Tuesday, November 29, 2011

JET PEJUANG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam hari Selasa dari ku yg masih setia di sini. Wah dah macam intro rancangan Nona la pula hehehehe....Hari ni nak beleter sikit. Citer tentang Jet Pejuang. Rumah kami ni memang dekat sangat dengan Pangkalan TUDM Butterworth. Kira glamer juga pangkalan TUDM ni tau. Sebab semua menteri yg datang ke Penang ni pasti akan mendarat pesawat peribadi mereka tu kat situ. Kira jd tempat tumpuan la juga. 

Tapi citer tu semua tak penting, ada citer lebih penting ni, aku memang dah tak tahan sangat2. Taik telinga ku pun dah boleh terkeluar cair kalau tiap2 hari dengar bunyi jet pejuang ni dok naik turun. Alahai boleh migrain tau. Bulan lepas ok lagi, tak der la teruk macam 2 minggu kebelakangan ni. Ini semua gara2 LIMA katanya.

Tapi serius aku kata kalau orang yg ada penyakit jantung memang boleh mati terkejut. Tiba2 naik atas bumbung rumah ni rasa macam nak bergegar kepala otak ni kejap. Aduhaiii memang bingit sangat. Dia orang akan terbang dalam setengah jam rehat dalam 20 minit macam tu la. Tapi petang ni hujan so aktiviti latihan dihentikan buat seketika. Esok sure ada lagi ...

Tapi aku memang tak kisah sebenarnya pun, sebab bukan selalu dia orang ni nak terbang kat atas udara ni. Cuma kalau ada big events macam ni la rupanya. Cuma lately ni makin bingit tu yg buat aku tak tahan ....:-(

Tapi apa pun aku amat berbangga sebab mereka ni semua sangat2 komited dengan kerja mereka, harap2 lepas ni dah tak der bising yer...amin...:-)Peace no War :-)

Monday, November 28, 2011

CITER SHOPPING

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Selamat bercuti yer kawan2. Maklum la hari semua kakitangan kerajaan pasti bercuti sebab semalam kita semua sambut 1 Muharram kan. So hari aku nak citer satu kisah lucu la juga. Lucu di pandangan mata aku ni hehehe...

Pada 25 November lepas, hari Jumaat kalau tak salah, kami berdua gi LongWan gi beli stok barang dapur. So lepas beli tu ingatkan nak balik rumah tapi alih2 Hubby buat kejutan bawa aku gi tengok wayang citer "Happy Feet 2" kat Jusco Perda. Lepas tengok wayang, kami pun shopping la kat kedai kesukaan suami ku tu FOS. Kalau ikutkan aku ni tak der benda nak beli pun. Tapi bila Mr.Hubby dah masuk ke Kedai FOS tu aku pun apa lagi nyopping juga la :-)

Memang FOS tengah buat sale masa tu. Minggu lepas aku ngan Hubby dah nyopping juga kat FOS tapi kat Sunway Carnival. Dia orang sale Buy 1 Free 2. Kiranya kita beli satu dapat free 2 la. Senang jer nak faham kan. Kalau harga baju kita tu berlainan, maka diambilnya baju yg berharga paling mahal. So kira berbaloi la juga. Rasanya yang paling mahal pun dalam RM 45 macam tu. Below than 50 gitu la :-)

Tengah aku dan suami dok pilih, datang la 3 orang perempuan. Alahai mulut punya la becok. Semua orang memerhatikan dia orang ni. Salah sorang tu dok baca punya la kuat "Buy 1 Free 2" ...."Adik apa maksud ni akak tak faham?" Tanya salah seorang dari 3 perempuan tu kat jurujual di FOS. Jurujual tu pun explain la satu persatu. Lepas tu mungkin Si A ni dah faham di cerita nya pula kat Si B dan Si C ... Bila ketiga2 dah faham, bising la pula satu FOS tu dok pilih baju. Habis citer Mak Teh dia orang ada baju macam ni la, macam tu la. Kira memang gamat la suasana kat dalam kedai FOS tu. Orang lain yg masuk pun dok geleng kepala. Aku ngan suami tersenyum jer la. 

Tiba2 si A ni jerit, "Aku nak pi try sat baju ni, hangpa tunggu sat tau". Yang bestnya si A ni punya la lama try baju. Tinggal la lagi dua orang tu. Yang dua orang tu tak der la mulut becok macam si A tu tadi. Dia orang pilih baju lepas tu gi bayar. Tiba2 si A ni keluar semula, kalut ni citer baju tu ketat , aku dah gemuk, baju yg lagi satu pula tangan pendek nampak ketiak...Alahai malu la sikit. Adab kena jaga juga dik oiiii....

Dekat setengah jam juga la drama tu berlaku. Aku pun dah beli 3 baju dengan satu bayaran, tinggal suami aku jer dok pilih ... maklum la suami aku ni cerewet sikit...so aku kena la tunggu Hubby aku ni habis memilih.

Berbalik pada drama tadi, si A ni punya la keluar masuk bilik fitting room tu dekat 3 kali. Alih2 korang tahu satu pun dia tak beli. Alasannya...aku tak nak baju lengan pendek. Tak sesuai....tapi yg kelakarnya dia memang tengah pakai baju lengan pendek pun alahai...sabar jer la. Tapi dia pakai inner la.

Moral of the story, kalau yer pun nak shopping, hormat la org sekeliling...yg malu siapa diri sendiri. Sabar jer la Kak Jah oiiii....:-)

Sunday, November 27, 2011

HADIAH DARI YG TERSAYANG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Alahai hari ni lambat pula aku mengupdate blog aku yg comeii ni. Mana taknya pagi2 aku dah sibuk melayan tetamu yg datang bertandang ke rumah ku, iaitu Mak Yah dan Mak Su serta sepupu kecik ku Shariman atau nama manjanya Iman.

Lepas tu tengah hari aku sibuk layan2 cats ku makan. Bila dah petang tiba2 Cik Abang ajak pi ronda pusing Butterworth katanya hehehehe...Aduhai bila Mr. Hubby aku buat ajakan macam tu jgn sesekali di tolak yer, sebab itu dah jadi menderhaka tau hehehe...arahan di terima :-) iyer la tu kan...

So lepas solat Asar aku pun bersiap2 la nak gi meronda sekitar Butterworth hehehe...mula2 kami ker kedai Bundle di Permatang Pauh. Itu lokasi wajib setiap bulan yer..kalau tak pergi ada yg meroyan nanti hahahahaha..... Tapi yg syoknya bukan Mr. Hubby aku yg menyopping tapi aku pula yg lebih2 menyopping...yg syoknya bayaran ditanggug halal...:-) Cik Abang la yg bayar hehehe....

So lepas tu kami ke Pasaraya Billion nak beli stok sabun. Bukan apa rasanya kat pasaraya tu harga barang2 keperluan ni berpatutan...kita kena la jadi pengguna yg bijak kan :-).

Lepas tu kami singgah pula ke Restoren Nasi Kandar Makbul. Entah lah dah 4 kali kami makan kat sini. Yang bestnya kalau kami pergi mesti ke tempat duduk yg sama...Macam dah tertulis ada nama kami kat kerusi tu hehehehe...Aku layan nasi kandar kuah taruh atas yer hahaha..Hubby pula nasi goreng ayam.

Dah menjamu selera, kami ke Billion semula sebab Hubby nak beli majerin katanya. So bila masuk semula tiba2 dia gi belek2 handbang yg banyak kat situ. Alih2 di ambilnya satu lalu di tanya kat jurujual tu. Memang ada offer pun uolsss...aku ni buat2 tak kisah sebab malas la pula nak beli2 ni semua. Lagi pun yg lama masih boleh digunakan. Tiba2 aku tengok terus Hubby keluarkan duit kepada jurujual dan makanya aku dapat handbang baru la Uollss hehehehe....TQ so much sayang...sesekali bila Hubby buat suprise yg romantik memang terharu beb...:-). Oh yer kalau korang nak tahu, apa yg suami aku hadiahkan so far mesti kena dengan taste aku juga hehehehe...ini betul2 sehati dan sejiwa :-)

Mahal atau murah bukan ukuran, tapi erti sebuah kasih sayang yang ditunjukkan oleh suami ku benar2 menyentuh hati kecil ku ini. So malam ni aku akan terus tersenyum, walaupun Malaysia kalah 2 - 3 dengan Bahrain aku tak kisah. Sebab aku tetap sayang kan negara ku Malaysia...dan aku tetap cintakan suami ku Ibrahim Nordin..."Ayang LOVE Sayang" :-)

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

lambang maal hijrah
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah dari aku yg bergelar Hajah Siti Azlina  Abdul Aziz dan suami ku Encik Ibrahim Nordin. Semoga kita semua mendapat keberkatannya di tahun baru islam ini yer.

Kalau masuk tahun baru sure org akan bertanya tentang azam tahun baru. Bagi aku azam tu tak penting yg penting kita mesti sentiasa melakukan kebaikan dari sebelum-sebelumnya.

Semua orang pasti nak jadi yg terbaik kan...begitu juga dengan aku pasti nak jadi yg lebih baik dari sebelum ni. Aku mahu jd insan yg sentiasa merendah diri, tidak manyakiti hati insan lain dan aku ingin bergelar seorang ibu. Itu la impian aku dari hari ke hari tanpa jemu aku meminta.

Semoga tahu depan ada sinar yg menanti untuk diri ku dan suami...Salam Maal Hijrah untuk semua rakan blogger sekalian...:-)

"HIJRAH ITU PENGORBANAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN, HIJRAH ITU PERSAUDARAAN, HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN...."

Friday, November 25, 2011

ANGAH NOTY PUNYA CERITA

ini la angah noty
kalau dah tidur macam ni la rupa saya
kuak lentang la pula
tengok la kat perut angah ada bentuk love tau
alamak aksi tak terlarang ni
ok la angah nak babab ni
Assalamualaikum...

Nama saya Angah Noty...saya paling encem kat dalam rumah ni tau...Mama ngan Papa sangat sayangkan saya. Saya ni kucing jantan tapi saya sangat manja ngan Mama saya...Lepas makan saya mesti nak tidur kat dalam bilik dengan Mama saya. Comel tak saya :-)

Kalau la kucing boleh cakap agaknya itu la ayat dia kan hehehe....Ok la kali ni nak citer tentang Angah Noty. Ini la kucing paling encem kat rumah ni. Angah ni ada satu tabiat, lepas makan sure nak nak tidur dalam bilik, lepas tu siap kena peluk lepas tu kena babab baru la lena sabar jer la :-)

Angah ni kalau bab tidur memang layan...bunyi kapal terbang naik turun pun dah tak heran. Lepas tu kalau nak gerak bangun punya la susah, siap kena dukung baru la ok. Itu pun kadang2 mamai diabuatnya...

Apa pun setiap 11 ekor kucing kat rumah aku ni masing2 ada identiti tersendiri...:-) Aku sayang sangat kat cats ku :-)

Thursday, November 24, 2011

24 NOVEMBER 2005

wajah pengantin baru
Assalamualaikum...

Hari ni bertarikh 24 November 2011 hari Khamis maka genap la usia perkahwinan kami 6 thn. Ini kerana tanggal 24 November 2005 iaitu pada hari yg sama iaitu hari Khamis kami berdua telah diijabkabulkan dalam suasan hujan renyai2 di kediaman Tuan Qadi daerah Timur Laut iaitu Allahyarham Tuan Haji Daud.

Majlis kami sebenarnya banyak dugaan dan kontarversi...dah macam artis la pula. Ini semua akibat dendam kesumat yg tak pernah terlerai. Tapi Allah pasti akan pelihara kami yg membina masjid. Memang banyak tohmahan dan cacian yg kami terima, tapi itu lah yg menguatkan lagi semangat kami untuk terus mencari kebahagian sehingga sekarang.

Kami akad nikah pada hari Khamis tepat jam 2.30 petang iaitu lepas solat Zuhur. Kebetulan waktu tu arwah mama buat open house sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kalau tak salah kami nikah masa hari Raya Puasa 6 macam tu la. Sebab Arwah mama memang buat puasa 6. So mama kata kita buat sekali la dengan open house. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada musibah yg berlaku.

Orang lain jadi pengantin senyum sampai ke telinga, tapi aku jadi pengantin berendam air mata. Alhamdulillah aku terluka di hari pernikahan ku, tapi aku bersyukur berkat kesabaran aku, mama dan suami kami mampu tersenyum lagi sehingga kini. Pegalaman pada hari tersebut tak akan aku lupa sampai akhir hayat ku. Aku mohon pada Allah supaya sepupu2 ku tak akan alami mimpi buruk seperti mana aku alami. Cukup lah aku saja yg tersiksa dan biarkan mereka berbahagia. Allah memberi ujian pada ku sebab Allah tahu aku, mama dan suami ku mampu menanganinya. Di sebalik kepahitan ada kemanisannya.

Aku memang tak tak suka dengan tarikh ni sebenarnya, tapi tahun ni, aku buang yg keruh aku amik yg jernih. apa yg terjadi aku jadikan azimat sebagai megukuhkan kekuatan ku.

Kalau korang nak tahu, dalam surat nikah kami tercatat tarik nikah ialah pada 23 November 2005 hehehe...kelakar la pula. Tapi hakikatnya 24 November. Lepas jer di akad nikah, kami tak dibenarkan berjumpa, arwah mama tak kisah pun, tapi ada pihak lain yg buat cerita konon aku ni nanti hilang seri. So kami pun tak jumpa, Dekat sebulan lebih juga la kami macam tu...jumpa pun setakat keluar makan. So pada 14 Januari 2006 baru la kami disandingkan dan lepas tu baru lah bermula fasa kehidupan kami berdua sebagai suami dan isteri.

Tapi itu pun setakat 3 minggu jer, lepas tu aku berhijrah ke KL untuk bekerja di sana sedangkan suami ku di Penang. 4 tahun juga la aku tinggal kan suami ku. Walaupun kami ni bernikah dah 6 thn tapi baru tinggal sebumbung 1 thn 11 bulan...Kami masih mengenali antara satu sama lain...insya Allah moga perkenalan ini akan terus di sirami cinta sehingga ke hujung nyawa kami amin...:-)

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat aku dan suami untuk ke - 6 Tahun...:-)

Wednesday, November 23, 2011

MENU 3 HARI

maggie goreng basah
Assalamualaikum...

Nak citer bab makan la pula, hehehe...so cuba tengok gambar di atas tu, itu la menu aku pada hari Isnin lepas. Menu tengah hari yer. Kebetulan hari tu aku rasa nak makan benda yg bergoreng, lagi pun tinggal sorang kat rumah. So malas la nak masak lauk pauk semua...Kalau masak waktu petang ok la boleh masak lebih sebab makan berdua. Ini makan sorang2, so ini la yg masuk ke tekak aku pada hari Isnin lepas. Yang kelakarnya aku postkan gambar ni kat wall FB, so bila waktu petang suami aku pulang, terus dia buat request nak makan mee maggie yg sama macam dalam wall FB aku... so sweet kan..So aku pun masak la untuk suami tercinta pada petang...hilang la kempunan Cik Abang aku tu :-)


nasi goreng cili padi + bunga kantan dan ikan kecik goreng garing
Ini pula menu pada hari Selasa. Ini menu bidan terjun ni. Konon pada mulanya nak masak bubur kanji, tapi alih2 rasa nak makan nasi goreng la pula. Kebetulan telur ayam dalam peti sejuk dah habis, so fikir punya fikir alih2 buat nasi goreng cili padi jer la. Kebetulan pula bunga kantan tu ada la sikit kat dalam peti, rasa teringin pula nak hiris bunga katan masuk kat dalam nasi tu...Yang bestnya nasi aku tu jadi harum semerbak dek bunga kantan tadi :-). Ikan kecik tu aku selalu buat cucur ikan tapi semalam rasa teringin nak ratah garing2 so goreng jer la. Memang rangup bila makan waktu panas2 erm..yummy...:-). Nanti korang cuba la resepi ni, senang, cepat dan ringkas tapi yg penting mengeyangkan :-).

roti bakar cicah sambal sardin
Ini menu hari ini, hari Rabu la hehehehe...bukan apa tadi masa dok tengok gambar2 lama kat FB terpandang la pula menu yg kami berdua makan masa ke Puncak Jerai tahun lepas. Masa tu kami pilih menu roti bakar cicah dengan sambal ikan bilis. Hari kebetulan stok ikan bilis dah habis, so buat sambal sardin jer la. Sedap juga uols :-). Roti tu dalam 2 keping jer aku bakar. Memang sedap bila makan panas2. 

So itu la sorotan menu dalam 3 hari ni. Insya Allah nanti akan dikumpulkan lagi koleksi menu untuk dimuatkan di dalam blog aku yg tersayang ni...Adios!!

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MUDA HARUMKAN NAMA NEGARA

skuad harimau muda
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer tentang semalam di mana Malaysia menang 4 - 3 melalui sepakan penalti dengan Indonesia. Setelah mereka bermati-matian di tengah padang selama 120 minit dengan terikat 1 sama, maka dengan satu sepakan penalti oleh Badrool telah melayakkan Malaysia untuk membawa pulang pingat emas yg paling panas di Sukan Sea yg ke 26 ini. Perlawanan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno. Dengan kehadiran lebih kurang 100 000 orang penonton dari Indonesia, sedikit pun tidak mematahkan semangat Harimau Muda ini untuk beraksi di Stadium yg serba gah ini. Syabas buat Skuad Harimau Muda...:-)

Macam baca ulasan berita la pula aku ni hehehehe....Tapi kan kalau korang nak tahu aku dan suami bukan la suka sangat dengan sukan bolasepak ni semua. Tapi setiap kali Malaysia yg beraksi kami pasti tak akan melepaskan peluang, dua2 TV kat rumah ni akan terpasang. Suami aku yg setia dengan Channel RTM iaitu Channel 1 aku pula setia denga Media Prima hehehe TV3 la kan...pasti riuh dengan bunyi bising kat dalam rumah kami sambil ditemani cats kami yg 11 ekor itu.

So semalam, lepas solat Maghrib dan Isyak aku dah pun membuat kerja rutin iaitu ion baju suami ku, alahai tak tenteram tu asyik dok dengar bunyi bising kat ruang tamu rumah aku ni...Suami aku macam biasa anak dara kan bertapa dalam bilik dengan TV1nya tu. Kejap2 aku lari keluar, sebab ion board tu kat dalam bilik tamu huhuhuhu....last sekali aku tutup ion tu, terus betapa kat ruang tamu...memang patut la aku ni tak suka sukan....bukan apa bila tengok dia orang main aku yg terlebih emosi hehehehe...kaki aku ni asyik menendang ke kiri, ke kanan hahahaha...dah kalah budak2 tu ha :-)

Secara peribadinya aku ni tak der la tahu sangat hal bola sepak ni semua kan. Tapi dari sudut pandangan aku memang banyak peluang Malaysia ada semalam untuk berentap, tapi peluang tu macam dibiarkan saja. betul kata pengulasnya Abu Bakar Atan, pemain Malaysia kebanyakkan dah penat. Itu memang tak dapat dinafikan. Tentang pengadil pun aku rasa ok, sebab dia tak berat sebelah sangat adil dan saksama. Cuma yg aku geram tu pemain Indonesia, sikit2 jatuh...alahai bila dah jatuh dapat la sepakan percuma. Bila setiap kali sepakan percuma perut aku yg kecut hehehehe....

Tapi apa pun aku rasa amat berbangga dengan penjaga gol kita iaitu Apeq tau Khairul Fahmi Che Mat. Memang tangkas dan sangat tajam matanya. Dia dapat mengagak startegi lawan...Pujian harus diberi kepadanya.

So, sebagai rakyat Malaysia aku sangat2 berbangga sebab sukan mampu menyatupadukan kita semua. Walau apa pun fahaman politik kita, walau apa pun agama bangsa kita tapi ia mampu menyatupadukan kita sebagai rakyat 1 Malaysia...Syabas Harimau Muda, Syabas Malaysia dan MALAYSIA BOLEH :-)

Monday, November 21, 2011

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalaman aku tak dapat lelapkan mata, aku tahu itu semua salah aku. Aku yg silap, terlalu mengikut kata hati dan terlalu buruk sangka dengan orang yg aku cintai. Ya Allah maafkan aku Ya Allah.

Itulah lumrah yg selalu dialami oleh sepasang suami isteri, hidup tak pernah lari dari pertengkaran. Tapi betul tu, dengan adanya kesabaran, kasih sayang yang tak berbelah bagi Insya Allah semuanya akan dapat diatasi dengan mudah.

Aku percaya setiap pertengkaran itu ada sebab musababnya. Kerana terlalu sayang, terlalu cinta pun boleh jadi satu topik pertengkaran. Begitu lah yg terjadi kepada aku. Aku dan suami tak pernah lari dari situasi macam ni. Tapi syukur Alhamdulillah aku mendapat seorang lelaki yg betul2 mencintai aku seadanya, lelaki yg betul2 mengasihi aku dengan sepenuh hatinya. Aku rasa bertuah sangat Ya Allah.

Selama ini, kalau kami bergaduh tidak pun terkesan di hati aku, malah aku akan terus dengan sikap degil aku tu. Tapi semalam pertengkaran kami membuatkan aku berfikir sehingga semalaman aku tak dapat lelapkan mata...kata2 manis suami ku masih terngiang-ngiang di cuping telinga ku.

Ya Allah betapa dia terlalu cintakan aku. Betapa dia terlalu kasihkan diri ku. Aku tahu ini lah anugerah Allah yg terbesar buat aku kerana di beri seorang suami yg benar2 cintakan aku setulusnya. Ia benar2 memberi aku satu pengajaran hidup yg indah.

Ya Allah tolong lah aku, aku betul2 ingin terus mencintai dan terus belajar mengasihi suami ku sebagaimana dia sudi menerima segala kelemahan ku. Aku insan yg serba serbi kurang. Insya Allah aku akan terus mengejar bahagia itu agar ia menjadi milik kami berdua...

Ya Allah teruskan lah merestui kami...pupuk kan lah dalam hati kami rasa cinta , suburkan lah dalam hati kami perasaan sayang dan kurniakan lah kami zuriat bagi mengukuhkan ikatan cinta kami...Terima kasih Ya Allah di atas rasa keinsafan ini...Alhamdulillah....

Sunday, November 20, 2011

MENU TENGAH HARI 20 NOV 2011

air asam
ikan pari bakar
asam pedas tumis
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer bab makan la pula. Rasa dah lama tinggalkan entri bab makan ni. So hari ni kita kembalikan keceriaan entri dengan bab makanan hehehe...Tapi kali ni menu semua dari dapoq Chek ni tau...original resepi lagi uolss :-)

Hari ni aku dan suami masing2 dah ok dari demam. So tekak ni rasa nak makan something yg agak pedas sikit la. So pagi2 kami dah ke pasar Bagan Ajam untuk beli semua bahan mentah. Rupanya Mr. Hubby teringin nak makan asam pedas tumis yg aku buat hari tu. Alahai touching la pula bila percubaan pertama aku hari tu membuatkan Mr.Hubby dok teringat hehehe...tak sia2 Chek bejalaq masak kan :-)

Lepas tu Hubby kata teringin nak makan ikan pari bakar la pula. So segala rempah ratus untuk perapannya Hubby aku yg buat. Kerja aku hanya siang ikan jer. Bab masak ni Mr. Hubby yg banyak buat. Aku hanya menurut perintah, asistant chef jer kan :-)

Menu ikan bakar tu air tangan dari suami ku, begitu juga dengan air asam tu. Kalau uollss semua nak tahu, famili Hubby aku ni memang terer kalau buat air asam ni semua. Maklum la dia orang ni memang kaki makan air asam hehehe...serius memang sedap, terutama bila buat nasi daging, alahai memang tak boleh lawan la air asam famili mertua aku buat dengan air asam kedai :-)

Aku cuma siapkan asam pedas tumis aku tu jer. Alhamdulillah habis juga suami aku makan nasi, nampak berselera juga la tadi. Aku pun sama, bila mulut tengah pahit2 ni kena asam2 alahai terbuak selera Alhamdulillah...

So, jom la layan apa yg patut...ingat petang2 nanti nak buat cucur udang + jagung la, boleh cicah dengan asam pedas tumis aku tu hehehe...layan...:-)

Saturday, November 19, 2011

KEBAHAGIAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam hari Sabtu. Hari ni aku bersentimental sikit. Maklum lah mood tak sihat tu ada lagi...so nak hepi sangat pun macam tak kena, jadi kita sentimental jer la...:-)

Cuba korang tengok gambar kat atas tu...jom kita uraikan satu persatu apa yg kita nampak dari gambar tersebut. Gambar sepasang suami isteri yg sedang gembira dengan kehadiran anak sulung mereka. Memang jelas terpancar kebahagian di wajah mereka berdua...terutama si anak yg rasa selamat bila di peluk oleh kedua orang tuanya. Walau pun hakikatnya anak ini tidak tahu apa itu kebahagian, tapi jelas di wajah nya rasa keikhlasan sesebuah kebahagian.

Tapi wajah ayah dan wajah ibu itu boleh dilakonkan. Di depan kamera wajah kita boleh bertukar menjadi ceria walau pun hakikatnya hati kita di robek rasa sedih yg amat sangat. Aku bukan nak kata gambar ini satu kepura-puraan, tapi itulah hakikat dunia sekarang. Hidup lebih berpura2 dari yg benar. Orang tua2 kata bermuka-muka la kan...Depan orang kita pretend to be happy, walaupun dalam hati kita Tuhan saja yg tahu akan kesedihan menanti.

Aku datang dari sebuah keluarga yg porak peranda, ibu dan ayah bercerai. Dan kalau korang nak tahu aku ada juga gambar situasi macam ni. Di mana arwah mama peluk aku sambil dicium oleh arwah ayah ku. Tapi selang beberapa bulan mereka bercerai. Aku tak memang tak percaya dengan gambar. Gambar boleh mengkir sejuta persoalan di hati. Bagi aku kebahagian bukan terletak pada gambar semata2 tapi kepada tindak tanduk kita.

Bagi aku kebahagian tak akan datang atau muncul dengan sendiri, tapi kita sebagai manusia yg selalu leka dan alpa kena selalu berusaha, beringat dan mengejar sebuah kebahagian. Kita tak boleh tunggu bahagia tu nak datang, tapi kita mesti berusaha mencari dan menyemainya dalam diri kita.

Perkahwinan ku dah hampir menjangkau ke 6 thn, tapi kami masih saling mengenali, kerana sebelum ni masa kami habis terbuang begitu saja. Aku dan suami baru saja tinggal sebumbung, banyak betul perkara yg aku masih belajar tentang suami, begitu la juga sebaliknya. Bila dua orang yg berbeza hidup bersama memang susah juga untuk menyesuaikan diri, tapi oleh kerana cinta, masalah itu kami atasi dengan mudah Alhamdulillah. Bohong kalau aku kata kami tak bergaduh, tapi itu la rencah alam berumahtangga.

Insya Allah aku mohon satu hari nanti, aku mampu menjadi seperti wajah2 di potret yg tertera di atas, dan waktu tu hanya Tuhan yg tahu akan erti kebahagian yg aku kecapi...Bahagia itu mesti dicari, digali, disemai, dibaja, disiram dan dibelai selalu agar ia terus mekar dan kekal di hati kita...amin...:-)

Friday, November 18, 2011

JATUH CINTA

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Hari ni aku cerita tentang aku yg pernah jatuh cinta. Ini kisah benar ni. Tak der curi mana2 idea dari orang lain tau :-) Ini kisah benar antara aku dan Si Dia yang aku namakan Si 'A' ok.

Sepanjang hidup aku, aku memang susah nak falling in love kat orang, orang yg ditimpa perasaan kat aku banyak hehehe...perasan la pula. Tapi itu la hakikatnya. Kalau aku suka pada seseorang tu maknanya aku sangat mengaguminya. Itu saja tak lebih dari tu...dalam erti kata lain aku SUKA la kat dia tapi bukan jatuh cinta.

Kisah ni bermula masa aku kat UiTM Shah Alam sekitar tahun 1999 macam tu la. Masa tu aku di tahun pertama tapi semester kedua. Masa semester yg pertama tu aku tak der la pula ditimpa perasaan apa pun kat mamat 'A' ni...tapi entah la masuk semester kedua aku rasa lain sangat perasaan aku kat dia. Pelik la juga pada mulanya...Sebab ini la kali pertama aku rasa syok giler kat seseorang dan yg bestnya aku gi kelas sure nak tengok mamat ni bukan gi kelas nak belajar hish...gataii sungguh aku time tu hahahaha....

Bila aku tengok wajah mamat ni aku rasa tenang sangat, aku rasa aku berada di alam yg lain. Pendek kata apa yg aku buat semuanya nampak wajah mamat 'A' ni la...alahai tragis sungguh...Nak makan nampak wajah dia kat dalam pinggan, nak minum nampak kat dalam cawan alahai angau giler dah aku ni :-)

Masa kat UiTM ni nak kata aku tak der peminat pun tipu la nampaknya kan...tapi aku tak layan pun dia orang yg suka kat aku tu semua, sebab aku ingat pesanan arwah mama, "Chek pi sana ingat bukan nak cari suami tau, tapi nak belajaq, ingat arwah tok pesan masa kat Madinah dulu"...sebab tu la aku tak layan peminat2 aku semua tu hehehe....perasan la pula...tapi secara jujurnya memang ramai yg nak aku ni, tapi tu la kan aku ni penakut...Lagi pun aku ni tak amik PTPTN apa semua, total aku dapat wang belanja dari arwah mama dan juga mak cik aku. So kalau aku buat perkara2 yg tak senonoh sama la macam aku khianatkan mama ngan mak cik aku kan.

So berbalik tentang kisah cinta pertama aku ni. Korang tahu, bila aku dapat tau kata si 'A' ni dah ada gf aku jadi frust giler. Makan pun aku tak nak. Alahai memang sedih giler tau uollss...kalau korang nak tahu, bila masuk kelas ada jer mamat 'A' ni aku akan lari duduk belakang, lepas tu kalau dia turun tangga depan aku sanggup turun tangga belakang, kira tak nak jumpa la ngan dia. Lama juga la perkara ni terjadi...sampai la ada yg dapat menghidu perubahan aku, bukan apa aku ni ketegori bising juga dalam kelas, tapi frust punya pasal aku jd pendiam. Ramai la masa tu kawan2 lelaki yg sekelas dengan aku datang pujuk. Oh yer aku ni masa zaman belajar aku hanya ada sorang jer kawan perempuan yg sangat baik dengan aku...dan kami bersahabat sampai sekarang.

Dan kebetulan pula mamat 'A' ni berpindah kelas, aku hanya akan berjumpa dengan dia bila ada certain2 class jer. So selesai juga la masalah aku. Dan sampai sekarang aku rasa mamat 'A' ni tak tahu pun yg aku pernah jatuh cinta tahap gaban kat dia hehehe...

Cerita ni dah lama pun berlalu, tapi masih segar di ingatan ku, sebab itu la kali pertama aku jatuh cinta dan cinta aku tak berbalas pula tu hehehehe...kelakar la pula bila difikirkan. Tapi aku bersyukur sebab mamat 'A' tu sekarang dah sangat bahagia dengan anak2 dan isterinya yg merupakan gf dia masa di UiTM dulu, dan aku pun sedang berbahagia dengan suami yg aku cintai sekarang Alhamdulillah....

So pendek kata di sini aku nak khabarkan bahawa cinta tak semestinya berbalas, dan cinta juga tak semestinya akan bersatu...kerana Allah lebih tahu mana yg baik untuk kita. Jika kita rasa dia baik untuk kita sedangkan Allah kata tidak maka ianya tidak akan berlaku...so ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya ditangan Yang Maha Esa...:-)

Thursday, November 17, 2011

CITER DEMAM KAMI

ubat kami berdua
Assalamualaikum...

Hari ni masih dalam mood demam, ni pun baru balik dari klinik. Alhamdulillah mahu juga Mr.Hubby aku pi klinik. Itu pun ke Klinik kawan baik dia. Kalau klinik lain memang tak pergi, jauh sikit la dari kawasan perumahan kami tu.

Citernya macam ni. pagi tadi aku bangun masa nak solat Subuh rasa berat sangat kepala aku ni, bila batuk kahak aku dah bercampur dengan darah, lepas tu bendalir yg keluar dari hidung aku pun dah ada warna. Alahai kecut juga perut ni bukan apa itu tandanya dah dijangkiti kuman. Aku mesti ke klinik juga2 sebab aku mesti makan antibiotik.

Suami aku pula bila bangun solat Subuh tadi dia kata panas sangat badan ni. Lepas tu rasa nak pitam. So kami amik keputusan untuk pergi juga la ke klinik. Bukan apa sebelum mudarat eloh la kita mengubati kan ...

Lepas gi klinik, singgah makan tengah hari kat warung yg memang selalu kami singgah untuk makan. Hari ni selera aku betul2 tak der...aku hanya amik ayam goreng dan sayur semata2. Nak habiskan nasi tu Tuhan saja yg tahu. Dah la mulut ni dah tak der deria rasa huhuhu...sedih sungguh.

So sekarang aku nak berehat. BerFB pun aku MC hari ni. Aku nak betul2 berehat dan nak cepat sembuh. Bukan apa bulan lepas dan bulan ni memang aku sakit sungguh. Nampak sangat banyak dosa aku ni kan huhuhu....tak per la sakit tu kan satu jihad juga. Aku redha Ya Allah...

So kawan2 doakan kami berdua cepat sembuh yer...SAYANG UOLSS semua :-)

Wednesday, November 16, 2011

BILA SUAMI ISTERI DEMAM

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Tengok tajuk jer dah tahu kan mood aku tak berapa nak stabil hari ni. Maklum lah mood sakit huhuhu...Semalam kami berdua dilanda demam...Suami ku bersin tak berhenti2, aku pula batuk bersungguh2 huhuhu...tragis betul tau.

Semalam kami berdua tidur dalam keadaan yg sangat2 tak selesa. Tapi nak buat macam mana kan...dah itu kesakitan yg di beri Allah untuk kami. So hari ni, aku dah makan ubat yg masih ada hehehe...nampak sangat aku makan ubat tak habis kan. Tengah hari tadi Hubby aku pulang bawa balik ubat batuk dan selesema. Aku rasa dia beli kat Farmasi Mawar kat depan jalan rumah kami ni.

Suami aku ni kalau demam memang susah nak jumpa doktor. Dia mesti ke farmasi jer hehehehe...takut betul la Cik Abang aku ni :-). Berlainan dengan aku sakit sikit jer nak jumpa doktor. Rajin betul dok dating dengan doktor. Tapi apa pun aku bersyukur sangat2 sebab kawasan perumahan kami ni serba lengkap, klinik ada farmasi pun ada.

So harap2 kami berdua akan segera sembuh yer...doakan kami tau :-)

Tuesday, November 15, 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

gambar suami ku dan chef zubir
Assalamualaikum dan salam sayang dari ku untuk semua blogger sekalian...

Tajuk aku hari ni sama tapi tak serupa. Kisahnya bermula macam ni. Semalam sewaktu kami tengah makan malam tiba suami ku bersuara, "Ayang tau tak, semalam masa kat masjid org tu kata kat abang, tak derkelas ker hari ni? Abang pun pelik la, so abang kata kelas apa, orang tu kata kelas masak..." heheheh...Lepas tu mai sorang lagi tanya "Encik tak sibuk ka hari ni?" Suami ku terus bercerita, lepas tu katanya..."Orang tu kata wajah abang mirip juri kat program Master Chef kat Astro" heheheeh...Patut la masa suami ku balik kerja semalam terus dia masuk ke bilik bacaan kami merangkap bilik tetamu hehehe...rupanya dia serve internet nak chek la wajah siapa yg dimaksudkan.

Lepas tu terus dia bagi tahu aku yg wajah dia mirip Chef Zubir. Bila aku tengok yer memang ada iras, tapi tak serupa. Satu jer yg sama iaitu masing2 mempunyai skill yg sama iaitu suka masak. Tiba2 aku teringat akan kata2 suami ku masa zaman kami bercintan-cintun lagi. Dia kata dia memang teringin nak jd Chef dulu2, tapi ayah tak bagi katanya. Ayah suruh dia amik bidang lain. Ooo...ada cita2 nak jd chef rupanya suami ku ni.

Tapi sebagai isteri aku akui suami ku memang terer bab2 masak, dan dia memang minat ke dapur. Kalau dia kata dia teringin nak makan seomething yg spesel dan dia tahu aku ni memang tak mampu nak buat, dengan sendiri nya dia yg akan masuk ke dapur untuk masak.

Kalau menu western tu serah jer la kat dia...aku ni selaku assistant chef menurut perintah jer la...:-) Apa pun aku harap satu hari nanti impian suami ku untuk memiliki sebuah restoren bakal terlaksana amin...:-)

Monday, November 14, 2011

PERBUALAN SUAMI ISTERI

me and my hubby
Asslamualaikum salam sayang :-)
Hari ni nak celoteh sikit tentang perbualan kami berdua semalam masa kat dalam kereta. Masa tu kami nak pi tengok wayang citer TINTIN. Memang best la citer tu adventure sangat2 :-)

Perbualan kami berkisah tentang rumah kami :-

Aku : Sayang, what do u thing bila Ayang ada kat rumah?


Suami : Ok suka sangat2, jawap sambil tersenyum pandang ke wajah ku.


Aku : Rumah kita bersih tak bila Ayang ada kat rumah?


Suami : Mesti lah bersih, kemas teratur lagi, sambil tersenyum tapi kali ni pandang depan maklum la tengah drive kan.


Aku : So, Abang tak tak suka ke kalau Ct kerja?


Suami : Suka, tapi kalau duduk rumah lagi la suka ....

Erm...pendek kata my lover ni lebih prefer aku jadi PermaiSURI kat RUMAH la yer :-). Tapi bila aku renungkan semula ini semua adalah doa aku sendiri. Aku pernah berdoa yg satu hari nanti aku nak jadi suri rumah sepenuh masa. Aku nak jaga suami, aku nak jaga anak2 kat rumah. So inilah doaku. Aku mesti terima dengan hati yg terbuka.

Memang tipu kalau aku kata hidup kami susah kalau aku tak bekerja, makan pakai kami cukup malah ada yg terlebih. Bila aku fikirkan semula aku nak kerja sebab aku rasa BOSAN. Itu saja yg aku fikirkan. Aku rasa bosan sebab aku belum ada anak, cuba kalau aku dah beranak pinak soal bosan tu tentu tak akan wujud.

Tapi sejak aku lalui pengalaman pahit minggu lepas, hati aku jadi tawar untuk bekerja, otak aku sekarang sedang ligat nak buat something yg bermula di rumah. Aku rasa dah lamas nak bertemu dengan manusia di luar sana yg lebih bermuka2. Insya Allah mudah2an Allah akan tunjukkan jalan kebenaranya untuk aku lalui. Yang penting aku mesti sentiasa mendapat restu dan izin dari suami ku serta berkat dari Allah s.w.t...amin :-)

Sunday, November 13, 2011

QALBAN SALIMA

aku bergambar bersama2 Dr. Fatma El Zahraa dan isteri2 VIP yg lain
Assalamualaikum...

Hari ni hari Ahad kan, so kebetulan pagi tadi ada majlis ilmu di Masjid Bagan Belat Butterworth. Penceramahnya pula YBhg Dato' Dr. Fatma El Zahraa binti Mohammad Ramdan. Tajuk tazkirahnya ialah "Qalban Salima" atau dalam bahasa melayunya "Jiwa yang Suci".

Majlis bermula pukul 10.30 pagi. Para hadirin mula memenuhi ruang solat di dalam masjid. Aku ni punya la berdebar2 tak sabar nak jumpa dengan penceramah idola ku. Hish...aku ni memang suka sangat tengok Dr. Fatma bagi ceramah, kalau ada jer program kat TV9 tu aku tak kan sesekali lepaskan peluang. Bukan apa cara penyampaian beliau tu sangat2 menarik perhatian ku.

Dr. Fatma kata kita sebagai manusia ni memang ada yg berhati suci, tapi hati kita tu selalu akan berubah2. Betul juga kan, hari ni kita rasa kita nak jadi baik, tapi esok kita rasa nanti la. Kita terlupa yg masa tak kan menunggu kita. Malah masa sentiasa mengejar kita, kita jer buat2 tak sedar huhuhuhu....

Ada 4 penyakit hati yg kita kena beri perhatian dan cuba hapuskan. Iaitu yang pertama HASAD DENGKI. Biasa la kan kita ni manusia bukan boleh tengok manusia lain lebih dari kita mula nak main bomoh ilmu hitam segala bagai hingga kan kita lupa akan kekuatan Yang Maha Esa.

Kedua BONGKAK...sifat ni memang selalu ada kat kita semua. Kalau kita ada sedikit kelebihan punya la belagak seolah2 orang lain ni semua bodoh tak der apa yg kita ada hehehe...kena buang jauh2 tu sifat macam tu yer kawan...pesanan untuk aku juga ni ... Ketiga SOMBONG. Kita ni kan kalau cantik sikit, kaya sikit dah sombong dah. Begitu juga kalau pandai mula la pandang rendah pada yg kurang bijak macam kita ni hehehe...Aku pun kadang2 ada juga rasa macam tu...Alahai Ya Allah ampunkan lah aku Ya Allah...buang terus perasaan SOMBONG tu jauh2 tak nak tengok dah ...

Keempat pula Syirik iaitu menyukutukan Allah...Nauzubillah...orang melayu ni termasuk la diri aku, sakit sikit jer dah kata orang buat, so lepas tu jumpa la ahli Nujum Pak Belalang ker, Bomoh Mak Esah ker atau pun Pawang DiRaja :-). So itu semua tak baik, berdosa sangat. So mulain hari ni sapa2 yg dok percaya bomoh segala bagai bertaubat jer la...termasuk la diri aku ni. Yakin dengan Allah , kerana setiap musibah yg Allah bagi itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita dan setiap cobaan itu terselit kemanisannya.

So kawan2 harap2 nya kita dapat menjadi manusia yg mempunyai "Qalban Salima"...bukan mudah nak jd yg terbaik, banyak dugaan dan cabaran yg mesti kita harungi...tapi itu la salah satunya kenikmatan dalam kehidupan...renung2kan yer kawan2 termasuk juga diri ku yg serba kekurangan ni...:-)

Saturday, November 12, 2011

LIKE IN HEAVEN

donut big apple
Assalamualaikum ...

Jom makan...:-) erm...so yummy...i love donut big apple so much...like in heaven kalau dapat makan donut ni...Masya Allah habis semua diet aku hilang...hehehe diet la sangat :-)

Tadi lepas habis Majlis Graduasi Pra Sekolah SKBI yg diadakan di Restoren Al-Saha, terus Mr. Hubby bawa ke Jusco Bandar Perda. Kami lunch together2 la kat situ...Nak makanan berat ker makanan ringan, fikir punya fikir alih2 lepak kat A&W layan apa yg patut...

Tapi sebelum aktiviti lepak melepak, Encik Suami dah terjumpa pula kawan lamanya...apa lagi dah dok berpeluk kat tengah2 Jusco tu hehehehe....so sweet la pula bila org lelaki jumpa kawan lama terus terimbau zaman kat UUM dolu2 :-)

So kami tak lepak berdua la kat A&W tu tapi berlima termasuk la kawan Hubby, isterinya dan anak comel dia tu. Nampaknya kawan Hubby aku ni nak terima org baru, wife dia mengandung anak kedua dan dia orang baru balik dari KPJ sebab pi checkout isteri dia yg pregnant...tahniah syukur alhamdulillah rezeki mereka bertambah, cuma kami yg masih berdua...(tiba2 mood sedih ni huhuhu...). Tak per masa kami belum sampai lagi kan ...:-)

So lepas berborak dalam setengah jam, kami pun minta diri dulu sebab Hubby aku nak ke Bukit Mertajam pula nak amik barang yg dari kawan. So masa nak balik tu singgah Big Apple, perkara wajib kalau kami ke Jusco. Kalau tak beli mahu aku muncung sedepa hehehe....Macam biasa amik 6 biji jer. Kalau ikutkan hati aku, aku nak amik semua perisa tiramisu tapi tak mungkin sebab Hubby aku punyai citarasa yg berbeza :-)

So disini aku nak bagi tahu ada dua perkara yg aku rasa "like in HEAVEN". Satu aku dah bagi tahu tadi bila makan Donut Big Apple kan, satu lagi yg paling utama ialah bila aku dapat berdua dengan suami ku tersayang, rasa seperti dunia ini aku yg empunya, dan waktu tu aku rasa nak lambatkan waktu yg berdetik...Indahkan bila dapat bersama2 dengan org yg kita cintai...terasa bagai di SYURGA nikmatnya :-) So selamat menjamu selera dengan DONUT BIG APPLE :-)

Friday, November 11, 2011

INGAT LAGI TAK CITER NI

yo soy betty la fea
Assalamualaikum...salam penuh kasih sayang dari Ct di Butterworth..wah satu mukadimah yg panjang lebar ni. Hari ni tiba2 teringat pula kat citer ni. Yo Soy Betty La Fea atau lebih dikenali sebagai The Ungly Betty versi Amerika Latin gitu. Citer ni memang popular sekitar tahun 1999 - 2000 macam tu la...Sebab seingat aku masa citer ni ditayangkan aku tengah amik master kat UiTM Shah Alam. Punya la kelam kabut balik dari kelas semata2 nak tengok citer Betty ni.

Kenapa aku suka sangat citer ni?? hehehee....Tak lain tak bukan sebab kebijaksanaan nya dan sikap penyabar nya tu. Lurus bendul dia tu kadang2 macam lurus bendul aku la pula hahahaha...aku ni kalau org menipu kadang2 boleh percaya tau. So kalau ada hati korang nak menipu aku tak payah risau dengan sepantas kilat aku akan percaya hahahaha....:-)

Lurus bendul ni ada kebaikan dan keburukkannya...yg buruknya tu banyak kepada diri kita sendiri. Kita akan selalu di buli dan selalu akan di ambil kesempatan di atas kebaikan kita. Tapi bagi aku tak per la kalau nak kena buli pun...Allah pasti akan bantu kita. Tapi jangan la kita saja2 buatkan diri kita dok kena buli pula...itu carui nahas namanya kan :-)

So hari ni aku nak layan citer ni kat Youtube...saja jer nak isi masa lapang. Maklum lah aku kan dah kembali jadi permaiSURI di RUMAH ku ni heheheeh....layan jer la beb adios!!

Thursday, November 10, 2011

HOBI YANG DAH LAMA KU TINGGALKAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa macam tak sabar2 nak up date blog. Entah la kenapa aku rasa jari jemari aku ni rasa tak sabar nak petik papan kekunci ni. Rasa macam nak coretkan sesuatu yg sangat berharga hari ni.

Tiba2 hari aku terfikir untuk memulakan semula hobi ku yg dah lama aku tinggalkan sejak dari zaman tingkatan 6 lagi. Aku suka sangat buat catatan dan lepas tu aku akan gunakan semua catatan tu untuk dijadikan cerpen. Memang penuh buku latihan aku yg mempunyai 200 muka surat tu. Ada 2 buah buku catatan termasuk la koleksi sajak. Pendek kata aku memang suka menulis. Maklum la dulu mana ada komputer. Kalau nak beli pun mahal, tak mampu aku nak minta kat mama. Yer la kan mama sorang jer yg kerja, so kena la aku faham keadaan mama masa tu.

Tapi cita2 terkubur sejak buku koleksi cerpen dan sajak aku habis dimakan anai2. Memang sedih. Ini semua terjadi sewaktu aku masih belajar di UiTM lagi. Rumah yg aku sewa memang banyak dengan anai2. So habis baju aku, buku2 aku dimakan anai2. Memang tragis ...:-(

So, aku teruskan juga menulis, tapi hanya menulis diary iaitu catatan luahan perasaan aku jer. Tapi sejak ada blog ni aku lebih suka mengadap blog sehingga aku malas nak menulis.

Makanya hari ini, tiba2 aku rasa rindu nak menulis something untuk dibaca. Kalau boleh aku nak share apa yg aku tulis tu kepada umum. Bila aku letak kat status FB aku ramai yg menyokong hasrat aku untuk memulakan semula hobi yg dah lama terkubur ni.

Insya Allah, aku yakin dengan usaha dan sokongan kawan2 aku pasti dapat lakukannya...doakan aku yer...:-)

Wednesday, November 9, 2011

HIDUP KU IBARAT RODA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku memang rasa sedih, tapi aku tipukan semua orang dengan senyuman ku yg paling manis. Tipu sunat tak per kan korang :-).

Pagi tadi aku ke sekolah untuk mengambil kain telekung yg aku tertinggal, lepas tu aku ikut cikgu pra tu ke tempat masak. Sampai kat sana aku jumpa la dengan org2 pejabat...ada 3 org termasuk la org yg marahkan aku tu. Aku ni punya la senyum, tegur mereka boleh dia orang buat tak tahu. Aku rasa bagi aku dah tak der masalah, tapi kenapa bagi pihak mereka nampak makin bermasalah???

Kalau nak diikutkan aku ni mangsa keadaan, aku lansung tak tahu menahu biji puncanya. Alih2 aku difitnah. Tak per la aku redha. Tapi hati kecil ku berbicara, sebagai orang yg lebih tua dari aku sepatutnya mereka tunjuk la satu amalan yg mulia, bukan amalan bergaduh sesama sendiri. Baru aku sedar bahawa melayu memang sedang melalui fasa LAYU sebelum MEKAR.

Aku memotivasikan diri aku dengan mengatakan, sorang membenci aku tapi sejuta orang mencintai aku. Bila aku lafazkan kata2 itu aku terus tersenyum. Memang hidup kita ibarat roda, hari ni kita dipuji esok kita akan dihina. Aku bermula dari bawah, bila aku dah berdikit naik ke atas mereka masih memadang aku di bawah. Aku tak boleh lebih dari mereka.

Aku mengambil keputusan untuk kembali menjaga reputasiku. Aku seorang manusia yg mempunyai pelajaran, aku hidup berbekalkan akal dan iman yg Allah pinjamkan padaku. Sebelum ni aku sangat2 merendah diri, aku terlalu humble hingga mereka mula memijak2 kepala ku. Tapi sekarang tidak lagi. Mulai dari hari ini, aku akan mula memilih kerja yg datang kepada aku. Bukan aku nak belagak, tapi aku tak mahu ditindas lagi. Cukup lah aku tersiksa dengan hinaan dan fitnah yg mereka lemparkan padaku. Aku akan lebih berhati2 dengan percakapan serta soal memilih kawan. Tak semua kawan itu sahabat ... ada juga yg "gunting dalam lipatan".

Apa pun aku bersyukur kerana Allah memberi ujian ini padaku. Sekurang-kurang aku tak terleka dengan pementasan yg mereka pentaskan. Aku juga tidak sedikit pun menyimpan dendam, malah aku bersyukur kerana aku lebih mengenal manusia yg bertopengkan SYAITAN...Namun sebagai manusia biasa, terselit juga rasa marah dan kecewa. Tetapi aku cepat2 beristigfar, kerana setiap musibah itu ada ganjarannya...Terima kasih Tuhan di atas ujian ini...

Tuesday, November 8, 2011

DAH LAMA TAK CITER BAB MAKAN

nasi ayam percik
nasi ayam berempah
Assalamualaikum...

Hari ni nak citer bab makan la, sebab rasa dah lama tak citer bab makan2 ni hehehe...ini menu pada 29 Oktober lepas. Balik jer dari tusyen terus Hubby bawa pi makan nasi ayam periuk besar kat Penaga. Memang sedapm macam2 jenis nasi ayam ada kat sini. Pilih jangan tak pilih ok :-)

roti bakar telur
roti tisu
Hari Ahad pula 30 Oktober kami singgah la kat kedai nasi kandar. Hujan pula renyai2 kat luar tu...so kami just pilih menu simple. Aku pilih roti bakar dan telur my hubby pula pilih roti tisu. Roti tisu tu memang sedap la...rapuh sangat...:-)

ais kacang spesel
Ini pula ais kacang kat Queensbay Penang. Sebelum kami nak pergi menonton "The Lion King" kami pekena ais kacang ni dulu. Memang sedap. Kalau nak tambah buah2an kena bayar RM 1. Tapi memang berbaloi la korang...sedap tu :-)

ikan duri masak asam pedas tumis
putu mayam
Hari ni aku masak asam pedas tumis ... first time buat perencah sendiri. Kalau tidak aku selalu guna perencah jenama Mak Nyonya itu jer. Petang pula Hubby aku teringin nak makan putu mayam. So dia terus gi beli putu mayam masa mamak datang menjual kat bawah rumah. So korang jom cuci mata tengok menu kat entry aku kali ni yer..:-)

PUSARA BONDA DAN AYAHANDA KU

tulis nama atas batu
pusara bonda ku dan ahli keluarganya
pusara ayahanda ku dan ahli keluarganya

Assalamulaikum salam sayang kepada semua kawan2 ku :-)

Hari ni aku nak citer tentang pusara. Pusara Allahyarhammah bonda ku Hajah Fadillah binti Noor Mohd dan juga abahku  Allahyarham Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Rahman.

Bonda ku telah meninggalkan aku pada tahun lepas tanggal 24 Disember 2010 tepat jam 9.45 pagi bersamaan 18 Muharram hari Jumaat penghulu segala hari. Setelah bondaku pergi buat selamanya maka secara automatiknya aku terus mendapat gelaran baru "anak yatim piatu". Nampak mudah tapi aku yg memikul gelaran tu rasa sangat azab. Setiap kali datangnya sambutan hari raya hati aku akan terus berbicara, rindu, sayu, pilu semuanya ada. Tapi secara zahir org nampak aku maintain ketawa, senyum gembira ... hakikatnya Allah saja yg tahu betapa pedihnya hati aku ni.

Ayahanda ku pula pergi meninggalkan aku sewaktu aku berumur 8 tahun, darjah dua. Aku tak berapa tahu sangat hal ayahanda ku ni, sebab arwah mama dan arwah abah berpisah sejak aku berumur 8 bulan. Tahun 2002 baru la ku ke pusaranya abah. Tapi walau apa pun aku tetap anak arwah. Aku la satu2nya permata hati mereka berdua.

So sempena hari raya ini, aku mohon seribu kemaafan buat semua rakan2 blog ku. Kalau org tanya apa pengorbanan aku thn ni, aku hanya tersenyum kerana untuk menjadi anak yatim piatu itu juga satu pengorbanan...Selamat Hari Raya Aidil Adhar...

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHAR 2011

aimct
Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2...rasa lama juga aku tak up date blog...So hari ni aku berkesempatan meluangkan masa untuk mengupdate apa yg patut. Maka di kesempatan ini aku dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Adhar buat semua rakan2 bloger sekalian...dengan ucapan selamat menjalani ibadah korban dan juga selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yg sedang mengerjakan haji...semoga pulang dengan haji yg mambrur..insya Allah...

Bila datangnya hari raya aku merasa sangat takut...takut kerana aku akan menitis air mata mengenangkan arwah bonda ku. Hari ni aku pergi amik batu nisan yg akan dipasang di pusara bonda ku. Bila tengok batu nisan tu aku rasa sayu sangat...Apatah lagi esok kita semua nak sambut hari raya. Lagi hati aku bertambah pilu.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut hari raya haji tanpa bonda di sisi. Tahun lepas aku sambut di rumah tapi dalam keadaan serba ringkas. Aku tak pakai baju raya pun, solat raya pun tak pergi. Sebab waktu tu aku sentiasa menjaga mama di rumah. Mama masa tu dah koma dan baru lepas menjalani semua terapi di hospital. Aku bersyukur sangat sebab walaupun mama dalam keadaan koma tapi aku masih mampu menatap wajahnya, kini, tahun ni aku dah tak mampu menatap wajah mama, hanya pusara sebagai ganti...

Ya Allah Engkau tempatkan la bonda ku di kalangan orang2 yg beriman, tempatkan la arwah di syurga Mu Ya Allah...doa ku sentiasa mengeringi bonda..."Mama, I miss U so much..."Allahuakbar....