Thursday, December 29, 2011

SLOT AKASIA TENTANG DHIA

tentang dhia
Assalamulaiakum...

Hari ni aku nak berceloteh kisah Tentang Dhia, drama yg tengah meletup2 di Slot Akasia TV3. Mana tak meletupnya, watak Ku Salmi yg dibawa oleh Liza Abdullah betul2 menghagatkan hati aku dan penonton2 yg lain geram tu beb...menjadi sungguh lakonan Liza Abdullah tu :-)

Hari ni merupakan hari untuk episod terakhir kisah Tentang Dhia. So kena la tengok kan, maklum la dah ikut dari episod pertama mesti kena tahu endingnya :-).

Citer ni penuh dengan dramatik dan juga drama queen hehehe...terutama watak Ku Salmi iaitu ibu mertua si Dhia ni. Ada2 saja idea jahat dia tu ... geram sungguh aku. Sanggup porak perandakan rumahtangga anak sendiri demi untuk mendapat kan menantu yg lebih kaya. Soal agama dalam citer ni juga di terapkan tapi hanya kepada watak2 tertentu sahaja. Watak jahat memang jahat sejahatnya dan juga jahil sejahilnya.

Citer ni juga ada unsur kurafat di mana ada kepercayaan terhadap bomoh, tapi dikuatkan dengan cara perubatan Islam. So far ok cuma kadangkala aku rasa drama ini amat sesak dengan kejutan demi kejutan kadangkala membuatkan penonton naik muak.

Apa pun sekalung tahniah diberikan buat Nora Danish yg membawa watak dengan sangat berkesan...comei la bila Nora Danish nangis cute sangat2. Watak Melly, watak Ku Salmi, watak Raffi memang best...

So tak sabar aku nak tunggu ending citer ni petang nanti. Harap2nya ending tu jgn la hanging pula...apa pun sokong lah industri perfileman kita :-)

1 comment:

shaFazie said...

azie pun tgk cite ini...tk sbr nk tgu ending die..hope okay :D