesan, dah beli kamera ni aku kena la selalu amik gambar. Tak payah nak guna Hp lagi. Kalau tidak sebelum ni aku guna Hp aku jer... So sebab itu juga la sekarang ni dalam handbang aku sure ada tambahan gadget iaitu kamera.

So now on...blog dan Fb aku akan penuh dengan gambar2 yg di snap oleh diri ku tungguuuu yer korang :-)

OH KASUT

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Cantik tak gambar kasut tu? hehehe...saja jer aku letak gabar kasut tu. Sebenarnya hari ni aku pakai kasut yg seakan-akan dengan kasut yg ada dalam gambar tu. Kasut yg aku pakai tu sebenarnya kasiu arwah mama ku. Bukan apa hari ni kan aku mula mengajar semula so konon nak pakai kemas la hehehe...alih2 ada citer lain yg terjadi :-(...

Apa citernya? Korang nak tahu kaki aku melecit akibat kasut tersebut huhuhuu...alahai siannya aku. Terheret-heret aku aku berjalan masa ke kelas tadi huhuuh....tapi what to do konon nak bergaya alih2 ini yg jadi padan muka aku :-(.

Kasut tu memang cantik, arwah mama beli sama dengan handbag. Kononnya nak sedondonkan dengan begnya. Kalau tak salah mama beli di SOGO. Masa tu dia gi KL kenduri rumah cousinnya. Sian mama lepas beli terus jatuh sakit. So semalam aku cuba la nak pakai...tapi dah sakit kaki macam ni rasanya aku nak sedekahkan la pada sesiapa yg boleh pakai.

So minggu depan hari Isnin kena la aku pakai sandal biasa tapi berikat. Bukan apa kelas aku semuanya kena naik tangga...aduyaiii sakit lutut den ni ha :-)

Thursday, October 6, 2011

GURU GANTI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer sikit...Pagi2 tadi aku dapat call dari SKBI Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Yang call tu ketua kerani kat situ yg aku panggil mami. Mami tanya sama ada aku dah kerja ker belum. Aku jawap belum dengan nada paling sedih huhuhuhuh....nampak sangat la aku ni minta simpati ahaks...:-)

Tiba2 mami kata Guru Besar yg suruh call ni. GB nak aku gantikan guru yg cuti akibat sakit. So sebulan jer la...dan yg best aku dapat mengajar subjek English untuk darjah 5 dan darjah 6.

So pada pukul 2.30 petang aku kena gi mengadap Pegawai PPD untuk amik surat perlantikkan. TQ kepada Hubby Chubby yg sudi bawa aku ke sana. Walau pun tengah sibuk Hubby sudi layan karenah gila kerja aku ni. So setelah selesai, tiba2 pegawai tu kata aku boleh mula esok ... aik macam tak percaya ni...sebab mami kata mula minggu depan. So apa pun esok aku akan mula mengajar di SKBI semula YES I'M BACK :-)

Tapi yang paling pentingnya aku dapat selalu berjumpa dengan anak2 asuhan ku dulu ...sukanya...bukan apa rindu giler kat anak2 kecik aku tu hehehe...TQ Allah...ini la rahmat di sebalik kesabaran ku...walaupun sebulan jer aku dapat berbakti....tapi keseronokkan aku tu macam setahun lamanya...TQ Allah...TQ Hubby...:-)

Wednesday, October 5, 2011

CARTOON / KARTUN

Assalamulaikum...salam kartun sedunia hehehe...

Korang suka tengok kartun tak? Aku ni kalau tak tengok citer kartun sehari rasa macam nak pitam, rasa macam nak kena gastrik pun yer juga...migrain tu selalu la juga kena hehehe...bukan apa bila tengok citer kartun tu rasa release semua tension yg bersarang di kepala otak aku ni.

Oleh kerana aku ni giler kartun, maka peti TV ada dua la kat rumah kami yg comel ini. Rumah kecik tapi TV sampai dua...bukan apa kes perebutan channel berlaku hehehe...maklum la Hubby Chubby aku ni ala2 pemikiran org dewasa sesuai la kan dengan umur hehehe...tapi aku ni ala2 pemikiran kanak2 macam org tak cukup umur...what to do..dah aku suka nak buat macam mana kan...:-)

Masa mula2 kawin dulu kami pernah gaduh semata2 kerana berebut channel TV. Tapi sekarang Hubby dah tahu...ada masa tertentu dia akan terus masuk ke bilik layan TV1 nya hehehe...aku macam biasa with my feveret channel Tv9 hehehe....

So di sini aku sertakan gambar2 kartun yg menjadi pujaan hati ku...sebenarnya banyak lagi...tapi cukup la setakat ini...Oh yer aku ni tak suka tengok citer kartun yg jenis merepek tu...kalau ada citer macam transformer tu tak pula aku minat huhuhu...so layan jer la otak aku ni yer korang...entry kali ni memang cute untuk mereka yg sama sealiran dengan aku hehehe...HIDUP KARTUN :-)

detective conan i like :-)

sponge bob :-)

ataschinci
jimmy neutron
shin can
power puff
semua kartun klasik keluaran looney tunes memang aku suka giler