Saturday, December 31, 2011

AZAM KU

gambar sekadar hiasan tp salah satu azam ku juga
Assalamualaikum...


Setiap kali hujung tahun dan bila nak melangkah ke tahun yg baru pasti rata2 akan bicara soal AZAM...begitu juga dengan aku, yg tak lepas dr topik sebegini. Azam aku sebelum2 ni banyak yg tak jadi. Maklum la kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan.

Bagi tahun 2012 aku rasa tak perlu lah aku memasang niat untuk mencapai bintang di langit, karang di lautan...cukup lah sekadar aku bermuhasabah diri. Kembali pada realiti, tak perlu berangan2 ingin kan sesuatu yg bukan milik kita sepenuhnya. Sebab kita pun hanya di pijamkan sahaja di atas muka bumi ini. Tak perlu la kita berlagak seolah2 kita tak akan meninggalkan dunia yg serba serbi penuh dengan kepura-puraan.

Azam aku hanya satu "kurangkan dosa, tingkatkan pahala"..."butakan mata dengan perkara2 yg tidak elok, tulikan telinga dari umpatan keji manusia, bisukan lidah dengan kata2 nista, lebihkan bersabar dengan segala masalah yang melanda dan teruskan bersangka baik dengan Yang Maha Kuasa..." itu dah memadai buat aku. Aku manusia lemah, tak mampu berdiri dengan sendiri, kadangkala aku bagaikan si buta perlukan tongkat untuk berjalan, perlukan payung untuk berlindung.

Tapi tahun 2010 dan 2011 mengajar aku erti kesabaran, kehidupan, persaudaraan dan juga persahabatan. Aku dah mula mengenali siapa kawan, siapa lawan, siapa yg mampu untuk aku menumpang kasih dan siapa yg perlu aku jauhi. Jika aku bermasalah, tak perlu lah aku mengadu pada manusia cukup la dengan ALLAH...manusia tak akan memahami dan tak akan sesekali menghargai aku. Aku redha dan akan terus berlajar redha...

So sempena tahun baru ni, aku harap saudara mara, kawan2 dan sahabat handai ku akan capai impian yg mereka impikan...doa aku selalu mengiringi mereka supaya mereka akan terus berbahagia hingga ke syurga.

Setiap tuba yg diberi akan ku balas madu sebagai ganti...renungkan ...

Friday, December 30, 2011

KISAH SEMALAM

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam buat kali pertama aku berperang dalam FB, tapi niat aku yg sebenarnya bukan la nak berperang tiba2 aku jdi marah sebab ayat2 aku telah di palgiat di salah sebuah wall seorang rakan FB. Tapi sebenarnya aku tak pernah pun add rakan tu. Bila di teliti semula orang tersebut masih budak sekolah, itu membuatkan keegooan ku semakin menebal. Aku mula bahasakan dia secara terang2an...Mungkin dia berasa malu. Terus dia memarahi aku di wall. Aku bertambah marah pada mulanya... tapi lepas tu aku rasa aku lah manusia yg bodoh kerana bergaduh dengan seorang yg boleh menjadi anak aku sebenarnya.

Budak tersebut masih terus-terusan bercakap yg bukan2...kawan2 yang lain mula membela aku, dia orang nak aku unfriend jer...tapi dalam sudut hati aku ni aku rasa nak sangat kenal dengan budak tersebut. Sebab aku tahu dia anak yg pintar dan umurnya baru 12 thn.

Tapi kalau tengok pada kata2nya memang kasar dan agak keterlaluan...tapi aku cuba bertindak tenang, rakan2 aku yg lain tak habis2 menyokong aku dan memarahi anak tersebut...dan anak tersebut masih lagi melawan kawan2 aku dengan kata yg boleh diketegorikan tak sesuai la dengan umurnya tu.

"Ramai yg tak puas hati dengan eding tentang Dhia...tapi bagi aku ia terbaik, sebab pengarah cuba membawa kita akan erti muhasabah diri...jika kita tengok Ku Salmi yg tak insaf walau pun sampai akhir episod, ini bermakna terlalu banyak titik hitam dalam hatinya...maka Allah dah tutupkan jalan keinsafan dalam dirinya...cuba kita dengar kata Dhia sebelum meninggal, cinta yg sebenar adalah cinta dengan Allah...maka pulang lah keduanya pada cinta yg sebenar..kerana masing2 sangat kuat mencintai antara keduanya...lain org lain pendapat kan :-)"
 
Ayat ini lah menjadi punca pergaduhan kami. Tapi selang beberapa minit aku cuba ber PM dengan anak tersebut...Alhamdulillah aku mampu mengawal situasi...Betul kata sesetegah orang bila kita berbicara dan berkomunikasi dengan betul segala kekusutan itu akan terungkai. Alhamdulillah segalanya dapat di seleseaikan dengan baik. Terima kasih Ya Allah di atas KESABARAN ini.  

Kesilapan semalam banyak mengajar aku tentang erti sebuah KESABARAN yg sebenarnya, kalaulah semalam aku masih berkeras menangkan diri ku dan melayan keegoan ku pasti aku tak akan temui jalan penyelesaiannya...mengalah bukan beerti kalah tetapi menyambung sebuah ikatan silaturahim bagi sesama muslim...Terima kasih Ya Allah di atas kesabaran ini...

Thursday, December 29, 2011

SLOT AKASIA TENTANG DHIA

tentang dhia
Assalamulaiakum...

Hari ni aku nak berceloteh kisah Tentang Dhia, drama yg tengah meletup2 di Slot Akasia TV3. Mana tak meletupnya, watak Ku Salmi yg dibawa oleh Liza Abdullah betul2 menghagatkan hati aku dan penonton2 yg lain geram tu beb...menjadi sungguh lakonan Liza Abdullah tu :-)

Hari ni merupakan hari untuk episod terakhir kisah Tentang Dhia. So kena la tengok kan, maklum la dah ikut dari episod pertama mesti kena tahu endingnya :-).

Citer ni penuh dengan dramatik dan juga drama queen hehehe...terutama watak Ku Salmi iaitu ibu mertua si Dhia ni. Ada2 saja idea jahat dia tu ... geram sungguh aku. Sanggup porak perandakan rumahtangga anak sendiri demi untuk mendapat kan menantu yg lebih kaya. Soal agama dalam citer ni juga di terapkan tapi hanya kepada watak2 tertentu sahaja. Watak jahat memang jahat sejahatnya dan juga jahil sejahilnya.

Citer ni juga ada unsur kurafat di mana ada kepercayaan terhadap bomoh, tapi dikuatkan dengan cara perubatan Islam. So far ok cuma kadangkala aku rasa drama ini amat sesak dengan kejutan demi kejutan kadangkala membuatkan penonton naik muak.

Apa pun sekalung tahniah diberikan buat Nora Danish yg membawa watak dengan sangat berkesan...comei la bila Nora Danish nangis cute sangat2. Watak Melly, watak Ku Salmi, watak Raffi memang best...

So tak sabar aku nak tunggu ending citer ni petang nanti. Harap2nya ending tu jgn la hanging pula...apa pun sokong lah industri perfileman kita :-)

Wednesday, December 28, 2011

HUBBY NEW HOBBY

ready to go

posing sat
Assalamualaikum...

Hari ni aku story sikit kisah suami ku yang tercinta dengan hobi barunya CYCLING...Perhaps hobby ni akan kekal la yer..bukan apa this hobby is good for healthy am I right :-)

Azam baru katanya nak hidup lebih sihat.. Alhamdulillah so kalau macam tu lamb chop kena stop dulu la yer sayang...:-)Me too, aku pun nak hidup dengan cara yg lebih sihat. Mana la tahu next coming year we both dah jadi parents who knows right...Allah kalau nak bagi rezeki bukan kita boleh tolak...tapi kami tak akan sesekali tolak sebab itu la impian kami...Kami betul2 nak kan cahayahati kami wujud di dunia ni...Amin...

Berbalik dengan new hobby suami ku ni, semalam petang bukan maik lagi balik siap bawa basikal naik atas..maklum la rumah tecik kami ni tingkat satu. Lepas tu siap bawabalik topi seluar bagai..wah memang bersemangat nampaknya my hubby dengan hobby barunya ni...Alhamdulillah...

So apa pun aku harap his enjoyed with his new hobby and i hope his become more healthier lepas ni amin...Sayang Abang sangat2 :-)

Tuesday, December 27, 2011

NEW GADGET

zte optus my tab
Assalamualaikum...

Ini la gadget terbaru kami. Ini hadiah perkahwinan yg ketiga buat kami berdua...yg pertama rumah yg kami duduk sekarang dengan sah kini menjadi hak milik kami, kedua percutian kami ke Hatyai dan ini merupakan hadiah kami berdua juga. Kami ni bukan la orang senang pun, hidup cara bersederhana. Itu la yg kami amalkan bila hidup sebumbung ni. Dulu masa aku keja kat KL memang mewah...maklum lah anak tak der lagi...so tiap bulan boleh chek in kat hotel. Tapi sekarang suami aku jer yg bekerja jadi aku kena la lebih berjimat. So kalau nak beli something kena betul2 budget...bila dah dapat kami akan rasa sangat2 bahagia..sebab kami berdua tahu bukan mudah nak dapat sesuatu...tak gitu kawan2 :-)

Ulang tahun perkahwinan yg ke-6 ni amat bermakna buat ku sebab ini la kali pertama kami menyambutnya dengan cara sendiri, tanpa mama dia sisi ku lagi. Orang sekeliling tak akan memahami hati ku. Memang di luar nampak aku seorang yg ceria tapi in deeper of my heart hanya Tuhan saja yg tahu betapa sakit, pedih, sedih pilu semuanya bercamput menjadi satu. Aku tak dapat gambarkan dengan kata2...tapi cukup la sekadar Allah saja yang tahu akan perasaan ini...

Apa pun hadiah ni hanya sekadar untuk membuat kita tersenyum tapi yg panting bagi ku hidup kami agar lebih bahagia dan terus bahagia hingga ke syurga...Aku mohon pada Mu Ya Allah...bawa lah cinta kami hingga ke alam sana...dan sinarkan lagi cinta kami dengan cahayahati kami kelak...iaitu anak2 yg soleh...amin...:-)

Monday, December 26, 2011

HATYAI WITH LOVE

myself yg dah kepenatan

my hubby
Assalamualaikum...

Penat pun tak hilang lagi...terus up date blog..gambar pun panas2 baru keluar dari kamera...Syukur Alhamdulillah kami dah sampai rumah tepat jam 9.15 malam...itu pun singgah makan dulu kat kedai makan nasi kandar Subaidah. Bukan apa dari tadi tak makan nasi asyik ratah ayam ngan pulut jer :-).

Hari Jumaat lepas Hubby balik terus kata nak bawa aku gi honeymoon kat Hatyai...biar betul angin tak der ribut tak der tiba2 mood romantik dah datang wah shiok tu hehehe....lagi pun aku dah dekat 2 thn tak pi bercuti. So dah org ajak pergi la jer la...semuanya di sponser oleh hubby tersayang...

So petang Jumaat lepas aku habis jer tusyen...terus kami ke Pasific untuk tukar wang dari RM ke Bath...duit Thailand ... Tapi yg bestnya aku siap dapat hadiah lagi... My Tab hehehe...shiok lagi hehehe...itu kita citer esok pula yer hehehe....

Ok, so hari Sabtu pagi kami bertolak dengan menaiki Van ke Thailand...save duit minyak tu...lagi pun kami nak relaks kan so tak payah la nak drive ni semua...just relaks dan driver yg bawa...

Sampai sana, kami tinggal di Hatyai Home Garden Hotel. So far bilik yg kami dapat so good, duluxe suit...and suitable for couple yg nak honeymoon...:-)

Kami duduk sana 3 hari 2 malam. All my cats dijaga rapi oleh adik2 ipar tersayang...so sweet...but in deep of my heart aku punya la rindu giler kat all my cats...sayang sangat kan...jadi macam ni la.

So hari ni aku dan suami dah balik so insya Allah next coming trip we are going to Bangkok pula. Tapi kali ni nak naik keretapi..Hubby kata 20 hours inside the train..Masya Allah dekat sehari tu...and then siap ada tempat tidur yg selesa...erm..sound good...nanti kita tengok pula macam mana adventure nya ok...Adios!!

Saturday, December 24, 2011

RINTIHAN KU



aku dan mama
Hari ni 24 Disember 2011 genaplah setahun pemergian bonda ku ke alam sana. Sungguh syahdu, sungguh pilu, hanya Allah yang tahu.

Tahun lepas di tarikh yang sama aku masih terbayang di saat bonda ku bertarung nyawa. Waktu tu jam tepat 4.30 pagi…aku terjaga bila Mak Cik ku mengejut ku dari tidur. Kata Mak Cik bandan mama panas sangat. Bila aku cek di telinga menggunakan thermometer Masya Allah suhu meningkat ke 45C. Aduh aku rasa sungguh ketaq…seluruh anggota badan ku menggigil…Aku seolah2 tahu harinya sudah tiba.

Sebelum tu pada sebelah malamnya, sewaktu aku mengelap mama…aku memang dah rasa lain…mama seolah2 tak nak lansung buka mata pandang ke arah ku. Memang mama koma tapi bila aku mula lap badan mama sehari 3 kali mama pasti akan buka mata tengok. Dan aku pula akan mula borak ngan mama citer itu ini…Mama memang dah tak bercakap dari bulan Julai sampai la akhir hayatnya.

Bila aku tahu mama demam lansung aku tumbuk panadol bancuh dengan air untuk aku masukkan ke dalam tiub. Sambil2 tu aku lap badan mama dengan air sejuk. Selang sejam aku cek semula suhu masih sama…Ya Allah sekali lagi badan aku menggeletar. Tapi aku kuatkan semangat. Aku cuba menidakkan apa yg aku fikirkan.

Azan subuh pun berkumandang, aku tak mahu tinggalkan mama. Mujur la masa tu kami dah di rumah. Mama di benarkan pulang ke rumah setelah hamper 4 bulan kami dua beranak berkampung di wad Hematologi. Semua orang kenal kami, aku berpuasa dan beraya di sisi mama. Ya Allah itu satu pengalaman yg sangat2 berharga  buat ku.

Aku solat di sebelah katil mama. Lepas solat aku tengok mulut mama terbuka, aku cek oksigen aku takut oksigen tak berfungsi, sebab seminggu sebelum tu tiba2 mesin oksigen rosak..tengah malam aku pergi tukar dengan kawan baik mama Mak Cik Bah.

So lepas tu aku tengok dada mama berombak kencang. Tiba2 aku teringat dengan kawan2 yg tinggal di hospital dulu. Bila nak meningal begitu la cara mereka. Tapi cara mama ni lebih lembut, tenang tapi mata masih pejam tak nak buka walaupun aku jenuh memanggil mama…

Tepat jam 7.00 aku mula mengelap mama. Aku pakaikan mama dengan baju warna merah,sebab mama suka sangat baju merah yg aku beli masa belajar di UiTM Shah Alam dulu. Aku dengar sayup2 suara Mak Cik ku call bapak saudara ku semua. Minta datang sebab mama dah nazak.

Aku pun telefon suami ku yg berada di rumah kami di Telok Air Tawar. Mujur la suami ku baru jer balik dari Medan.

Tepat jam 8.30 aku mula di suruh mengajar mengucap…Ya Allah masa tu Tuhan jer yg tahu hati aku…betapa hancur luluh rasanya. Tak tertanggung aku dengan azab untuk ditinggalkan mama yg tercinta.

Sambil ajar mama mengucap aku tak lepas pelukan pada mama. Sampaikan ada jiran yg datang tarik tangan ku…katanya jangan peluk sebab mama dapat rasa kehadiran ku…nanti nyawa akan tersekat2…bapak saudara ku dah mula mengalir air mata…aku ni masih kuat…masih berpura2 konon tak nak nangis…tapi makin lama mata ku jadi semakin kabur…aku memang tak dapat nak melepaskan mama.

Tiba2 nurse Hospic yg selalu datang merawat mama datang. Dia minta aku buatkan minuman untuk mama minum. Bila aku tarik dari dalam perut mama, air yg keluar berwarna hitam. Sekali lagi kaki lemah…aku tahu itu darah. Pagi tadi masa saling pampers aku tahu dah pundit kencing mama dah stop.

Aduhai…aku mesti hadapi walau pun pahit walaupun perit. Tiba2 aunty nurse tu minta aku ke dapur amik air suam…aku degil…aku amik air kosong…sampaikan aunty nurse tu marah…Mak Cik ku pula terus mengajar mama mengucap di hujung kepala.

Dengan terpaksa aku pergi juga ke dapur…selang beberapa minit aku dengar jeritan aunty ku iaitu isteri Pak Long…Aku berlari dengan air panas di tangan…bila aku sampai mama dah pun pergu buat selamanya…Ya Allah jatuh terduduk aku di tepi tiang…aku dah tak mampu nak berjalan. Namun aku gagahkan juga…tapi aku tak mampu berdiri…aku merangkak sampai ke katil mama…aku meraung sekuat hati…semua yg ada di situ turut menangis melihat keadaan ku.

Aku terus capai talipon dan call suami ku…masa tu suami ku dalam perjalanan ke kampung…Tepat jam 9.45 pagi Hari Jumaat 24.12.2010 bersamaan 18 Muharram 1432H aku dengan rasminya menjadi anak yatim piatu…

Ya Allah sungguh perit mimpi yg aku alami…sampai kini aku masih boleh nampak apa yg terjadi sepanjang aku bersama mama bermula pada bulan Mac sampai la December…Perit sungguh Ya Allah…tapi aku gagahkan juga…

Memang orang nampak aku ceria…tapi itu cuma di luar…dalam hati ku sunyi sepi…bukan mudah nak jadi anak tunggal yg yatim piatu…Mujur la Allah memberi kan aku seorang suami…Terima kasih suami ku Ibrahim Nordin kerana sudi menyintai ku seadanya..

“Mama, Ct rindu sangat kat Mama…Ct rindu suara Mama, Ct rindu pelukan Mama, Ct rindu masakan Mama, Ct rindu ciuman Mama, Ct rindu belaian Mama, Ct rindu nasihat Mama…tapi itu semua sudah tiada…tapi yang pasti Mama tetap bersemadi di dalam hati Ct…Al-Fatihah – Hajah Fadhillah bt Noor Mohd 20.02.1950 – 24.12.2010”

Friday, December 23, 2011

HONEYMOON MOOD

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Mula dari hari Rabu lagi aku asyik dapat kejutan yg gembira dari suami ku...aduh syahdu la juga. Maklum la suami ku ni kalau sesekali beromantik memang cair aku dibuatnya...

Lagi pun aku tahu kenapa suami ku sering mengembirakan aku semenjak dua menjak ni...sebabnya dia tak nak aku bersedih sebab esok 24 Disember 2011 genap lah setahun bodan ku pergi meninggalkan aku buat selamanya...Aku memang sedih tapi hidup ku mesti di teruskan sebab aku punya tanggungjawab di atas muka bumi ini. Namun doa dan zikir tak pernah aku tinggalkan untuk bonda ku.

Suami ku memang dah merancang lama nak bawa aku pergi, tapi atas kesibukkan asyik tertangguh jer la percutian kami. So kali ni without any planning terus Hubby buat keputusan jom pi honeymoon. Lagi pun dah dekat 2 thn aku tak pi jalan2. Tahun lepas thn sedih buat diri ku...So tahun ni aku mesti bangkit semula untuk melangkah mengharungi hidup.

So esok kami akan ke Hatyai untuk bercuti. Semua ni suami aku yg uruskan, aku just bawa diri jer :-). Apa pun semoga percutian kami akan di rahmati Allah...semoga perjalanan kami dilindungi Allah...amin...

Thursday, December 22, 2011

PASPORT

pasport malaysia
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pagi tadi Hubby ajak aku gi buat pasport. Maklum la dah lama aku nak buat pasport individu. Pasport lama aku tu dah hilang. Hubby pada mulanya kata kalau hilang kena buat laporan polis dan angkat sumpah bagai baru kita boleh buat yg baru. Tapi ini dah makan tahun. Kalau tak salah dulu aku buat pasport masa gi Umrah tahun 1995 lepas aku habis SPM.

So lepas Hubby tanya kawan2, so katanya jom la kita gi buat pasport baru...aku punya la senyum sampai ke telinga hehehe...syok tu...Bukan apa bila ada pasport segala impian ku kelak bakal terlaksana insya Allah.

Kerja2 nak buat pasport aku ni menjadi lebih mudah sebab kawan baik Hubby ada buka kedai yg menguruskan borang2 dan juga gambar2 untuk membuat pasport. So kerja2 tu akan jd lebih mudah dan cepat. Dan yang paling aku puji, sekarang ni kecekapan kakitangan Imigresen semakin terserlah. Aku bangga betul jadi rakyat Malaysia hehehe....dulu masa aku buat pasport 16 thn sudah punya la lambat..beratur punya la panjang...dari lapar sampai kenyang terus lapar balik tapi pasport tak siap2 juga hehehe....

So tepat jam 1.55 tengah hari aku dan Hubby pun pergi la amik pasport yg dah siap. Lepas dapat pasport tu aku terus buat wish dalam diam hehehe...aku ada tempat yg ingin aku tujui..insya Allah semoga impian aku akan terlaksa jua amin...

Wednesday, December 21, 2011

STRAITS QUAY

menu ku mee kari

menu hubby nasi goreng dengan chicken chop

cendol ketupat

me in action

hubby in action
Assalmualaikum...

Hari ni Mr.Hubby aku cuti. Kami berdua ada hal penting untuk di uruskan hari ni. Alhamdulillah hal yg di uruskan boleh dikatakan 70% hampir selesai...harap2 Allah akan permudahkan segalanya Insya Allah....

So lepas selesai semua urusan di tempat itu kami pun bershopping kejap kat TESCO, beli sabun dan sedikit barang dapur. So lepas tu kami pun apa lagi berjimba time...Hubby kata ada port lepak baru, so apa lagi jom terjah :-)

Tempat tu nama Straits Quay...memang unik dan sangat2 menarik. Aku tak dapat la nak masukkan semua gambar yg diambil tadi..banyak sungguh...siapa yg nak tengok boleh la singgah ke FB aku tu hehehehe...promote FB la pula :-)

Dah penat berjalan kami singgah untuk lunch kat PappaRich Restorant...menu aku mee kari, Hubby pula nasi goreng dengan chicken chop. Sedap :-)

So jom la layan gambar2 kat atas tu...hehehe...tengok tu bila mak cik gemokss bergambar itu la rupanya hehehe... :-)

Tuesday, December 20, 2011

MENU YANG SANGAT SIMPLE

my brunch today
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer menu sarapan merangkap makan tengah hari ku. Entah lah semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan menu yg kering2 macam ni. Tapi kalau berkuah atau bersup pula aku suka hirup jer sup tu. Semalam aku dah masak sup daging so hari ni aku masak simple jer untuk layan tekak aku ni yg kadang2 tu malas nak makan...boleh pula macam tu kan...:-)

Mula2 tu aku ingat nak masak nasi goreng, lepas tu teringin pula nak makan maggie goreng alih2 aku nampak apple kat dalam peti sejuk terus teringin nak makan kerabu apple. Alahai dah lebih dari orang mengandung teringin aku ni. So kebetulan memang dah keluarkan ayam dari peti, so goreng jer ayam goreng kunyit. Sedap la pula...lagi pun dah lama tak makan. Tapi resepi kali ni aku masukkan lada hitam..wah rasa pedas la sikit.

So, ini la cerita for today...insya Allah esok kita cerita kisah lain pula...Salam sayang untuk semua Blogger BYE!!

Monday, December 19, 2011

SETIA KU DI SISI MU

tengok tu tidur pun nak dekat dengan popo

angah memang sayang sangat kat popo
Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua pembaca blog...blog aku ni tak la glamer macam blog2 org lain tapi di sini la aku meluahkan rasa hati dan perasaan ku. Kalau sedih maka sedih la yg ku luahkan, jika aku hepi maka citer aku pun sure la hapi2 belaka.

Tengok tu tajuk jiwang beb...tapi hakikatnya itu la yg aku cuba gambarkan perasaan cats aku ni. Angah memang setia sungguh menemani PoPo yg masih tak berapa nak sihat. PoPo nampak masih menyesuaikan keadaan dirinya yg petah tulang peha.

Tiap2 malam PoPo mesti nak tidur kat bilik kami berdua, dia masih tak nak tidur dengan cats lain. Mungkin PoPo masih ingin bersendiri. Tapi Angah sentiasa ada di sisi PoPo. Tidur malam ker pagi ker siang ker sure la Angah di sebelah PoPo. Kadang2 tu aku marah juga sebab nampak PoPo tak selesa...PoPo akan terhinjut2 melompat datang kat aku. Tapi Angah tetap ikut. Mula tu marah juga kat Angah, tapi lama2 aku biarkan jer la sebab makin di larang makin dekat Angah dengan PoPo.

Tengok tu haiwan pun tahu menghargai kasih sayang, kenapa manusia mengabaikan kasih sayang??? renung2kan ... pesanan untuk diri ku juga :-)

Sunday, December 18, 2011

KENDURI ANAK KAWAN HUBBY

pasangan mempelai
Assalamualaikum...

Hari ni kami berdua pergi makan kenduri lagi. Tapi kalau kenduri kat kampung suami tak boleh la kami berdua balik awal. Sebab suami ku akan bertugas sebagai mentara atau pun penanggah. Maka kami akan ke rumah kenduri awal2 lagi sebab banyak kerja yg suami ku kena buat.

Kami berdua sampai dalam pukul 10.00 pagi. Sampai2 jer suami aku dah mula tolong apa yg patut. Aku pula macam biasa akan duduk saja. Sebab aku ni bukan ahli mentara ker atau apa2 saja lah. So bila dah duduk saja ni mula la nak mengantuk, mujur la ada beberapa tetamu wanita yg ada, dapat juga la aku berborak kosong.

Bila sampai masa nak makan, aku mesti tunggu adik2 ipar duai ku datang. Masa tu satu hidang memang untuk kami hehehe...syok tu. Lepas makan, aku selalunya akan duduk bersantai kat rumah kenduri, tapi hari ni kepala pening la pula. So aku minta izin ngan suami nak balik berehat kat rumah mertua. So macam biasa merempit la dengan adik ipar kesayangan ku Niena.

Tapi suami ku masih berhempas pulas mengangkat hidang hehehe...tapi demi rasa cinta suami ku balik kejap rumah mak ayah nya sebab dan jenguk aku, mana  lah tahu aku pening lagi ker tak...sweetnya...jam 5.00 baru majlis berakhir.

Tapi ada cabutan bertuah la pula. So suami ku dapat la bekas air minuman, tapi kami dah hadiahkan pada anak sedara comel kami Alya Balqish. So ini la coretan kami berdua untuk hari ni. Semoga kedua mempelai kekal bahagia hingga ke akhirnya Amin... :-)

Saturday, December 17, 2011

NEW MEMBER IN MY BIG FAMILY

ini la hiro atau e-oo
Assalamualaikum...

Hari ni baru berkesempatan nak snap gambar si kecik ni...Hiro namanya...nama manja E-Oo. Kenapa aku letak nama Hiro sebab masa Hiro ni dilahirkan...ada 2 lagi adik beradik Hiro. Tapi kedua2nya mati pada hari yg sama iaitu dua hari selepas mereak semua di lahirkan. Hiro ni anak yg sulung, kenapa aku tahu dia ni sulung sebab aku la bidan terjunnya hehehe...

E-Oo ni kalau kita panggil nama dia cepat jer dia toleh ke arah kita...macam dah tahu jer itu nama dia. Memang bijak si kecik ni. Tapi yg bestnya E-Oo ada banyak ibu angkat. Maklum la dua ibu lagi tu kematian anak2 mereka...So E-Oo ditatang bagai minyak yg penuh la...bangun tidur minum susu...tengok badan pun dah tembun tu.

Apa pun mama harap E-Oo akan membesar dengan sihat yer comeiii mama...:-)

angah still temani popo
Ini pula citer Angah dengan PoPo...malam ni Angah still jaga PoPo lagi...rajin sungguh la anak jantan sekor ni. Tapi kadang2 Angah ni over...PoPo jadi rimas...mula la PoPo ketuk pintu panggil aku bawa dia masuk bilik. Alahai Angah perihatin sungguh la anak jantan sekor ni.

So ini la serba sedikit tentang famili besar aku. Walau pun aku belum di kurniakan anak tapi mereka ni la pengubat kesunyian aku...Terima kasih Allah dia atas pemberian kasih sayang ini buat kami berdua... :-)

Friday, December 16, 2011

ANGAH JAGA POPO

popo yg dijaga oleh angah
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer tentang perkembangan Si PoPo kucing ku yg malang. Semalam kan PoPo jatuh dari tingkat satu, so kaki kanan dia memang sah patah. Terkulai2 kaki kanan tu. Memang org suruh bawa gi klinik Veterina, tapi masalahnya kami kena bawa dia ke Penang. Dah la tu dah petang, kat situ pula jalan selalu jem. So kami amik keputusan terima apa saja keadaannya.

Syukur Alhamdulillah, hari ni nampak PoPo getting better. Walaupun jalan terlompat2 tapi PoPo kucing yg kuat semangat, malah Angah sentiasa ada menemani PoPo kemana saja PoPo pergi. Pergi toilet Angah temankan, nak tidur Angah jagakan, nak mandi Angah tolong jilatkan. Pendek kata Angah sentiasa ada di sisi PoPo.

Saat aku tengah up date blog ni, Angah masih menemani PoPo yg sedang tidur. Alhamdulillah, Allah itu maha Kaya, Maha Pengasih...diberinya haiwan akan perasaan kasih dan sayang, tapi manusia pula yg lupa erti sebuah kasih sayang.

Walaubagaimanapun, aku akan terus menjaga kucing2 ku walau apa jua keadaan mereka. buruk ker baik ker, cacat atau sempurna semuanya aku sayang. Sebab mereka adalah permata hati aku dan suami. Ya Allah sembuhkan lah PoPo ku Ya Allah...panjang kan lah umurnya...amin...

Thursday, December 15, 2011

TOMPOK KU PATAH KAKI

ini la popo
Assalamualaikum....

Hari ni aku nak citer tentang cat aku yang nama Tompok a.k.a PoPo...entah macam mana boleh jatuh dari tingkap rumah ku. Cats yg lain jatuh tak der la sampai patah kaki. Tapi Si PoPo ni tiba2 pula jadi macam tu. Ini semua suratan takdir, kena lah aku dan suami terima.

PoPo ni memang kucing yg aktif kat rumah. Walaupun PoPo ni betina tapi memang dia suka panjat sana sini. Selalu juga aku marah tak bagi dia panjat tingkap. Entah la macam mana hari ni aku boleh terlepas pandang. Lagi pun aku tak sedar pun sejak bila PoPo ni jatuh. Tiba2 lepas aku bagi cats aku makan dalam pukul 1.00 tengah hari tadi, tiba2 aku rasa macam tak cukup jer bilangannya. Aku pun terjerit2 panggil PoPo....

Terus aku rasa tak sedap hati, sebelum suami aku turun cari PoPo, aku yg terlebih dulu turun. Memang betul PoPo jatuh dalam parit. Masa mula angkat PoPo tak jerit pun...tapi bila nak sampai depan rumah tiba2 dia mengiau kuat...bila masuk baru aku perasan yg kaki kanan PoPo dah terkulai. Suami ku mula panik...dia lari masuk bilik...aku faham dia memang sedih kalau cats dia jadi macam tu. Aku pun ajak la dia gi klinik bawa PoPo...tapi bila chek semula PoPo bukan patah dari kaki tapi dari pangkal peha. Kesian PoPo....terpaksa tanggung kesakitan.

Tapi lepas aku sapu minyak nampak dia ok sikit...ini pun tengah tidur. Tapi bila dia terjaga pasti dia akan mengiau sakit...

Ya Allah, sembuhkan lah PoPo ku Ya Allah...kesiankan dia Ya Allah...amin...

Wednesday, December 14, 2011

BUBUR AYAM BERSAYUR

bubur ayam bersayur
Assalamualaikum...

Menu tengah hari ni Bubur Ayam Bersayur. Entah la hari ni tekak rasa nak makan bubur. So kebetulan hari ni arwah mama aku pun dah cukup setahun meninggalkan aku buat selamanya, kalau ikut bulan Islam ....18 Muharram 1433H.

Arwah mama dulu memang suka sangat2 makan bubur nasi ni. Mama suka masak macam bubur lambuk tu...orang utara panggil bubuq kanji. Tapi mama masak mesti letak udang. Katanya udang lebih manis.

Hari ni aku memang rasa sayu, mujur la ada adik ipar yg sudi menemani ku. So aku ada kekuatan untuk tersenyum dan masak something. Kalau ikutkan hati aku ni, mahu aku nangis sepanjang hari. Aku betul2 rindukan arwah mama.

So bila setiap kali aku rindukan mama aku pasti akan masak apa yg arwah suka masak untuk aku dan apa yg arwah suka makan. Dengan cara itu aku rasa lebih tenang dan aku yakin mama pasti bangga sebab aku dah pandai masak...boleh la juga dari tak der kan...

Ya Allah Ya Tuhan ku...tempatkan lah arwah mama ku di Syurga Mu... tempatkan lah rohnya di samping orang2 yg beriman..amin...

Tuesday, December 13, 2011

BURGER MAT SALAI

burger mat salai
Assalamualaikum...

Hari ni aku balik Penang kejap sebab nak melawat sedara sebelah arwah mama meninggal semalam. Semalam aku tak sempat nak pergi ziarah lagi pun suami aku outstation ke Singapura. So aku kena la tunggu sampai suami call petang semalam baru la aku boleh minta izin nak balik kampun aku kejap. Alhamdulillah suami aku izinkan tapi dengan syarat, alahai ada syarat la pula hehehe.... nak buat macam mana kan orang sayang isteri macam tu la :-).

Syaratnya aku kena bawa adik ipar ku sekali sebagai peneman, kemudian ada lagi syratnya, aku tak boleh bawa benda atau barang dari kampung ku sebab takut nanti aku penat, maklum la aku naik bas kan. Sampai yg tu pun dia pesan. Ada lagi syaratnya, aku tak boleh susah hati atau terlalu sedih sebab nanti takut aku sakit semula. Syarat last sekali, lepas ke rumah sedara tu, terus balik jangan pergi mana2. Jangan buatkan hati abang risau katanya hehehehe...

Syukur Alhamdulilah Ya Allah aku dapat seorang suami yg sangat2 perihatin dengan keadaan diriku. Semoga keperihatinan ini akan kekal sampai ke hujung nyawa ku insya Allah...mudah-mudahan...

So bila dah jauh perjalanan, maka aku jd tak larat...maka malam ni layan burger jer la. Tapi mujur la burger ni dekat jer dijual kat rumah aku. Sekali lagi adik ipar ku temankan, maklum la malam2 kan bahaya kalau keluar sorang2.

So ini la menu aku dan adik ipar ku untuk malam ni...selamat menjamu selera yer :-)

Monday, December 12, 2011

CUTE BABY PICTURE

baby in red roses

cute little baby

so sweet

baby with flower hat

cute kiss baby

baby smile


muslim baby

baby with big ayes

cutets baby
 Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak letak gambar baby la pula. Comel kan baby ni semua...harap2nya satu hari nanti aku pun bakal memiliki anak2 ku sendiri insya Allah...

Bila tengok wajah2 baby ni rasa tenang sangat hati aku ni. Mudah-mudahan Allah mendegar rintihan hati ku dan keinginan suami ku. Tapi aku bersyukur sangat sebab suami tak pernah mendesak, malah dia selalu memberi semangat supaya aku sentaias berfikiran positif.

Aku tahu Allah sedang berbicara tentang SABAR dengan kami berdua...maka sebagai umatNya aku akan sentiasa bersangka baik dengan Allah...Insya Allah aku yakin satu hari nanti impian ku SATU ini bakal terlaksana Amin...:-)

Sunday, December 11, 2011

Hafiz - Untuk Kamu (Ombak Rindu OST)



UNTUK KAMU - SUAMI KU

Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....

Assalamualaikum...

Bila berjauhan dengan suami macam ni mula la rasa sayu, pilu, rindu bercampur menjadi satu. Bukan apa suami aku outstation ke Singapura 4 hari. Bermula hari ni sampai la hari Rabu nanti. Semoga suami ku selamat pergi dan selamat kembali insya Allah.

Dalam citer Ombak Rindu aku suka sangat lagu ni. Bukan apa rasa tak serabut. Mendamaikan dan boleh tenangkan jiwa. Ini secara lagu jer la. Kalau nak lebih membahagiakan dan juga lebih tenang Solat la jawapan nya kan...

So apa pun aku harap korang enjoy :-)

Saturday, December 10, 2011

TUNA MAGIK DAN NUGGET IKAN

nasi goreng tuna magik dan juga nugget ikan
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer menu kami malam ni. Tengah hari tadi tak der menu sebab gi makan kenduri kat Pendang Kedah. Siap makan daging kerbau tu...sedap juga rupanya daging kerbau. Maklum lah aku ni jarang makan makanan eksotik macam tu. Menu kenduri tu simple jer, hanya gulai kawah daging kerbau dengan masak kurma itu jer. Lepas tu sayur ada lah dia orang buat kerabu nenas. Tapi memang sedap. Nasi pun bukan nasi minyak, orang situ panggil nasi air, kira nasi putih jer la kan...Memang best bila dapat duduk dalam suasana kampung, hidup masih bergotong royong...Cayalah!!

Berbalik pada tajuk hari ni, menu kami malam ni nasi goreng tuna magik. Ala tuna magik yg dalam iklan tu. Gaulkan jer dengan nasi. Tapi aku masak tadi bukan apa nak panas kan nasi tu jer.

Nugget ikan tu Mr.Hubby aku yg buat...hehehe...resepi suami ni. So memang enjoy kami berdua makan tadi...so korang boleh la buat nanti nasi goreng tuna magik... sedap :-)

Friday, December 9, 2011

HARI BUNGA SEDUNIA

white and pink roses

white roses

pink roses

pink roses

pink roses and pearl

purple roses

mixed roses

purple roses

black and white roses

cute bear with the bouquet of flower
Assalamualaikum...

Sebenarnya hari aku kebuntuan idea sebab idea aku sedang di curahkan untuk novel ku. Insya Allah harap2 novel aku ni akan menjadi amin...

So korang enjoy with the flowers pictures ok ... Adios!!

Thursday, December 8, 2011

KOLEKSI NOVEL

koleksi novel
Assalamualaikum...

Ini pula kisah koleksi novel. Novel2 sambungan dari novel Ombak Rindu. Bila kita baca novel Ombak Rindu pasti kita mahukan sambungan nya. Mesti kita nak tahu apa akan jadi pada Izzah dan juga Hariz kan hehehe..

Sambungan yg kedua tu aku ada. Tajuknya Cinta Tiada Akhirnya. Tapi yg ketiga tu tak der la pula. Nak kena cari ni. Tapi koleksi macam ni selalunya ada kat MPH Bookstore. Bukan apa selalunya koleksi novel2 yg terhebat ni banyak di MPH, kalau kat Popular tu ada juga tapi tak banyak. Selalunya kat Popular ada koleksi buku2 terkini.

So nampaknya aku nak cari juga nanti novel ketiga yg bertajuk, Rindu Cintaku. So aku akan berusaha mendapatkan nya YESS!!

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU MOVIE

ombak rindu
Assalamualaikum...

Hari ni seperti yg dijanjikan kami berdua keluar dating sama2. Memang niat nak menonton wayang citer Ombak Rindu. Memang ramai yg layan citer ni. Tempat duduk boleh dikatakan penuh la juga.

Masa mula citer ni start, aku tengok Hubby macam tak berapa nak minat. Tapi lama kelamaan Hubby semakin dekat dengan aku hinggakan tangan kami bersentuhan. Syukur Alhamdulillah Hubby aku dapat merasai kesan dari jalan citer ni. Itu belum Hubby baca novel Ombak Rindu kan hehehe...

Terus terang aku katakan beberapa kali air mata aku menitis. Memang sedih pada setiap babak. Lakonan Maya Karin memang menjadi, watak Izzah di bawa dengan penuh sopan dan santun. Begitu juga watak Haris yg dimainkan oleh Abang Aaron Aziz sangat2 terkesan di hati ku. Terutama bila air mata lelakinya menitis ia benar2 menyentuh hati kewanitaan ku.

Permandangan kampung dalam scene citer ni sangat2 menarik. Gambar atau view yg di shoot memang cantik dan mendamaikan. Aku rasa tenang bila menonoton citer ni.

Garapan cerita di satukan dan di pendekkan dari novel. Kalau ikutkan novel panjang lagi citernya. Tapi di susun menjadi padat dan penuh dramatik. Tahniah kepada Osman Ali yg berjaya menjadikan cerita ini sehebat novelnya.

Lepas keluar dari panggung, aku masih terbawa2 dengan watak sedih hehehe...tapi suami aku telah menceriakan aku dengan tiba2 membeli sesuatu untuk aku...so sweet...TQ so much Dear...one more handbag to go. TQ Allah kerana memberikan aku seorang suami yg mempunyai sikap romantisnya yg tersendiri...

So far malam ni aku enjoy dengan the movie and also the extra movie that we had together...TQ Allah...:-)

Tuesday, December 6, 2011

TIBA-TIBA AKU TERINGIN

winter sonata
Assalamualaikum...

Tiba2 hari ni aku teringin nak menonton citer ni kembali. Itu pun lepas dapat link dari kawan FB ku. Macam2 citer Korea ada kat dalam link ni...Best la pula.

Citer ni dulu aku bukan ikut sangat pun, maklum la masa tu zaman tengah belajar kat Universiti. Masa nak menonton TV tu agak terhad. Lagi pun seingat aku masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu aku memang jarang masuk berehat kat bilik TV. Kalau aku masuk bilik TV tu sebab aku nak hadiri meeting blok. Itu jer la. Memang aku ni suka bertapa dalam bilik hehehe...

Lagu tema citer ni memang best. Kebetulan pula penyanyi kita Hazami melayukan lagu Winter Sonata ke Sonata Musim Salju...memang best, layan tu :-)

So ini la link nya... http://www.maaduu.com kalau korang berminat jom la singgah yer...kita layan drama korea yg dulu dan terkini...:-)